Saturday, March 31, 2012

Earth Hour... Lupa... (-_-)

Tadi ada Earth Hour kan??? Seriously saya lupa... Macam mana la boleh lupa pulak??? Satu hari ni dengar Hot.fm cakap-cakap pasal Earth Hour mula 8.30 hingga 9.30 malam... (-_-) Tadi leka sangat online dan main game, lebih-lebih lagi rumah sunyi, jadi takde siapa yang nak ingatkan saya... Tak prihatin langsung saya ni... Kesian kat bumi.... Huuuu~~~ Selain saya, ada lagi ke orang lain yang lupa dan tak buat??? 


Sejam kita semua padamkan lampu tu boleh menyelamatkan bumi dari pemanasan global tau... Earth Hour ni untuk memupuk kesedaran kita terhadap alam sekitar dan Isu Pemanasan Global yang semakin parah... Setiap tahun kita sambut Earth Hour pada Sabtu terakhir pada bulan Mac.... Tahun ni jatuh pada 31 Mac 2012... Saya ni tau cakap je, tapi saya sendiri dah terlupa tadi... Hurmmm~~~ Lain kali mesti ingat... OK!
Good Nite People... =)

Friday, March 30, 2012

My 1st Coach Coming Soon

Dah 2 or 3 tahun rasanya rasanya saya tak beli dan tak guna handbag... Ada handbag, tapi bukan yang proper handbag... Selama ni saya guna sling bag je... Entah kenapa tak minat dengan handbag, maybe sebab sling bag nampak lagi style kot... Hehehe~~~ Minat kan lain-lain...

Takde beza pun dua ni... Hehehhe~~~
Sekarang ni tiba-tiba minat dan ingin nak guna handbag balik bila dah mula berkerja... Mana tak nya, bila nak pergi kenduri atau pergi kerja, pakai baju kurung nampak cantik dan sopan je kan... Tapi bila pandang betul-betul, ada something spoil sebab sling bang tu melintang je kat tengah badan... Hilang ayu... Nampak macam student dah pulak... Hehehheh~~~

Tapi, dah beberapa hari saya ajak adik, kawan dan dia jalan-jalan kat shopping mall, tak nampak pun yang best. Lebih-lebih lagi saya ni jadi bermasalah untuk pilih, sebab bila dah lama tak pakai, secara automatik jadi tak pandai nak pilih mana satu cantik dan sesuai... Hurrmmm~~~ Yang kat bawah ni cantik kan??? (^_^)

Coach Brooke yang Kak Norlia guna nampak cantik dan smart
Saya tengok kak Norlia yang sama pejabat dengan saya pakai Handbag Coach warna hitam... Nampak simple, smart dan cantik je... So, saya pun berminat jugak... Tapi masalahnya bag tu takde pulak jual kat sini... (-_-) Solutionnya, tempah la online dari US sebab lebih murah... Deposit separuh dan dalam 2 minggu lagi insyaAllah sampai kat saya... Harap-harap sampai la yerr... Tak kena tipu... Ngeh3~~~ InsyaAllah tak kena tipu kot, sebab yang jual online tu kawan kak Norlia... Coach yang bawah ni la yang saya nak tu...

Ni yang saya order... Kod F17183... Khaki Gold... (^_^)
Kalau kiriman tu sampai dalam 2 minggu ni, maksudnya saya tak kena tipu la... Hehehhe~~~ Nanti saya update lagi...
Update : Dah Sampai sebulan kemudian >>> Coach Delivery (^_^)

Take care people... : )

Thursday, March 29, 2012

Banyaknya Plan

Dalam kepala sekarang ni ada macam-macam perkara nak dibuat... Hurmmm~~~ Mana satu nak buat dulu ekk... (^_^) Nak tengok wayang, nak jalan-jalan, nak bergambar (mengada-ngada), nak makan-makan... Semuanya pun nak dibuat... Tapi kalau dah balik kerja nanti, masa dah singkat... Bila pulak nak buat semua tu?? Hurmmm~~~
Take care people... =)

Happy 25th Birthday Kak Zee

Semalam 28 Mac 2012 Birthday Kak Ramziyah... Happy Birthday Kak Zee... (^_^) 


Sorry Kak Zee sebab tak dapat nak celebrate betul-betul dan keluar jalan-jalan... Semalam rushing sangat-sangat... Yang ada malam tadi cuma Saya, Dia, Firdaus dan Kak Zee... Firdaus ada hal keluarga di rumah jam 7malam, Kak Zee pulak nak naik flight ke KL jam 8.30malam... Memandangkan Firdaus kerja kat airport dan kak zee pun rushing nak ke airport, jadi kami ajak Kak Zee makan di mcD dalam tu je lah... Makan-makan sikit dan saya belikan Kak Zee kek harijadi... Tapi tak boleh nak tiup lilin, takut nanti alarm kebakaran pulak berbunyi... Hehehhe~~~ (^_^)


May Allah your wish come true Kak Zee... (^_^)

Tuesday, March 27, 2012

Orang Pendiam Selalunya ADA Isi

Petang ni nak merapu kejab sebab ada benda yang jadi kat pejabat tadi... Takde la hal besar pun... Heheheh~~~ Actually, ni ada sedikit nasihat untuk korang... Orang yang korang tengok pendiam, jangan sesekali berani cuba nak cabar or buat sesuatu yang tak sepatutnya... Tak pasal2 nanti korang akan nampak perangai sebenar dia...


