Monday, April 30, 2012

Gara-gara PR1MA... Sakit Badan...

Hari ni turun kerja lembik je... Kaki sakit...Kepala sakit...Badan letih... Ni semua gara-gara PR1MA pada Sabtu dan Ahad lepas... Hurmmm~~~

Itu lah padahnya kalau hujung minggu yang sepatutnya diperuntukkan untuk berehat, tapi buat kerja part time... (-_-) Sabtu dan Ahad lepas jaga booth PR1MA sebab ikut Program Jelajah Janji Ditepati... Sehari suntuk berdiri dari pagi sampai ke petang dan tak boleh duduk.. Hasilnya... Badan semua sakit-sakit dan lenguh... Tapi takpe, di samping dapat berkerja, membantu dan penat...poket pun Masyukkkkk~~~~ Heheheheh~~~ (^_^)


Walaupun sebelum ni pernah buat kerja kilang yang 12 jam berdiri, tapi yang sakit, kaki je... Bila kerja macam ni, saluruh badan sakit... First time la ikut program promoter macam ni... Penat yang menggila tapi seronok... (^_^) Seronok ke??? Asyik merungut penat jeee... Hehehhe~~~ =P

Ni diantara gambar persediaan sebelum orang ramai datang... Buat ribbon untuk hadiah kanak-kanak dan tengok senaman aerobik yang kami sendiri frust sebab tak boleh join... Takut nanti kalau join, berpeluh dan bau busuk sepanjang hari... (^_^)


Walaupun penat... Tapi tamat je pogram dan kertas kaji selidik di kira, kami semua gembira sangat-sangat dan berpuas hati sebab dah lepas dari kerja yang memenatkan dan hasil yang kami perolehi hampir mencapai target... Hampir je laa... Sebab target PR1MA nak 5000 helai borang, tapi kami cuma dapat kumpul dalam 4600 lebih je... Takpe la... Kami dah berusaha tarik orang ramai dan pujuk diorang supaya isi borang... Hehehhe~~~

Caaakkkk~~~~ Hehehe~~~ (^_^)
Take Care People... (^_^)

Friday, April 27, 2012

Segmen : Ben Ashaari Dan Blog Aku

Simple je segmen Abang Ben kali ni... (^_^) Kalau korang nak join jugak, klik tajuk kat bawah OK... =)



Persamaan blog saya dan blog Abang Ben rasanya banyak tentang keluarga kot... Sebab semenjak dah ada Qhaliff, Abang Ben selalu post tentang anak dia... (^_^)

Take Care People... =)

Thursday, April 26, 2012

Jom... Jelajah Janji Ditepati di Sarawak

Malam tadi kitorang ada briefing untuk Program Jelajah Janji Ditepati yang akan diadakan pada  28-29 April 2012 (Sabtu & Ahad) ni diperkarangan Bangunan Wisma Bapa Malaysia... Saya sendiri akan berkerja a.k.a jadi krew untuk Booth PR1MA (Perumahan Rakyat 1 Malaysia).
.
Saya cuma fokus kepada PR1MA je... Sebab booth tu yang akan saya jaga, jadi saya tak sentuh cerita tentang booth lain sebab saya sendiri belum tahu apa lagi yang ada pada hari tu nanti...
.
Mula-mula saya join sebab ingatkan aktiviti ni santai-santai je macam Jum Heboh... Lepas briefing malam tadi barulah tahu rupanya ni program 'serius'... Memanglah program tu macam Jum Heboh, tapi bukan di booth kami nanti... Huhuhu~~~ Serius tu maksudnya kami kena jaga Attitude, Imej, Protokol dan Pandai bercakap untuk mempromosikan PR1MA... Sebab booth ni akan jadi tumpuan VVIP terutamanya YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dan banyak lagi menteri-menteri lain... Dah nama pun 1 Malaysia, mestilah ada kaitan dengan Program Kerajaan, saya tak terfikir pun... (-_-)
.
Apa itu PR1MA?

Satu program kerajaan yang mensasarkan golongan berpendapatan sederhana (RM2500-RM7500) untuk mendapat hak milik rumah sendiri yang mampu milik dalam lingkungan harga RM100000-RM350000 dan akan dibangunkan di bandar-bandar utama seluruh negara. Juga berkerjasama dengan pemaju perumahan dari sektor swasta dalam menyediakan rumah mampumilik. (**bukan rumah kos rendah)

Harga Istimewa untuk Bumiputera?

PR1MA hanya menawarkan rumah pada harga yang lebih rendah berbanding perumahan lain dalam lokasi yang sama. JADI, harga yang ditetapkan adalah sama untuk setiap rakyat.

Nak tahu lebih lanjut, hadirkan diri ke Program Jelajah Janji Ditepati dan datang ke Booth PR1MA.

Jadi apa tujuan booth PR1MA dalam Program Jelajah Janji Ditepati nanti?

