Wednesday, August 29, 2012

Petua Hilangkan Miang Buluh

Selamat Pagi Malaysia... Ceria betul hari ni kan... Kebetulan tandas staff hari ni takde air disebabkan paip pecah semalam, jadi kena berlari pegi tandas kat bilik En.Bos... Pagi-pagi dah berlari dan keluarkan peluh, tu la ceria semacam... (^_^)

Hari ni saya nak kongsi macam mana nak hilangkan miang buluh... Azab tau kalau kena miang buluh... Gatal sampai tak boleh nak tidur... Korang sapu la minyak angin macam mana pun, selagi bulu miang tu tak keluar dari kulit, selagi tu la korang akan gatal-gatal dan garu-garu... Saya sendiri sampai 4 hari azab tahan gatal... Tanya jugak kat kawan-kawan, ada yang kata cuna pasir dan ada yang kata cuci guna air panas. Akhir sekali barulah tanya dengan bapak saya yang tahu serba serbi hal dunia... Tanya je apa masalah kat dia, kalau dia kata korang buat macam tu macam ni, buatlah.. Gerenti jadi... Hehheeh~~~ (^_^)

Gatal buluh hari ke 4... =)
Jadi, macam mana nak hilangkan miang buluh?? Bapak saya kata, titiskan lilin cair kat tempat yang gatal dan miang... Titik kat lubang miang tu masuk... Kita boleh tahu kat mana tempatnya, sebab tempat dia cucuk akan ada bintik merah kecil... Kalau tak nampak, tengok dan cari betul-betul...memang gerenti ada kat situ... Kalau sakit tu memang la sakit sikit.. Sebab panas la kan...

Layan jugak bila titikkan lilin panas... Hehhehe~~~ =)
Tapi cuba korang fikirkan logik, kenapa kena buat macam ni??? Sebabnya, miang tu akan melekat kat cecair lilin, bila lilin dah mengeras, dia ada tercabut sekali bila kita tanggalkan lilin dari kulit... Logik kan??? =) Buat la beberapa kali supaya miang tu betul-betul dah tertanggal dari kulit... Keesokan harinya, tangan saya yang dah 4 hari kembang dan gatal terus baik... Takde gatal-gatal lagi dah... Cuma kesan merah digaru je tinggal... Sembuh tau dengan petua ni... (^_^)

Sehari je sembuh... =)
Tapi sebaik-baiknya, kalau dah tahu bermain dengan  buluh , cuci la tangan betul-betul. Gosok dengan span dan sabun, gerenti hilang... Jangan sampai ada yang tinggal saki baik dan melekat di tangan... Ni la jadinya.... (^_^)

Take Care People... =)

Tuesday, August 28, 2012

The Best Raya Ever... Part 2...

Part 2 ni sambungan dari entry sebelum ni... Kalau yang lain berhari raya sampai 7 hari, saya cuma 3 hari je... Sebab hari ke-4 dah berkerja... Cuti pada hari ke-5,6 dan 7 pulak kat kampung suami... Walaupun keluarga En.Suami tak berhari Raya, tapi ni tak bermaksud tak perlu balik ke kampung Dia... En.Suami pun ada keluarga jugak, jadi kena adil lerrr... (^_^)

Kat kampung seronok giler... Saya ni pencinta ketenangan dan alam sekitar, jadi saya memang suka duduk di kampung walaupun tempat tu takde air dan elektrik... Kalau kat kampung suasana tenang je, takde bunyi kenderaan dan takde bising-bising... Kalau bosan dirumah boleh masuk hutan dan kebun, kalau nak mandi sungai bila-bila je boleh terjun sungai... Hhehehe~~~

Hari tu aktiviti petang takde apa nak buat... So, apa lagi... Ajak En.Suami bermain kat belakang rumah buat BBQ ikan pari, Sotong dan Ayam Pansuh... dannnn~~~ Minum air kelapa... Nyum3~~~ Sedap tau... Resipi saya sendiri... (^_^)

