Friday, November 23, 2012

Twilight Breaking Dawn Part 2... Fuhhh~~~

Twilight Breaking Dawn Part 2.... Sapa dah tengok? Syok gilerrrrrr... Especially kalau tengok dengan Suami... Alahai... Romantiknyaaa... En.Suami siap usap-usap tangan lagi bila part romantik Bella dan Edward... Eheeee~~~ Malu... (^_^)


Actually pergi tengok wayang dengan member (Kak Ramziyah, Firdaus, Azmil, Aziz & Azlan), tapi bila beli tiket saya dan suami duduk tempat lain. Nak ambik feel katakan... Heheheh~~~

Sweet, Caring, Romantik, Kekeluargaan, Kasih sayang, Cinta, Saling memerlukan, kerja sama... Semuanya digambarkan dalam cerita tu dan tak boleh nak diungkapkan dengan kata-kata... Edward yang SUPER romantik dan Bella yang blurr membuatkan cerita nampak sweet sangat... Jum layan lagu ni dulu...


"A Thousand Years"... Thanks mu dear sebab teman tonton wayang malam-malam (9.45pm, 1h55m) walaupun mata dah mengantuk dan penat balik dari kerja...

Heart beats fast
Colors and promises
How to be brave?
How can I love when I'm afraid to fall
But watching you stand alone?
All of my doubt suddenly goes away somehow

One step closer

[Chorus:]
I have died everyday waiting for you
Darling don't be afraid I have loved you
For a thousand years
I'll love you for a thousand more

Time stands still
Beauty in all she is
I will be brave
I will not let anything take away
What's standing in front of me
Every breath
Every hour has come to this

One step closer

[Chorus:]

And all along I believed I would find you
Time has brought your heart to me
I have loved you for a thousand years
I'll love you for a thousand more

One step closer

[Chorus:]


Thursday, November 22, 2012

Purple Nite

Dah 2 minggu Annual Dinner berlalu, barulah saya update... Ni pun sebab baru dapat gambar dari Jurufoto... heheheh~~~ =) Takde gambar macam tak best pulak nak cerita... =)

Tema tahun ni warna purple... Tahun lepas warna Kuning... Senang je cara diorang ni buat tema, pilih je apa warna diorang nak... Huhuhu~~~ Tapi...Bila buat tema purple jadi menarik pula dinner, semuanya semangat nak jadi cantik dan beli pakaian...Kecuali saya, D.I.Y... =)

Jum tengok gambar semua staff, cantik-cantik semuanya... =)


Makan malam ni jugak untuk meraikan guru (Cikgu Hajah Omil Kalsom) yang bakal bersara hujung tahun ni... Banyak staff menangis sewaktu dia berucap, saya tengok pun berair mata jugak... =P Lepas tu, Big Bos (Dr. Shafie Bin Hj Lugom) bagi cenderahati kenangan, senyum la pulak... hihihih~~~


Lepas bla bla bla.... Jum makan~~ Makan time... Menu hidangan melayu dan kuantitinya pun banyak... Berbaloi-baloi... =) Jemput makan... paling sedap lauk ikan, tapi tak tau ikan apa dan masakan apa... Hurmmm~~~


Perkara paling seronok tentang dinner adalah pakaian... Masa tu la kita dapat tengok macam-macam fesyen yang keluar... Ada yang pelik, ada yang cantik dan menarik... Geng keras 3 orang ni memang tak boleh blah... Hehehhe~~~ Tak sempat pulak nak ambil gambar bertiga... =)

Me...Kak Norlia...Kak Siti Haja...
Paling seronok jugak bila saya dapat 2 hamper hadiah pada malam tu... Satu hadiah cabutan bertuah, dan satu lagi hadiah sempena perkahwinan... Seronok dapat hamper Tupperware... Berbaloi-baloi.... (^^,)

2 hamper laaa... yeayy~~~ =)
Sebagai penutup makan malam... Diumumkan King dan Queen of the Night... Hadiah Disampaikan oleh pengerusi PIBG... Nak tengok siapa menang??? =D