Nanti, diorang akan menyediakan Borang Kaji Selidik untuk semua orang awam yang datang. Tujuannnya adalah untuk mendapatkat survey, mengenalpasti jenis keluarga dan lokasi pilihan penduduk di Sarawak untuk Perumahan Rakyat 1 Malaysia. Jadi, luangkanlah masa untuk mengisi borang kaji selidik tu yerr... Jangan la kedekut dengan masa 2-3 minit untuk isi borang tu... Soalan pun senang je, takde nak belit-belit.. (^_^) Selain tu ada aktiviti permainan Lego dan hadiah untuk kanak-kanak... Tak rugi pun kalau korang datang...

Take Care People... =)

Segmen : Pemberian Menarik hari Ibu... Ada Hadiah!!!

Tarikh tutup 6 Mei 2012...

Segmen~~ Segmen~~ Saya terfikir nak buat satu segmen untuk Hari Ibu ni... Tak lama lagi 13 Mei 2012...

Sebelum tu, saya nak bagitau... Segmen ni ada pemenang dan hadiah tau... (^_^) Korang nak ke tak??? Hadiahnya tak la banyak mana pun, korang taip-taip dan bagi idea je lepas tu dapat la hadiah RM50 kalau idea yang korang bagi tu saya minat dan nak buat... Bukan rahsuah yerr... Tapi cuma penghargaan untuk korang sebab dah bantu saya berfikir... Sambil-sambil tu korang boleh dapatkan idea menarik jugak dari blogger lain untuk Ibu korang nanti...

Pemenangnya nanti saya akan hubungi melalui blog beliau untuk mintak detail... Saya tak menipu atau menyalah gunakan maklumat korang nanti.. I Swear... (^_^) Pemenangnya nanti saya akan umumkan dan bagitau apa cadangan menarik dia dalam entry terbaru nanti supaya boleh la kita kongsi2...


OK...Cara nak join segmen senang je...

1. Korang follow blog ni dulu. Terima kasih yer.. =)
2. Korang masukkan link blog saya ni kat entry korang berserta gambar kat atas tu..
3. Dalam entry tu nanti, tolong bagi satu (1) idea atau hadiah yang menarik untuk hari ibu nanti... Cadangan korang jangan la mahal-mahal yerr... Cukup untuk menunjukkan yang korang sayang dan hargai Ibu korang... Kalau nak bagi link tempat beli hadiah menarik pun boleh jugak...
4. kalau dah siap nanti, bagi link entry korang kat ruang komen, OK...

Harap-harap segmen ni dapat bantu saya... Saya sendiri tak tau nk buat apa untuk Hari Ibu... Sekurang-kurangnya saya ada inisiatif untuk gembirakan mak nanti... terima kasih...

RM50 menanti untuk yang memberikan idea bernas dan menarik... (^_^)

Tuesday, April 24, 2012

Air Kelapa Petang

Petang-petang macam ni selalunya saya lepak dalam bilik je sambil online dan tengok TV... Tengah sedap-sedap online, tetiba terdengar bunyi... Gedupp~~ Gedupp~~
Jenguk je la kat tingkap bilik nak tengok... Rupa-rupanya ada yang tengah jolok buah kelapa... (^_^) Itu lah aktiviti orang rumah saya kalau petang-petang panas terik macam ni, lepak belakang rumah dan jolok buah kelapa...


Rumah saya masih rumah kampung, jadi suasana kampung tu masih ada lagi... Kalau kawasan bandar mana ada lepak belakang rumah jolok kelapa.... Hehhehe~~~

Segmen : Jom Join Bloglist Miera Atiera

Ni adalah segmen terakhir yang saya join untuk pagi ni... Segmen yang ke 6... (^_^) Dari awal pagi tadi dah saya jalan-jalan sambil membaca dan join blogger yang ada buat segmen... Banyak betul blog-blog baru yang menarik... (^_^) Kalau korang nak join segmen ni, macam biasa lah... Klik tajuk kat bawah ni... (^_^)




Kalau korang tak keberatan, boleh join segmen ni jugak...


Take Care People... (^_^)

Segmen: Jom Join Bloglist Cik Purple

Ni segmen ke-5 untuk pagi ni... Heheheh~~ Banyak betul... Takpe, pagi ni saya rajin sikit... =) Segmen Cik Purple ni banyak peraturan tau... Berani nak join??? Hehehhe~~~ Takde lah, gurau je... Kalau korang nak join jugak, macam biasa lah yerr... Klik tajuk kat bawah ini... (^_^)



Kalau korang tak keberatan, boleh join segmen ni jugak...


Take Care People... (^_^)

Segmen : Jom Kenali Blog Saya

Segmen Miss Z ni macam sesi perkenalkan diri pulak... heheheh~~~ (^_^) Tapi takpe, seronok jugak... Kalau korang nak join, macam biasa la, k... Klik je tajuk segmen di bawah ni... (^_^)






Baiklah, biar saya perkenalkan diri dulu yee.. =) Blog ni tak sampai 2 tahun lagi umur dia... Bukak pada Febuari 2011... Nama Taman Kemboja ni saya dapat sebab saya minat giler dengan Bunga Kemboja... (^_^)

Kalau korang tak keberatan, boleh join segmen ni jugak...