Sedap hingga menjilat tapak tangan.... =)
Lepas bermain petang tu, apa lagi....saya diserang gatal-gatal sebab tak dengar cakap bila mak kata jangan main dengan buluh... Huhuhu~~~ Miang buluh masuk dalam kulit... Miangnya tak payah cakap, sampai tak boleh nak tidur... Nasib baik ada Minyak Krim Mustajab Pati Halia...reda la sikit miang tu. Tapi miang hilang kejab je, lepas tu datang balik terutamanya masa nak tido malam... Dah 4 hari gatal tu kembang dan tak hilang, mungkin sebab miang buluh tu masih ada kat dalam kulit kot...sebab tu la masih gatal dan kembang.... Aduiiiyaaaa... Gatallll~~~

Gatal hari ke-4
Keesokan hari nya dah tak main benda yang gatal-gatal lagi... Tapi tetap masuk dalam hutan dan kebun jugak sebab nak petik nanas dan cabut ubi kayu untuk buat kuih lepat ubi... En.Suami rajin je layan apa yang saya nak buat kat kampung... Bukannya apa, seronok bila buat kerja macam tu...dapat main masak-masak bersama En.Suami... (^_^) Nak tau macam mana buat lepat ubi?? Tengok la kat bawah ni... =)

Bahan-bahan : Ubi kayu parut, Kelapa parut, Gula Apong / Gula Melaka
Sedap tau... Cuma tak cukup lembut je, sebab tak parut ubi tu dengan halus... En.Suami parut guna parut Salad, mana tak kasar... Hehe~~ En.Suami buat sepenuhnya lepat ni, saya cuma cakap je apa step yang seterusnya... (^_^) Makaseh yerr... =D

Setiap hari ada je nak masak, nanti bising mak mertua sebab gas dia kat daput tu habis... hihi~~ Ni la hari raya ke-5,6 dan 7 saya.... Macam tak raya lagi dah, tapi tetap seronok... (^_^)

Take Care People... =)

The Best Raya Ever... Part 1...

Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua... Rasanya masih belum terlambat lagi untuk saya sampaikan ucapan raya untuk semua kawan-kawan walaupun hari ni dah 9 Syawal... (^_^)
Raya tahun ni bermakna, gembira dan bahagia sangat-sangat sebab buat pertama kalinya dalam hidup ni saya berhari raya bergelar Isteri dan bersama Suami tersayang... Syukur Alhamdulillah...

Ni gambar masa hari raya pertama bersama Encik Suami dam keluarga saya... Hari pertama kami warna Hijau... =)

Raya Pertama... =)
Kalau sebelum kahwin, raya cuma bersama family je... Dah hari ke-2 atau ke-3 barulah dengan kawan-kawan yang lain... Tapi sekarang dah lain, pagi-pagi raya lagi dah bersama suami... Tak payah risau nak cari teman jalan-jalan, sebab dah tentu adanya En.Suami akan temankan... (^_^) Lagi satu takde nak malu-malu lagi nak salam-peluk-cium, kan lesen dah ada... =D Opppsss... =P

Ni pulak gambar pada hari raya ke-2... Hari kedua bertemakan warna Cream... (^_^) Pakaian masa akad nikah hari tu... heheheh~~~

Raya Kedua... =)
Seronok bila tengok En.Suami seronok beraya... Walaupun En.Suami asyik kata penat sebab jalan-jalan ziarah banyak rumah, tapi dia tetap seronok sebab jumpa banyak jenis makanan dan tengok kemeriahan sambutan raya..