Kalau kita nak hormati orang atau jaga adap kita, bukannya pandang dari rupa, pangkat, perangai atau sifat dia... Hormati sama rata dan sesiapa saja yang ada di sekeliling kita, tak kira dia budak kecik, sama umur atau orang yang dah tua nak pencen...

Jangan disebabkan kita ni dah tua, dah matang, lebih senior berkerja dari seseorang tu bermaksud kita boleh mengata, pijak atau buat sesuka hati... Kalau ada salah atau sesuatu yang tak jelas, apa salahnya tegur baik-baik??? Perlu ke nak mengata itu ini di belakang sampai ada orang lain yang sampaikan perkara tu kat kita?? Perlu ke??? 

Cakap la baik-baik dan tanya betul-betul... Tak salah menegur, InsyaAllah teguran tu akan diterima... BUKANNYA dengan cara mengutuk dari belakang or cakap itu ini... Kalau dah cakap dibelakang, apa hasilnya??? Tuan punya badan tu tau ke dia ada buat salah??? Korang tak bagitau, macam mana dia nak tahu??? Macam mana dia nak betulkan kesalahan dia??? 

Kan tak pasal-pasal budak tu dah jadi kurang ajar sebab tengking orang tua??? Bukannya sengaja, tapi dah panas sebab mengata macam-macam tanpa selidik dahulu... Padahal takde masalah pun... Tanya la bagus-bagus... Dari takde masalah kan dah jadi masalah??? Kalau yang kena tu jenis orang tak kisah, takpe la jugak... Tapi kalau betul terkena kat orang yang panas baran tu, padan la muka kena sebijik... Huhuhu~~~ (^_^) Amalkan budi bahasa dan hormat-menghormati yerr... Kurangkan kontroversi dan mengumpat... Ngeh~~ ngeh~~ ngeh~~

Sunday, March 25, 2012

Tanda Salib Dimana-mana... Jangan Leka...

Pesanan dari saya... Jangan leka dan berhati-hatilah... Jangan jadi seperti saya yerr... (-_-) Tengok gambar apa pada baju T yang saya pakai... Perhatikan betul-betul...


Korang tahu tak selama saya pakai baju T ni... Saya tak perasan pun corak "Salib" pada baju tu... Saya ingatkan corak bunga biasa... Saya sedap-sedap je pakai sampailah adik saya tegur petang tadi...

Kenapa kakak pakai baju ni??? Kakak tak perasan ke corak apa dekat baju tu??? 

Bila saya perhatikan betul-betul, barulah saya nampak bentuk salib kat tengah corak tu... Pengajarannya, setiap apa yang kita buat, apa yang kita beli, apa yang kita pakai dan apa yang kita makan mestilah sentiasa berhati-hati... Mereka sentiasa ada cara untuk melalaikan kita... Jangan jadi seperti apa yang saya dah buat sekarang... Lepas ni memang baju ni akan dimusnahkan je la... Tak nak simpan lagi... Huhhh~~~
.

Bergulung selepas 5 tahun

Hari ni buat kedua kalinya gulungkan rambut... (^_^) Ni baru kali kedua... Pertama kali masa tahun 2006, tu pun sebab kerja di saloon kena buat rambut cantik-cantik... Lepas tu dah tak pernah nak gulungkan lagi sebab original memang dah gulung, jadi suka pulak nak buat lurus... =)


3 jam duduk dan tertidur, akhirnya siap jugak.... Hehehhe~~~ Nasib baik ada adik yang setia menunggu kakaknya ni... Actually tak guna jugak saya buat rambut ni, sebab saya pakai tudung kalau keluar dan pergi kerja... Ngeh3~~~ Tapi betul-betul ingin nak gulungkan... So, inilah jadinya... =)

Kiri masa lurus November 2011... Kanan yang sekarang... (^_^)

Pizza Gebu by Abang

Petang ni, balik je dari jalan-jalan tengok abang dah siapkan pizza di rumah... Sedapppp... Pizza ni SANGAT LEMBUT roti nya... (^_^) Kalau nak try, ikut la dalam resipi ni yerr... =)


Bahan-bahannya Doh (2 keping pizza) :
300g Tepung gandum
6g Instant yeast
20g Butter
10g Gula halus
170ml Air
Sedikit tepung untuk ditabur

Cara-cara membuat doh :
1. Satukan semua bahan kedalam satu bekas kecuali mentega. Gaul sehingga betul-betul sebati.
2. Masukkan mentega kedalam doh tadi dan gaul lagi sehingga doh menjadi kenyal dan lembut.
 **Jika masih melekit, taburkan sedikit tepung.
3. Bulat-bulatkan doh yang telah siap kepada 2 bahagian dan biarkan selama 45minit sehingga doh naik sekali ganda.