Take Care People... (^_^)

Segmen : Tambah Follower Tambah Kawan

Selamat pagi... (^_^) ni segmen kedua untuk pagi ni... Sambil online pagi-pagi membaca blog, apa kata kita join segmen... (^_^) Seperti biasa kalau nak join, klik je tajuk kat bawah ni, OK... =)




Dalam segmen ni saya tag blog Nurmi dan Mat... (^_^)
Kalau korang tak keberatan, boleh join segmen ni jugak...


Take Care People... (^_^)

Segmen : Bloglist Terhebat Bulan Mei by Shera

Pagi ni, segmen pertama yang saya join ialah blog comel warna purple ni... Kalau korang nak join jugak, macam biasa korang klik je tajuk kat bawah ni... (^_^)




Kalau korang tak keberatan, boleh join segmen ni jugak... (^_^)


Take Care People... (^_^)

Monday, April 23, 2012

Simple...Tapi Sakit...

What you give...You get back... 


Apa yang kamu bagi/buat, itu yang akan kamu dapat balik...

Adil...

Kalau tak nak...JANGAN buat....

Peraturan SAYA...


My Life is My Rule.... Don't like it??? Get lost...


Saturday, April 21, 2012

Polis... Hurmm~~~ Nak Cakap Apa???

Petang tadi jalan-jalan macam biasa dengan adik... Tiba-tiba je masa tengah cari parking, adik saya membebel dan bising macam-macam di belakang... Mula-mula tak tau pulak kenapa, rupa-rupanya dia tengok kenderaan polis parking kat tempat zon tayar berkunci a.k.a zon larangan parking... Memang prihatin adik saya tu kan?? (^_^)

Saya malas nak komen banyak... Korang tengok dan buatlah penilaian sendiri... Kalaulah kenderaan kita yang parking kat situ, korang agak apa yang akan jadi??? Hurrmmm~~~


Masa kami baru datang, kereta memang dah parking kat situ... Masa balik pun masih lagi kat situ... Kami tak lama, jalan-jalan cari kasut je... Agak-agaknya diorang tengok wayang kot, tu la pasal lama sangat... Hehheheh~~~

Take Care People... =)

Thursday, April 19, 2012

Peraduan Pesta Buku Antarabangsa

Peraduan ni saya dapatkan dari Abang saya.... Dianjurkan oleh Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur... Walaupun pesta ni dianjurkan di Kuala Lumpur, tapi yang dari Sabah Sarawak pun masih boleh join... Kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang peraduan ni, korang boleh klik link kat bawah untuk maklumat yang lebih lanjut... Tengok, jangan tak tengok... Tak salah mencuba... Rezeki jangan ditolak... (^_^)



Take Care People... =)

Senyumlah Walaupun Sedikit

Tenangnya hati kita bila pagi-pagi lagi sampai ke tempat kerja, sekolah atau dimana-mana saja yang kita pergi, kita ternampak orang memberikan senyuman... Seperti masalah di hari-hari semalam hilang dan berganti dengan hari-hari yang baru... Besarnya kuasa senyum kan??? Dengan senyuman je kita dah dapat menenangkan hati orang di sekeliling, apatah lagi hati sendiri... Tak rugi kalau kita tersenyum, banyak pahala sedekah yang kita dapat...


Walaupun ada yang mengatakan disebalik senyuman tersembunyi seribu kedukaan... Tapi, dengan senyuman yang kita berikan itulah yang membantu menceriakan hari-hari kita... Dengan senyuman itulah kita dapat melupakan masalah walaupun hanya sementara... Tanpa senyuman, hari-hari kita akan menjadi suram dan dihimpit dengan masalah-masalah yang menyebabkan kita kemurungan...

Senyumlah walaupun sedikit... Ia akan mengubati sedikit dukamu... InsyaAllah...

Gud Morning People & Smile... =)

Segmen : Blog Pilihan Zamani 84

Morning... (^_^) Mulakan harimu dengan senyuman OK... =)

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah online jenguk-jenguk bloggers... Membaca dan membelek apa yang menarik hari ni... Tengah buka sana buka sini, terjumpa pulak dengan Segmen abang Zamani ni... 

Saya tak tau la sama ada Blog saya ni menarik untuk dibaca atau syok sendiri je... Sebab masing-masing ada cara penyampaian yang tersendiri... (^_^) Tapi takpe, saya nak join jugak Segmen abang Zamani ni... Sebab kritikan dan pujian tu akan meng-upgrade-kan kita... (^_^) Entah bahasa apa kah itu... =)

Seperti biasa, kalau nak join jugak segmen ni, korang klik je tajuk kat bawah ni...OK... (^_^)



Take Care People... (^_^)

Wednesday, April 18, 2012

Beralih Angin... Acai Berry

Jeng3~~~ Tukar lagi ke??? Hari tu ambik Herbalife kan??? Hurrmmm~~~ Herbalife pun ok jugak, berat saya turun sampai 2kg seminggu...Tapi~~~ saya susah nak kontrol makan laaa... Boleh turun sampai 2kg seminggu, tapi saya kena kontrol makan betul-betul... Teruk rasanya macam tu... Herbalife ni pelik, terlebih sikit je makan, naik balik berat... Walaupun yang kita makan tu sikit je kuantitinya, contohnya breakfast mee goreng dan lepas tu seharian tak makan.... Cuba amalkan selama 3 hari, mesti berat akan naik balik.... Tak dapat la macam ni... Tak kan la setiap kali keluar makan ataupun ada majlis saya kena tahan nafsu makan dan tengok je... Kalau iman tu kuat dan orang tak berkecil hati, takpe la... Tapi tak selamanya kita dapat macam tu... Betul tak??


