Friday, December 20, 2013

Cholecystitis... Hidup Tanpa Hempedu

Assalamualaikum.... Hari ni dah hari ke 7 selepas buat pembedahan buang hempedu hari tu... Masih susah bergerak dan berjalan pun masih bengkok... Rasanya, sakit bedah keluarkan Areej dulu lebih sedap dari sekarang ni. Lepas beranak, hari ke 2 saya dah boleh gerak-gerak bebas dan tak berapa sakit dah. Tapi kali ni hari ke 7 pun masih payah nak gerak. Tak tau kenapa, padahal sama je perut ni kena bukak dan tutup semula. Huhuhu~~~

Cholecystitis... Itulah nama benda alah yang buatkan saya masuk ward 9 Disember 2013 lepas, sampai seminggu saya rindu dan tak boleh nak jumpa Areej. =( Sebenarnya sakit tu saya dah rasa lebih kurang 2 minggu sebelum tu, tapi saya simpan je sebab ingatkan perut meragam selepas beranak dan gastrik biasa je.

Tapi malam 9 Disember tu, sakit semakin teruk. Saya tak boleh nak bergerak dan tak boleh nak bernafas. Mak terus hantar saya ke ward kecemasan sebab dah cemas tengok keadaan saya yang dah teruk sangat-sangat. Dengan keadaan saya macam tu, doktor tak boleh nak buat andaian terus dan masukkan saya ke ward untuk pemeriksaan selanjutnya. Andaian awal mereka ialah hempedu saya bengkak selepas perut saya ditekan oleh doktor pakar bedah yang dipanggil untuk berjumpa dengan saya. Tapi saya disuruh untuk buat scanning perut untuk tengok apa masalah yang sebenarnya.

2 Hari kemudian, barulah saya melakukan scanning. Huhuh~~~ 2 hari?? Memanglah kalau dihospital kerajaan. Kena ambil masa untuk semua perkara. Bukanlah nak cakap lembab. Tapi faham-faham sendiri je lah. Bukan kita sorang je pesakit kat situ, tapi ramai. Semua benda kena buat ikut giliran. Kalau nak cepat, pergi lah keluarkan duit untuk hospital swasta. Huhu~~~ Selepas buat scanning, ye memang betul kata doktor yang hempedu saya dah kembang sebab ada sebiji buah ceri saiz 1cm menyumbat saluran keluar masuk hempedu dan buatkan hempedu saya membengkak. Hurmmm~~~


Sebiji je?? Itu pun dah buatkan saya jadi teruk macam tu? Padahal saya pernah dengar kes kawan abang yang hempedu dia ada 100++ biji buah ceri barulah betul-betul teruk. Jadi doktor explain, lain orang lain kesnya. Saya ni walaupun sebiji, tapi sebiji itulah yang dah sumbatkan saluran, sebab tulah jadi teruk. Kalau dibiarkan lama, hempedu saya akan terus membengkak dan memburuk. Jadi kesimpulannya, doktor suruh saya buat pembedahan untuk buang batu dan hempedu tu sekali. Huhuhu~~~ Tunggu lagi giliran seterusnya....

Penantian tu bukan nya seronok... Sejak dari hari pertama masuk ward, saya tak sentuh makanan langsung sebab disuruh berpuasa. Tangan dan urat-urat semua dah kembang sebab urat saya tolak antibiotik yang masuk... Padahnya, terpaksalah menanggung derita asyik cucuk dan cari urat baru setiap kali urat lama membengkak dan tolak antibiotik... Sedih.. Tapi tetap ceria sebab ada En.Suami yang temankan saya di hospital... =D Seminggu saya di hospital, seminggu jugaklah En.Suami tak makan dirumah. En.Suami akan tapau dan makan bersama saya dihospital walaupun saya ni berpuasa. Kesian En.Suami, takde selera makan dirumah sebab nak saya temankan... =D


13 Disember 2013, Jam 2.15 petang barulah giliran saya untuk buat pembedahan. Masa tu En.Suami takde disisi sebab masih belum kembali dari solat jumaat. Tapi saya tinggalkan SMS supaya dia cari saya kat bilik bedah kalau dia dah sampai hospital. SERAM??? Memang seram, sebab ni dah pembedahan kedua. Bekas jahit lama pun belum lagi betul-betul sembuh, dah nak kena bukak lagi... Hurmmm~~~
Jam 2.30 petang macam tu saya masuk bilik bedah, lebih kurang jam 4.30 petang barulah saya siap dan dihantar masuk balik ke ward. Masa diusung dalam mamai dan mabuk MORPHIN tu rasa tenang bila tengok En.Suami setia menunggu di pintu keluar walaupun dah lebih 2 jam...


Lepas pembedahan tu, sakit memang tak terkata. Saya tak bayangkan kesakitan macam tu sebab pembedahan beranak tak sakit dan saya tak perlu inject OVERDOSE morphin kat tubuh untuk tahan sakit. Sakit kali ni??? Allah je tahu sampai saya menangis tahan sakit bila jururawat kejutkan saya selepas pembedahan dan hilang kesan ubat bius. Jururawat pesan, kalau sakit sangat baru tekan suis hijau, nanti ubat tahan sakit masuk automatik. Tapi saya dah menahan sakit tak terkata dan saya tekan suis ubat tu semahu-mahunya. Padahnya, saya mabuk dan pengsan sampai tertidur. Keesokan harinya saya bangun barulah doktor tanya, kenapa tekan suis banyak sangat. Awak tau tak awak overdose?? Saya senyum je sebab puas hati tak rasa sakit.... Bila saya baca kat tepi mesin tu baru lah tahu rupa-rupanya tu suis untuk inject MORPHIN untuk tahan sakit selepas pembedahan... Hihihi~~~ Macam tu rupanya rasa mabuk dadah. Seronok jugak... Hahhahahah~~~ Tapi bukanlah pure dadah, dah bercampur dan dijadikan ubat.... =P


Saya betul-betu kagum dan sayang sangat-sangat kat En.Suami... Bersungguh-sungguh En.Suami menjaga saya sepanjang 2 hari saya tak boleh bergerak selepas pembedahan. Faham-faham je lah macam mana rasanya menjaga orang sakit yang tak boleh bangun untuk ke tandas. Memang payah dan saya kesian kat En.Suami. En.Suami betul-betul kepenatan dan nampak di raut wajahnya penat walaupun dia tersenyum dan buat macam takde apa-apa. Alhamdulillah hari kedua selepas pembedahan, saya dibenarkan balik dan berehat di rumah, sebab pendarahan dah berhenti dan hos yang disambung kat perut pun dah boleh dicabut.