2 Queen & 1 King of the night... =)
Ok dahhhhh... Tamat... (^_^)

Tupai Masak Kicap Serai

Nyum3~~~ Awal pagi lagi dah update reipi yang banyak orang geli nak makan... Tapi tak semua la geli, ada jugak yang suka makan seperti kakak saya, siap simpan separuh lagi untuk masak hari lain... (^^,)

Tupai oh tupai..
Bahan-bahan :

1kg Tupai Hutan
4 batang serai
1 inci halia
Bawang putih dan bawang merah
Cili kering

Cara memasak :

1. Tupai yang dah siap dipotong, digaul dengan sedikit garam dan kunyit. dan goreng sampai separuh masak. Kalau dah masak, ketepikan dan sediakan bahan menumis.


2. Tumbuk semua bahan dan tumis sampai garing. Masukkan kicap pekat, bahan perasa, sedikit air dan gaul bersama tupai yang telah digoreng.


3. Reneh selama 5minit supaya tupai dapat menyerap bahan tumisan. Lepas tu barulah dimasukkan air yang banyak sehingga menutupi keseluruhan masakan.


4. Kecilkan api dan tutup. Sesekali gaulkan dan masak sehingga air kering. Tujuan masukkan air yang banyak dan biar sampai kering adalah untuk melembutkan daging tupai. Daging tupai agak keras jadi kena masak dengan perlahan.


5. Kalau air dah kering, masakkan la tu... Sedap dan rasa macam daging burung puyuh... (^^,) Saya makan 1 je, tak boleh nak masuk... heheheh~~~ =P

Wedding Photo... Black, Pink, White...

Dah sebulan berlalu baru saya upload gambar Majlis Persandingan... Saya baru je belek-belek CD yang photographer bagi dan jumpa beberapa gambar yang saya suka tengok dan mengambarkan kegembiraan dalam hati kami... Alhamdulillah...

Persandingan dirumah...
Keluarga saya, keluarga mertua, keluarga Nanny... =)
Syukur kepada Allah kerana memberikan kebahagiaan ini kepada kami... Apa yang Allah kurniakan terpancar di wajah... Inilah perjalanan hidup saya dan Suami... Cinta membawa ke Syurga... InsyaAllah...

**Encik Suami nak saya pakai tudung pada hari perkahwinan, Alhamdulillah, sejuk hati mendengar teguran tersebut... =)

Jalan kesana-sini... =)
Isi perut di McD... Lapar... =)
Ciuman Cinta suami isteri.. =)
Kami bersama... =)
Keriangan di hati... =)
Cinta di hati... 
Hanya kami mengerti... 
Jodoh adalah ketentuan Ilahi...
Jika dia jodoh kita, walau apa pun dugaan pasti dapat ditempuhi...
Jika bukan, pasti sesuatu terjadi untuk memisahkan dua hati...
Jadi....
Hanyalah mati yang memisahkan Kami...
InsyaAllah....

Nurhayati Binti Morshidi .... Eldrine Addin Bin Ajus...

LASTLY...Terima Kasih untuk Hadiah-hadiah ini... (^^,)

Sebelum dan selepas buka... =)
Pakaian : D.I.Y

Keyword : Butterfly Wedding, Tema Rama-rama, Butterfly Dress, Pink Butterfly Wedding, Pink Theme Wedding, Black pink wedding, Sea wedding photo, sweet couple wedding, lovely moment, wedding moment, happy moment 

Wednesday, November 21, 2012

Musim Durian Sematan... (^^,)

Seronok bila balik kampung bulan ni... Kampung En.Suami di Sematan dah mula banyak dengan buah durian... Musim dah bermula... Seronok nya... Hari tu balik kampung pinjam Dmax mak sebab nak bawa banyak durian balik ke Kuching... =)

Buah dah sampai dirumah dan bapak sibuk melayan cucu nak makan... =)
Yang ada didalam Dmax tu suku je tinggal... yang lain dah dibawa masuk ke dalam rumah.. Banyak tau, sampaikan anak-anak saudara saya duduk dalam tu je makan, tak nak tunggu sampai bawa masuk rumah... Seronok bila tengok budak-budak kecik suka makan... (^_^)