Jadi, saya cari alternatif lain... Sekarang ni orang sibuk bercakap pasal Acai Berry... Semuanya komen dapat turunkan berat badan walaupun makan macam biasa... Jadi, apa lagi... Saya pun nak try la jugak... Stopkan dulu Herbalife, try ambik Acai Berry... Sekarang ni, saya cuma perlu turunkan berat yang terlebih je, lepas tu barulah saya akan kontrol sendiri tanpa makan apa-apa produk dan bersenam macam biasa... Kalau nak harapkan senaman je untuk turunkan berat 8kg yang terlebih tu memang payah la... Sebab tu la cari macam-macam produk untuk turunkan sekali gus, lepas tu barulah boleh kontrol sendiri... Petang ni nak pergi jogging dengan adik-adik... Chaiyok-chaiyok... (^_^)

Take Care People... =)

Senyuman Battleship

Malam tadi Battleship layan habisss... (^_^) Walaupun tengok di barisan ke 4 dari hadapan... Hehehhe~~~ Lepas layan tengok movie, layan sakit tengkuk pulak... Hehhehehe~~~

Saya, Ezi dan Mulia layan sengal dulu sementara tunggu movie start dan dia datang... (^_^) Merayap main game kat mesin candy tuhh~~~ Tengoklah wajah seronok bila dapat gula-gula... Mengalahkan budak kecik umur setahun, Ezi pulak yang over excited... Hehehhe~~~ (^_^)

Budak kecik dapat gula-gula... =)
Payah betul nak dapatkan gula-gula... Sampai habis 6 token barulah dapat beberapa bijik, sebab tu la Ezi terlebih excited bila dapat jatuhkan gula-gula tu... heheheh~~~ Pastu buat apa pulak yerr??? (^_^) Menyemak kat ruang galeri dan buat perangai sengal... Boring tak tau apa nak buat sementara tunggu Battleship... (^_^)

Art Galeri... =)
Konon je lah macam tau je apa yang ditengok, padahal tak tau apa pun pasal lukisan... heheheh~~~ Si kakak pulak macam budak sengal... Rupa je ayu, tapi perangai... Fuhh~~~ =P Takpe laa... kami tak ganggu orang pun... Janji hati diorang senang daripada adik-adik saya bosan duduk di rumah masa cuti semester ni... (^_^) Jum ambil gambar banyak-banyak ala-ala model tak bertauliah... Hehhehe~~~ (^_^)

Model tak bertauliah... =)
Beli Onion Cheese untuk si Kuruk-kuruk... =)
Cerita dah nak mula barulah si Kuruk-kuruk datang... Beli Hot & Roll dulu untuk Si Kuruk-kuruk alas perut, kesian dia lapar baru balik OT kerja pukul 7 malam... Tengok kakak di belakang tu, senyum-senyum je dengan perangai kami... Hehe~~~ (^_^) Lepas movie nanti barulah bawa si kuruk-kuruk pergi makan yerr... Alololooo~~~ (^_^)

Good Morning People... =) 

Tuesday, April 17, 2012

Flu Ohh~~ Flu...

Semalam dan hari-hari lepas baik je hidung ni... Takde pun masalah... Kalau bangun pagi dan lepas mandi tu kira normal la saya kuat bersin dan selsema... Tapi sekejab je la, sebab saya kalah dengan air sejuk pagi-pagi... Heheheh~~~


Tapi, pagi ni sampai kat ofis masih berhingus dan tak henti-henti sampai sekarang... Aduiii... dah macam budak-budak... Kain pulak takde bawa... Alamatnya habis la sekotak tisu kat ofis ni saya bedal untuk lap... Heheheh~~ (^_^) Tensyennya melayan selsema ni...Hidung dan mata dah mula gatal-gatal.. Kalau digosok nanti takut merah jadinya....Haduiii~~~ (-_-)

Takpe la kalau saya sorang je kena, tapi tadi Kak Norlia yang duduk sebelah saya pun dah mula gatal-gatal hidung... Memang berkesan la virus yang saya bawa ni kan... Silap-silap satu sekolah selsema... kehkehkeh~~~~

Saya sendiri boleh nampak, setiap bulan wajib sekali saya mesti selsema... Kenapa??? Entah... Antibodi takde kot... Tak kisah lah... Bukan lama pun selsema ni... Paling sekejab seminggu dan paling lama sampai 2 ke 3 minggu... Hahhahaha~~~

Semoga yang duduk kat tepi-tepi saya tu kebal lah yerr... Ngeee~~~ (^_^)

Sunday, April 15, 2012

Segmen : Blogwalking & Saya Nak Masuk Bloglist Promosi Blog

Ni segmen terakhir yang saya join untuk hari ni... Segmen yang ke 4 sebelum saya masuk tidur nanti... (^_^) Kalau korang nak join segmen... Seperti biasa klik je tajuk kat bawah ni... (^_^)



Take Care People... =)

Segmen : Jalan-jalan Membaca Blog


Assalamualaikum...