Apa yang berlaku kat saya kali ni memang tak dijangka. Tapi, walau apa pun yang terjadi, ada hikmahnya. Saya bersyukur sebab saya masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah dan bersama Suami melihat anak kami membesar... Alhamdulillah... Doakan saya cepat sihat ya....

Take Care People...

Sunday, December 8, 2013

Lasagna White & Meat Sauce

Assalamualaikum... Petang ni saya masak Lasagna untuk makan petang sebab satu hari tak makan nasik... Resipi yang simple dan sedapppp...

lembik sedap makan panas-panas... =)

Ini adalah resipi untuk acuan saiz 9x9 inci

Bahan A (Sos Daging) :

1 kg Daging cincang
2 biji Bawang besar
4 biji Tomato
1 tin Cendawan butang
1 botol Sos Prego Traditional
Serbuk lada hitam dan perasa

Bahan B (Sos Putih) :

1/2 Buttercup 250g
5 sudu Tepung gandum dilarutkan dengan sedikit air
250g Tatura cheese
1 tin susu cair
300ml air
Serbuk lada hitam dan perasa

Bahan-bahan Melapis dan Topping :

Instant Lasagna San Remo
Cheddar Cheese

BAHAN A & BAHAN B


Cara-cara memasak SOS

Bahan A (Sos daging) :

1. Tumiskan bawang besar hingga lembik
2. Masukkan cendawan dan tomato dan masak hingga tomato lembik
3. Masukkan daging dan sos prego
4. Gunakan botol prego yang dah kosong, isikan air sampai penuh dan masukkan kedalam periuk untuk menambah kuah.
5. Tambahkan bahan perasa dan masak lebih kurang 10 minit sihingga daging masak. JANGAN sampai air kuah kering

Bahan B (Sos Putih) :

1. Panaskan butter dan masakkan larutan tepung lebih kurang 5 minit dengan api kecil
2. Masukkan susu cair, keju tatura dan air
3. Masakkan sehingga hilang semua ketulan dan agak-agak pekat dan tidak terlalu cair

Cara-cara memasak LASAGNA

1. Gunakan acuan saiz 9x9, susunkan kepingan lasagna kering pada dasar acuan sebagai LAPISAN PERTAMA
2. Tuangkan sos daging diatas kepingan Lasagna sebagai LAPISAN KEDUA
3. Tuangkan sos putih diatas sos daging tadi sebagai LAPISAN KETIGA
4. Ulang sekali lagi dengan kepingan lasagna sekiranya masih ada lebihan bahan.
5. Akhir sekali, parutkan Keju Cheddar diatas lapisan sos terakhir untuk dijadikan topping.
6. Biarkan acuan yang telah dilapis selama 1 jam sebelum dibakar selama 40minit dengan suhu 180degree (kepanasan atas dan bawah)

**Biarkan 1 jam sebelum dibakar supaya kepingan Lasagna kembang
**Kepingan Lasagna tidak perlu direndam kerana kepingan lasagna kering akan menyerap air dari sos


Selamat menjamu selera.... En.Suami dan Areej dah rasmi dulu sebelum saya. Dah tulis resipi ni barulah saya makan... Tak sabar-sabar nak kongsi resipi Lasagna ni sebab sedap sangat... Hihihi~~~ =)


Take Care People... (^_^)

KESPEM 2013

Assalamualaikum... Ni adalah entry pertama untuk bulan Disember... Sebulan cuma mampu nak buat 1 atau 2 entry je, sebab dok rumah takde benda yang dibuat dan takde apa yang boleh dikongsikan dengan pembaca... =)

Semalam, 7 Disember 2013 hari ulang tahun ke 2 KESPEM (Kesatuan Pembantu Makmal). Jadi kami ada sedikit aktiviti dan saya pun join jugak... AREEJ??? Masih kecik lagi, jadi saya tak bawak dan tinggalkan dirumah. Adik saya yang tolong saya jaga Areej untuk satu hari... Kesian Areej, ayah dan ibunya berjalan dan tak bawa sekali... Huhuhu~~~ Nanti kalau Areej dah besar sikit barulah boleh ikut. Sekarang masih kecik, nak bawa pun takut nangis nanti tak selesa diluar..

Aktiviti KESPEM??? Pagi dalam jam 10 pagi, ada pertandingan Bowling dan malamnya pulak ada makan malam KESPEM sempena penyampaian hadiah untuk pemenang pertandingan... Saya tak ikut bertanding, sebab saya baru je 48 hari dan tak berani nak ambil risiko bermain sebab buah bowling tu berat... Huhuh~~~ Jadi En.Suami jadi wakil saya untuk bertanding...



Makan malam??? Dibuat kat Habour View Hotel dan makanan superb sedap sebab urusetia pandai pilih hidangan... Nyum3~~~ Enjoy makan... =) Seronok sangat-sangat, sebab pertama kali dapat bawa En.Suami ikut sekali.. =) Dan yang paling puas hati, kami balik dengan tangan kosong. Kami balik dengan tangan yang penuh... Hihihi~~~ Rezeki Areej kan??? (^_^) Kesian jugak bila tengok ada kawan-kawan yang lain balik kosong dan tak dapat apa-apa.. Takpe la, rezeki masing-masing...

Hamper yang saya dapat tu adalah dari cabutan bertuah, tempat ke-6 individu dan tempat ke-2 berkumpulan... Jadi paparazi pulak sebab asyik turun naik pentas... Hahhahaha~~~ perasan je lebih... =P


Baju Dinner??? Heheheh~~~ Manfaatkan baju sewaktu kami kahwin dulu... Sayang pulak ada baju tapi berperap dalam almari... Nasib baik  masih muat walaupun dah beranak... Hihihi~~~ Jimatttt duittttt~~~~


Ok lah... Tak tau nak cerita apa... lepas ni saya nak update resipi Lasagna yang saya masak tadi... Yummehhhh~~~~ 

Take Care People... =))

Friday, November 29, 2013

40 Hari Berlalu

Ini nyawa saya... =)
Assalamualaikum... Dah lama rasanya tak buat entry baru.. Hampir sebulan kan??? Hari ni dah genap 40 hari saya berpantang selepas melahirkan Areej... Maksudnya umur Areej pun dah 40 hari jugak... Dalam 40 hari, bila saya tengok balik gambar-gambar dari Areej dilahirkan, wajah Areej dah banyak berubah... Comel sangat-sangat... Sayang anak ibu... =)

Dari hari Pertama hingga 40... =)
Sekarang ni rasanya dah betul-betul sihat kot... Cuma beberapa hari lepas saya diserang selsema sampai 3 hari, bersin tak payah cakap, memang tak henti-henti sampai terasa sakit kat dalam perut... En.Suami pun terpaksa ambik cuti untuk menjaga Areej dan biarkan saya berehat supaya cepat sembuh. Kesan selsema, perut saya sekarang selalu sakit-sakit. Mungkin bersin yang kuat tu bagi tekanan kat dalam perut dan cederakan tempat jahitan bahagian dalam yang belum sembuh sepenuhnya...