Doh Pizza
Bahan-bahan untuk inti (Kuantiti ikut kemahuan sendiri) :
Bahan A
500g Daging cincang
Tomato puree / Sos tomato
Serbuk Lada
1 Bawang besar dicincang halus
Serbuk perasa

Bahan B
Sosej dihiris nipis
Cili benggala/ Capsicum (Hijau, Kuning, Merah) Dihiris nipis
Keju Mozarella di parut halus
Nanas dipotong dadu

Bahan-bahan inti pizza
Cara-cara membuat Inti dan Pizza :
1. Tumiskan bahan A sehingga masak
Bahan A ditumis terlebih dahulu
2. Ambil doh yang telah disiapkan tadi dan masukkan ke dalam dulang pizza. Tekan-tekan doh dengan menggunakan jari sehingga memenuhi dulang.
**Biarkan bahagian tepi pizza tebal sedikit
3. Tuangkan dan ratakan bahan A yang telah dimasak tadi untuk dijadikan lapisan pertama
4. Kemudian, susun semua bahan B mengikut citarasa sendiri.
Pizza siap disusun dan sedia untuk dibakar
5. Sediakan oven dengan suhu 150◦c dan bakar selama 20minit sehingga keju mencair dan doh nampak kuning keemasan.

Bila dah siap... Potonglah untuk dimakan... (^_^) Sangat lembut dan sedap.... Nyum3~~~
.

Saturday, March 24, 2012

Si Putih Kembali Menawan

Petang ni seronok bermain dengan si putih... Tengah hari tadi bawa si putih pergi car wash sebab dah lama tak mandi... Sibuk sangat a.k.a MALAS... hehehhe~~~ Tapi korang tau2 je la kalau warna solid jarang dicuci apa jadinya... Huuu~~~ Warna kotor akan menyerap masuk ke dalam cat tu... Kesan nya??? Cat kereta nampak berkerak dan warna kotor berbelang-belang walaupun dah dicuci betul-betul... Lebih-lebih lagi kalau kereta putih... Memang jelas warnanya berkerak, calar dan berbelang-belang... huhuhu~~~

Kereta abang yang masuk Auto-show Swinburne
Dalam minggu ni, saya tengok abang saya sibuk je wax, polish, buat sticker dan macam-macam kat kereta dia dengan kawan dia. Sebab kereta diorang nak masuk Auto-Show... Sebab tu la saya ada idea nak buat kat kereta sendiri... Kesian dah tengok si putih tu terbiar je... So, tengah hari tadi saya beli bahan untuk buat... =)

Ubat Si Putih
Actually saya tak tau nak buat benda alah ni... Biasanya ni kan kerja lelaki?? Kalau tak pun, orang perempuan akan hantar je kat kedai... Hehehhe~~~ Tapi takpe, memandangkan saya ni cerewet dan nak tengok hasil kerja sendiri, saya baca arahan dekat tin dan tiub tu betul-betul... Akhirnya menjadi jugak dan kereta saya nampak betul-betul berkilat dan warna kotor yang dah serap dalam cat tu pun hilang... (^_^) Dah bersih dan berkilat macam tu baru la nampak macam kereta anak dara... Hihihiii~~~ Jum tengok gambar sebelum dan selepas proses... =)

Calar yang teruk kat bahagian pembuka pintu kereta...

Calar dan warna kotor dah menyerap kat dalam cat...
Warna body kereta berbelang-belang sebab kotor dah menyerap kat dalam cat
Bersih kan??? Saya perlukan 3 jam nak buat seluruh kereta... Lambat sangat sebab terkial-kial dengan panas diluar rumah... Heheheh~~~ Tapi kerja ni tak boleh buat selalu... Sebab nanti cat kereta cepat faded... Benda ni kan menghakis... Kalau dah teruk sangat barulah buat... Selalu cuci pun dah ok, asal jangan sampai kotor tu menyerap kat dalam cat macam kereta saya ni... Hehhehe~~~
.

Berbaloi ke Servis di Perodua??

