Friday, October 19, 2012

Islam Sampai Pada Wanita Ini... Syukur...


Alhamdulillah dan syukur yang tak terhingga dengan berita pagi ni.... Pagi-pagi sampai tempat kerja, saya terima mesej dari salah seorang pembaca blog saya ni...

Sebelum ni dia selalu baca entry tentang saya dan En.Suami...dan kami pernah jugak berbincang bagaimana keluarga En.Suami yang bukan Islam dapat menerima saya dan En.Suami yang memeluk Islam... Alhamdulillah semua urusan kami dipermudahkan dan tak banyak masalah...

Tetapi, dugaan yang datang pada setiap manusia tak akan sama... Cik Nurhidayah Zulaikha (Nama Islamnya) memeluk agama Islam pada 17 Oktober 2012 lepas.. Saya dapat tahu yang keluarga dia belum mengetahui tentang keIslamannya dan akan diberitahu nanti. Walau apa pun dugaan yang datang pada Cik Nurhidayah Zulaikha kelak, saya sentiasa doakan agar Allah membantu dia dalam menghadapi apa juga masalah... Semoga Allah melembutkan hati ahli keluarganya dan menerima dia seadanya...


Walaupun agama berlainan, tapi Islam tak pernah memutuskan Silaturrahim... Allah SWT tidak melarang berbuat baik kepada orang yang bukan Islam sebagaimana FirmanNya :

"Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil". 
(Surah Al-Mumtahanah: Ayat 8)


Komen yang biasa saya dengar mengapa mereka tak suka ahli keluarga memeluk Islam ialah:-

  • Makan-makan harian dah tak boleh sama (Sebab pinggan bekas daging babi tak boleh kongsi)
  • Musim perayaan tak boleh makan bersama keluarga (Kalau ada hidangan babi)
  • Malam perayaan dah tak boleh bersama keluarga minum (Mabuk)
  • Persekitaran rumah ada anjing (Orang Islam geli & tak boleh sentuh anjing)

Bagi saya, kenapa perkara tu dijadikan masalah?? Saya sendiri berada di dalam situasi tersebut dan saya tak rasa pun perkara tu bermasalah... kenapa???


  • Masa makan kami masih bersama keluarga dan masih kongsi pinggan.

Saya dan En.Suami beli set pinggan mangkuk dan periuk sendiri untuk masak bila balik kampung dan makan bersama keluarga.

  • Musim perayaan kami masih makan bersama keluarga

Saya masak lauk pauk Hari Raya untuk makan bersama keluarga dikampung sewaktu perayaan Krismas atau Gawai. Selain tu, mereka boleh merasa hidangan melayu. Kalau diorang makan babi, diorang boleh makan waktu makan yang lain.

  • Tak ada masalah Mabuk atau minum di malam perayaan

Sebab keluarga mertua saya jenis tak minum dan tak mabuk di rumah... Alhamdulillah dan syukur.

  • Tak ada masalah dengan anjing dan saya pun berkawan dengan anjing.

Tak jadi masalah pun nak berkawan dengan anjing, asalkan tak sentuh... Mana-mana saya pergi dan jalan-jalan, anjing pun ikut dan temankan... =D

Yang memutuskan tali persaudaraan adalah manusia tu sendiri dan bukan agama... Agama  yang berlainan tak bermaksud semua perkara akan terputus dan terpisah... Ibu bapa tetap menjadi ibu bapa dan boleh menjadi lebih erat kalau betul caranya... Contohnya, sebelum ni En.Suami salam ibu bapa tak pernah cium tangan. Tapi sekarang ni setiap kali salam, En.Suami akan cium tangan Ibu Bapa nya dan ini secara tidak langsung akan melembutkan hati orang tua... InsyaAllah...

Apa yang penting, sentiasa berdoa pada Allah dan mohon pertolongan daripadaNya... InsyaAllah segalanya akan jadi lebih mudah.... Amin... (^_^)

Bila engkau letih dan hilang semangat, Allah tahu engkau telah mencuba sedaya upaya...
Bila tangismu berpanjangan dan hatimu duka, Allah telah mengira titis air matamu...
Bila engkau rasa ketinggalan dan masa meninggalkanmu, Allah tetap bersamamu...
Bila engkau kebuntuan akal, maka Allah adalah petunjuk jalan...
Bila engkau telah berazam, maka Bertawakallah kepada Allah...