Hujung minggu ni nak buat segmen jugak la... Orang buat, kita pun nak buat... Hehehe~~~ takde la... Sekadar aktiviti hujung minggu... (^_^) Disamping tu saya boleh membaca blog-blog lain jugak kan???  Cara nak join...

1. Buat satu Entri bertajuk "Jalan-jalan membaca Blog" dan letakkan gambar comel yang kat atas ni.
2. Dalam entri tu jugak, korang letak la 1 tajuk dalam blog korang yang korang rasa paling best untuk dibaca.
3. Dah siap nanti, masukkan link segmen kat dalam ruang komen di bawah ni...

Jom la Join... Dapatlah jugak saya baca blog korang nanti... (^_^)

Take Care People... =)

Segmen : Lisa Buat Segmen Blog List

Saya join segmen lagi....sebab hari ni free sangat-sangat, jadi banyak masa untuk online dan membaca blog rakan... Sambil jalan-jalan tu, ternampak pulak segmen dalam blog... Apalagi, join la sekaki... Hehehhe~~~ (^_^) Kalau korang nak join jugak, klik je tajuk segmen kat bawah ni... =)



Take Care People... =)

Segmen : Ayu Cari Rakan Blogger

Memandangkan hujung minggu ni saya lapang sangat, jadi saya nak join beberapa segmen... Diantaranya ialah segmen oleh Kak Arini Ayu ni... (^_^) Kalau nak join, klik je tajuk ni >>>



Take Care People... =)

Segmen : Ben Ashaari Tanya 5 Blog Best Pilihan Saya


Blog yang menjadi pilihan saya... (^_^)

Kagum dengan rekaan fesyen dari Hatta yang lain dari yang lain 

Editor gambar yang baru bermula dan kreatif

Blog berunsurkan nasihat dan cerita-cerita pengajaran

Blogger comel dan penulisan nya simple serta menarik untuk dibaca

Blog yang simple tetapi mempunyai perkongsian yang menarik serta update dengan hal-hal yang terkini

Saturday, April 14, 2012

Jangan Pandang-Pandang Adik Saya

... Ngeee~~~ Takde kaitan pun dengan tajuk entry ni... Jangan pandang-pandang, cerita hantu komedi yang kami tengok Khamis lepas... Baru je nak tulis kat sini... Saje je... Hhehehe~~~ Saya pergi tengok bersama dengan adik-adik seperti biasa... Itulah adik, sahabat dan segalanya untuk saya... Kalau ada orang (lelaki) yang berani susahkan diorang, saya dulu yang akan susahkan budak tu.... (^_^)

Dara Kembar Morshidi... =)
Macam kembar tak??? Kami pakai baju dan tudung sepasang, saje je nak jadi kumpulan boria kuching... hahahah~~~ Nak tengok muka bodoh kami???


Bagi kecik je... Malu pulak...Dah3... tak perlu merapu... Tiket dah beli, tapi masih awal... Lepak dulu kat bawah, tak tau la apa nama kedai.. Ngeh3~~ (^_^) Anak saudara saya ni comel kan??? Nama dia Kiki... Pakai topi burung lagi tu.. (^_^)

Si Kecik yang comel bersama makcik yang sengal... Hehehhe~~~
Makcik-makcik dia pun apa kurangnya kan??? Cuma ada sedikit sengal... Hehhehe~~~ Asyik adik saya yang sorang tu je tak nampak muka, sebab dia CameraGirl... (^_^) Ni dia tiket wayang cerita yang kami tengok... rasanya kami je kot yang ada hari tu, sebab hari berkerja sapa yang pergi panggung... Syok~~~ (^_^)


Si kecik tu pun comel, tengok wayang tak payah nak duduk di kerusi... Dia lagi suka duduk tengah-tengah lantai... Rasa seperti panggungku rumahku kot... (^_^)

Kiki yang Comel... =)
Lepas tengok wayang, pergi la jalan-jalan... Sebab dah janji nak bawa adik jalan-jalan time cuti... (^_^) Alahai... Bila lah adik pulak nak bawa kakak.... (^_^)

Gud Nite People... =)

My Perfect Weekend

Tajuk je dalam BI...tapi seperti biasa isinya dalam bahasa melayu... Hehhehe~~~ Hujung minggu ni sangat sempurna sebab dapat luangkan masa bergembira bersama BFF dan Dia... Seronok dan happy sangat sebab dapat lepak makan-makan di Pasir Pandan, Lundu... Jauh nya nak datang makan-makan... hehehhe~~~ Makanan semuanya masak siap-siap dari rumah sebab tak nak susah payah buat BBQ, kami datang nak rehat-rahat je, bukan nak penat-penat masak-masak... (^_^)