Alhamdulillah sebab Areej kuat dan tak berjangkit walaupun menyusu badan.. Saya pernah demam dan selsema, tapi tak boleh nak elakkan Areej dari menyusu badan. Sebab bila nak masuk tidur, Areej suka dipeluk ibunya sambil menyusu... =) Syukur sangat-sangat Areej dilahirkan kuat antibodi dan sihat walafiat.

BERPANTANG??? 40 hari?? 44 hari?? 100 hari?? Banyak betul pilihan hari berpantang... Mana satu pilihan korang kalau berpantang??? Sekarang ni walaupun dah 40 hari, tapi saya tetap belum makan benda terlarang lagi. Masih berjaga-jaga dan dalam perancangan nak pilih berpantang 100 hari kalau saya mampu... Sebab orang-orang tua kata, 100 hari lebih baik dan barulah tubuh betul-betul sihat, lebih-lebih lagi kalau beranak bedah. Lagipun saya nak tubuh saya balik macam dulu, jadi mungkin saya akan lanjutkan hari berpantang sampai 100 hari... InsyaAllah...

Alhamdulillah... Kehidupan sekarang lebih sempurna selepas kehadiran Areej, walaupun terasa penat menjaganya... Sekarang ni Areej semakin banyak kerenah, tapi nak buat macam mana??? Proses bayi membesar... (^_^) Banyak kerenah pun, tapi tetap jugak comellll~~~ Hihihi~~~

Dah lama tak menaip, idea pun takde dah... Huhuhu~~~ Nantilah saya update lagi... =)

Take Care... =)

Friday, November 1, 2013

Si Comelku Jaundice

Assalamualaikum... Seawal jam 5 pagi dah bangun tulis blog sementara si kecik masih tidur lagi bersama ayahnya... =) Hari ni nak kemas-kemas awal sikit sebab nak ke klinik untuk buat check-up last untuk Jaundice (Kuning) Areej... Tapi, walaupun tulis awal-awal, petang jugak baru publish... Hihihi~~~

Sebenarnya Areej dilahirkan sihat walafiat tanpa kuning. Tapi saya ni bila dah tengok Areej sihat, saya pulak gatal-gatal pergi balun halia semahu-mahunya... Huhuhu~~ Pada hari ke-4, kuning Areej terus naik... Nasib baiklah bacaan cuma 9.0 je, sebab sedar awal dan terus stop makan halia... Areej breast feeding time tu, jadi apa yang saya makan benda tu jugak la Areej makan... Saya tak fikir pulak baby yang sihat pun boleh kena kuning... Saya ingatkan kuning tu datang bersama kelahiran bayi.. Huhuhu~~~ Ceteknya pengetahuan saya sampai anak sendiri jadi mangsa... =(


Bila dapat tahu Areej ada kuning, saya dan En.Suami terus belikan susu kambing segar dan bunga mandi kuning untuk sembuhkan Areej... Usaha je semampunya demi nak sihatkan anak... Masa minum susu kambing tu, Areej macam diserang sakit perut... Areej nangis-nangis je sebab perut dia sakit, jadi saya urut-urut dan sapu minyak angin je... Tak lama lepas tu Areej asyik kentut dan buang air besar, semaunya warna kuning pekat... Doa saya cuma segala penyakit dalam tubuh Areej keluar bersama-sama najis yang dikeluarkan... InsyaAllah... Lepas buang air tu, Areej terus cergas balik... 2 hari saya bagi Areej minum susu kambing, 2oz sehari... dan setiap hari mandi dengan bunga kuning...


6 hari selepas tu (Rabu), bacaan kuning Areej dah surut 5.6... Jadi hari ni (Jumaat), check lagi sebab doktor nak pastikan bacaan kuning tu lebih rendah.... Alhamdulillah....Semuanya baik-baik je dan Areej bertambah sihat...


Pengajarannya, jaga budak kena hati-hati sebab mereka ni fragile.... =))

Take Care People... =)


Friday, October 25, 2013

Permata Hati Pertama

Assalamualaikum... Alhamdulillah dan syukur yang tak terhingga di atas kurniaan Allah pada kami.... Akhirnya permata hati yang ditunggu-tunggu telah selamat dilahirkan secara bedah pada 21 Oktober 2013, Jam 4.21pagi dan seberat 2.86kg... Awal 5 hari dari tarikh yang sepatutnya... Kat bawah ni gambar beberapa minit selepas Eldrine Areej Bin Eldrine Addin dilahirkan di dunia... Alhamdulillah..

Umur beberapa minit.... Montelnya... =D
Pengalaman pertama kali melahirkan anak??? Terus terang saya katakan, amat menyakitkan dan tak semudah yang disangka sebab banyak komplikasi yang saya alami sepanjang menunggu Si Comel dilahirkan... Apa yang saya alami tak boleh nak diterangkan dengan kata-kata... Hanya saya dan En.Suami yang berada disisi yang faham apa yang saya lalui... Terima kasih tak terhingga kat En.Suami sebab dah buat yang terbaik untuk memberi semangat kat saya. 

Saya mula rasakan sakit sejak petang 20 Oktober... Petang tu saya bawa bejalan-jalan dan keluar makan sebab kalau duduk diam je, sakit akan terasa dan tak selesa... Semakin lewat malam, semakin sakit dan akhirnya saya dihantar ke hospital dalam jam 9malam sebab contraction dah selang 10 minit... 
Sampai kat hospital, doktor cek bukaan baru 2cm dan tak boleh beranak lagi.. Saya masuk ward standby, kalau-kalau terberanak malam tu jugak..
Lebih kurang jam 11.30malam, air ketuban pecah... Saya bagitau kat doktor, tapi diorang kata ok lagi dan masih boleh tunggu sebab laluan masih 2cm... Tapi, yang nak terberanak adalah saya..lepas air ketuban pecah, sakit tu jadi semakin kuat.. Saya dah tak tahan terus mintak di bawa ke ward bersalin dan call En.Suami untuk terus datang ke hospital... Masuk je ward bersalin, doktor cek lagi, masih sama 2cm dan laluan tak nak buka untuk lahirkan Areej. Kalau saya paksa jugak, nanti bawah tu boleh pecah... huhu~~ Tak nakkkk....
Berjam-jam masa berlalu...Laluan masih tak nak bukak, tapi baby terus mendesak nak keluar... Masa tu Allah je tahu apa yang saya rasakan. Seolah-olah lepas melahirkan tu saya akan mati sebab dah tak tahan nak menanggung sakit... En.Suami dan doktor semua ditumbuk dan terajang sebab nak melawan kesakitan... Tak tahu lah dugaan apa masa tu... Apa yang saya ingat cuma ingat nak mintak ampun kat mak bapak supaya mudahkan saya bersalin... Saya bertarung nyawa hampir 5 jam, doktor tetap nak saya melahirkan secara normal dan tak nak buat pembedahan... Akhirnya selepas 5jam, jantung baby semakin lemah. Saya pun dah tak berdaya dan menangis merayu untuk dibedah.. Doktor akur jugak dengan permintaan saya dan bergegas ke dewan bedah pada jam 4 pagi... Kalau orang katakan injection bius di tulang belakang sebelum bedah tu sakit, saya jawab tak tahu langsung... Sebab rasanya nyawa saya tinggal separuh je masa tu... Sakit nak beranak tu langsung saya tak boleh nak gambarkan... Bila saya sedar dalam 4.30pagi, doktor tepuk suruh saya bangun dan tunjuk baby yang masih ada sisa darah untuk saya tengok dan pengsan balik... 

