Thursday, December 27, 2012

Lesen Memandu OKU... Part 1

Assalamualaikum.... Kalau takde ahli keluarga OKU, memang tak akan merasa macam mana nak buat lesen memandu kenderaan untuk golongan OKU ni. Saya sendiri baru merasa betapa payah dan susahnya nak proses dan buat. Tahap kesabaran dan usaha tu kena tinggi, sebab kalau tak memang akan stop je tengah jalan... Tapi Alhamdulillah kami dan lepas jauh dan dah lepas banyak proses...

Abang ipar saya ni pekak dan bisu, tapi bukan sejak lahir. En. Suami kata disebabkan demam panas sewaktu kecil... Jadi sekarang saya dengan En.Suami berusaha untuk bantu dia buatkan lesen memandu kereta dan motosikal. Kesian kat dia dan lagipun dia satu-satunya yang tinggal di kampung jaga mak dan bapak mertua saya. Jadi lesen memandu amat penting bagi dia untuk hal kecemasan.

Tentang proses nak buat??? memang leceh dan memenatkan... kena banyakkan bersabar dan kuatkan iman tu... Tak boleh nak marah-marah, itu yang penting... 

LANGKAH PERTAMA

Kami berangkat dari Sematan jam 6 pagi sebab nak kena sampai awal ke Kuching... Kalau ikut proses, kena datang ke pusat belajar memandu pusat... Kalau di kuching Sarawak, pusat dia adalah MKM kat Batu 7. Datang kat situ dan ambil BORANG PERMOHONAN UJIAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA LISAN BAGI CALON BUTA HURUF... Borang tu macam gambar kat bawah ni...


Lepas ambil borang tu, Daftar dan masuk kelas KPP (Kursus Pendidikan Pemandu) selama 4jam dan ujian buta warna sekali dalam kelas tu. Alhamdulillah walaupun dia tak pernah sekolah, tapi dia boleh buat ujian buta warna dan jawab soalan tu.. Syukur.. Lulus langkah pertama...

Sepanjang kelas tu memang dugaan... Saya dan En.Suami tunggu di luar dari jam 8.30 pagi sampai la 4 petang... Kami tak berani nak kemana-mana sebab abang ipar saya bisu, kalau dia nak apa-apa, orang lain tak akan faham bahasa dia. Jadi kami kena tunggu sampai la kursus tamat... Berbelang jugak kaki saya leps balik ke rumah... =)

Selepas tamat Kursus tu, kami kena terus balik ke kampung, sebab dalam borang kat atas tadi ada bahagian yang mesti di cop oleh ketua kampung macam dalam gambar kat bawah ni... Hurmmm~~~ Jauh perjalanan kami...



Apa langkah seterusnya??? Nanti saya share lagi... InsyaAllah... (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~