Perempuan hidang makanan, Lelaki buat unggun api menghalau nyamuk... =)
Sampai kat sana dalam jam 10 pagi... Cuaca pun agak panas sebab dah nak tengah hari... Tapi nasib baik cuaca redup sekejab dan membenarkan kami untuk mandi pantai... Tapi sekejab je lah, sebab kami tak nak berjemur... Hehheeh~~~ Naik je matahari, terus semua naik ke darat... Melepak je lepas tu sambil main pasir dan mendengar celoteh Azlan yang buat lawak sepanjang hari sampai penat urat muka kami ni nak gelak... Hehheehh~~~

Bermandi-manda di tepi pantai... =)
Aduiii~~~ Apasal pulak ada yang bacakan doa... hehehhe~~~
Walaupun takde apa aktiviti yang dibuat, sekadar lepak-lepak kosong... Tapi tetap seronok... Masa-masa camni lah kita dapat berehat dan bersantai bersama kawan-kawan... Tak semestinya kalau pergi piknik kena ada BBQ atau buat aktiviti... Kalau masa baru tiba tadi semua aktiv dan bersemangat, tiba je tengah hari semua dah layu.... Masa tido petang katakan.... Hehhehe~~~ Apalagi, baring-baring je atas pasir dan ada yang layan tidur... Sedapnya tidur petang sambil ditiup angin laut... (~_~) Rasa macam dah tak boleh nak di buka lagi mata ni... Hehehehh~~~

Masa baru datang bukan main lagi semangat, bila dah tengah hari semuanya lembik... =)
Walaubagaimana pun... yang menambah keseronokkan adalah bila dia ada bersama-sama... (^_^)

My kuruk-kuruk.... (^_^)
Kalau boleh lah kan... Setiap minggu nak pergi berkelah... Tapi mana boleh... Penat tauuuu~~~ Walaupun duduk-duduk melepak je... Tapi tenaga tu banyak jugak yang dikeluarkan... Hehehheh~~~ Balik je dari Lundu, singgah dulu untuk beli makanan ringan Made in Lundu... Hehhehe~~~ Lepas tu semuanya pengsan dalam kereta... Aduiii~~~ Kepenatan ke??? Hahahhaha~~~

Tido laa pulak... heheheh~~~ (^_^)
Take care People... (^_^)

Wednesday, April 11, 2012

Bantahan Untuk Satu Impian

Sekarang ni rasa sedeh sangat-sangat... Bukan pasal mana-mana lelaki OK, takde masa nak layan perasaan pasal lelaki ni.... Tak tahu dengan sapa nak cerita... Sedeh sangat pasal motor... Huhuhu~~~ (-_-)


Serius... saya BETUL-BETUL inginkan motor besar... Lagipun esok lesen saya dah keluar... Sepanjang minggu ni saya pergi ronda-ronda kedai big bike setiap kali pulang dari kerja... Tapi... bila fikir-fikirkan balik??? Mak saya macam mana??? Mak tak tahu lagi pasal ni... Saya ni masih lagi dalam tanggung jawab mak bapak... Apa-apa yang saya buat, saya tak boleh ketepikan mereka... Sebelum beli motor ni pun saya kena tanya diorang dulu... Tak boleh main beli surprise je, kalau mak tak izinkan dalam hati, tak pasal-pasal tengah bawa motor tu eksiden... Huhuhu~~~

Tentang bapak, rasanya takde apa yang nak dirisaukan... Sebab bapak saya sangat memahami... Dia tahu naluri saya ni macam mana... Saya jenis berjiwa lasak walaupun nampak ladies... Minat masing-masing, nak buat macam mana???

Cuma masalah dengan mak je... Saya berani jamin 100% mak tak akan setuju punya... Saya ni anak dara dan masih dalam tanggungjawab dia selagi saya tak kahwin... Lagipun mak tahu saya ni memang ada sedikit kasar walaupun nampak lembut. Sebab tu mak tak suka saya bawa motor, lebih-lebih lagi sekarang ni saya nak motor besar... Orang tua manalah tahu zaman sekarang banyak perempuan bawa motor besar... Tapi saya tak salahkan mak, orang tua mana tak sayang anak??? Hurmmm~~~ Kakak saya yang dah pakai scrambler tu special kes, dia memang anak dara bujang, pasal tu la mak tak bising bila dia beli scrambler... DAN disebabkan tu jugaklah mak tak nak saya pulak yang nak bawa motor besar kot... Tentu lah mak takut anak dara dia akan transform jadi anak bujang... Hehehehhehh~~~

Kalaulah saya dah kahwin, kan saya dah boleh buat keputusan sendiri... Tu pun belum jamin lagi, suami nak ke bini yang bawa motor besar??? Tak ke tercabar kelakian dia nanti??? Heheheh~~~ Tak pe la, kalau dah tau macam tu, carik la lelaki yang boleh terima hakikat yang bini dia kaki motor besar... (^_^)

Alahai... Ini lah kehidupan... Kadang-kadang tak semua yang kita nak, kita boleh dapat terus... Ada perkara kena pertimbangkan dulu... Saya tak akan tanya mak sama ada boleh atau tidak, sebab saya dah tau punya jawapan tu.... Jadi kakak saya tolong saya buat sesuatu untuk bantu... Nantilah tengok apa yang dia plankan untuk bantu saya yerr... (^_^)

Gud Nite People... =)

Tuesday, April 10, 2012

Can't Describe...

