Monday, July 30, 2012

Nanas Kembar???

Assalamualaikum... (^_^) Pernah tengok nanas kembar tak?? Mungkin ada yang dah biasa tengok, tapi untuk saya, ni adalah kali yang pertama... Nanas ni rasanya kembar 6 kot... Yela, kalau jual kat pasar biasanya kita jumpa nanas sebiji-sebiji macam biasa je.. Mana ada orang jual buah dengan rupa yang pelik... =)


Semalam balik kampung suami kat Sematan. Jadi kakak dia pegi carikan buah nanas kat kebun untuk kitorang bawa balik... Masa kat kebun tu la kakak dia jumpa nanas dengan rupa pelbagai... Ada banyak lagi rupa yang pelik, tapi cuma satu ni je yang dah masak. Buah lain semua masih kecik dan mentah, tak boleh nak petik dulu... Nanti kalau diorang dah petik saya tunjuk lagi rupa2 pelik yang lain. Tu pun kalau kebetulan saya berada di kampung masa diorang petik buah tu... Hhehehe~~~~

Tuesday, July 24, 2012

Aku Terima Nikahnya... =)

Maksud Tersurat :
"Aku terima nikahnya ..... binti .... dengan mas kahwin ..... "

Maksud Tersirat :
"Aku bertanggungjawab ke atas dosa-dosa isteriku dari ibu bapanya. 
Apa saja dosa yang dia buat kerana kegagalanku sebagai suami, aku yang bertanggung jawab dan bukan lagi ibu bapanya. Aku  bertanggung jawab ke atas dosa bakal anak-anak aku. 
Kalau aku gagal dalam menunaikan tanggungjawab, maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Malik melibas aku hingga pecah badan aku"

Sangat besar maksud dan tanggungjawab tu kan... Beringatlah kaum Adam, berat lafaz tersebut dan kaum Hawa pun perlu beringat...Janganlah suami tersayang masuk ke neraka jahanam... Mintak dijauhkan... Subhanallah....

Ni gambar Akad Nikah yang diambil pada 19 Julai 2012 lepas... Sekadar berkongsi kegembiraan... (^_^)


Sewaktu akad, nak senyum pun payah... Gementar yang amat sangat sampai macam-macam penyakit yang keluar... Tapi bila dah selesai, lega hati dan boleh gelak ketawa... hehehhe... =)


I Love Eldrine Addin Bin Ajus... 
Gambar kat bawah ni??? Gambar honeymoon... Pagi tu akad nikah, petang terus pergi honeymoon... Hahhahah~~~ Kelam kabut sebab 2-3 hari lagi nak puasa.... (^_^) ke sana ke mari ambilkan bunga untuk saya... Terima kasih sayang...

Sweet jugak si botak kecil ni... heheheh~~~ =)
Semoga kebahagiaan ni kekal dunia dan akhirat.... Amin~~~

Monday, July 23, 2012

Wedding and Friendship Anniversary... (^_^)


Aku Terima Nikahnya... 19 Julai 2012... Alhamdulillah dengan sekali lafaz, saya bertukar status menjadi Isteri kepada Eldrine Addin Bin Ajus dengan mas kahwin RM120 tunai... Syukur semuanya berjalan lancar dan semua kebimbangan dalam hati terlerai...

Alhamdulillah.... =)
Majlis akad nikah di buat tergesa-gesa sebelum bulan Ramadhan supaya saya boleh membimbing dia untuk berpuasa memandangkan dia merupakan saudara baru Islam... Banyak kawan-kawan yang tak dimaklumkan dan harap-harap tak ada yang berkecil hati... InsyaAllah majlis persandingan akan diadakan pada 28 Oktober 2012 nanti jika diizinkan Allah....

APA ISTIMEWANYA 19 JULAI ??? 

Tarikh 19 Julai 2011 adalah tarikh pertama kali kami berkenalan dan keluar makan bersama rakan-rakan... Peristiwa hari tu sempat saya tuliskan dalam entry...


Allah maha mengetahui... Kadang-kala kita tak sedar apa yang berlaku hari ni dah ditentukan oleh Allah dan ada sebab kenapa perkara tu berlaku... 19 JULAI... Ulang tahun perkenalan dan perkahwinan kami... 2 dalam 1... Macam kebetulan je, sebab saya langsung tak rancang dan tak tahu pun pasal tarikh 19 Julai... Bila baca balik entry lama, barulah ternampak tarikh masa entry tu di post... =)

Semoga perkenalan dan perkahwinan ini membawa berkat dan berkekalan hingga ke akhir hayat... Syukur kepada Allah kerana pertemukan saya dengan pembimbing yang akan mengubah hidup saya... Alhamdulillah...

Thursday, July 12, 2012

Membulat ke Depan... =)

Assalamualaikum... (^^,) 

Pagi-pagi ni senyum je bila tengok gambar semalam... Perut dia dah boncet... Hehehhe~~ Seronok bila tengok dia boncet... Kalau boncet, tu maksudnya dijaga betul la kot... =)  Saya dah berjaya naikkan berat dia 11kg... Hehehhe... Alhamdulillah.... Tapi janganlah terlebih sampai kembang pulak yerr... 

Cukuplah setakat sampai seimbang dengan saiz badan saya... Tak la nampak saya ni besar sangat dan dia pulak kecik sangat... =P Saya pulak dalam proses nak kecikkan badan... Kalau tak, saya nampak terlampau besar... Huhuhuh~~~~ =)


Take Care People.... =)

Monday, July 9, 2012

Manfaatkan Hujung Minggu...