Sakit yang dirasakan membuatkan saya boleh fikir menyesal untuk mengandung. Tapi sebaik sahaja tengok wajah comel Si Kecik, hati berubah sayu dan timbul rasa kasih sayang... Meleleh air mata setiap kali merenung wajah sucinya... Allah anugerahkan kami seorang bayi yang sangat comel...

3 hari saya di hospital bertemankan Si kecik... Wajahnya berubah selepas 3 hari... Ni yang saya ambil ketika dia bangun nak susu pada jam 3 pagi selepas 3 hari dilahirkan... =) Comel kan?? Mata bulat dengan lidahnya terjelir mintak susu... Hihihi~~~ =D

Umur 3 hari... Saya budak comel... =)
Semoga Eldrine Areej Bin Eldrine Addin menjadi anak yang soleh dan taat pada orang kedua orang tua... InsyaAllah... Amin...

Take Care People... =D

Thursday, October 17, 2013

Yeayyy!!! Cuti Panjang...

Assalamualaikum... Excited betul bila sebut pasal cuti... Hari tu eksyen je kata tak nak ambik cuti awal... Tapi sekarang baru padan muka bila badan semua dah sakit-sakit baru sibuk nak ambik cuti last minit... Nasib baik tadi bos tak bising... Huhuhu~~~

Sebelum ni memang banyak kawan nasihatkan ambik je cuti awal sebab nanti badan mesti dah tak larat nak kerja. Tapi saya ni degil sikit, selagi tak rasa sakit, selagi tu la melawan... Jadi, bila dah rasa semua tak kena macam ni, barulah nak jumpa kerani bagitau nak cuti awal..

Yang payahnya, bila saya nak apply semalam, kerani pulak tak berani nak bagi sesuka hati sebab tak pernah buat sebelum ni... Tapi, dia ada tunjuk pekeliling untuk cuti awal 2 minggu dari tarikh bersalin macam kat bawah ni...


So, tadi dengan rasa cuak jumpa bos sambil bawa pekeliling ni nak mintak cuti... Bos rilek je kata... "Owwwww~~~ Cuti la, suruh kerani buat nanti saya tanda tangan...". Hihihi~~~ Takde pun kena marah... =P

JADI... Esok last day keja... MERDEKA!!!! Tak tau dapat ke tak nak tulis blog lagi kalau dirumah... takde internet laaaaa~~~ Menyampah!!! Ishhh~~~

See you lepas 3 bulan...Ok... Tapi kalau ada internet kat mana-mana, ada kot saya bukak blog... Assalamualaikum... (^^,)v

Take Care!!!

Friday, October 11, 2013

Part Time Job???

Assalamualaikum... Dah hujung-hujung hari nak bersalin ni, terfikir macam-macam perkara dan apa nak dibuat selepas habis berpantang nanti??? Ada plan nak buat kerja part time macam dulu... Tapi tak tau larat ke tidak??? Sebab kalau dulu, tinggal berdua dengan En.Suami je, tanggungjawab kurang sikit kalau dibandingkan dengan dah ada anak... Masa yang dulunya dibahagikan kepada 2, selepas ni nak bahagikan kepada 3... Dapat ke nak buat kerja part time lagi???

Dulunya saya buat kerja part time apa??? Ada yang tahu, ada yang tak, sebab saya tak pernah bagitau sesiapa... Sebab apa yang saya jahit adalah HAK MILIK kedai, jadi saya tak boleh nak publish sesuka hati... Ni cuma beberapa gambar yang saya simpan... Ada banyak lagi, tapi xde gambar... Huhuhu~~~

Warna??? Design??? Harga??? Ikut budget dan permintaan pelanggan... =)












DAN... Veil kahwin saya sendiri... =)


Itulah kerja part time saya sebelum ni... Kerja part time kat butik tudung yang menjual Veil pengantin... Tu veil-veil yang saya jahit dan ada banyak lagi... Kalau salah satu tu milik korang, terima kasih yerr... dan maaf kalau tak cantik... Saya masih belajar lagi dan belum mahir kerja-kerja jahitan manik... =)

Kerja menjahit, rasanya korang sendiri pun tahu macam mana komitmennya kalau dah ada tempahan... Kadang-kadang tak terlayan dengan suami bila benda nak dijahit terlalu banyak... Ada masanya pulak, En.Suami tidur di kerusi ruang tamu sebab nak temankan saya menjahit sampai pagi... Kesian kat Suami kan??? 

Saya berhenti kerja ni masa kandungan dah 5 bulan, masa tu badan dah mula sakit-sakit dan tak larat lagi nak berjaga malam sebab nak jaga kesihatan diri sendiri dan si kecik... Untung tu memanglah untung, pendapatan melabihi gaji kerja tetap saya sekarang ni... RM1k lebih jugak setiap bulan... TAPI...Larat ke selepas ni??? Rasanya tak, sebab Si Kecik lebih penting daripada duit... Gara-gara nak kejar duit, nanti Suami dan Si Kecik terabai dan tak terjaga...