Ni pulak gambar pada hari raya ke-3... Hari ke-3 bertemakan Putih, semalam Cream... Tak sama yerr... (^_^) Saya ni pencinta Putih, sebab tu la banyak kaler ala-ala putih... =D

Raya Ketiga... =)
Walaupun saya cuma dapat berhari raya 3 hari je, tapi tetap seronok sebab dah sembat 3 hari ziarah rumah sampai penat... (^_^) Tapi 3 hari tu cuma rumah-rumah ahli keluarga je... Rumah kawan-kawan satu pun saya tak sempat nak jenguk... Maaflah yerr... Saya dah start kerja hari raya ke-4, cuti masa raya ke-5 dan ke-6 tu saya balik kampung En.Suami... Walaupun keluarga En.Suami tak sambut Hari Raya, tapi kena hormati jugak niat dia nak balik kampung rindu kat family... =)

Riang ria di hari raya... =)
Masa kat kampung lagi seronok... Hehhehe~~~ Tau-tau je la kalau saya dah kat kampung jumpa hutan... Saya mana nak duduk diam, ada je benda nak buat... (^_^) Sambung lagi Dalam Part 2 nanti yerr... Daaaa~~~

Take Care People... =)

Wednesday, August 15, 2012

Raya Semakin Hampir... =)

Assalamualaikum.... (^_^) Seronok bila kenangkan esok dah last day kerja... Lepas tu dah cuti raya... Yeayyy!!! Rasa macam budak-budak balik je tak sabar-sabar nak raya.... Raya tu raya jugak... Puasa sempurna ke tak??? Zakat dah bayar ke belum??? Alhamdulillah tamat puasa Encik Suami tahun ni walaupun pertama kali... =)


Tak sabar nak raya??? Tentulah... Bohong kalau kata tak seronok nak raya... Apatah lagi raya tahun ni saya bukan saja dengan family...tapi bersama Encik Suami tersayang... Alhamdulillah... Syukur pada Allah atas segalanya... Persiapan?? Siap dah... Alhamdulillah... Persiapan 2 dalam 1 sebab buat persiapan raya dan persandingan sekali... Apa yang di pakai raya, boleh pakai untuk bersanding... Tapi tak la semua, kasut dan tudung tu je kot... (^_^)

Dikesempatan ni... Kalau saya ada buat salah, dosa atau tertulis perkara yang menyakitkan hati korang, saya nak mohon maaf dan ampun dari korang semua... Maafkan saya ye... Mungkin tak boleh nak salam dan mintak maaf dari setiap seorang, jadi kalau ada silap harap dimaafkan...

 Assalamualaikum... =)

Thursday, August 9, 2012

Hormati Suami Demi Kesejahteraan

Asalamualaikum... Entry bulan ni tak banyak tentang diri sendiri... Saya lebihkan berkongsi maklumat yang baik dan berguna untuk diri sendiri dan pembaca lain jugak.... Memandangkan saya dah ada keluarga sendiri, dah tentulah saya nak jaga keluarga saya dengan sebaik-baiknya dan dijauhi dari segala masalah... InsyaAllah... 

Kalau nak tahu banyak, kenalah baca banyak... Sekarang ni kalau nak membaca, dah tak perlu susah payah cari buku...yang penting kena rajin mencari dan gunakan internet dengan sebaik-baiknya...

Sekadar Gambar Hiasa... Bersalaman pun boleh mengeratkan... =)
Ni adalah diantara adab supaya isteri dapat mengelakkan perbalahan dan menambah keharmonian keluarga...

1. Jangan membiarkan suami memandang kita dalam keadaan yang tidak menggembirakannya. Wanita yang paling baik adalah wanita yang selalu membuat suaminya bahagia.

2. Senyuman hendaklah sentiasa menghiasi bibir setiap kali dipandang oleh suami.

3. Perbanyaklah mencari keredhaan suami dengan mentaatinya (sepanjang tidak menyalahi aturan agama), sejauh mana ketaatan kita kepada suami, sejauh itulah dia merasakan cinta isteri kepadanya dan kita akan mendapat keredhaan.