Tapi jaga-jaga, banyak sangat makan nanti mengundang macam-macam penyakit... Huhuhu~~~
Kalau musim durian, saya seronok sebab dapat bermain di dalam hutan... (^^,) Kalau hari biasa jarang nak masuk hutan sebab takde hal nak pegi... Kalau ada durian, ada jugak alasan nak ke hutan... Seronok... Macam-macam yang saya kutip sampai buah getah yang tak boleh di makan pun sampai penuh poket jaket saya kumpulkan... (^^,)


Ini lah hasil yang saya dapat selepas bermain 1 hari dalam hutan dan mandi sungai... (^^,) Buah kuini, Buah durian, Tebu, Buah Guma, Biji getah, Siput sungai dan batu sungai yang cantik... Sehari bermain, sebiji durian je yang kami jumpa.. heheehe~~

Buah Guma tu rupanya sama seperti buah salak, cuma rasanya sangat masam... Payah jugak nak ambik sebab terselit-selit dengan batang berduri dan banyak anai-anai... Seronok bila kena gigit serangga hutan...tapi lepas tu sampai rumah bising cari minyak panas sebab dah gatal-gatal... heheheh~~~

Petang tu ada tupai... Musim ni banyak sangat tupai yang tebuk durian, banyak sampai dapat diburu dan masak bawa balik rumah... heheheh~~~ Nanti saya Update resipi tupai yang saya masak... (^^,)

Seri Muka Labu

Assalamualaikum... Lamanya saya dah tak bukak blog... Dah takde Lappy nak online.. Kalau nak pakai phone pun payah nak update blog... Akhirnya hari ni Kak Norlia cuti dan kebetulan Internet pun baik hati je hari ni... Dapat la saya online satu hari dan update apa yang patut... (^^,)

Sepanjang saya tak boleh nak online, saya ada buat beberapa kueh... Sedap tau.. Tapi macam biasa gambar confirm spoil sebab saya suka potong kueh yang masih panas selepas di masak... Sedap makan panas-panas, sebab tu la tak boleh nak tunggu sejuk baru potong... =) Resipi ni saya buat untuk acuan saiz 9x9, jadi kuantiti bahan pun agak banyak...

Lembik sebab potong panas-panas.. (^^,)
Bahan A (Lapisan Bawah) :

2 paket santan 
5 cawan beras pulut
1 sudu kecil garam

Bahan B (Lapisan Atas) : **cawan yang digunakan adalah cawan untuk sukat beras memasak nasi**

1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
3 cawan labu
2 cawan santan pekat
2 cawan gula
2 cawan air
3 biji telur

Cara-cara (bahan A)

1. 2 paket santan dilarutkan dengan 6 cawan air.
2. Beras pulut yang telah dicuci tak perlu direndam. Terus tos dan masukkan santan yang telah dilarutkan.
3.Masakkan didalam periuk nasi seperti biasa dan gaulkan apabila hampir kering supaya pulut sebati bersama santan dan tidak berkerak.
4. Setelah pulut masak, masukkan pulut yang masih panas kedalam acuan kek dan ratakan.

Cara buat lapisan bawah (Bahan A)

Cara-cara (bahan B) :

1. Masukkan semua bahan kedalam mesin pengisar dan kisar sampai sebati. Gunakan pemukul kek pun boleh. (^_^)


2. Setelah sebati, masakkan adunan ke dapur dan jangan berhenti gaul sehingga adunan berwap.
3. Adunan yang telah dimasak dituang di atas pulut yang telah disiapkan kedalam acuan


4. Tutup acuan dan masukkan kedalam pengukus yang telah dipanaskan dan masak selama 1jam...

Pastu siap dan makan la sewaktu masih panas... =) Bila dah sejuk dan dipotong pun masih lembut lagi, tapi tak la meleleh seperti masih panas tadi... (^_^) Sedappppp~~~~~ =)