Jadi, sekarang saya tengah fikir, kerja part time apa saya nak buat untuk tambah pendapatan??? Mesti buat kerja part time, tak boleh nak harapkan gaji je... Sekarang ni pun memang tengah buat part time berniaga online, tapi masih tak cukup dan terlalu perlahan... Jadi nak cari lagi yang lain jugak... Ada idea tak??? Saya pernah terfikir nak jual pakaian kanak-kanak atau barangan bayi online, tapi saya masih mencari sumber mana nak dapatkan bekalan terus dari pembekal... Takpe... Usaha tanda kejayaan... (^^,)

Take Care People... =)

Wednesday, October 9, 2013

Cukup Bulan... Kurang Bergerak... =(

Assalamualaikum... Hari ni baru masuk kerja... Dari 7-8/10.2013 masuk ward sebab nak monitor jantung si kecik kat dalam perut... Alhamdulillah semuanya baik-baik... =)

Sebenarnya, Isnin lepas (7.10.2013) saya cuma datang ke KKIA untuk weekly check-up... Macam biasa jururawat akan tanya perkembangan si kecik macam mana... Jadi saya bagitau la yang si kecik dah kurang bergerak sejak 3 hari lepas... Kalau nak diikutkan, saya tak lah risau sangat bila si kecik kurang bergerak, sebab saya faham si kecik semakin membesar dan ruang untuk dia bergerak dah jadi semakin sempit... Jadi, asalkan dah cukup 10 kali gerakan dalam masa 12jam, saya rasa dah ok kot... Pergerakan 6.10.2013 adalah 10 gerakan sehingga jam 7 malam.


TAPI... bila doktor kat KKIA dapat tahu yang saya tak pergi ke hospital sewaktu si kecik kurang bergerak, saya terus kena marah dan diarahkan pergi terus ke hospital dengan segera selepas diperiksa...

Pakaian Ward Bersalin... =)

KENAPA doktor marah???

Memang betul, bila dah di akhir-akhir bulan dan hampir bersalin, bayi akan kurang bergerak sebab saiz dia membesar dan ruang untuk pergerakan semakin sempit. TAPI kena ingat, kadang-kadang ada punca masalah lain yang menyebabkan mereka kurang aktif. Perkara tu yang kita kena pantau dan dapatkan pengesahan dari hospital dan tak boleh nak agak-agak sendiri. Penyebab yang biasa terjadi adalah jantung bayi semakin lemah dan kelemasan.

Kalau betul jantung lemah dan bayi lemas, berkemungkinan Ibu akan disuruh bersalin segera untuk mengelakkan kematian bayi... Tapi, setelah di pantau selama 24 jam sewaktu saya dimasukkan ke ward dengan wayar yang banyak kat perut, Alhamdulillah jantung si kecik normal dan tak ada apa-apa masalah. Pergerakan si kecik kurang tu mungkin disebabkan ruang yang agak sempit sebab perut saya ketika mengandung ni saya taklah besar macam orang lain.. Jadi, doktor benarkan saya keluar ward tapi kena pantau betul-betul pergerakan tu setiap hari sampai cukup tarikh bersalin. Kalau pergerakan kurang dari 10 dalam masa 12jam, saya kena datang balik ke hospital... huhuhuhu~~~ InsyaAllah si kecik akan sihat dan kuat sampailah hari dia dilahirkan nanti...

JADI...kesimpulannya... Walaupun kita tahu secara logiknya pergerakan akan berkurang, tapi kena fikir secara negatif jugak... Kalau betul disebabkan ruang semakin sempit, tak apa... Tapi kalau disebabkan perkara lain??? Tak pasal-pasal diri sendiri yang menyesal nanti... Kat dalam perut kita ni nyawa, bukannya anak patung. Sebab tu kena pandang serius dan tak boleh nak main agak-agak ikut cakap orang je... Saya mula-mula pun main agak-agak jugak. Tapi bila doktor dah marah dan bagitau segala kemungkinan buruk yang boleh terjadi, saya sendiri jadi cuak dan risau... Sampai tak sarapan pagi dan makan tengah hari sebab nak bergegas ke hospital... Syukur semuanya baik-baik je... Alhamdulillah....

Tinggal kurang dari 2 minggu je tarikh saya nak bersalin... Doakan semuanya baik-baik dan dipermudahkan ye... Amin... Ni pertama kali saya bermalam kat hospital...best jugak tau, sebab makanan sedap... Hheheheh~~~

Boleh request nak drumstik lagi tuuuu~~~~ hehehhe~~~

Take Care People & Me... =)

Thursday, September 19, 2013

Stok Susu?? Simpan?? Hantar Nursery??

Assalamualaikum... Dalam Entry lepas >>>Nak Beli Breast Pump<<< saya bagitau kalau dah beli barulah saya update dan belajar cara nak buat penyimpanan stok susu selepas dipam kan??? So, saya tanya dengan mentor-mentor dan kakak-kakak senior yang dah pernah buat susu simpanan ni sebab saya memang "0" knowledge dan takde experience... Malu bertanya, sesat jalan... Jadi, jom belajar... =D 
Awal pagi dah dok online update Email dari Fabulous Mom sebab dah order Breast Pump semalam... Hehehe~~~


Dalam gambar kat bawah ni ada jugak ajar tempoh masa penyimpanan susu tu...

Ini pulak antara soalan-soalan yang saya ajukan dan mintak kakak-kakak ajar macam mana diorang buat... Diorang pun belajar jugak pasal benda ni... Atleast kalau bertanya senang sikit nak faham daripada baca je mentah-mentah... (^^,)


Panjang je soalan sampai berjarut akak tu nak jawab... Hehheheh~~~ Ni dia jawapan yang akak tu ajar saya... =)

Soalan 1 : Bila masa untuk mengepam???
Jawapan : 

  1. Kalau waktu pantang masa mengepam tak menentu sebab baby depan mata... Selalunya jam 2-3 pagi pun akan bangun sebab breast dah bengkak-bengkak sampai nak tidur pun tak selesa. Masa berpantang ni curi-curi masa untuk pam sebanyak mungkin untuk buat stok. Sebab bila dah berkerja kadang-kadang tak sempat nak pam. Paling sedih bila kuantiti susu merudum. So, buat standby stok banyak-banyak
  2. Bila dah mula berkerja, baby hantar kat nursery. Jadi waktu pam pun berubah dan ikut kelapangan sendiri nak mengepam.
Pam 1 - Selepas subuh, lepas tu direct BF sebelum hantar nursery
Pam 2 - Dalam pukul 10-11pagi, agak-agak susu dah bengkak dan banyak 
Pam 3 - Masa lunch hour
Pam 4 - Masa minum petang, dalam jam 4 petang lebih kurang 
Pam terakhir - Sebelum tidur. Selepas tu direct BF ikut kehendak baby sebab seharian dah hisap botol je, jadi mestilah nak breast pulak... (^^,) Create bonding mommy-baby... =)

Soalan 2 : Selepas pam, kat mana susu disimpan dan bagaimana nak simpan?
Jawapan : 

  1. Kalau dirumah, lepas di pam jangan biar lama-lama. Terus masukkan dalam storage bottle atau plastik, dan masukkan kat chiller peti sejuk.
  2. Kalau dipejabat, lepas pam terus tutup dan simpan dalam cooler bag atau beg material tebal. Bawa ice brick atau ice pack siap-siap letak dalam beg tu. Ice pack boleh beli kat Giant dalam RM10 (tiap hari lepas pakai, bekukan semula ice pack tu untuk guna esok pulak). Bila dah balik dari kerja, barulah pindahkan susu yang dah dipam tadi kat dalam storage plastik. Biasanya kakak tu simpan 5 hari dulu kat bahagian chiller, standby untuk senang nak panaskan. Kalau dah 5 hari stok masih tak guna, barulah pindahkan ke tempat beku.