4. Pilihlah waktu yang tepat untuk meluruskan dan memperbetulkan kesalahan suami.

5. Jadilah seorang yang lapang dada dan janganlah sekali-kali menyebut-nyebut kekurangan suami kepada orang lain.

6. Perbaikilah kesalahan suami dengan segala kemampuan dan kecintaan yang dimiliki, janganlah melukai perasaannya.

7. Janganlah memuji-muji laki-laki lain dihadapan suami kecuali sifat diniyah yang ada pada laki-laki tersebut.

8. Jangan biarkan orang lain berkata buruk tentang suami.

9. Berusaha untuk tampil di depan suami dengan perbuatan dan ucapan yang disenanginya.

10. Berilah pengertian kepada suami agar dia menghormati kita dan saling menghormati dalam semua urusan.

11. Kita harus selalu merasa senang berkunjung kepada kedua orang tuanya.

12. Janganlah menampakkan kejemuan padanya jika terjadi kekurangan atau ketidakpuasan. Ingatlah bahawa apa yang dia berikan sudah lebih dari cukup. Cari waktu yang sesuai jika hendak menegur.

13. Biasakanlah tertawa bila dia tertawa, menangis dan bersedih jika ia bersedih. Kerana bersatunya perasaan akan melahirkan perasaan cinta kasih.

14. Diam dan perhatikanlah jika ia berbicara.

15. Janganlah banyak mengingatkan bahawa anda pernah meminta sesuatu kepadanya. Bahkan jangan diingatkan kecuali jika tahu bahwa ia mudah untuk diingatkan.

16. Janganlah mengulangi kesalahan yang tidak disenangi oleh suami dan ia tidak suka melihatnya.

17. Jangan lupa bila melihat suami solat di rumah, ikutlah solat dibelakangnya. Jika ia membaca, hendaknya anda duduk mendengarkannya.

18. Jangan berlebih-lebihan berbicara tentang angan-angan peribadi di depan suami, tetapi mintalah selalu agar ia menyebutkan keinginan pribadinya di depanmu.

19. Janganlah mendahulukan pendapatmu dari pendapatnya pada setiap masalah, baik yang kecil maupun yang besar. Hendaklah cintamu kepadanya mendorong anda mendahulukan pendapatnya.

20. Janganlah mengerjakan sesuatu kecuali dengan izinnya, dan jangan keluar rumah tanpa pengetahuannya.

21. Jagalah rahsia yang disampaikan kepadamu dan janganlah menyebarkannya sekalipun kepada kedua orang tuanya.

22. Hati-hati jangan sampai menyebut-nyebut bahawa kita lebih tinggi darjat dari suami. Hal itu akan mengundang kebencian kepadamu.

23. Jika salah satu dari orang tuanya sakit atau kerabatnya, maka kita mempunyai kewajiban untuk menjenguk bersamanya.

Walaupun begitu... Suami pun kena mainkan peranan jugak supaya tak terjadinya berat sebelah... Kalau isteri yang bertungkus lumus nak jaga keharmonian rumah tangga, tapi suami buat donno je, memanglah tak boleh jadi... Apa yang penting...KERJASAMA... hehehhe~~~

Mimpi... Part 2...


Antara 9 mimpi Rasulullah SAW :


Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:

“Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan……..”

.
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan ketaatan dan kepatuhannya kepada kedua orang tuanya. 

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, akan tetapi diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.


3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah.


4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi solatnya yang khusuk dan tidak menunjuk-nukjuk telah melepaskannya dari seksaan itu.


5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga, dia dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kepada Allah SWT memberi minum hingga ia merasa puas.


6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para Nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junub dengan rukun yang sempurnanya sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.


7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadaan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala Haji dan Umrahnya yang ikhlas kepada Allah SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin, tetapi mereka tidak membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturahimnya dan tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.


9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.



Sabda Rasulullah SAW : 
"Sampaikanlah pesananku kepada umatu yang lain walaupun dengan sepotong ayat"

Mimpi... Part 1...

Malam tadi saya bermimpi dan tak boleh nak ingat apa mimpi tu... Tapi saya dapat rasakan memang buruk sebab saya bangun dalam keadaan marah, panas dan terus cari gaduh... Bila ingatkan balik, rupa-rupanya saya tengah bermimpi dan mengigau... Istighfar banyak-banyak dan mintak maaf kat encik Suami... (-_-)


Jadi pagi ni saya cari apakah maksud mimpi dalam Islam...