Hati senang dan tak tau nak update apa... Hehheeheh~~~ Senyum je depan laptop dan tak tau apa nak tulis sebab terlalu banyak perkara gembira nak dikongsi... Tapi takpe la... Tak perlu nak tulis kot... Biar faham sendiri sudah... (^_^) Just nak upload gambar latest je sewaktu Pesta Pantai di Sematan minggu lepas... TAPI...Delay punya delay...masa kami datang, pesta dah habis... Hhahahah~~~ Jalan-jalan je laaa...

Di Sematan... Jalan-jalan di Pesta Pantai bersama Alyea... =)
Ahad tu kami balik kampung... Sabtu pulak kami pergi ke Kampung Krokong, Bau. Sebab ikut Bengkel Solat anjuran JAKIM... =) Seronok bila tengok dia belajar dan kusyuk mendengar... Banyak Ilmu yang dia dapat dari Ustaz yang datang hari tu... Antara penceramah adalah Penolong Imam Besar Negeri Sarawak  dan seorang lagi Ustaz Haji Sarbini Bin Haji Dahlan (Pegawai Dakwah HIKMAH) ... 

Penceramah... =)
Kalau nak harapkan saya untuk mengajar dia memang payah, takut nanti sesat pulak.. Jadi sebaik-baiknya carilah orang yang betul-betul tahu selok belok agama... Sambil menyuruh dia pergi belajar dan ikut kelas, saya pun ikut la sekali... Dalam masa yang sama, saya pun belajar jugak... Jadi, kami sama-sama membimbing dan membaiki diri... Alhamdulillah... 

Kusyuk mendengar dan belajar... =)
Sambil menyelam minum air... Kebetulan dah berada di Bau, balik tu singgah la di Serikin... Jalan-jalan cuci mata... Hehhehe~~~ =)
Take Care People... =)

Wednesday, July 4, 2012

Tudung??? Makasih... =D

Thank you for the tudung... =)
Tudung??? terima Kasih... =) Buat pertama kalinya saya terima hadiah tudung daripada dia dan dengan berbesar hatinya saya terima walaupun bukanlah tudung yang mahal... (^_^)

Saya bagi Si Talu pakai tudung saya, comelkan??? (^_^) Dia bagi Si Talu ni tahun lepas untuk temankan saya... =)
Comelnya Si Talu Pakai tudung... (^_^)
Sebelum ni saya payah nak bertudung sebab tak ada tudung, ada pun adik yang punya... Pinjam-pinjam... Hehhehe~~~ Jadi saya suka jadikan alasan takde tudung untuk tak bertudung... Huhuhu~~~ Jahilnya... (-_-) Tapi sekarang ni, dia sendiri dah mula bagi saya tudung... Alhamdulillah... Mungkin dah masanya saya nak perbetulkan diri sendiri dulu sebelum saya nak didik dan tunjuk pada dia tentang Agama Islam...

Memandangkan saya ni takde tudung yang cukup, dan tak nak benda tu dijadikan alasan lagi dah...saya borong 18 helai tudung bawal Clearance Sale yang dibuat kat blog SimpleStyleShop... Cuma RM6 je satu... Jadi takde la saya nak buat macam-macam alasan lagi... InsyaAllah... Tetapkan hati ini Ya Allah... Kalau betul nak baiki diri, takde alasan untuk tak boleh... Kalau nak 1000 daya, kalau tak nak 1000 dalih... (^_^)


Take Care People.. =)

Tuesday, July 3, 2012

Thank You Allah...

Berkasih sayang kerana Allah...Sangat indah.... (^_^)
Subhanallah, Thank You Allah for giving me a chance to feel this kind of feeling...
Honestly...Never felt like this before... Alhamdulillah...


Sunday, July 1, 2012

Semoga Islam Memberi Sinar Baru... Amin~~

Akhirnya... Hari Jumaat yang ditunggu-tungu berakhir juga... (^_^) Comel jugak bila dia ni botakkan kepala...pertama kali saya tengok... =) Takpe la botak atas sebab bernazar, kalau suka-suka nak buat mungkin saya tak akan benarkan kot... Hehhehe~~~

Sewaktu menunggu untuk mendaftar nama Islam... =)
Pada 29 Jun 2012, jam 3.15petang...Hadirnya seorang lagi saudara Islam kita yang baru... "Eldrine Addin Bin Ajus" atau nama asalnya "Eldrine Anak Ajus"... Syukur kepada Allah diatas segala rahmat yang Dia turunkan... Semoga cahaya Islam menyinari hidupnya... Amin...

Syukur kepada Allah kerana membuka pintu hatinya...
Inilah pertama kali saya melihat sendiri proses pengislaman walaupun kakak ipar saya sendiri juga seorang mualaf... Sebak rasa hati dikala mendengar nama Islamnya dipanggil oleh Ustaz dan berlinangan air mata setelah mendengar ucapan Dua Kalimah Syahadah keluar dari mulutnya... Syukur yang tak terhingga kerana Allah telah buka pintu hatinya untuk ikhlas menerima Islam, walaupun sepanjang hidupnya dia adalah penganut Kristian yang kuat... Alhamdulillah...

Setelah bergelar Islam, saya gembira sebab Dia mempunyai semangat untuk belajar... Sekarang agak susah dan rumit untuk saya membimbingnya, mungkin suatu hari nanti kami akan membimbing antara satu sama lain... Sekarang, tanggungjawab saya sangat besar dan saya tak boleh mengabaikan dan mensia-siakannya dia... Diharapkan perkara yang dirancang seterusnya berjalan dengan lancar... Amin...

Ya Allah... Engkau permudahkanlah segala urusannya untuk menerima dan mempelajari ilmumu Ya Allah... Engkau tetapkanlah hatinya pada agama Islam dan semoga Islam memberi sinar baru dalam kehidupannya... Amin....

Take care People... Assalamualaikum...

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~