Ni adalah kali pertama saya servis Si Putih saya tu di Perodua... Sebelum ni saya servis kat bengkel je, memang dah biasa kat situ dari sebelum ni lagi... Tapi memandangkan ni adalah major servis, jadi saya nak cek betul-betul seluruh enjin takut ada apa-apa masalah lain yang bengkel tak pernah cek dalam 5 tahun umur dia ni...

hantar Si Putih pergi Klinik... (^_^)
Belum apa-apa lagi nama saya dekat resit tu dah tak betul... Hurmmm~~~ Nama saya Nurhayati Bt Morshidi... Bukannya Nurhayati Bt Sahari... Haduiiii... Tersilap bapak la pulak... (-_-)

Nama sapa ni??? Tak kenal... huhhh~~~
Resit nak bayar punya la berjela-jela... Tak tau la benda yang diservis tu perlu ke tidak... Sebab kalau perempuan punya kereta, tau nak pakai je... Bukan tahu pun apa dalam enjin tu... Jadi, bila dah time servis diorang suruh tukar itu ini, tukar je la.... Huuu~~~ Ni dia list benda yang diorang tukar...

Page 1
Page 2
Page 3
Jumlahnya??? Memang tak dijangka... Sebab ni pertama kali bawa kat Perodua... Tu pun sebab major servis... So, lepas ni untuk servis biasa, saya akan bawak pergi bengkel yang saya dah biasa hantar... Rasanya dalam panjang-panjang list yang dia servis tu, tak semuanya perlu kan?? Mungkin ada yang tak perlu pun dia tukarkan... Mungkin laaa.. Saya sendiri tak tau jugak pasal enjin-enjin ni...

Total servis... (-_-)
Actually, masalah sebenar yang saya sendiri dapat rasa masa driving adalah gear... Gear susah nak masuk dan sangat keras... Saya dah bagitau dengan diorang masa register servis... Bila dah siap, diorang kata takde masalah pun dan dah atur semua yang patut... Tapi, rasanya gear tu masih jugak bermasalah bila dah siap servis... Buang duit je... Kalau tahu, baik suruh bengkel saya sendiri yang tengokkan gear tu... Huhuhu~~~
.

Friday, March 23, 2012

Seronok dan Sempoi Bila Layan Single

Selalunya orang kata bila single, hidup ni akan jadi sunyi sepi kan??? Cuba kita berfikir positif dan jangan terlalu hiraukan benda tu, for sure kita akan sangat happy... (^_^) Macam saya hari ni layan seronok je walaupun sorang-sorang... Hehehhe~~~

Hari ni masa saya penuh... Pergi uruskan servis kereta, pergi bank, pergi shopping dan jalan-jalan... Kebetulan pulak hari ni saya cuti... (^_^)

Saya ni kalau dah jalan sorang-sorang memang sempoi... Bila dah lapar dan penat, duduk kejab kat mana-mana tempat dan makan.. Hehehhe~~~ Tadi lepak makan kat Food Bazaar The Spring... Makan Beef Tang Hoon... Bihun sup kegemaran saya... (^_^) Pelik kan??? Kenapa orang asyik pandang-pandang je kalau kita duduk makan sorang...Pelik ke??? Tak kan??? =)


Tak tahu la apa yang sedapnya Bihun sup tu, tapi setiap kali nak makan, benda tu je yang saya akan order. Macam dah takde makanan lain dah... Hehehhe~~~ Lepas makan dan hilangkan lenguh kaki, sambung lagi jalan-jalan sambil makan ais krim... Memang seronok... Suka hati je nak pergi, tak perlu nak risaukan tentang orang lain nak pergi ke mana... =)


Target utama nak jalan-jalan hari ni adalah nak cari hand bag dan selipar... Tapi.. satu pun saya tak beli... Jalan-jalan, tengok-tengok dan makan je... Hehhehe~~~ Masa dah nak bayar kupon parking kereta dan balik, barulah saya ternampak kedai Limited Edition dan teringat yang saya dah lama ingin nak beli tali pinggang kulit kat situ... Ape lagi, yang nak di cari tak jumpa, benda lain la dibeli.. (^_^) Memang berbaloi la berjalan sampai kaki tu lenguh, sekurang-kurangnya ada benda yang dibawa balik... =)


Sebelum balik, perut lapar lagi laaa... Singgah pergi Hot & Roll, tapi tak tau nak beli ape... So panggil abang tu suggest apa yang sedap. Dia kata Chicken Cheese memang sedap, jadi beli tu je la 2 biji... Heheheh~~~ Makan dalam kereta sambil driving dan melayan kesesakan lalu lintas di petang hari. Sebab saya balik dalam pukul 5.30petang. Masa tu jalan memang sesak dengan kenderaan yang balik kerja... Tapi saya tak perlu nak stress, sebab layan makan chicken cheese time traffic jam... Hehheheh~~~ (^_^)

Cantik je tempat letak makanan kat tepi pintu... Hehhehe~~~
Hidup single memang seronok... Tak perlu nak berkepit masa yang tak perlu... Jalan-jalan tengok barang sampai berjam-jam pun tak kisah, sebab takde orang yang tunggu kita dan tak perlu ikut mana orang nak pergi.... Cuma pergi mana yang kita nak je... Lepas tu takde orang nak kongkong kita perkara yang tak perlu dikongkong... Lagipun kita keluar bukannnya buat jahat kan???... Hehheheh~~~

Tapi walau bagaimanapun... Kadang-kadang seronok jugak keluar dengan kawan-kawan dihujung minggu untuk beriadah, tengok wayang ataupun berkelah... Cuma ada masanya kita selesa berseorangan... Betul tak??? (^_^)

Wednesday, March 21, 2012

Ada Sebabnya....