Apakah Mimpi???

Ia merupakan gambaran yang diciptakan Allah dan dilihat manusia di dalam tidur mereka.

Apakah 3 jenis mimpi? 

1. Gambaran yang diciptakan oleh Allah sebagai alamat kepada  perkara lain sama ada yang akan datang ataupun yang sudah berlalu.
2. Gambaran terhadap yang berlaku ke atas diri sendiri sebelumnya sehingga terbawa-bawa di dalam tidur.
3. Gambaran yang dimasukkan syaitan ke dalam tidurnya bertujuan menakut atau menyedihkannya.

Apakah dalil yang membuktikannya? 

Nabi SAW bersabda, “Mimpi ada tiga jenis" :

1. Mimpi yang benar sebagai berita gembira dari Allah.
2. Mimpi menyedihkan daripada syaitan.
3. Mimpi yang berkaitan dengan apa yang berlaku kepada dirinya.

Riwayat Syaikhani, "Apakah beza mimpi yang benar dan mimpi biasa?"

Mimpi yang benar berasal dari Allah manakala mimpi biasa terutamanya mimpi buruk datang dari syaitan.

Bilakah waktu  paling selalu bermimpi? 

Malam:
Pada waktu sahur. Ini kerana waktu tersebut rahmat dan keampunan dari Allah dan diamnya syaitan.
Siang: Pada waktu ‘Qailulah’ (waktu yang disunatkan tidur sebelum tergelincir matahari, bermaksud masuknya waktu solat Zohor).

Apakah mimpi buruk? 

Semuanya adalah angkara gangguan syaitan.
Rasulullah SAW bersabda : Mimpi ada tiga jenis, “Antaranya permainan syaitan untuk menyebabkan anak Adam menjadi sedih.”

Siapakah yang mimpinya paling benar? 
.
1. Para nabi : Semua mimpi mereka benar-benar belaka.
2. Orang soleh : Selalunya benar.
3. Selain mereka : Kadang-kadang benar dan kadang-kadang sebaliknya.

Setiap manusia, mimpi mereka bergantung kepada Jiwa, Agama, Akhlak, Keadaan dan Sifat mereka.

Apakah adab jika bermimpi mimpi yang benar? 

1. Pertamanya, hendaklah mengucap “Alhamdulillah” dan memuji Allah.
2. Mengkhabarkan berita gembira tersebut kepada orang yang tahu untuk mentafsirnya.
3. Menghebahkan kepada mereka yang menyayangi anda dan bukan yang memusuhi anda.

Apakah adab jika bermimpi buruk? 

1. Anda mesti melafaz Istia’zah’: Mengucapkan  أعوذ بالله من الشيطان الرجيم (A'uzubillahi minas syaitanir rajiim)
2. Istia’zah dari gangguan syaitan sebanyak tiga kali.
3. Terus bersolat untuk mendekatkan diri kepada Allah.
4. Jangan menghebahkan kepada orang ramai.
5. Jangan cuba mentafsir sendiri mimpi tersebut. Rujuk kepada ahlinya.

Apakah hukum bertanya berkenaan mimpi? 
.
Hukumnya adalah sunat. Sekiranya bertanya dapat pahala. Kalau tak tanya pun tak dapat dosa. Jadi, bertanyalah anda jika tidak tahu. Ini kerana mengikut perbuatan Rasulullah SAW.

Apakah adab seseorang yang ingin mendapat mimpi benar? 

1. Tidur selepas solat Isyak.
2. Tidur dalam keadaan wuduk.
3. Mula tidur di atas lambung kanan dan berbantal di sebelah kepala kanan.
4. Baca doa sebelum tidur dan berzikir sambil menunggu waktu tertidur.

Bagaimana seseorang bermimpi jumpa Nabi SAW?

