Tuesday, May 29, 2012

Kek Lapis Strawberry Basah

Kek Lapis Strawberry ni first time saya buat dan sangat sedap... Walaupun kek ni dibakar, tapi still lembab mcm kek kukus... (^_^) Kalau ingin, bolehlah cuba sendiri.... Kebetulan saya buat untuk Gawai ni... =)

Kek nampak berbulu-bulu sebab potong guna pisau tumpul... Hehhehe~~~ =)
Sebelum tu, saya nak bagitau cara saya sukat bahan cuma guna Measuring Cup je... Cup tu memang tepat dan senang nak pakai, tak perlu timbang-timbang dan sukat. Untuk adunan kek saiz 7x7 inci ni, saya guna cup warna hijau, ada tulis 118ml (118g) kat situ...

Baking Measuring Cup
Bahan-bahan :

250g Butter Cup
300g Tepung gandum
5 biji telur
118g (Cup Hijau) Gula, Horlick, Susu pekat, Sekaya dan Jem Strawberry
Pewarna pink

Cara-cara :

1. Pukul Butter, Gula, Telur, Horlick, Susu pekat sampai betul-betul sebati dan kembang.
2. Asingkan adunan kepada 2 bahagian (Adunan A dan Adunan B) **Pastikan adunan sama banyak**
3. Untuk Adunan A, masukkan Sekaya dan pukul sampai sebati.
4. Untuk Adunan B, masukkan Jem Strawberry dan pewarna pink, pukul sampai sebati.
5. Panaskan oven dengan suhu 150c dan gunakan api di atas. **Alihkan besi didalam oven supaya acuan menjauhi pemanas.
6. Kalau nak lapisan nampak cantik dan masak dengan sempurna, buatlah lapisan yang nipis. Saya cuma gunakan Cup Hijau (118g) untuk semua lapisan.
**Sekiranya lapisan terlalu tebal, permukaannya akan nampak kekuningan tetapi bahagian dalam masih mentah.
7. Ulang sehingga semua adunan habis. Setelah lapisan terakhir masak, tukar api kepada api bawah selama 5-10minit dengan suhu yang sama untuk membiarkan dasar kek cukup kering. SIAP!! (^_^)

Lapisan yang saya buat agak terumbang-ambing sebab nak cepat siap... heheheh~~~
Jum buat kek... (^_^)

Friday, May 25, 2012

Unlimited McValue Dinner...For Love...

Kalau dah hujung bulan mula la si adik-adik mintak itu ini... Yang dah pasti, diorang mesti mintak Unlimited McValue Meal... Sama ada Lunch atau Dinner... Kesian kakak kena buli... Tapi takpe la, bukan selalu pun... Sebulan sekali je, lagipun McValue meal murah sikit dari biasa... (^_^) Untung kalau jadi adik saya... Korang nak jadi adik saya jugak ke??? Hehhehehe~~~ =D

Ni je yang mampu masuk perut... McValue Dinner... =)
Kata nak unlimited meal... Tapi tak akan banyak mana pun yang diorang dapat makan... Heheheh~~~ Memang jimat kalau McValue Dinner... Tak sampai pun seratus... (^_^)

Kanak-kanak riang... =)
Mak dan bapak yang tak minat McDonald pun terpaksa ikut... Hehhhe~~ Lepas makan, macam biasa kami suka jalan-jalan di Waterfront... =) Macam ni je lah cara nak luangkan masa bersama keluarga... Kalau tak buat macam ni entah macam mana nak eratkan hubungan... Sebab di hari-hari biasa semua sibuk dengan hal dan kerja sendiri... Apatah lagi saya ni, balik kerja terus masuk bilik dan rehat... Kadang-kadang tak makan semeja pun kalau dah malas sangat... Huhuhu~~~

I Love them... =)


Masa makan tadi, bapak ada berpantun bagitau ayam SugarBun sedap... Maybe next time Unlimited SugarBun pulak kot... Hehhehe~~~ (^_^)
   Harap-harap kebahagiaan ni kekal sampai bila-bila... (^_^) Amin...