Petang ni nak merapu kejab... Sebab cuaca panas terik, perut saya lapar dan baru je sampai ofis... Penatttt... Huuu~~~ Tadi banyak urusan luar pejabat...

Korang perasan tak??? Kalau sesuatu dah berlaku kat kita, baru kita nak berfikir apa yang terjadi, apa penyebabnya dan apa yang patut dibuat??? Kadang kala, sesuatu perlu terjadi supaya kita dapat membentuk seseorang...nak bagi dia berfikir dan apa yang sepatutnya dia buat.... Tapi bahayanya, kalau melampau sangat nanti kita akan terus kehilangannya sampai bila-bila...  Sekiranya hilang, mungkin tu boleh dijadikan pengajaran untuk kedua-duanya... Mungkin... Tak siapa yang tahu...

Kalau kita tak buat sesuatu yang drastik, nak buat macam mana lagi??? Dah buntu otak ni nak fikir kalau berterusan... Tapi takpe, kadang-kala bila sesuatu dah hilang, ia akan membuatkan kita gembira dan belajar erti menghargai dan menjaga.... Perkara macam tu tak akan berulang banyak kali...

Monday, March 19, 2012

Alasan...

...Susah ke nak bagi komitmen??? Susah sangat ke??? Kalau tak boleh 100%, tak kan 10% - 20% pun payah??? Manusia...oh...Manusia... Ada saja alasannya...
.

Buang Masa Bercinta

Komen yang saya dapat??? Kebanyakannya akan kata buang masa bercinta dengan orang yang bukan beragama Islam... Betul ke??? Kadang-kadang kalau kita fikirkan balik, betul jugak.... Tak tahu lagi dia tu berminat tak dengan agama Islam??? Komitmen relationship mungkin tak akan ada, sebab dia sendiri tak pasti lagi hala tuju hubungan bila dah lain-lain agama, apatah lagi Islam... Apa yang dikorbankan selama ni akan jadi sia-sia je... Melainkan kita tahu yang dia berminat dengan islam dan ada menunjukkan komitmen, MUNGKIN ada harapan... Tapi kalau awal-awal lagi dah tunjuk belang, baik lepaskan je lah... sangat MEMBAZIR MASA....


Saya dah penat... Penat tau tak?? Sangat penat.... Penat nak menaip... Kalau tak ada sekarang...Tentu ada jodoh lain yang Allah dah tentukan untuk saya... Bersabar je...

Sabar Ada Tahapnya

Nak marahhhhh je... Huhhh~~~~ Sabar... Harus Sabar... TAPIIIII~~~ Ada batasnya kan??? Lebih-lebih lagi dah tahu jenis panas baran, tahap sabar tu memang rendah... SANGAT RENDAH... Orang yang panas baran ni, kalau dia dah buat baik...memang dia akan betul-betul baik dan seikhlas-ikhlasnya mereka baik... Tahap kalau dah sakit hati dan marah, tak tahu nak cakap... Sepatutnya jenis yang macam ni kena pergi kaunseling "Anger Management"... Tapi kalau dah sedaya upaya jadi yang terbaik, then orang pijak pula kepala tu...Memang taubat nenek, jangan harap nak tengok lagi kebaikan tu...

Kadang-kadang, dari marah tu menyebabkan kita kehilangan sesuatu yang sangat berharga dalam hidup ni... Jadi, sebelum nak meletus, baik fikir dulu apa akan jadi lepas tu...

Yang saya hairankan sangat, kalau dah tahu orang tu buat baik, kenapa tak boleh balas baik jugak??? Kenapa nak disakitkan hati dan ada saja perkara yang menyakitkan hati nak di buat... Dah tahu perkara tu boleh buat jadi mengamuk, kenapa masih nak buat?? Tak pasal-pasal kena sumpah seranah kan??? Lepas tu, yang pemarah tu jugak la yang hilang harga dirinya bila dah marah-marah... Sapa yang nampak jahat??? Engkau ke??? Tak kan?? Kenapa tak boleh berfikir??? Ingat marah ni tak penat??? Boleh sakit mental tau tak??? 

Jenis yang diam-diam ubi tapi berisi ni la yang bahaya... Rupa je sopan santun dan pendiam, tapi dalam hati tu berapi tunggu nak meletus takde sapa yang tahu... Huhuhu~~~
.