...Pesanan untuk diri sendiri... Berpada-pada dan beringat... Huhhh~~~ 

Perasaan CINTA itu dimulai dari pandangan MATA... Rasa SUKA dimulai dari TELINGA...
Jika mahu BERHENTI MENYUKAI seseorang, cukuplah dengan MENUTUP TELINGA dan berhenti mendengar suaranya...
Jangan sesekali menutup mata, kerana cinta itu akan berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal di dalam hati untuk jangka waktu yang cukup lama....

Enjoy your life with sexy SMILE... (^_^) 

Diet Terlampau Sudaaaa

Time ni di suruh bos mencari bahan untuk presentation ceramah dia... Belum ada mood lagi nak pergi ke google search... Masih duduk-duduk, membaca dan merenung sampai laptop depan mata ni pun tembus... hehehehe~~~ Lesu sangat... Dan saya sendiri dah tahu kenapa... Tapi buat-buat tak tau je...


Saya lesu sangat-sangat sejak ambil Herbalife... Kepala pun asyik pening dan lemah... Kalau nak difikirkan logik, kita sendiri boleh tahu kenapa... Benda-benda diet macam herbalife atau apa-apa benda alah yang sewaktu dengan nya boleh dikatakan 0 (zero) nutrient walaupun mengenyangkan perut... Kalau bergantung 100% dengan benda tu dan takde ambil makanan langsung, tubuh menjadi takde zat dan lemah... Bila dah takde lemak, gula atau karbohidrat masuk dalam tubuh, for sure tubuh akan membakar lemak yang berlebihan untuk dijadikan tenaga...sebab tu la kita jadi cepat kurus...

Saya ni rasa-rasanya dah tak cukup makan kot, sebab tu la pening-pening... Tapi semalam buat kali pertama dalam 2 minggu ni saya makan nasi... Mak bagi bekal pun saya tak makan dan bawa balik rumah bagi kat adik... Nak makan jadi takde selera bila fikirkan GEMUK... YES... Saya gemuk... Siapa yang kenal saya 6 bulan lepas masa kerja kilang, saya sangat slim dan takde perut... Sekarang??? Perut dah macam bunting 4 bulan... Hhahahaha~~~ Motif sekarang cuma nak turunkan berat balik macam dulu.. Kalau dah turun, baru saya kontrol sendiri untuk kekalkan... Dah lama tak pergi gym... Membership pun dah expired... Ngeee~~~ (^_^)

8kg... GO AWAY... Pleaseeee... (-_-)

Take Care People... =)

Monday, April 9, 2012

Petang Yang Seronok

Seronok nya petang ni... Hehehhe~~~ Dengan semangat nya saya balik dari kerja dan membuka laptop untuk menaip blog... Hahhahaha~~~ Apasal gembira sangat??? Tetettttt~~ Senang hati sebab ada kawan baru... (^_^)

Balik je rumah, tengok adik tengah buat sesuatu kat dapur... Nak tau apa yang dia buat?? Tart telur... Nyum3~~~ Tak sabar nak makan panas2... Lambat betul la siap... Tau makan je, nak buat tu lambat sikit kot... Ngeh3~~~ (^_^)


Nak tahu resipi??? Nanti saya bagi dalam next update... (^_^) Tapi kalau tak sedap, tak nak la share, saya share yang sedap2 je... Hehhehe~~~
Take Care People... =)

Sunday, April 8, 2012

Nak Jugak Super Bike... Kemudian...

Malam ni dah mengantuk sebenarnya... Tapi nak jugak menaip ala-ala merapu... (^_^) Tulis je la walaupun takde siapa pun yang akan baca... =)

Hari ni bengkel motosikal pertama saya... Bukan bukak bengkel moto, tapi saya ambil lesen B2 laaa... hehehhe~~~ Dah ada kereta dan lesen kereta, tapi sibuk jugak nak ambil lesen motosikal... Apa kes la perempuan sorang ni... =) Tapi apa boleh buat... Tu dah jadi jiwa saya... Saya minat dengan motor dan suka bawa motor, lebih-lebih lagi motosikal berkuasa besar... Wahhhh~~~~ Impian tu harus dilaksanakan walaubagaimana pun orang membantah... Hehehhe~~~

Mak dan kawan-kawan saya kata, saya ni perempuan tulen dan lembut. Tak sesuai nak bawa motor besar... Hurmmm~~~ Masalah ke??? Tak kan?? Bawa motor tak ada kaitan dengan jantina pun... Tu kehendak sendiri... Biasanya perempuan tak suka naik motor sebab tak nak berpanas dan nampak agak kurang sopan... Saya sendiri pun benci berpanas, tapi kalau dah tahu cuaca tu panas, bungkus la tebal-tebal... Hahahah~~~

