Thursday, November 22, 2012

Tupai Masak Kicap Serai

Nyum3~~~ Awal pagi lagi dah update reipi yang banyak orang geli nak makan... Tapi tak semua la geli, ada jugak yang suka makan seperti kakak saya, siap simpan separuh lagi untuk masak hari lain... (^^,)

Tupai oh tupai..
Bahan-bahan :

1kg Tupai Hutan
4 batang serai
1 inci halia
Bawang putih dan bawang merah
Cili kering

Cara memasak :

1. Tupai yang dah siap dipotong, digaul dengan sedikit garam dan kunyit. dan goreng sampai separuh masak. Kalau dah masak, ketepikan dan sediakan bahan menumis.


2. Tumbuk semua bahan dan tumis sampai garing. Masukkan kicap pekat, bahan perasa, sedikit air dan gaul bersama tupai yang telah digoreng.


3. Reneh selama 5minit supaya tupai dapat menyerap bahan tumisan. Lepas tu barulah dimasukkan air yang banyak sehingga menutupi keseluruhan masakan.


4. Kecilkan api dan tutup. Sesekali gaulkan dan masak sehingga air kering. Tujuan masukkan air yang banyak dan biar sampai kering adalah untuk melembutkan daging tupai. Daging tupai agak keras jadi kena masak dengan perlahan.


5. Kalau air dah kering, masakkan la tu... Sedap dan rasa macam daging burung puyuh... (^^,) Saya makan 1 je, tak boleh nak masuk... heheheh~~~ =P

5 comments:

MOHD ISMA FILDZANI Ridzuan said...

Hmm Macam mana nak sembelih tupai?? Tupai pandai gigit

MOHD ISMA FILDZANI Ridzuan said...

Hmm Macam mana nak sembelih tupai?? Tupai pandai gigit

Nurhayati Morshidi said...

Kalau tupai hidup x tau la mcm mana nk sembelih, sbb tupai susah nk pegang. Tapi tupai ni hasil berburu dan tembak dgn senapang. Masa mkn pun msh ada tertinggal peluru tabur... Hehe...

Juliti Yapas said...

Terbaik admin..mcamana pla masakan ular sawa

Juliti Yapas said...

Terbaik admin..mcamana pla masakan ular sawa

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~