Sesiapa yang bermimpi berjumpa Nabi Muhammad SAW sebenarnya mereka memang berjumpa Rasulullah SAW. Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupai Nabi SAW. Mimpi berjumpa Nabi SAW dalam keadaan jelas dan sempurna sifat bermaksud kamu adalah calon penghuni syurga. Namun, jika gambaran Nabi SAW tidak jelas bermaksud kita masih banyak dosa sehingga tidak ‘dibenarkan’ melihat kecantikannya yang sejati. Ini adalah peringatan supaya kita terus bertaubat dan beramal soleh.

Hadis riwayat Bukhari, Sabda Rasulullah SAW: 
“Sesiapa yang melihatku dalam keadaan tidur maka sebenarnya dia memang melihatku. Ini kerana syaitan tidak boleh menyerupaiku. Mimpi benar seorang mu’min adalah satu juzu’ dari 46 juzu’ kenabian.”

Apa-apa pun, mimpi adalah mainan tidur je... Tak perlu kita risau sama ada baik atau buruk... Wallahualam.

Malam Lailatul Qadar

10 malam terakhir Ramadhan adalah malam yang ditunggu-tunggu seluruh umat Islam... Malam yang penuh keberkatan iaitu malam Lailatulqadar... Akan tetapi, janganlah kita hanya mengejar 1 malam tersebut tetapi mengabaikan malam-malam dan hari-hari yang lain... Hargai setiap hari yang kita ada kerana kita tidak mengetahui bilakah malam dan hari terakhir kita dimuka bumi ini...




Rasulullah SAW pernah mengabarkan kita didalam Sabda beliau tentang tanda-tandanya, iaitu:


1. Udara dan suasana pagi yang tenang
Ibnu Abbas RA berkata: Rasulullah SAW bersabda:
“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)
2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab RA, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda:
“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit tinggi tanpa sinar bak nampan” (HR Muslim)
Malaikat membawa rahmat Allah masuk kedalam rumah serta memberi salam kepada orang Islam kecuali rumah yang mempunyai anjing, khinzir, arak dan patung. Kemudian malaikat akan naik semula ke langit secara serentak, dengan puluhan ribu sayap malaikat itu melindungi pancaran panas matahari menjadikan suasana bumi dingin dan tenang.


3. Kadang-kadang terbawa dalam mimpi
Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian dari para sahabat.
4. Bulan nampak separuh bulatan
Abu Hurairah RA pernah bertutur: Kami pernah berbincang tentang Lailatul qadar di sisi Rasulullah SAW dan beliau berkata,
“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh bulatan.” (HR. Muslim)
5. Malam yang terang, tidak panas, tak dingin, tiada awan, tiadahujan, tiada angin kencang dan tiada bintang (lemparan meteor bagi setan)
Sebagaimana sebuah hadits, dari Watsilah bin al-Asqa’ dari Rasulullah SAW :
Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi setan)” (HR. at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)
6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan nikmat ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Allah tidak seperti malam-malam lainnya.
Sumber :
  • Majalah Adz-Dzakiroh edisi khusus Ramadhan-Syawal 1429 Hal. 27-28
  • 30 Tema Pilihan Kultum Ramadhan Berdasarkan al-Qur'an dan as-Sunnah


Jadi, Sesiapa yang menyedari tanda itu, tingkatkanlah amalan dan berdoa sepanjang hari seperti ibadah di malam hari. Malam Lailatul Qadar adalah malam yang penuh rahsia dan hanya Allah yang tahu bila ia akan terjadi.
Sangat cepat masa berlalu... Janganlah kita mencari Lailatul qadar pada satu malam sahaja. Beribadahlah dan carilah keberkatan pada setiap malam dan setiap hari. Semoga Ramadhan kali ini membawa lebih kebaikan, keberkatan dan bermakna buat kita... Aminn...

10 Malam Terakhir Ramadhan


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Marilah kita merebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini.
Rebutlah malam Lailatul Qada didalam 10 malam tersebut. Rasulullah S.A.W mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T sambil diikuti oleh para Sahabat RA demi berebut untuk mendapatkannya, 
Diantara ibadah-ibadah yang boleh kita lakukan ialah Qiamulail, puasa fardhu, Berbuka, Solat Tarawih, Tilawah Al-Quran, Berdoa, Zikir, Istighfar, Memuhasabah Diri, merancang untuk amalan diri dan sebagainya.