Friday, November 16, 2012

My D.I.Y Dinner Dress


Assalamualaikum... Dah berkurun tak boleh nak update blog sebab dah takde Lappy dan internet bermasalah... (-_-) Ni saya nak update benda minggu lepas... Saya nak share macam mana nak jimat budjet melalui kreativiti sendiri... =)

Minggu lepas 9 November 2012, tempat kerja saya anjurkan makan malam tahunan... =) Kalau tahun lepas Dinner yang kekuningan.. Dinner tahun ni bertemakan "Purple"... Apa-apa pakaian asalkan warna purple... =)

Bila dah di bagi tema, apa lagi staff.. Hehehhe~~~ Shopping sakan ehhh~~~ Tapi tak salah pun sebab setahun sekali je... =) Cuma saya ni tak nak bazirkan duit untuk benda camtu sebab banyak lagi komitmen lain yang lebih penting... (^^,)

Macam biasa, kreativiti akan mengambil tempat... Saya buat dress sendiri dengan menggunakan pakaian yang saya memang dah ada... Modal yang deperlukan sebanyak RM25....


Nak buat pun senang je... saya ambil masa dalam 3jam untuk siapkan... Gunting-gunting dan jahit sekali... Mula-mula kena sediakan Dress pendek dan Kain warna purple sepanjang 4meter... Kain diperlukan 4meter, sebab 3meter nak buatkan bahagian kembang kat bawah tu dan 1meter lagi untuk shawl.. =)

Sediakan Dress pendek dan 4meter kain purple
Pakaikan dress pada tubuh dan sukat panjang kaki yang perlu ditambah. 

Kelim bahagian berbulu selepas dipotong
Lepas dipotong, bahagian yang berbulu selepas dipotong tadi dikelim dan dijahit untuk dijadikan kaki skirt.

Bahagian satu lagi jangan dikelim untuk dibuat ropol
Bahagian yang tak berbulu pula JANGAN dikelim dan dijahit begitu sahaja. Tarik satu benang supaya jahitan nampak beropol.

Sambungkan menggunakan jahitan tangan sebelum dijahit dengan mesin
Sambungkan bahagian yang dijahit beropol pada kaki dress. Jahitkan dengan menggunakan tangan dahulu sebelum disiapkan dengan menggunakan mesin jahit.

Riben untuk menghias hujung
Macam ni lah hasilnya selepas disambung tadi. Untuk tak nampak terlalu kosong, jahitkan riben dengan menggunakan lebihan kain yang sama dan lekatkan pada bahagian sambungan.

Memandangkan saya jenis yang bertudung. Jadi saya buatkan sekali Half-moon Shawl untuk digunakan bersama..

Half-Moon Shawl
Tadaaaa~~~ Inilah jadinya... Tak tau la pulak fesyen apa, En.Suami siap tanya lagi apasal tetiba kembang kat bawah??? hehehhe~~~ Walaupun En.Suami kata pelik, tapi En.Suami tetap kagum tengok setiap benda yang saya buat... (^_^)  Pelek pun pelek laaa... Janji masih ikut tema majlis... =)


Take Care People.. =)
Keyword : DIY Dress...Hand Made Dress...

Friday, November 9, 2012

14 Hari By Eldrine Addin


Lagu ni nak dijadikan kenangan untuk diri sendiri... Incase dalam hp dah hilang, saya masih ada kat sini dan tak akan lupa... Lagu Bintang 14 Hari oleh Kangen Band yang diubah liriknya oleh En.Suami untuk dinyanyikan kepada saya sewaktu hari persandingan... I Love You... 
**Lupa nak record video.. huhuhu~~~


14 hari ku mencari dirimu
Untuk menanyakan dimanakah dirimu
14 hari ku datangi rumahmu
agar engkau tahu tertatihku menunggumu

Aku sayang kepadamu
Apa kamu juga sayang kepadaku

Maafkanlah aku lari dari kenyataan
Bukan kerna aku tak punyai rasa sayang
Maafkanlah aku cuba untuk berlari
Kerna satu hari engkau pasti kan mengerti

Kamu Isteri terbaikku
Dan selamanya bertakhta dihatiku

Chorus:
Selamanya kita tetap bersatu
Ku merasakan indahnya bersama denganmu
Selamanya kita tetap menyinta
Ku merasakan sempurna cerita cinta kita....
Oooo~~~

Wednesday, November 7, 2012

Dibuang.... Kesian...