Soalan 3 : Berapa lama tempoh simpanan?
Jawapan : 

  1. Kat bahagian chiller tahan sampai 7 hari, tapi limitkan sependek yang boleh untuk  pastikan susu sentiasa baik. 
  2. Kalau kat bahagian beku, untuk peti sejuk 2 pintu boleh tahan sampai 2 bulan. **Jangan lupa tulis tarikh guna selotape kat storage plastik tu. First in, First out..


Soalan 4 : Kalau baby hantar kat nursery, macam mana nak bekalkan susu pam?
Jawapan : 
Malam, sebelum nak hantar ke nursery. sukat susu siap-siap isi dalam botol bekalan. Untuk kakak tu, baby dia menyusu dalam 7 botol sehari, jadi dia sediakan,
  • 2 botol susu fresh (susu yang di pam waktu pagi dan sebelum tido)
  • 3 botol susu chiller
  • 2 botol susu beku
Kakak tu lebihkan susu chiller sebab komposisi susu yang dah disejukkan akan berkurang sedikit berbanding susu fresh. TAPI, walaubagaimanapun, susu beku 1000kali lebih baik dari susu formula. =)

Soalan 5 : Berapa banyak susu nak dibekalkan kat nursery?
Jawapan :

  1. Berapa banyak tu bergantung kepada keperluan dan kehendak bayi kita. Seminggu atau sebulan sebelum nak hantar ke nursery, kena latih baby untuk hidap susu dalam botol, sebab sepanjang pantang baby cuma hisap direct je dari ibu dia, takut baby tolak botol, jadi kenalah ajar awal-awal. 
  2. Masa ajar dia hisap botol, sukat sikit-sikit dulu. Tengok dia nak berapa banyak sekali minum dan berapa botol sehari? Supaya senang kita nak sukat bekalan baby nanti. Macam kakak tu, baby dia minum 4oz dan 7botol sehari... Banyakkan??? Jadi rajin-rajinlah mengepam dan usahakan sebaik mungkin supaya kuantiti susu kita tak surut... Supplement untuk banyakkan susu kan ada?? =)

**Storage palstik tu bergantung kepada individu... Ada yang guna plastik Aiskrim dan ada yang guna storage plastik khas untuk menyimpan susu... =)

BAIKLAH... Rasanya semua soalan saya dah terjawab... Mungkin ada lagi kemudian kot, kalau ada lagi, saya tanya lagi dan update lagi.... (^^,)

Kredit to : Kak Munnafendy... =)


Take Care People... =)

Wednesday, September 18, 2013

Breast Pump Settle... JIMAT!!!

Assalamualaikum... Hari ni dah selesai satu benda... Dari hari tu dok cari Breast Pump mana satu yang nak dibeli... Akhirnya... Rezeki bertuah sebab dapat jumpa OFFER!!!~~~ Hehehehhe~~~ Apa lagi?? Add to cart dan beli la... Saya pernah cerita kat dalam entry lepas pasal >>>Offer Breast Pump Part 1<<<. Tapi kali ni saya jumpa yang lebih murah lagi dari tu...

Bukannya nak belagak bagitau dah beli breast pump... Tapi saya nak share kat bakal-bakal ibu lain yang tengah peningkan perkara yang sama macam saya... Alang-alang dah jumpa, nak bagitau jugak kat kawan-kawan supaya sama-sama dapat jimatkan duit poket... (^_^)

SAYA JUMPA KAT SINI >>>> Offer Breast Pump part 2 <<<


Saya beli yang RM199 tu... Murah kan??? Mungkin korang tak kata murah sebab korang tak tengok dan tak survey lagi harga benda tu kat pasaraya... Saya dah buat survey dan mintak tolong kawan-kawan jugak untuk tengok harga kalau ada jumpa... Nak tau??? Brand yang sama, jenis yang sama dan semuanya sama... Tapi harga berbeza sangat-sangat...


RM199 dan RM337... Murah ke tak??? Korang pun boleh fikir sendiri... =) Madela ni jual kat CityOne Mall, Kuching... Kalau nak brand yang lebih bagus, Avent pun ada... tapi tak mampu rasanya sebab Avent terlampau mahal... Actually, kalau betul-betul nak jimat, brand Anakku pun ada... Hari tu jumpa dalam Rm50++ je...
Tapi, bila fikir balik....benda murah, kualiti pun kurang... Nanti sekejab pakai dah patah dan rosak... kena beli lagi... Kalau dah asyik beli, berkali-kali beli harga pun akan jadi lebih kurang dengan yang mahal... Jadi lebih baik beli yang mahal sikit dan kualiti terjamin... Betul tak??? Untuk permulaan ni, saya beli yang manual dulu... kalau ada rezeki boleh tambah lagi satu yang elektrik... (^_^)

Hujung tahun ni banyak kawan-kawan saya yang akan melahirkan anak... Mesti akan cari benda yang sama jugak... Jadi... Jom lah kita berjimat... (^_^)

Take Care People... =)

KOLOSTRUM : Cecair Bernilai Emas

Tahyul :
  1. "Engkau dah beranak nanti, mesti buang susu awal yang basi tu. Nanti anak kau pula yang sakit." Pesan halimah kepada anaknya yang bakal melahirkan anak sulung kelak.
  2. "Eh, hari pertama tu kau dah ada susu ke? Aku sampai hari ketiga baru susu keluar. Terpaksalah aku bagi anak aku susu tepung sementara menunggu tu." Keluh Aina pula kepada rakan karibnya Maryam.
  3. "Kenapa ye, hari kedua bayi aku lahir, aku perah susu tu warna kuning? Bukan susu patut warna putih ke? Elok ke bagi kat bayi aku tu?" Soal Lina bertalu-talu kepada Husna, risau benar dia.
Sesungguhnya, apa yang dibualkan di atas adalah persoalan-persoalan yang sering didengar dari orang tua dulu-dulu yang kurang arif tentang kandungan sebenar menganai cecair pekat dan kuning ini...


Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.

Apakah sifat-sifat cecair yang amat istimewa ini? Kolostrum ini sebenarnya amat kaya dengan antibodi. Terdapat juga banyak sel hidup di dalamnya sehingga digelar darah putih oleh sesetengah pakar kanak-kanak. Ia juga bersifat laksatif dan dapat memudahkan pembuangan air besar bayi. Ia juga mengandungi pelbagai Faktor Pertumbuhan (Growth Factor) dan ia amat kaya dengan vitamin A.

Apakah pula kepentingan kolostrum ini? Benarkah pandangan warga dahulu kala yang mengatakan kolostrum ini sebagai susu basi? Tidak sama sekali, malah pelbagai kajian telah dilakukan dan kesemua kajian ini bersetuju bahawa kolostrum dapat memberikan perlindungan maksimum kepada bayi dari sebarang jangkitan. Oleh kerana ia juga bersifat laksatif, ia dapat mempercepatkan proses pembuangan mekonium, yang merupakan di antara faktor utama terjadinya jaundis (demam kuning)

Kolostrum yang mengandungi banyak Faktor Pertumbuhan ini juga dapat mematangkan usus dan seterusnya dapat mengurangkan risiko alergi. Ia turut dapat mengurangkan kesan penyakit dan kandungan vitamin A yang tinggi mampu mencegah penyakit mata pada bayi. 


Di antara kandungan terpenting kolostrum adalah sejenis protein yang dinamakan Sekretori Immunoglobulin A (SIgA). Immunoglobulin adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai antibodi di dalam badan manusia. Ia digunakan di dalam sistem pertahanan tubuh badan (sistem imuniti) untuk mengenalpasti dan meneutralkan objek asing seperti bakteria dan virus.
Paras SIgA di dalam susu ibu yang melahirkan bayi pramatang adalah lebih tinggi berbanding dengan susu ibu yang melahirkan bayi matang. Bayi pramatang mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap penyakit- penyakit yang berbahaya seperti Necrotizing Enterocolitis (NEC), sepsis, meningitis dan jangkitan virus. Kandungan antimikrob seperti immunoglobulin yang tinggi di dalam susu pramatang akan membantu untuk melindungi bayi pramatang daripada penyakit -penyakit tersebut.

Para saintis sudah membuktikan bahawa antibodi jenis SIgA dapat melawan pelbagai jenis bakteria, terutamanya bakteria yang berasal dari sistem usus bayi. SIgA adalah sejenis antibodi yang stabil dan berdaya tahan terhadap enzim proteolitik (enzim pemecah protein) di dalam perut, berbanding dengan antibodi jenis lain.

Ketika bayi sedang menyusu, antibodi yang terdapat di dalam susu ibu ini akan bergerak masuk ke dalam saluran perut dan usus. Di dalam perjalanan itu, ia akan bergabung dengan mikrob -mikrob yang terdapat pada membran mukosa (sejenis lapisan yang melapisi sistem usus). Dengan itu, ia dapat menghalang mikrob daripada melekat pada sel-sel usus. Proses pelekatan mikrob pada sel usus merupakan langkah pertama untuk berlakunya sebarang jangkitan kepada bayi. Dengan itu, SIgA berfungsi sebagai salah satu sistem pertahanan bayi yang utama untuk melawan jangkitan usus. 


Tidak dinafikan juga, susu ibu terutamanya kolostrum merupakan immunisasi pertama & terpenting bagi setiap bayi. Ketika bayi masih di dalam rahim ibu, dunia bayi adalah dunia yang selamat, bersih dan tidak tercemar oleh sebarang kuman mahupun jangkitan. Ini kerana rahim ibu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada bayi yang masih lemah. 

Rahim ibu bolehlah dianggap sebagai kawasan vakum yang tidak boleh dilolos oleh sebarang kekotoran. Namun, sebaik sahaja bayi dilahirkan, dunia kecilnya yang selamat itu telah bertukar menjadi sebuah dunia yang amat luas dan penuh dengan pancaroba kuman dan jangkitan. 

Allah swt itu Maha Kaya dan Maha Pencipta. Dicipta-Nya kolostrum (susu awal ibu) dengan hikmahnya yang tersendiri. Kolostrum merupakan sumber pertahanan yang terpenting bagi bayi yang baru lahir. Ia mengandungi antibodi dan sel- sel hidup yang mampu menyelamatkan bayi sebelum diberikan imunisasi formal (BCG, DPT, vaksin polio dan lain- lain). Inilah merupakan satu contoh sumber bukan nutrisi yang hanya terdapat di dalam susu ibu. Benarlah firman Allah swt yang bermaksud :
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya)" (surah at-tin: 4)
Fisiologi jumlah isipadu kolostrum :

  1. Jumlah total kolostrum pada 24 jam pertama selepas lahir adalah sedikit (dipetik dari Riordan, 2005), tetapi sebenarnya jumlah ini sudah mencukupi untuk bayi itu. 
  2. Secara puratanya hanya 37ml kolostrum dihasilkan dalam satu hari (24 jam), dengan julat dari 7-123ml, bergantung kepada penghasilan pada seseorang ibu tersebut. 
  3. Jumlah ini semakin bertambah secara beransur-ansur dalam 36 jam pertama dan ia akan bertambah secara mendadak dalam 49 -96 jam berikutnya. 
  4. Pada hari kelima, jumlah isipadu total akan mencapai 500 ml / sehari. Jumlah ini seterusnya semakin meningkat ke 750 ml / sehari dalam selang masa 3 hingga 5 bulan penyusuan secara eksklusif. 
  5. Apabila bayi mencapai umur 6 bulan, purata pengambilan susu adalah 800 ml / sehari.
Berdasarkan jumlah kolostrum pada 3 hari pertama kelahiran, ramai ibu merasa risau dan berpendapat bahawa susunya tidak mencukupi untuk bayi itu. Tidak ramai yang mengetahui bahawa jumlah yang sedikit (37 ml) itulah sebenarnya yang hanya diperlukan oleh bayi. Itulah sejumlah yang kecil untuk keperluan dan saiz perut yang kecil. Ini kerana bayi yang masih kecil itu tidak memerlukan jumlah susu yang banyak pada mulanya. 