Take Care People... =)

Saturday, May 19, 2012

Jom Neutral...Kurangkan Make-up

Kurangkan make-up??? Yupp~~ Kena buat walaupun mungkin tak selesa dan jadi kurang keyakinan diri... Tapi tu untuk kebaikan sendiri... Kalau sentiasa make-up tebal dan heavy, nanti seri muka tu akan hilang... Kalau dah jadi macam tu, setiap kali kita tak pakai make-up, orang akan nampak muka kita macam hantu sebab dah pucat lesi dan takde seri lagi... Kalau sekali sekala untuk datang ke majlis tertentu, mungkin tak kisah sangatlah...

Macam mana nak kurangkan???

Dulu saya sendiri pun jenis gila make-up dan jadi mak andam part time... Minat tu ditambah membuak-buak bila lepas SPM saya berkerja di Saloon. Kalau kerja saloon paham-paham je la macam mana... 24jam kena jaga penampilan... Tapi tu dulu...Sekarang takde dah semua tu, mungkin sebab dah muak kot... Imagine je la kalau saya dah mula tebal-tebal sejak tahun 2006 (Lepas habis SPM)...

Ni la benda-benda yang saya pakai sebelum ni... Boleh dikatakan setiap hari walaupun hanya untuk datang kuliah je... Hurmmm~~~ Takde faedah pun... Tapi kadang-kadang seronok jugak bila duit masyuk untuk mengandam orang... (^_^)

Complete dari A-Z...
Untuk Rambut pun ada...


Sekarang apa yang saya pakai hari-hari??? Tinggal 3 benda ni je... =) **untuk pergi kerja dan jalan-jalan**

Dipakai untuk pergi kerja dan berjalan-jalan... =)

Macam mana nak buat dan mula kurangkan bersolek tebal???

Cuba fikirkan... 
  • Kenapa nak buat tebal-tebal???
  • Tak ke buang masa dan duit kalau macam ni???
  • Kita dilahirkan dengan kecantikan asli yang tersendiri... Kenapa tak jaga keaslian tu betul-betul supaya kita memiliki NATURAL BEAUTY dan bukannya nampak cantik disebabkan solekan.
  • Daripada beli alat solek yang mahal, pelbagai dan membuatkan muka kita menjadi kertas lukisan yang diconteng dengan bahan KIMIA. Kenapa tak beli 1 atau 2 benda untuk menjaga kecantikan asli tu supaya tak dirosakkan???
  • Cuba tanya pada pakwe atau suami, diorang lebih suka tengok kita dengan Kecantikan Asli ataupun muka yang ditempek tebal??? Saya rasa, jawapannya mesti yang asli... =)
  • Dari segi fakta dan kajian, kulit yang kerap disolek akan lebih cepat berkedut dan lebih tua dari usia asal.
  • Korang rasa seronok ke bila setiap hari orang puji korang cantik??? Tapi hakikatnya tu cuma make-up dan bukannya asli.

Clean and Clear... Just Olay... =)

Memang betul kalau kita dah biasa bersolek, tapi tiba-tiba tak pakai, tentu akan jadi rimas dan tak yakin dengan penampilan... Mungkin disebabkan kulit tu dah nampak agak kusam dan pucat disebabkan bahan kimia yang hari-hari disapu pada kulit... 

Jadi...Mulakan dengan mengurangkan satu persatu benda yang kita pakai. Mungkin boleh dimulakan dengan bedak yang selalunya tebal, pakailah dengan nipis... Step by step... Tak perlu lakukan dengan drastik... Dalam masa yang sama... Cuba baiki semula wajah yang dah kusam tu... Kurangkan beli alat solek, tetapi belikan krim atau treatment untuk kembalikan seri wajah... 

Saya sendiri pun buat perkara yang sama sebab kulit saya pun dah hilang seri dan jadi kusam... Jadi, apa yang saya buat ialah saya pakai Olay untuk pulihkan kulit secara semula jadi... Saya tak nak pakai benda yang banyak jenama dan mahal-mahal... Biar simple je sebab tak nak kulit jadi lebih rosak... Walaupun lambat, tapi takpe untuk kebaikan jangka masa panjang...

Kalau ada jenama lain yang lebih sesuai untuk korang, pakai la benda tu... Tak semestinya kena guna Olay... Lain orang, lain jenis kulit dan keserasian benda yang dia pakai... =)

Keaslian adalah Kecantikan Sebenar.... (^_^)

Friday, May 18, 2012

Father's Day... Stress..

