Thursday, December 27, 2012

Lesen Memandu OKU... Part 2

Assalamualaikum... Ni adalah dari sambungan dari Lesen Memandu OKU Part 1.... Sekarang ni tengah pening macam mana nak cari Jurubahasa Isyarat dari Jabatan Kebajikan untuk orang bisu yang tak pernah belajar bahasa isyarat... Kalau dari kalangan family senang kot, sebab membesar dari kecik dan faham bahasa diorang. Takpe, usaha carik dulu sebab Table Test 3 Januari 2013, sempat lagi nak cari... =)

LANGKAH KEDUA

Hari seterusnya, bersama abang ipar dan En.Suami, kami berangkat lebih awal dari sematan. Jam 4.30 pagi kami dah berangkat dari Sematan-Kuching dan terus ke pejabat masing-masing.

Perjalanan pertama, 8.30 pagi - Kami sambung uruskan balik hal lesen dan mintak kebenaran bos dulu sebelum nak keluar. Kami pergi ke pusat belajar memandu semula untuk ambil Slip Kehadiran KPP sebagai bukti telah menghadiri kursus 4 jam. Slip tu macam gambar kat bawah ni...


Perjalanan kedua, 9.00 pagi - Lepas dapat Slip KPP, pergi JPJ (Jabatan Pengankutan Jalan) dan bawa sekali BORANG PERMOHONAN UJIAN UNDANG-UNDANG JALAN RAYA LISAN BAGI CALON BUTA HURUF yang telah disahkan oleh ketua kampung, untuk disahkan pula oleh Pegawai JPJ.

Di JPJ, dapatkan borang PEMERIKSAAN KESIHATAN bagi PERMOHONAN LESEN MEMANDU ORANG KURANG UPAYA macam dalam gambar kat bawah ni.


Perjalanan ketiga, 11.30 pagi - Selepas borang disahkan dan dah dapatkan borang pemeriksaan kesihatan, pergi ke POLIKLINIK kerajaan untuk buat pemeriksaan kesihatan dan suruh doktor isi borang tadi.

Kami dah buang banyak masa sebab kami pergi ke poliklinik tanpa bawa borang, jadi terpaksa balik semula ke JPJ untuk ambil borang dan datang semula ke poliklinik. Dalam sejam jugak masak terbuang untuk perjalanan yang sia-sia tu.

Perjalanan keempat, 2.30 petang - Selesai buat pemeriksaan kesihatan, balik semula ke JPJ untuk hantar laporan kesihatan dan dapatkan surat pengesahan rasmi yang dikeluarkan oleh JPJ. Sepatutnya surat KEBENARAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU tu kena tunggu beberapa hari. Tapi syukur Allah memudahkan urusan kami, lebih kurang 30minit surat tu dah siap... Alhamdulillah... Surat tu macam dalam gambar bawah ni...


SELEPAS keluarnya surat rasmi tu, barulah dapat booking Table Test untuk abang ipar saya.... Dalam pukul 4 petang barulah urusan hari ini selesai dan dia berangkat balik semula ke Sematan... Penat Owwwww~~~

TAPI~~~~~ Urusan kami bukan berakhir kat sini... Dalam surat rasmi tu cakap macam kat bawah ni pulak....


Jadi, lepas ni saya dan En.Suami kena cari juru bahasa dari Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk abang ipar saya menduduki Table Test... Tarikh untuk table test adalah 3 Januari 2013... InsyaAllah kami akan cuba cari secepat mungkin.... Apa langkah seterusnya??? Nanti saya share lagi... InsyaAllah... (^_^)

2 comments:

izfanora said...

semoga semuanya dipermudahkan yer.. pengalaman baru tue.. :)

Nurhayati Morshidi said...

thanks kak. semoga dipermudahkan. amin.. ;-)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~