Friday, March 16, 2012

Cinta Berlainan Agama

Malam-malam macam ni seronok layan baca blog-blog orang... Dan saya terbaca tentang ni dan ada kebenarannya juga dan untuk renungan semua yang berkaitan... =) 

•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸

Rasanya tak salah kalau kita nak bercinta dengan orang yang berlainan agama, tapi kena betul lah caranya. Jangan bercinta macam kita ni dah masuk agama pasangan kita pula...
Sila baca rintihan wanita dibawah...


¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•
Kadang2 kita tak dapat bahagikn masa antara kerja dengan cinta….I berkawan dengan chinese.. Dia seorang yang giler kerja… Asyik busy je… I suka kat dia, dia pun mcm tu jugak… Masalahnya, dia mcm tak bersungguh-sungguh untuk memeluk agama islam…. I jadi rungsing… Makin hari I makin sayang kat dia….. help me Richie…. Please...
¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•.¸•♥•.¸¸.•♥•
Komen Panduan Cinta : Jika awak sudah tak boleh tahan dengan lelaki ni, saya rasa awak boleh undurkan diri. Sebabnya orang Cina memang selalu dikaitkan denga rajin bekerja dan mungkin lebih mementingkan kerja daripada awak. Jika awak rasa diri awak tidak menerima layanan yang sepatutnya, silalah dengan rela hatinya mengundur diri.

Lebih-lebih si dia tidak bersungguh-sungguh untuk memeluk agama Islam. INGAT! Awak hanya boleh  berkahwin dengan orang yang sudah memeluk agama Islam. Jika tidak berdosa besar. Jangan terlalu mementingkan hati dan perasaan awak. Awak kena lebih memikirkan perihal AGAMA dan MASA DEPAN. Ikut hati , mati nanti...

Jika awak tak mahu kehilangan si dia, awak perlu ajak dia berbincang dengan serius hal ni. Jika dia masih tidak memandang serius perkara ni, lebih baik awak tinggalkan si dia.

Sumber : Panduan Cinta
.

Kehilangan Mereka

Boleh bayangkan tak kalau kita sudah tidak mempunyai kedua orang tua??? Ketika adanya mereka di sisi kita, kita tak pernah terfikir dan tak pernah hiraukan... Tapi...bila sudah tiada barulah kita tercari-cari dengan kehadiran mereka... Jadi bersyukurlah kepada mereka yang masih memiliki kedua-duanya...

Mak dan Bapak saya... =)
Hari ini dah seminggu bapak tiada di rumah... Bapak pergi ke Limbang atas urusan kerja... Mak pulak dah berangkat ke Betong tengah hari tadi bersama dengan abang dan cucunya... Rumah terasa sangat sunyi... Nampak macam suram bila kedua-duanya tak ada... Kalau mak dan bapak ada pun, saya bukannya bercakap sangat... Bukan sebab apa saya tak bercakap, tapi memang saya jenis kurang bercakap di rumah... Tapi, sunyi tak bercakap dan sunyi bila tak ada memang lain...

Biasanya bila balik kerja, soalan yang sama mak akan tanya, "Nak makan tak?"... Sedangkan mak dah tahu jawapan skema saya setiap hari, "Saya tak makan petang"... Tapi, hari-hari pun dia akan tanya jugak... Hehehhehe~~~

Tapi hari ni tak best... Balik rumah terus baring dan tido je... Takde mood... Takde pun sesiapa nak ambil tahu dah makan ke belum... Petang ni pulak tetiba rasa nak makan petang... So, korek-korek almari cari maggi dan telur... Huuuurrmm~~~

Kalau orang lain, sekiranya mak bapak tak ada dirumah untuk tempoh yang panjang, itulah peluang untuk "lepas dari kandang" dan bebas... Tapi saya ni nak keluar pun jadi takde mood... Kalau nak merayap boleh je, itu pun kalau nak... Tapi hati tak nak... Kalau mak ada, pkl 9 saya masih tak balik mesti dia call... Tapi kalau dah takde macam ni, sapa nak kisah dengan saya??? saya makan ke tidak??? saya ada dirumah ke tidak??? saya sihat ke tidak??? takde orang peduli pun... Sekarang ni saya tengah demam... Sedihnya... (T_T) Takde orang nak peduli... =(
.

MengEdit untuk Hilangkan Mengantuk

Pagi ni nak bangun pergi kerja pun susah... Dah berapa kali snooze alarm clock, tapi saya masih tak bangun-bangun sampai la kakak ipar saya yang ketukkan bilik tanya kerja ke tak?? Sebab heran tengok saya tak bangun-bangun lagi pkl 5.30 pagi... (^_^)

Mana tak nya... Malam tadi saya berada di hospital sampai dekat nak pukul 2 pagi... Tak tau pulak kenapa dengan kakak saya. Jadi dalam pukul 9 malam, saya dengan mak hantar kakak ke Hospital bahagian kecemasan... Pukul 2 pagi baru la di bagi tahu yang dia ditahan dan barulah kami balik... Berdiri kat depan pintu ward kritikal sampai pukul 2 pagi, sebab tak berani nak lari, mana tau doktor cari perlu tanyakan apa-apa...