Ohhh~~~ Tidakkk~~~ Semakin dekat nak Father's Day, semakin tensyen jadinya... (-_-) Tolong lah... Nak buat apa ni??? Uhukkk~~~ =(
Saya stress bukan sebab tak suka... Tapi stress sebab risau... =( Saya nak buat apa untuk hari tu??? Bagi lah idea... Actually benda tu tak menjadi masalah pun, yang penting anak-anak ingat, ikhlas, hargai dan sayangkan Ibu Bapa... Tapi~~~ Kena jaga hati jugak... Saya tak nak bapak saya berkecil hati...

Nak tahu kenapa takut bapak berkecil hati??? Sebab.... Masa Mother's Day hari tu, saya dan adik-adik bawa mak dan bapak pergi makan malam di Beach Seafood dan belikan kek untuk mak... Tenok dalam entry ni >>>MOTHER'S DAY<<<
Malam tu special sebab kami buat surprise untuk mak... Jadi, bila Father's Day, kami kenalah adil untuk bapak... Kalau buat biasa-biasa je untuk bapak, memang seorang bapak akan kata tak kisah. Tapi dalam hati dia kita tak tahu... (-_-)

Tapi, tak kan nak buat benda yang sama untuk bapak... Tak best nyerr... Mula-mula ingat nak bawa pergi SteamBoat... Tapi, bapak tak minat Steamboat... Habis tu nak buat apa??? BBQ di rumah??? Adil ke macam tu??? Mak bawa makan di luar, Bapak pulak makan-makan di rumah... Hurmmm~~~ Serabut dah otak... Kalau buat sekali gus hari tu kan senang... Hhehehe~~~

Think Yati Think~~~~

Thursday, May 17, 2012

Jatuh Cinta dengan Casio Tuuuu~~~

Hari tu jalan-jalan lepas balik dari kerja singgah kat kedai jam... (^_^) Seperti biasa, saya tak kan pandang jenama lain... =) Sebab saya ni peminat setia Casio... Ohhh~~~ Casio... Hehhehe~~~

Apasal Casio??? Entah... Saya dah pakai Casio dari kali pertama saya pandai pakai jam... Lagipun Casio ni tahan lasak... Saya jenis yang pakai jam TAK PERNAH buka dari hari pertama di beli sampai la habis bateri... 2 ke 3 tahun kot... Bukak kejab sebab nak bersihkan ke, lepas tu pasang balik... Even pergi mandi atau berenang air masin atau tawar, memang tak pernah bukak dan TAK PERNAH ROSAK... (^_^) Tak kira Casio mahal atau murah, semuanya tahan....Sebab tu la saya sayang casio... =)

Jenama lain saya tak percaya dan tak minat... Harga je mahal macam emas, tapi bila bawa pergi piknik dan lupa nak buka masa berenang, mulalah air tu berenang jugak masuk dalam jam... Hehehhe~~~ Saya tak tipu sebab adik saya ada yang pakai jenama Solvil Titus, Elle, Puma dan entah apa lagi... Hehe... Semuanya tak dapat nak diharap... Mulalah berwap kat cermin dia bila bawa pergi berenang... Casio jugak yang TERBAIK kan??? Heheheh~~~

Jadi, masa jalan-jalan hari tu, saya jatuh cinta bila ternampak 2 biji jam Casio ni baring-baring kat dalam cermin... Satu jam lelaki dan satu jam perempuan.... (^_^)

Jam hitam ni saya suka sebab rupa dia still trendy walaupun tali lather... Pastu tali dia tutup guna klip, tak payah nak cucuk-cucuk lubang... (^_^)
CASIO EF-527L-1AV EDIFICE Chronograph Slide Rule and Black Leather Strap 

Jam putih ni saya suka rupa dia yang masih macam jam analog biasa, tapi tali plastik macam jam budak-budak... Hehhehe~~~ Saya tak pernah pakai jam tali plastik, sebelum ni semua stainless-steel je... First try... (^_^)

CASIO LTP1331-7AV SPORT Gold-Tone Bezel and White Resin Strap

Aduiii~~~ Geram betul nak beli... Harga pun takde la mahal... Tapi memandangkan time ni tengah bulan dan lama lagi nak tunggu gaji, saya tak boleh lah nak beli.... (-_-) Sedihnya...