Tips persediaan merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadar :
1. Bersedialah disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata; tidak untuk kesibukan lain.
2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah S.W.T dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera.
3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah iktikaf dan qiyamullail 10 malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.
4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
5. Jika anda bekerja di bawah majikan, kenal pasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu dan Ahad.
6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.
7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih-muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.
8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai ke arah perubahan tersebut.
Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Amin.
Artikel iluvislam.com

Tuesday, August 7, 2012

Dah Habis Sekolah Pun Ada Exam Lagi... =)

Hari ni ada exam jabatan... Hehhehe~~~ Memandangkan dah lama tak duduk exam, datang pun sempoi je tak bawa alat tulis... Bukannya sengaja, tapi betul-betul lupa sampai tag nama pun tak pakai... Nasib baiklah slip nak exam tu ada bawa... Dah tu sementara nak tunggu kertas soalan sampai, sempat pulak duduk-duduk main FB sampai kena tegur suruh simpan HP dalam beg.... Aduiiiyaaa~~~ Malu nyer... Tapi memang pelik rasanya bila dah lama tak dok exam... Kekok dan rasa macam main-main pulak... Lebih-lebih lagi bila exam tu dibuat kat sekolah... Badan ni dah lah besar, duduk pulak kat kerusi dan meja dalam kelas... Nampak macam orang pelajar terlebih umur dah pulak... (^_^)


Exam tadi rasanya lebih senang dari yang sebelum ni... Kawan-kawan yang pernah ambil exam terdahulu banyak yang gagal dan kata format soalan kali ni lebih senang... Sekarang ni, soalan objektif dan subjektif diasingkan kertas. Kalau sebelum ni dicampurkan sekali... Alhamdulillah kalau ni lebih senang....

Apapun, harap-harap exam tadi lulus dan tak payah nak repeat-repeat lagi... Tapi macam senang je buat, TAPI yang senang tu la yang buat kita senang jugak nak fail sebab over confident macam tahu semua... hehehhe~~~ =P



Thursday, August 2, 2012

Kalau Kawan Tanya Nak Hadiah Apa???

Assalamualaikum... (^_^) Sepanjang minggu ni saya ditanyakan dengan soalan bonus yang WAJIB dijawab... Soalannya???

NAK HADIAH KAHWIN APE NANTI???

Hadiah dari rakan sekerja SMK Padungan... (^^,)
Huhuhu~~~ Payah nak jawab tuuuu... Tapi diorang kata WAJIB dijawab... Saya pun tak tau apa yang nak dijawab... Kalau Periuk nasi, Boiler, Toaster dan Peti sejuk sejuk dah ada... Hadiah dari kawan-kawan lain jugak.... Nanti saya jawab nak sebuah rumah boleh?? Heheheheh~~~ =P Takde laaa... Bagi betis, nak paha... huhuhu~~~ =) Ikhlas hati kawan-kawan la nak bagi ape pun... 

Ada idea ke nak bagi jawapan ape???
Saya bagi jawapan semuanya kat sini, kalau ada yang tanya nanti saya suruh baca je.. (^_^)
Ni diantara jawapan cadangan saya je kot...
  • Cadar
  • Set pinggan mangkuk
  • Mixer untuk buat kek
  • Oven / Microwave
  • Set cawan / Mug comel
  • Set pisau
  • Blender / Pengisar
  • Frame gambar
  • Buku Agama / Ilmiah
  • Peralatan Solat (Telekung / Sejadah / Tafsir Al-Quran / Rehal / DVD Al-Quran)
  • Kain Meter (Laki + Perempuan)
  • Perhiasan dalam rumah
Apa yang lebih penting adalah kehadiran kawan-kawan yang memeriahkan suasana pada hari majlis nanti... (^_^)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~