Monday, December 17, 2012

Mini Pavlova or Marshmallow

Assalamualaikum.... Pavlova??? Saya selalu je dengar orang cakap-cakap pasal pavlova dan tengok gambar dari google... Nampak macam sedap, jadi saya pun try la buat sendiri... First time buat dah menjadi. Memang sedap dan rasa seperti marshmallow kalau makan tanpa letak whipped cream... (^_^)

Pavlova saya sebelum dimasak... =)
Cantik kan tanduk-tanduk kecil tu??? (^_^) Macam mana nak buat??

Bahan-bahan Pastry :

4 biji putih telur
1 cawan kecil gula kastor (Gula biasa di kisar pun boleh)
1 sudu cuka makan
1 sudu tepung jagung
Esen vanilla

Cara-Cara :


1. Sebelum tu, pastikan semua bahan dalam suhu bilik dan betul-betul takde setitik air dan kuning telur pun dalam bekas atau melekat pada pemukul telur. Kalau tak, jangan menangis kalau takde tanduk kecil masa nak susun... (^_^) Pukul putih telur sampai jadi soft peaks seperti dalam gambar 1 dan 2.

2. Then, masukkan gula kastor sedikit demi sedikit dan pukul sampai berkilat. Pukul sekejab memang dah berkilat, tapi cek dulu dah ade tanduk ke belum. Tarikkan pucuknya macam dalam gambar 3. Kalau dah ada tanduk kecil, pukul lagi sampai mangkuk tu diterbalik macam dalam gambar 4 pun tak tumpah... (^_^)

3. Masukkan sudu kecil esen vanilla, tepung jagung dan cuka makan. Gaulkan je dengan sudu sampai sebati dan sedia untuk dibentuk. Mesti letak esen vanilla, kalau tak nanti akan ada terasa sedikit hanyir telur tu..



3. Kalau meringue dah sempurna, bentukkan kecil-kecil di atas loyang dan tarikkan taduk dengan belakang sudu supaya nampak comel... (^_^) Sepatutnya biarkan bahagian tengah sedikit tengelam dan tinggi di tepi. Tapi saya lupa pulak sebab syok sangat nak buat tanduk kecil... hehe~~
Lagi satu, susun tu jauh sikit sebab nanti dia kembang dan jadi besar sikit. Tak pasal-pasal melekat antara satu sama lain macam yang saya buat... (^_^)

4. Panaskan oven 15minit, suhu 130-150◦c... Suhu tu agak-agak sendiri sebab lain jenis oven, lain kepanasannya. Tak perlu terlalu panas untuk mengelakkan coklat diluar dan mentah didalam. Masak selama lebih kurang 1 jam.
Jangan dibiarkan terus, takut-takut nanti terawal masak dari masa yang dijangka dan hangus pulak. (^_^)

**JANGAN buat 2 tingkat macam yang saya buat... Ingatkan nak jimat masa, tapi makin lambat ada la kot sebab nak tukar-tukar dulang bawah-atas bagi masak... Huhu~~~



Kalau dah masak, biarkan sejuk didalam oven dan bukakan sedikit pintu.

Saya sengaja biarkan warna coklat gelap sebab nampak cantik. Kalau yang tak suka gelap, jangan masak lama sangat. Pavlova yang sempurna akan nampak macam gambar kat atas, rangup diluar dan seperti marshmallow didalam... Sedap kalau nak makan macam tu je, tapi bukanlah pavlova namanya. Jadi marshmallow kot... (^_^)


Bahan-Bahan Cream dan Hiasan

Whipping Cream (NON-DAIRY / BUKAN TENUSU)
Gula Kastor
Buah-buahan potong (anggur hijau dan purple, kiwi)

Cara-cara

1. Masa nak beli Whipping Cream, kena baca betul-betul yang tu adalah BUKAN TENUSU atau yang biasanya tulis NON_DIARY... Kalau tak nanti, menangis la korang sebab cream tu tak menjadi cream dan tukar jadi air... (^_^)

2. Pukul sampai jadi cream atau kental. Lama jugak, nasib la guna mesin... dan siap untuk disapu dan dihias kat pavlova yang dan SEJUK tadi... (^_^)

3. SAYA TAK SEMPAT NAK AMBIL GAMBAR YANG DAH SIAP DENGAN TOPPING SEBAB BUDAK-BUDAK BEREBUT NAK MAKAN... Rupanya lebih kurang macam dalam gambar ni... (^_^) Hias ikut suka sendiri... =)

Gambar dari google... =)
Lain kali saya buat saya ambil gambar yang senonoh dan cantik sikit, OK... Ni first time buat, sebab tu la tak sabar-sabar nak makan... (^_^)

Selamat mencuba... =)

3 comments:

Puteri Afiqah said...

weheee... mesti sedapkan ?

Nurhayati Morshidi said...

Sedap. Rasa mcm marshmallow kalau mkn mcm tu je. ;-)

dhani ramdhani said...

widihhh kren bgt nicchh bisa di coba nichhh

thank's gan

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~