TAPI kannn...Jam tu tak kan kemana punya... Dia akan tunggu saya sampai hujung bulan... Hehehhe~~~ Nak tau kenapa??? Sebab saya dah bagi deposit kat tauke kedai suruh simpan kedua-dua jam yang membuatkan saya jatuh cinta tuu... (^_^) Bijak tak... Kihkihkih~~~~ Sabar je laaa... Tak lama lagi kedua-dua tu akan jadi milik saya... (^_^)

Ni Casio yang ada sekarang ni... Dah bertahun-tahun kumpul... Semuanya lebih kurang je rupa...Cuma warna dan bentuk je lain-lain... Sebab tu la nak try patern lain la pulak... Asyik sama je... (^_^)


Cepat la hujung bulan... Ngeee~~~ (^_^)
Take Care People... =)

Buat Reminder Kalau Pelupa

(-_-) Pagi tadi seronok je online... Tup-tup Bert masuk cerita pasal dia pergi "Peperiksaan Perkhidmatan Awam" semalam kat Politeknik...

Hah??? Apasal saya tak tahu benda tu???? Bukan kami sama isi online ke hari tu?? 

Slip Peperiksaan
Dengan rupa yang blurr saya tanya macam mana dia tahu dia ada exam semalam?? Rupa-rupanya kena cek online dan ALERT sendiri... Saya pulak ingatkan tunggu surat datang baru pergi exam... Aduiii~~~ Ketinggalan betul... Tak tahu pun kena cek online... Sedehnyaaa...

Jadi, terpaksa la tunggu sesi yang ke-2 bulan 10 nanti... 3 Oktober 2012 (-_-) Hampeh...

BUAT REMINDER BESAR-BESAR KAT WHITE BOARD DEPAN MEJA TUUU~~~ 

Tuesday, May 15, 2012

Beauty is PAIN... Slimming Sanctuary (-_-)

Betul kata orang... Beauty is PAIN... Teramatlah azab dan sakit kalau nak cantik... Huuu~~~

Slimming Sanctuary @ Hills Shopping Mall
Sabtu lepas saya pergi Slimming Sanctuary @ Hills Shopping Mall untuk ambil promotion package... RM38 je... Tapi saya ada tambah untuk complete EMS dan Hot Blanket yang takde dalam promotion tu... Jadi total semua dalam RM237... Apa lagi, nak try la sebab nak tau betul ke tak boleh kurus dalam 1 sesi...

Mula-mula kena timbang dulu dan diorang terangkan apa masalah sebenar, dan diorang kata dalam tubuh saya ada banyak toxin. Mungkin jugak disebabkan persekitaran kerja saya yang bermain dengan bahan kimia dan Slimming Product yang saya ambil... Bla~~ Bla~~ Bla~~~ Berat sebelum sesi 67.6kg... OK.

Mandi Wap... (-_-)
Mula-mula, masuk kat dalam bilik Steam Bath dulu untuk 30minit... 10minit pertama ok lagi, masih boleh terima dan BERNAFAS... Tapi lepas tu saya dah mula pitam dan tak boleh bernafas... Mulalah terfikir, kalau mati dalam ni nanti macam mana??? Heheheh~~~ Apa lagi, saya pegi buka pintu bilik steam bath tu perlahan-lahan dan bagi wap tu keluar semua dari bilik... Hehhehe~~ Nasib takde mana-mana pekerja yang tengok, pastu tutup la balik dan ulang lagi bila wap dan menyesakkan dada... Hehhehe~~~ (^_^)

EMS... Menipu je pompuan dalam gambar ni senyum. Padahal SAKIT...
Bila diorang ketuk bilik Steam Bath bagitau dah selesai, saya tersenyum dan cepat2 nak keluar... (^_^) Then rehat dulu sebelum proses yang kedua, EMS (Electronic Muscle Stimulation) yang juga 30minit. Agak menyakitkan sebab rasa macam elektrik je yang mengalir kat dalam badan untuk memecahkan lemak, membetulkan pengaliran air dalam tubuh dan mengeluarkan toxin... Kemudian saya fikir lagi... Kalaulah menyakitkan macam ni, kenapa masih ada lagi yang sanggup datang ke slimming program macam ni untuk jadi kurus??? (-_-) Sepanjang 30 minit dengan sengatan tu memang tak boleh nak duduk diam, asyik berkerut je muka tahan sakit... Aduiii~~~