Pagi tadi, sampai kat ofis memang mengantuk sangat-sangat... Tapi mata ni tak boleh nak dilayan sangat... Jadi saya buat-buat la buzy... Heheheh~~~ Sekarang ni musim cuti skolah, memang takde keja pun... =) Nak membuzy kan diri tu, saya edit-edit la gambar untuk dibuatkan Header Blog... Hehehe~~ Buat punya buat, ada la beberapa kali bertukar sebab rasa macam tak cun je warna dia... Nah tengok kerja saya dari pagi tadi sampai la sekarang... (^_^)

Header asal sebelum diubah... (^_^)
First try edit nak buat yang baru, tapi tak jadi nak pakai...
Second try dan dipakai untuk layout baru sekarang... (^_^)
Susah-susah je nak ubah sana ubah sini... Last-last yang simple jugak yang sedap dipakai... (^_^)
.

Thursday, March 15, 2012

Biar Hati Berkata-kata

Kadang kala kita sendiri tak tahu apa yang kita nak... Bila dah dapat apa yang kita nak, kita akan nak yang lebih lagi... Actually, kita tak akan puas dengan apa yang kita dapat sehinggalah kita mendapat apa yang kita IMPIKAN.... Selagi yang kita impikan tu tak tarcapai....Selagi itu lah diri tu memberontak... (-_-)

..perhatian...caring...sayang...kesetiaan...cinta...kejujuran...keikhlasan...perkongsian...

Banyak lagi yang kita impikan...Tapi tak mampu nak diluahkan dengan kata-kata... Biarlah HATI BERKATA-KATA... Setiap kali hati mula berkata, akan mengalirlah titisan jernih air mata... Betapa lemahnya diri untuk menahannya dari menitis... Adanya saki baki kekuatan dalam diri hanyalah untuk memendam hati... Sesungguhnya hanya Allah yang maha mengetahui dan memahami... Menghitung dan menanti hari yang tak pasti... Hanya KESABARAN yang bermain dalam diri supaya syaitan tidak menguasai, hilangnya harga diri dan dikuasai BENCI....
.

Update Status Kosong...

Macam best je kalau nak main-main kan??? Hehehhe~~~ Dah tak tau apa nak update, tapi nak jugak update status tu, letak je la status kosong... (^_^)


Copy dan Paste je kod ni kat dalam status, lepas tu post...

@[0:0: ]
@[0:0: ] 
@[0:0: ] 
@[0:0: ] 

Selamat Mencuba... (^_^)v
.

Tuesday, March 13, 2012

Babi Diharamkan???

Pernah tak terfikir kenapa Babi diharamkan dalam Islam?? Saya sendiri terfikir tentang perkara tu... Diantara sebabnya diceritakan dalam kejadian yang berlangsung ketika Imam Muhammad Abduh mengunjungi Perancis. Mereka bertanya kepada Imam tentang mengapa Babi diharamkan dalam Islam.


"Umat islam mengatakan bahawa babi haram, kerana dahulu ia memakan sampah yang mengandungi cacing pita dan bakteria lainnya. Pada zaman ini, perkara itu sudah tidak ada, kerana babi diternak dalam pertenakan moden, kebersihan terjamin dan proses steril yang mencukupi. Jadi bagaimana babi itu boleh dijangkiti cacing pita atau bakteria lain?"
.
Imam Muhammad Abduh tidak terus menjawab pertanyaan itu dan dengan kecerdikanya beliau meminta mereka untuk membawa 2 ekor ayam jantan serta seekor ayam betina, dan 2 ekor babi jantan serta seekor babi betina. Mendengar permintaan itu, mereka bertanya. "Untuk apa semua ini?"
.
Beliau menjawab, "Penuhi apa yang saya pinta, maka saya akan memperlihatkan suatu rahsia."
.
Mereka memenuhi segala permintaan beliau. Beliau kemudian memerintahkan agar melepaskan 2 ekor ayam jantan bersama seekor ayam betina tadi didalam 1 kandang. Kedua ayam jantan itu mula bergaduh dan saling membunuh untuk mendapatkan ayam betina bagi dirinya sendiri. Ayam itu kemudiannya dikurungkan semula.
Kemudian, beliau memerintahkan agar mereka melepaskan babi dengan cara yang sama, tetapi kali ini mereka menyaksikan satu keanehan. Babi jantan membantu seekor lagi babi jantan yang lain untuk melaksanakan hajat seksualnya tanpa rasa cemburu, tanpa rasa harga diri atau keinginan untuk mempertahankan babi betina untuk dirinya sendiri.
.
Setelah itu, beliau berkata, "Saudara-saudara sekalian, daging babi akan membunuh ghairah orang yang memakannya. Itulah yang terjadi kepada kalian. Seorang dari kalian melihat isterinya bersama lelaki lain bersapa dan  berpelukan mesra tanpa rasa cemburu. Manakala seorang bapa antara kalian melihat anak perempuannya bersama seorang lelaki dan membiarkannya tanpa rasa cemburu dan was-was. Ini adalah kerana daging babi itu menyebarkan sifat-sifatnya pada orang yang memakannya."
.
Cuba kita duduk dan diam sejenak dan berfikir... Betul atau tidak?? 
Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala rahsia laranganNya...
.
FAKTA yang kita semua mungkin tahu...