Thursday, October 18, 2012

Si Duyung Kecik

Assalamulaikum.. Mata ni mengantuk sangat-sangat sebab dah telan ubat batuk pagi-pagi...
(-_-) Tulis entry pun sambung separuh-separuh dan lelapkan mata kejab... Dah 4 hari demam dan batuk yang kuat sampai tekak cedera dan keluar darah... Alhamdulillah lepas telan ubat sejak semalam, batuk dah reda dan dapat tidur lena malam tadi...

Actually, 4 hari demam sebab saya tak makan ubat... Dah teruk 4 hari baru makan ubat... Bukannya tak suka ubat macam budak kecik, tapi cuma tak nak manjakan diri berlebihan. Biar lawan sakit sendiri dan baik tanpa ubat kalau boleh... barulah antibodi tubuh tu kuat sikit... =D


Walaupun demam teruk, tapi keluar jugak pergi ke pantai... Rindu sangat-sangat nak pergi sebab dah berbulan tak jenguk pantai walaupun rumah En. Suami dekat dengan pantai.. Balik kampung minggu lepas bawa Nana sekali untuk menceriakan suasana...

Comel duyung kecik ni kan??? (^^,)


Take Care People... =D

Friday, October 12, 2012

Kakak Baju Biru yang Baik


Assalamualaikum... Pagi ni senyum je memanjang sebab semalam adalah hari yang baik untuk saya... (^^,) Semalam?? Terharu dengan kakak baju biru yang baik sangat-sangat dan tolong saya dalam hujan... Kakak baju biru tu adalah polis... =) Selalunya kita kata polis ni sombong dan berlagak, tapi tak kena pulak dengan saya... Syukur...

Semalam saya singgah kat Wisma Satok sebab nak uruskan hal Kad Undangan untuk majlis nanti... Parking pun agak jauh sebab jalan sesak... Masa keluar dari kereta nak mulakan urusan, cuaca panas terik je sampai la siap urusan saya nak pergi balik ke kereta... Masa baru keluar dari bangunan dah nampak jalan basah kuyup, tapi bila pulak hujan nya??? Tak dengar pun tadi ada hujan... Mungkin sebab saya berada dalam bangunan, jadi tak perasan...

Jalan basah kuyup, tapi hujan tak turun...apa lagi, jalan je la cepat-cepat nak ke kereta sebab takut nanti hujan turun masa tengah berjalan... Dan...betul tekaan saya... Sewaktu nak merentas antara bangunan kat titik biru dalam gambar kat bawahhujan turun menyimbah dan tiba-tiba je lebat... Saya dah tak boleh nak lari kemana lagi, sebab saya berada kat bahagian sisi bangunan yang tak kena hujan... Disebabkan takutkan barang yang saya bawa tu basah, jadi saya berlari patah balik ke dalam...

Kawasan kejadian... hehehehhe~~~ =P
Tapi... Rupa-rupanya, sewaktu saya patah balik, ada kakak polis tengah kejar saya dengan payung. Saya tak tau pun sampai la dia jemput saya kat depan pintu bangunan... Dia kata nak tolong hantarkan saya ke seberang dan terus ke kereta... Alhamdulillah je kat dalam hati, ada jugak hamba Allah yang baik hati macam tu....

Payung tu dah la kecik, kami berdua pulak besar... Basah kuyup je sisi uniform kakak polis sebab terkena tempias hujan... Dia hantarkan saya terus ke kereta dan dia patah balik dengan payung tadi... Kesian pulak tengok kasut dan seluar kakak polis dah basah kuyup terkena lopak air... 

Semoga Allah balas kebaikan dia... Amin... =D

Thursday, October 11, 2012

Isu Meluat Dengan Perangai Seseorang...Hot.fm

Assalamualaikum.... Pagi-pagi ni dengar Hot.fm bercerita pasal isu meluat atau tak suka dengan perangai seseorang... Diam sendiri kejab sebab fikirkan cerita lama.... =D Bohong la kalau kata tak pernah meluat tengok perangai orang... kan?? kan?? kan??? (^^,)

Dari dulu lagi saya tak suka tengok perangai perempuan bujang yang bertudung, pastu terseluk-seluk dalam seluar dengan lelaki... Huhuhu~~~ Maaf kalau bahasa kasar, tapi itu la hakikatnya... Saya tak kata semua, cuma segelintir je... "Nila setitik, susu sebelanga yang tercemar"... Disebabkan hal macam tu jugak la saya tak suka nak bertudung...