Body Wrapping & Hot Blanket
Beepp~~ Beepp~~~ Yeayyy~~~ Dah berakhir rupanya azab ni... Hehhehe~~~ (^_^) Belum habis lagi, ada satu azab lagi... Selepas dikarankan, diorang sapu Body Contour Cream dan buat Body Wrapping macam ala-ala balut KEK... Hehhehe~~~ Bila tengok dalam cermin, saya tergelak bila tengok macam ni rupanya manusia dijadikan kek yerr... (^_^) Lepas dijadikan KEK HIDUP, dimasukkan pulak ke dalam OVEN... Hehehhe~~~ Bukan Oven, Hot Blanket yang panas macam oven... (-_-) 45minit "Body Wrapping" dan dibaringkan dalam "Hot Blanket" dan amat MERIMASKAN dengan peluh yang tumpah macam kena simbah dengan air baldi je... Makkk~~ Tolongg~~~ 10minit pertama saya masih boleh tidur sebab masih boleh bertahan. Lepas tu dah tak boleh dan mengelepur macam cacing je nak lepas, tapi tak boleh lepas sebab Hot Blanket tu diikat dari luar dan saya ditinggalkan sorang-sorang je... Rasa macam nak mengangis dah... Azab panas dan rimas selama 45minit tak boleh bergerak cuma Allah je tahu... Sabar~~~

Beepp~~ Beep~~ Huhhh~~~ Tamat jugak akhirnya... Bila kakak bukak Hot Blanket saya, kakak tu dah senyum-senyum bila tengok plastik yang bungkuskan saya tadi dah terlepas dan koyak-koyak... Hehhehe~~~ Tak boleh nak dok diam, tu la pasal jadi hancur... (^_^)

Serius saya katakan... inilah kali PERTAMA dan kali TERAKHIR saya pergi ke SLIMMING PROGRAM.... Saya tak sanggup dengan azab 2 jam lebih proses tu... Betul tak sanggup... Kalau korang nak sangat, try la... Saya menyesal... (-_-)

Tapi hasilnya memang ada walaupun sedikit... SEBELUM sesi, berat saya 67.6kg, SELEPAS sesi berat saya tinggal 66.7kg... Hilang 900g dalam masa 2jam... Banyak tu tau... Tapi azabnya pun boleh tahan... (^_^) Takpe, belajar dari pengalaman. Kalau dah tahu azab macam tu, barulah berjaga-jaga masa makan... =)
Take Care people... =)

Tuesday, May 8, 2012

Surprise..!!! Happy Birthday Kak Sabby

Happy Birthday Kak Sabby, Yang ke 39 tahun... (^_^) Ahad lepas sebenarnya... Tapi baru je dapat ambik gambar ni dari camera adik... =) 


Ahad lepas 6 Mei 2012, bersusah payah je saya dan adik-adik pam 500 biji belon... Sebab abang nak buat surprise kat isteri dia dan buat majlis tu macam hari jadi kanak-kanak walaupun umur Kakak dah masuk 39 tahun... (^_^) Azab tau nak pam belon banyak macam tu... Kalau pam guna compressor tu takpe la jugak. Tapi ni pam pakai pam tayar basikal... Hahahahah~~~ Gun compressor bapak tak tau pulak mana letak... Jadi, hasilnya tak sampai la 500 biji, kami dah tak larat lagi... Dalam 300 lebih biji je yang kami mampu... (-_-)

Dalang budak kecik... (^_^)
Memandangkan kami ni bukanlah penghias majlis yang professional, jadi hasilnya tak la seperti yang diharapkan... hehehhe~~~ Yang penting usaha dan kerjasama nak buat tu ada... Lepas siap-siap mak masak dan kami pun dah siap mengemas, tugas adik saya pulak untuk ajar yang kecik-kecik macam mana nak sambut kakak kat depan pintu nanti... (^_^)

Diorang dah ready dengan Party Poppers... =)
Jenguk2 mak diorang kat tingkap... =)
Tu dia... Kakak dan Abang saya dah balik rumah... Anak-anak dia dah penat menunggu di rumah... Hehehhe~~~ Anak sulung dia bawakan Kek Bunga Matahari sebab kakak sangat suka dengan Bunga Matahari...  (^_^) 

VIP dah sampai... =)
Tadaaaaa~~ Happy Birthday!!! Blurr sebab tangan adik shaking ambik gambar.... Hehhehe~~~
Tadaaaa... Pasang topeng dulu yerr... (^_^)
Selesai tiup kek apa lagi... Jum makannnn~~~~ Happy Birthday Ke-39 Kak Sabby... (^_^) Semoga Kakak gembira sebab anak-anak dia susah payah tolong sediakan macam-macam... Hhehehe~~~
Boleh tak kalau saya pun nak Birthday macam ni??? Hurmm~~~ Sapa la sudi nak buatkan untuk saya yerr... =)

Take Care People... =)

Monday, May 7, 2012

Special Delivery... COACH hand bag... Yeayyy!!!

