Friday, December 21, 2012

Durian Kuning Gemuk

Assalamualaikum... Memberi salam dah dapat 70 kali kebaikan dari para malaikat... (^_^) Hari ni jumaat, hari yang paling seronok sebab esok dah cuti dan bolehlah berbahagia balik ke kampung... Seronok macam la kampung sendiri, padahal kampung En.Suami... Heheheh~~~ (^_^)

Actually nak cerita pasal durian kuning gemuk. Semalam En.Suami balik kerja dengan surprisenya. Hari-hari ada surprise, semalam dia surprise durian. Dia dapat dari booth makan durian percuma di tempat kerja... Hehhehe~~~ Rezekiii~~~

Surprise EN.Suami hari ni... =)
Kalau dah berkampung di Sematan, of course la kami ni selalu makan durin Sematan. Lain tempat, lain rupa durian nya kan??? Kami jarang nak makan durian dari tempat lain sebab En.Suami ada pokok sendiri di sematan. Jadi, nak dijadikan cerita, semalam En.Suami bawa durian dari Sebuyau. Baru lah saya tau yang sebuyau rupanya ada durian, tak pernah dengar pun... Hhehehe~~~

Durian sebuyau ni pelik sebab isinya besar, seulas sampai sebesar tapak tangan, rupa isinya pulak macam banyak gelembung gas. Bila picit jadi kecik dan hancur macam fresh cream.... Hurmmm~~~ Macam dongeng pulak. Tak tau macam mana nak describe sebab isi dia pelik. Macam span kot... Tapi sedap la jugak...

Durian sebesar tapak tangan
Kalau durian sematan lain isinya, isi dia kecik-kecik dan isi padat.... Saya lebih suka durian sematan sebab lambat muak dan boleh makan banyak-banyak... (^^,) Bila makan durian sebuyau tu 2 ulas je dah kenyang dan tak dapat nak masukkan nasi lagi.

Makan malam dengan Mr.Durian... =)

Saya makan nasi memang sejemput, tapi yang sejemput tu pun dah tak masuk sebab kekenyangan durian... Hehhehe~~~ Ehemmm~~~ Jangan kata rumah kami takde meja, OK... Ada meja kat dapur, tapi saya ni lebih suka duduk makan atas lantai sambil menghadap TV masa makan. Dapur takde TV, ni la jadinya... (^^,) En.Suami pun redha je la dengan Isterinya ni... Lauk pun macam masakan bujang, sebab tinggal berdua je... So, masak simple je laa... Tapi ni bukan saya masak, saya tapau dari rumah mak petang tadi masa singgah... heheheh~~~.. (^_^) Kalau nak sedap-sedap tu tunggu masak hujung minggu... (^_^)

Jemput makan.... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~