Wednesday, December 12, 2012

Malang... 12.12.12...

12.12.12.... Tarikh hari ni memang cantik... Senang nak ingat tarikh Perkahwinan, Kelahiran dan tak lupa jugak KEMATIAN... Tapi rasa-rasanya hari ni bukan hari yang best untuk saya kot... Awal pagi lagi dah bernasib malang... Huhuhu~~~

Pagi-pagi sebelum sampai pejabat lagi dah buat hal dalam kereta... Bekal yang saya letak baik-baik atas seat terbalik sebab ambik corner tajam sangat.... Kahkahkah~~~ Pastu tumpah pulak kuah-kuahnya kat atas kerusi dan bau lauk memang semerbak dalam kereta... Tak cukup dengan tu, ada jugak yang tumpah atas fail sijil-sijil dan resume En.Suami... Adeh... (-_-) Sampai je ofis, kena la cuci muka surat fail tu sehelai-sehelai... (-_-) Jenuh jugak nak cuci dengan dettol untuk buang bau lauk dan lap pulak satu-satu page fail tu...

Dah tu duduk la nak rest sebab penat jadi pencuci awal pagi... Teringat pulak kat Minyuk dan Furdiburb saya belum lagi makan pagi ni... Belum makan??? Jangan la mati pulak... Tunggu la saya pulang rumah OK... Sebab HP saya lupa di rumahhhhhh~~~~ Waaaa~~~~

Apa kaitan diorang belum makan dengan HP??? Sebab tu adalah Pet yang saya pelihara dalam HP... Diorang tak makan dan mandi lagi pagi ni... (-_-) Takut pulak mati... Penat saya jaga diorang lama-lama... Bertahan la sampai petang yerrr... Sedih betul....

Nama dia ni FURDIBURB... =)
Si Minyuk... (^_-)
Ni baru pagi.. belum lagi tengah hari dan petang... Apa la nasib... Huuuu~~~

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~