Wednesday, December 19, 2012

Azam 2012 Success... 2013???

Assalamualaikum... Dalam tak sedar dah nak habis 2012...kurang dari setengah bulan je lagi... Cepat masa berlalu dan banyak perkara pahit dan manis dah berlaku pada saya dalam tahun ni... Ada sesetengah nya saya ada ceritakan dalam blog dan ada yang disimpan sendiri... Apa yang telah berlaku dalam tahun ni, tak kira pahit atau manis, kita kena bersyukur sebab pengalaman itulah yang mengajar kita erti kehidupan dan menjadikan kita lebih matang menghadapi hari-hari yang mendatang.



Azam 2012... Success ke tak??? Biasanya jarang orang dapat mensuccesskan azam termasuklah saya sendiri... Tapi Alhamdulillah, azam saya 2012 hampir sempurna walaupun bukan 100%... (^_^) KLIK >>Azam 2012<<

Apa azam saya 2012 yang saya berjaya buat???

•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸ 
  • Nak jadi "Baik" sedikit, supaya saya sendiri boleh membimbing dia menjadi "Baik"... "Baik" tu ada maksud tersendiri dan itulah niat saya yang pertama.
  • Alhamdulillah untuk perubahan sekarang dan InsyaAllah akal kekal dan bertambah baik atas bimbingan En.Suami.
  • Nak kekalkan berat badan atau kurangkan adalah lebih baik... Saya tak nak 2012 jadi lebih BESAR... Target adalah 65kg dan kebawah... hehehhe~~~
  • Dah lebih dari target sebab berat sekarang 63-64kg.
  • Bijak mengatur kewangan dan dah tak boleh boros lagi... Mesti simpan gaji setiap bulan... Hujung tahun paling sikit dalam simpanan mesti ada RM1200... Hehehhe~~~ Sikit je target tu, kalau tak boleh jugak, memang hampehhhh... (~_~)
  • Cun mengikut target sebab main kutu dengan rakan pejabat dan dapat kutip RM1200 setahun. 
  • Kurangkan panas baran dan sifat terlalu negatif kat orang lain...
  • Alhamdulillah baran dah banyak kurang walaupun masih ada saki baki sikit. Dah kawen ni tak boleh asyik nak baran, kena hormat dan jaga hati Suami.
•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸ 
::: AZAM 2012 TERCAPAI:::

Alhamdulillah.... Azam 2012 terlaksana dengan jayanya atas usaha sendiri dan bantuan En.Suami. Sepatutnya dalam azam 2012 kena masukkan nak ♥•.¸¸.•♥Kahwin Pada 2012♥•.¸¸.•♥ ... Tapi masa tu tak fikir pun nak kahwin, tup-tup tengok rezeki kahwin datang 2012. Alhamdulillah sekali lagi sebab tamatnya zaman bujang saya pada 2012...

Banyak perkara dah Settle dalam tahun ni... Perkara yang selesai tanpa dirancang dan sesetengahnya tak pernah fikir pun akan berlaku. Antaranya adalah...
  1. Saya dah ada simpanan ASB untuk masa depan sebanyak RM30000. InsyaAllah kalau ada rezeki lebih nanti nak tambah lagi...
  2. Terjadi satu perkara besar yang menyedarkan saya bahawa kekerasan tak menyelesaikan masalah, malah mengundang masalah besar yang lain. TQ kepada perempuan yang  korbankan dirinya itu...
  3. Lelaki yang dahulunya Kristian dan amat saya sayangi dah pun memeluk agama Islam pada 29 Jun 2013, Jam 3.15petang...
  4. Tamatnya zaman bujang saya pada 19 Julai 2012 dengan En.Suami yang saya kenal pada 19 Julai 2011. Alhamdulillah...
  5. Berhari raya buat pertama kalinya bergelar Isteri dan ditemani Suami disisi...
  6. Impian untuk memiliki perkahwinan bertemakan Rama-rama dan Bunga Kemboja tercapai walaupun bukan 100%...
  7. Dah akhir sekali.... Adik saya Nureziyati Bt Morshidi No.KP 9002**-**-**** dah konvo pada 4 Disember 2012 lepas....

7 perkara penting tu je yang saya nak kongsi, yang lain-lain perkara kecik tu simpan sendiri je lah... JADI??? Seterusnya 2013 pulak... Agak-agak nak capai apa 2013 ni??? Fikir dulu.... (-_-)

•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸ 
::: AZAM 2013:::
  • Kalau ada rezeki dari Allah, nak ada anak tahun 2013... InsyaAllah sebab ni perkara yang kita tak boleh nak rancang...
  • Kewangan rumah tangga mesti dah kena stabil dan semua belanja keluar kena masuk buku rekod perbelanjaan 2013.
  • Target simpanan kalau dulu RM1200 sebab masih sorang-sorang. Sekarang dah kawen, target simpanan kena ada atleast RM2400 setahun.
  • Nak mantainkan berat barat dan tak nak gemuk walaupun dah berkahwin
  • Honeymoon 2013 nak lebih menarik dari tahun ni... Kalau tahun ni 3 hari 2 malam dekat Damai Beach Resort, tahun depan tak tau apa En.Suami nak buat... InsyaAllah kalau ada rezeki nak honeymoon berkenderaankan kapal terbang la pulak... (^_^)
•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸ 

Cuma satu je hajat 2012 yang masih tak tercapai sampai sekarang... SURPRISE birthday party...

Azam korang success ke tak??? (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~