Coach Brooke F17183... (^_^)
Hari ni actually hati agak panas sebab ada orang dah mungkir janji... Tapi tak jadi nak panas sebab abang posmen hantar sesuatu kat saya hari ni... JENG3!!! Barang yang saya tunggu-tunggu hampir sebulan dah sampai...  Sebulan lebih dah rasanya kalau ikut tarikh dalam entry yang lepas masa saya baru order hari tu... KLIK >>> My 1st Coach Coming Soon... Order dari US, sebab tu la lambat sampai... Tapi tetap seronok... =)
Jom bukak sama-sama... (^_^)

Pak Cik posmen bagi... =)
Ada plastik lagi... =)
Bukak lagi... Ada plastik lagi.. =)
TadaaaAAaaaa~~~ (^_^)
Hehhehe~~~ Saya tak pakai lagi, simpan balik... Nanti-nanti la pakai... Kat atas tu gambar dari internet, tapi beg yang sama... (^_^)
Bukak je packing, Kak Norlia pun ajar macam mana nak tengok benda tu original ke tidak... Entah laa... Saya pun tak tau sangat... Sebab tak ambik kisah asalkan cantik, menarik dan sedap pakai... (^_^)

No.Siri : F17183... dan bla..bla...bla... hehehe~~~

Muka banyak senyummm (^_^)

Wednesday, May 2, 2012

Happy Mother's Day In Advance

Selamat Hari Ibu ke-42 tahun Mak... =)
Walaupun Hari Ibu jatuh pada 13 Mei 2012, tapi saya dengan adik-adik nak celebrate awal... Sebab takut nanti abang-abang saya ada buat program lain untuk Mak pada 13 Mei... Jadi, kami buat la awal sikit... Hehehe... (^_^) Idea ni saya dapat dari Segmen yang saya buat hari tu... Terima kasih kat Adik Ain sebab bagi idea... =)

Me & Family... (^_^)
So, malam tu kami bawa mak dan bapak pergi makan di Beach Seafood, Santubong.. Mula-mula mak ingatkan kami bawa pergi makan sebab saya dah terima gaji... Ok la tuu... Munasabah jugak apa yang mak fikir, tapi then mak tengok ada kek... Mak pun hairan kek siapa, sebab kami adik beradik takde lahir bulan Mei. Jadi saya buatlah bohong sunat bagitau hari tu birthday Dia, kebetulan Dia pun ikut sama... Heheheh~~~ Mak dan bapak pun percaya lah bulat-bulat... (^_^) Masa duduk nak tunggu order sampai tu la kami buat surprise kat mak. Kami bakar lilin dan ucap Selamat Hari Emak ke-42... Mak nampak agak blurr ta[pi tetap gembira walaupun Hari Ibu jauh lagi... Hehhehe~~~ Harap-harap mak Happy sebab anak-anak dia masih ingat dan ada insiatif untuk gembirakan dia... (^_^) Tu je yang mampu kami buat untuk gembirakan mak sempena Hari Ibu selain apa yang kami boleh buat setiap hari... =)

Jum Makan-makan... (^_^)
Seronok sangat-sangat... Nasib baik ada Program PR1MA hari tu, jadi dapat la saya dan adik-adik bawa mak keluar makan dan jalan-jalan... Saya bawa Dia sekali supaya boleh rapat dengan family dan kurangkan kekok dia tu... Sebab saya tengok dia agak tak biasa dengan cara orang melayu... Yela, lain bangsa, lain lah adat dan caranya... Kan~~kan~~kan~~~ (^_^)

My Parent...Me...&...Him... (^_^)
Lepas makan-makan... Kitorang jalan-jalan merayap di waterfront dulu... (^_^) Ambil angin dan lepak sambil melayan perut yang kenyang... =) Sambil tu boleh la ambik gambar banyak-banyak... heheheh~~~ 

Me & Sis... =)
Take Care People... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~