Penemuan baru yang menunjukkan bahawa DNA babi adalah sama seperti DNA manusia.. Untuk membuktikanya, carilah dalam artikel tentang kajian yang banyak terdapat di dalam internet. Contohnya "DNA pig human identical similar". Dalam satu kajian, pertembungan dua DNA yang strukturnya adalah sama akan menjadi mudah untuk disatukan sifat-sifat gen kedua-dua DNA tersebut. Dengan kata lain, jika manusia memakan daging babi, maka manusia tersebut berpotensi untuk menyatukan DNAnya dengan DNA babi dan dalam masa yang sama akan menyatukan sifat-sifat babi dalam dirinya...
Jadi????

Monday, March 12, 2012

Hujung minggu...Menghayati Keindahan Alam...

Tibanya hujung minggu, semuanya sibuk keluar berjalan ke untuk menghabiskan waktu cuti bersama keluarga atau kawan-kawan... Biasanya kita pergi menonton wayang, keluar makan, pergi membeli belah dan berseronok... Kalau kita tak cari, kadang-kala kita lupa betapa indahnya alam semula jadikeindahan dan ketenangan yang tak sama seperti di panggung wayang atau di pusat membeli belah...

Kepala siapa tu??? (^_^)
Saya sendiri baru nampak ketenangan tu bila hujung minggu saya dan dia dihabiskan dengan pergi ke taman dan air terjun... Mula-mula kami jalan-jalan kat Resevoir Park, dah lama tak datang sana, teringin pulak... (^_^)

Permandangan dari tepi kolam ikan
Resevoir Park, Kuching...
Tenang je kan bila kita duduk dikelilingi pokok-pokok sambil menghayati tiupan angin petang... Semua masalah seolah-olah hilang sebentar... Bebas dari hiruk pikuk di bandar... tapi lepas tu datang la balik masalah... heheheh~~~ (^_^)

Bila dah puas jalan-jalan kat taman, badan pun dah berpeluh dan melekit. Tiba-tiba je plan muncul dalam otak ni nak pergi mandi kat Air Terjun Ranchan, di Serian... Apa lagi, kami terus gerak pergi ke Ranchan... Masa nak pergi, hujan turun dengan lebatnya menyimbah bumi... Kalau hujan lebat, macam mana nak mandi?? Tapi tak kisah, teruskan jugak perjalanan tu... Niat dah ada... Hehhehe~~~

Hujan lebat dalam perjalanan ke Serian
Sedang dalam perjalanan tu, ternampak pulak Jambatan separuh jalan... Hehehhe~~~ Apasal jambatan tu setengah??? Tak perasan pulak sebelum ni... Roboh kot... (^_^) Dekat nak sejam barulah sampai di Ranchan, Serian... (^_^) Memandangkan saya tak pandai berenang, jadi agak rugi lah... Tak boleh nak berenang... Berendam pun jadi lah... =)

Taman Rekreasi Ranchan, Serian... 
Dah lama tak datang ke Ranchan... Agaknya bertahun kot... Kalau datang ke Serian pun takde kisah nak singgah... Masa datang kat sini dulu, belum ada hotel dan rumah tumpangan lagi. Tapi sekarang semua nya dah ada. Semakin banyak pembangunan yang saya tengok... Masa datang ke serian, kami guna jalan besar. Tapi bila balik tu kami guna jalan kampung... Seronok lalu jalan kampung dan tengok kebun-kebun... Ternampak kerbau-kerbau kat ladang kelapa sawit yang di bawa balik oleh tuannya di petang hari... (^_^)

Kerbau pulang petang dan berehat.... (^_^)
Indahnya alam ciptaan Allah kan??? Cuma kita je tak sedar kalau tak dicari... (^_^)
.

Macam Mana nak Join Segmen??

Macam mana nak join segmen??? Saya dari dulu lagi dah perhatikan Segmen Abang Ben... Contoh macam Segmen ni.... >>>Maksud Header Blog Mereka Adalah...<<< Tup2 tengok Abang Ben umumkan segmen dah ditutup... Tak nampak pun Abang Ben buat iklan segmen... Hehhehe~~~ (^_^)


Saya suka-suka je nak try join segmen... Macam menarik pulak...Tapi itu laaa, tak pernah dapat dan asyik tak sempat je nak ikut... Korang tau ke macam mana nak join?? Ada iklan ke bagitau ada segmen baru??? Hehehhe~~~ (^_^)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~