Yang dah berkahwin tak sabar-sabar menunggu... Kadang-kadang ada yang payah sangat nak dapat dan ada yang tak dapat terus sampai mintak, angkat dan beli dari orang lain... 


Tapi...yang dapat...kenapa.....??? Hurmmm~~~ (-_-)


Bulan 1 : Bu, panjang adik cuma 2cm. Tapi adik sudah ada dalam badan ibu... Adik sayang ibu, bunyi degupan jantung ibu menjadi muzik terindah yang menemani adik disini.

Bulan 2 : Bu, adik dah boleh merasa jari jemari. Disini terasa hangat ibu, nanti kalau adik dah keluar, ibu janji nanti kita main sama-sama ye...

Bulan 3 : Bu, biar pun adik belum tau jenis jantina adik. Tapi adik harap ayah dan ibu bahagia apabila adik dilahirkan... Jangan menangis ya bu, kalau ibu menangis nanti adik juga ikut menangis.

Bulan 4 : Bu, rambut adik dah mula tumbuh. Adik dah boleh menggerakan kepala ke kiri dan ke kanan...

Bulan 5 : Bu, tadi jumpa doktor ye?? Doktor cakap apa?? Apa benda D&E tu bu? Adik tak kan di apa-apakan ya bu??

Bulan 6 : Ibu jumpa doktor tu lagi ya?? Bu, tolong bagitau doktor tu, adik disini sihat-sihat je...
....!!!!....Tapi kenapa doktor tu masukkan benda tajam?? benda tajam tu mula memotong rambut adik... Bu, tolong adik, adik takut... Benda tajam tu dah potong kaki adik, sakittt bu...
Walaupun adik dah tak ada kaki, adik masih ada tangan yang boleh peluk ibu...
Bu, kenapa benda tu sekarang potong tangan adik?? Bu, tolong adik, adik janji tak kan nakal-nakal dengan ibu...
Biarpun adik dah tak ada tangan dan kaki, tapi ada masih ada mata dan telinga untuk melihat senyuman ibu, mendengar suara ibu...
Tapi, sekarang benda tu dah mula memotong dan memutuskan leher adik... Ibu...Maaf bu... Berilah adik kesempatan hidup... Adik sayang ibu, adik teringin nak memeluk ibu

Bulan 7 : Bu, adik di sini sihat-sihat je. Adik dah berjumpa dengan Tuhan adik di Syurga.. Tuhan telah kembalikan semua organ tubuh adik yang dipotong hari tu. Tuhan dah suruh bidadari menjaga, memeluk, memegang dan mengendong adik dengan lembut...dan Tuhan bisikan adik apa D&E tu... kenapa ibu lakukan benda tu?? kenapa ibu tak nak bermain dengan adik?? Apa salah adik bu?? Ibu bertaubat ya...Semoga Tuhan menempatkan ibu disini, nanti kita main-main disini, dan jangan lupa ajak ayah sekali ya bu... ;')

**Terbaca dari FB rakan-rakan dan dikongsi semula...

Monday, November 5, 2012

Happy 24th Birthday Endud

Happy Birthday Mohd Firdaus... Actually 30 Oktober lepas, tapi kami celebrate lambat sikit... maklumlah nak jumpa YB kena ada appointment.. Hampehh~~ (-_-)

Inilah Kami.... =)
Dah lengkap harijadi kami tahun ni rasanya... Birthday Saya mendahului awal tahun, pastu Birthday Kak Ramziyah, yang lain-lain dan jadi penutupnya Mohd Firdaus... (^_^) Gambar Birthday Boy kat bawah ni... =D