Kalau nak ambil lesen B penuh (>500cc) dan memiliki motor besar, mungkin saya belum mampu sekarang, sebab saya dah pelihara sebiji Myvi... Mungkin satu hari nanti bila dah berkemampuan lebih sikit kot... Target saya sekarang cuma motor <250cc... Asalkan rupa badan motor tu besar pun dah cukup kalau dah tak boleh nak ambil enjin besar... (^_^)

Target saya sekarang cuma yang 2 biji ni... Ikut kemampuan la yerr... Biar bermula dari bawah... Panjat bukit perlahan-lahan, akan sampai jugak ke puncak... Jangan terus berada di puncak dan lepas tu jatuh, sakit wooo... =)

Yamaha 150cc
Bila saya kata target 2 biji ni, ada kawan yang kata alang-alang je beli yang kecik macam ni... Tapi takpe... Slow-slow... Jangan gopoh... Cepat naik, cepat jugak la turunnya... Lambat naik, lambat jugak la turun nya... Banyak-banyakkan bersabar... Hheheheh~~~ Kalau saya bosan pakai nanti, saya boleh pakai Scrambler kakak saya... Kan kakak dan ada Scrambler??? Hehhehe~~~ Gambar scrambler kat bawah ni kakak saya dah ada... Itu pun saya jatuh masa bawa tadi... Tinggi sangat, kaki saya tak sampai... Kah~~Kah~~Kah~~ (^_^)


Tak sabar bawa motor sendiri... Cepat la lesen keluar... Boleh la pergi kedai motor... Hehehhehe~~~ (^_^)
Gud Nite All.... =)

Wednesday, April 4, 2012

Percubaan Kedua Herbalife

Ni dah kali ke 2 saya ambil produk Herbal life... Percubaan pertama dulu tak menjadi dan berat saya semakin naik... Pertama kali saya cuba Herbalife ada saya tuliskan dalam entry ni >>> Menggila nak kurus dan Semakin Gemuk... Saya sendiri tak pasti kenapa tak menjadi, sedangkan kawan-kawan saya yang lain boleh je turun... Mungkin ada silap sendiri dan saya tak ambil set penuh...

Aleo Vera Mix, Formula 1, Tea Mix
Jadi, kali kedua ni saya try ambil 3 produk sekali gus... Formula 1, Aloe Vera Mix dan Tea Mix... Cara makan setiap hari pun saya akan kontrol betul-betul lepas ni... Breakfast tak boleh skip, sebab tu adalah wajib walaubagaimana kita diet sekalipun... Tengah hari saya akan makan Oat Meal Cracker je yang saya dah beli semalam 3 bungkus dan 3 jenis... Oat 25, Jacob Apple dan Jacob Appricot... =) Petang saya tak perlu makan rasanya kot... Kalau lapar, makan sikit je lah... (^_^) DAN...Kalau ada masa pergi jogging...


So, apa hasilnya... Tengok selepas sebulan... Sebab saya betul-betul risau dah sekarang. Berat naik melampau... 7kg naik dalam masa 5 bulan... Kalau setahun??? Hurmmm~~ Salah sendiri jugak sebab tak nak jaga makan, sebab tu la naik dan semakin membulat... Hehehhehe~~~

F.Y.I... Sekarang ni saya dah jadi distributor HERBALIFE.... Kalau korang beli dari saya, korang akan dapat diskaun RM10 bagi setiap unit yang korang beli... Hehehheh~~~ Iklan kejab... Daaa~~~ =D

Take care people... (^_^)

Monday, April 2, 2012

Outing dan Melayan Kerenah Adik

Sabtu lepas kertas final exam terakhir adik saya... Lepas ni diorang dah tak jumpa lagi sebab dah tamat Diploma... So, semalam diorang keluar jalan-jalan dengan member fakulti diorang... Saya pulak jadi kakak yang sangat rajin untuk jadi driver dan ikut diorang ni jalan-jalan... Hehhehe~~~ Menyibuk je kan??? hehehhehh~~~ Sambil menyelam, minum air... Dapatlah saya menyelit dating sekali... (^_^)

Yang pakai baju corak harimau ni adik saya... Nureziyati Morshidi... Cantik kan??? (^_^)


Saya hantar dan ambil kemana je dia pergi... Mula-mula pergi makan di mcD, lepas tu pergi tengok wayang (Hunger Games) dan lepas tu pergi makan ABC (Swee Kang)... dan lepas tuuu??? Heheheh~~~ Banyak betul lepas tu... (^_^)

Makan di mcD... =)
Nak pergi tengok Hunger Games... =)
Makan ABC di Swee Kang... =)
Lepas makan ABC, saya tak ikut dah sebab diorang nak pergi makan malam di Anuar Steam Boat, malas la pulak saya nak ikut... Jadi saya just tunggu diorang balik dan ambil je lah nanti... Sementara nak tunggu tu, boleh la dating dulu dan saya tengok wayang untuk kali kedua hari tu... Tengok Mirror-mirror... Cerita ni sangat best... Rugi kalau tak tengok... =)

Tunggu adik yang pergi Annuar Steam Boat... =)
Back to back movie... (^_^) Hunger Games dan Mirror-mirror... Kedua-dua cerita SUPER best dan berbaloi... Heheheh~~~


Take Care People... : )

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~