Kalau saya rasa baik, saya pakai... Kalau saya rasa jahat, saya bukak.... Dah tahu diri tu jahat, baik tak payah bertudung langsung... Nanti bagi malu je dengan golongan yang bertudung... Tapi lepas berkahwin ni, Alhamdulillah barulah saya bersedia....

Fikiran negatif macam ni timbul sebab saya ada seorang kawan yang bertudung... Nama tak perlulah saya sebut, cuma nak berkongsi je... Kalau tengok dari luar, Nauzubillah semua orang cakap dia alim... Lagipun dari sekolah agama dan tak pernah bukak tudung... Kalau cerita kat orang yang dia ni jahat pun, belum tentu ada yang percaya... Dengan mukanya yang lembut, sopan santun dan cukup semuanya tak siapa tahu siapa sebenarnya dia ni... Melainkan saya dan lelaki-lelaki yang kenal dengan dia ni...

Gambar Hiasan
Saya banyak tahu sebab kami pernah bekawan satu ketika dahulu... Kepala memang mantap bertudung, baju pun tak ketat... Tapi satu hari tu kantoi masa kami keluar bersama... Secara tak disengajakan ternampak teman lelakinya tengah menyeluk tangan kat dalam seluar yang ditutup dengan jaket... Buat tak kisah je lah sebab tu masa zaman jahiliah lagi... Bila saya fikir-fikir, buat apa dia ni bertudung??? Nak berlagak alim depan orang, tapi perangai rupa-rupanya mengalahkan Iblis???? Terus hilang hormat saya dengan perempuan bertudung dan saya tak suka tudung dah lepas tu... Saya pakai pun untuk pergi kuliah, kerja, fesyen dan masa tertentu je supaya nampak kemas...

Banyak lagi perkara yang terbongkar selepas tu sebab banyak terjadi sesuatu kat dia dan saya tak perlu nak ceritakan... Cukuplah satu perkara tadi yang saya ceritakan kenapa saya meluat dengan dia dan tak suka sangat-sangat dengan tudung... Saya tak katakan yang saya ni baik dan semua orang ada kisah silam sendiri... Cuma bagi yang bertudung, biarlah betul-betul bertudung... Tak nak lah semua orang jadi berfikiran macam saya... Kesian dengan kakak-kakak yang bertudung kena tempias...

Maaf kalau ada yang tersinggung dan marah... Yang baik datangnya dari Allah dan yang jahat dari saya sendiri... 

Wednesday, October 10, 2012

Bunga apa ni???

Apa nama bunga ni??? Macam bunga pokok lengkuas pun ada jugak... Yang saya tau bunga ni dah tentu En.Suami petik tepi jalan masa nak balik kerja, sebab nak pujuk saya kecik hati tak lunch sama... hehehhe~~~ Tepi jalan pun tepi jalan lah... Tapi sweeetttt... (^^,)

Latest... 8 Oktober 2012... (^^,)
Bunga kat atas tu dah bunga ke-3 yang di kutip tepi jalan... Sebelum-sebelum ni dapat bunga kemboja... Tapi sekarang dah tukar pulak?? hihihi~~~ =)

10 Ogos 2012... (^^,)
Bunga kemboja kat atas tu yang saya dapat sebelum ni dan rasa sayang nak buang. Jadi saya rendamkan seminggu dalam air dan lepas tu semaikan kat batas kanan dan kiri pagar rumah... Alhamdulillah pokok tu tumbuh dan hidup dengan subur... Saya tahu pokok tu subur sebab saya ada cabut dari tanah nak letak kat dalam pasu. Bila cuci-cuci batang dia ternampak ada 4 helai akar dah keluar... Gembira sangat-sangat sebab pokok kesayangan saya hidup... (^^,)

Take care People... =)

Tuesday, October 9, 2012

Mug yang Bersanding

Comelnya Mug kawen... Hari tu hadiahkan Mug Biru dan **** untuk birthday Encik Suami, pastu saya mintak dia bagi mug jugak, sebab tak puas hati dia sorang je ada mug comel... (^^,) Mug Pink saya ni beli kat Giant je hari tu.... Pink!!~~ (^^,)

Mug pun nak kawen, bagi Mug bersanding dulu sebelum pakai, kebetulan ada pelamin kat rumah sekarang ni... =D

Baby Pink....&....Baby Blue
Encik Suami.... Baca ayat kat mug tu setiap hari yerr...

"A Heart that loves is always young" (^_^)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~