Birthday Boy,. =)
24th birthday... =)
Terlebih dahulu nak ucapkan Terima Kasih banyak-banyak kat Kak Ramziyah sebab belanja kami semua makan di McD malam tu... =)

Saya dan Encik Suami... =)

Take Care People... =)

Bingka Labu Sedappp~~~

Assalamualaikum.... Pagi-pagi lagi nak update pasal makanan... Hujung minggu lepas tak tahu berapa kali dah buat bingka labu sebab stok buah labu banyak sangat di rumah.. Mak mertua bagi... heheheh~~~

Resipi ni mak bagi dan saya baru cuba buat semalam dan menjadi, En.Suami makan pun sampai bertambah-tambah sebab dia kata sedap dan rasanya sangat perfect.... Bangga la pulak bila En.Suami puji... (^^,)

Makan panas-panas... Nyum3~~~~
Masa buat tu tak ada pulak nak ambik gambar satu persatu... =) Ni bahan-bahan dan cara nak buat...

Bahan-Bahan (acuan saiz 7x7 inci):

1kg labu kuning (Direbus sampai empuk dan ditoskan air)
300ml pati santan / 500g kelapa parut dan di ambil pati (Jangan guna santan paket/kotak)
1 sudu kecil garam
200g gula
2 biji telur
400g tepung gandum
300ml air


Cara-cara :


1. Kisarkan semua bahan dalam mesin kisar supaya sebati dan tak berketul. Kalau nak pukul satu-satu guna pemukul kek pun boleh... Hehehhe~~~

2. Adunan yang dah siap dimasukkan kedalam acuan yang telah disapu dengan mentega.

Mentega cair dituang di atas adunan bingka mentah
3. Cairkan 2 sudu besar mentega dan tuangkan sedikit demi sedikit di atas adunan seperti gambar diatas.
**Mentega cair untuk memberi rasa lemak dan rupa yang berkilat apabila bingka siap dimasak. Kalau tak nak buat pun boleh. Ni cuma petua orang tua-tua.. =D

4. Panaskan oven pada suhu 170◦c, dengan kepanasan atas dan bawah selama 1jam.


5. Sesudah bingka dibakar selama 1jam. Tambahkan lagi 5-10minit dengan kepanasan atas sahaja untuk memberi warna keperangan pada permukaan bingka.

Bila dah siap, hidangkan panas-panas.... Nyum3~~~ Sedap tau... En.Suami makan bertambah-tambah... (^^,)


Take Care People... =)

Manfaatkan Rumah Dekat Dengan Pantai...


Bertuahnya bila rumah dekat je dengan pantai... Tak sampai 5 minit perjalanan dengan kereta dah sampai... (^^,) Semalam bosan duduk berdua di rumah... Sorang tengok muka sorang... Hurmmm~~

Bila dah petang, kemas-kemas makanan letak dalam kotak dan jalan...menuju ke pantai... Yeayyy~~~ Piknik... =)

Dinner time... =)
Bekal pun entah apa... Nasi putih, sambal petai, sambal belimbing, telur goreng dan air mineral je... (^_^) Dah bosan makan di rumah, tu la pegi main di pantai petang-petang... Ingatkan nak tngok matahari terbenam... Tapi tak boleh tengok sebab arah matahari terbenam kat sebalik bukit... =(

Tak dapat nak tengok matahari terbenam... =(
Dah tu main je la kat tepi pantai sampai la terdengar azan Maghrib... Baru la balik... (^^,) Seronok jugak jadi budak kecik sekejab... =)

Macam budak-budak... =)
Masa nak balik tu hari dah nak gelap...Tengok pulak kat hujung pantai terang benderang dengan gerai dan jualan yang tak tahu apa... Walaupun selalu datang, tapi tak pernah nak singgah tengok apa ada kat situ...Semalam pun tak sempat lagi jenguk sebab nak balik cepat kejar waktu maghrib... tak pe laa... Next time datang baru tengok apa yang ada kat hujung pantai tu... =)


Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~