Indah sungguh ciptaan Mu ya Allah. Kau jadikan sesuatu itu cukup berdasarkan keperluannya. Tidak lebih dan tidak kurang. Mengapa masih ramai yang ragu dengan ciptaan-Mu yang satu ini? Sedangkan Kau juga telah berfirman yang maksudnya: 
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (surah Luqman: 14). 
Antara tips- tips yang penting untuk memastikan bayi mendapat kolostrum dengan secukupnya :
  1. Pada hari pertama, letakkan bayi kepada ibu dengan sentuhan kulit ke kulit sebaik sahaja bayi dilahirkan. 
  2. Usahakan agar bayi dapat menyusu dengan baik dan melekap dengan betul di payudara. Ini penting agar proses stimulasi dapat berlaku dengan lancar di samping dapat mengeluarkan kolostrum dari payudara dengan efektif. 
  3. Jika ibu tidak mahir, maka segera dapatkan bantuan dari doktor, bidan ataupun jururawat yang bertugas. 
  4. Sentiasa susukan bayi pada bila-bila masa sahaja yang dia mahu. 
  5. Biarkan bayi bersama ibu sepanjang masa (rooming in) dan elakkan dari bayi dibiarkan di bilik bayi atau nursery ketika berada di hospital. 
  6. Rooming in amat penting agar ibu sentiasa memantau keadaan bayi dan segera menyusukannya bila bayi menunjukkan tanda-tanda ingin menyusu. Ia juga penting untuk mengelakkan kes jangkitan silang (cross infection) yang mungkin berlaku kepada jika bayi ditinggalkan di bilik bayi. 
  7. Susukan bayi dengan susu ibu sahaja dan elakkan pemberian air lain seperti air kosong, air teh, air glukos mahupun susu formula. Dengan itu, bayi akan mendapat kebaikan susu ibu sepenuhnya tanpa dicemari oleh alternatif lain.
  8. Sewajarnya setiap ibu haruslah memberikan bayi mereka kolostrum yang sangat berkhasiat itu demi kesihatan dan pertumbuhan bayi yang tercinta. 
Sesungguhnya kasih ibu sentiasa padu dan salah satu caranya untuk membuktikan kasih itu adalah dengan memberikan nutrisi yang terbaik untuk anak -anak. Dan sesungguhnya, tiada nutrisi lain yang sebaik dan seistimewa susu ibu. 

Hapuskanlah kerisauan mengenai mitos-mitos yang menyelubungi kolostrum ini kerana sesungguhnya setiap ciptaan yang Allah jadikan itu adalah yang sebaiknya untuk umat manusia


Sumber : Susuibu.com


Take Care People... =)

Tuesday, September 10, 2013

Cara Tukar Format 3ga ke mp3

Assalamualaikum... Dari hari tu dok bercari dan download macam-macam software converter untuk tukarkan format voice "3ga" ke "mp3" supaya dapat edit jadi ringtone handset... Rupa-rupanya senang je keja tu... Alahaiiii~~~ tak perlu apa-apa converter pun mak cik oiii~~~ (=_=)
Macam mana nak buat??? Ikut je step 1 sampai 5 macam gambar kat bawah... Tapi, sebelum tu file yang nak di tukar tu kenalah di pindahkan dari handset ke komputer yerr... Yang kaki komputer tu dah tau la kot, tapi yang slow macam saya ni baru je tau... =P

Copy file ke komputer

"Right click" dan "Rename"

"Rename" kat bahagian biru sahaja... Type "mp3"

Lepas "Rename", tekan "Enter" dan klik "Yes" pada arahan

Dah siap... Format file dah jadi "mp3"... (^_^)

Nama file tu "wedding perform" sebab tu lagu yang saya record untuk persembahan En.Suami masa kitorang bersanding dulu... (^_^) Selamat mencuba... Hehe~~~


Monday, September 9, 2013

Dinotrek 2... Seronok Jadi Budak-budak...

Assalamualaikum... Sepanjang hujung minggu lepas, kuching sibuk dengan aktiviti Regatta Sarawak... Tapi saya tak pergi pun, sebab panas dan tak nak berjemur... Tapi rasanya lebih seronok sebab dapat pergi Dinotrek kat Muzium Sarawak walaupun penat dengan perut dah 8 bulan lebih... (^_^)

Mak Boyot bergambar... (^_^)
En.Suami pun jadi budak-budak... (^_^)
Bayaran masuk hanya RM10 untuk dewasa, RM5 untuk pelajar sekolah dan percuma untuk 3 tahun kebawah... Kalau tak silaplah... hihihi~~~ Jadi, saya dan En.Suami cuma RM20 je... Sama je lah dengan bayar tiket wayang... Walaupun tempat pameran tu kecik, tapi kalau aktiviti dimanfaatkan betul-betul, memang rasa berbaloi sangat-sangat... Kami habiskan masa kat dalam hampir 2 jam (11pagi-1petang), terkejut jugak bila tengok masa. Apa yang kami buat pun entah... Syok sangat layan jadi budak-budak walaupun penat terasa dengan perut yang besar sekarang ni... (^_^)
Semua mainan kami main dan tak nak lepaskan peluang, dah bayar pun, kalau tak main rugilah kan??? =P

Meja dah penuh, main atas lantai pun takpe... (^_^)

Masa keluar dari pameran, kaki dah terasa kembang dan tak larat nak gerak ke kereta... Sekarang ni usia perut dah 8 bulan lebih... Dah nak cukup masak pun, sebab tu cepat penat... Huhuhu~~~

Dah puas berjalan, dapat hadiah Fridge Magnet, bergambar... Jom lepak ABC... (^_^)
Dah penat dan tak larat nak berjalan lagi, jadi mula-mula fikir nak balik.... Tapi, tak jadi sebab En.Suami ajak duduk hilangkan penat kaki di Swee Kang... Nyum3~~~ Sukaaaa sangat-sangat... ABC...White lady...Mee belacan...Laksa Sarawak... Burppp~~~ kenyang dan dah tak penat... Apa lagi??? Tak jadilah nak balik, tapi sambung lagi berjalan kat Shopping Kompleks... Sampailah mak boyot ni dah betul-betul tak larat dan sakit kaki...

PADAHNYA??? Malam tadi seluruh kaki saya terasa bisa dan urat tegang semacam dan tak boleh nak tidur sampai pagi... (~_~) Sedihnya... Tengah malam En.Suami bangun kejab urut kaki, tapi masih terasa sakit... Menyesallll~~~ Huhuhuhu~~~

BARISAN PANJANG untuk beli tiket... (^_^)
Nasib baiklah kami dah beli tiket sehari sebelum, jadi tak perlu bersesak dengan orang ramai... Kami datang je terus potong barisan dan masuk... Hehehhe~~~ Bangga nyerrrr~~~~ Terkejut jugak tengok barisan panjang sampai ke jalan untuk beli tiket. Masa kami beli semalam tak tau pulak yang orang akan ramai macam ni bila hujung minggu... Alhamdulillah... (^_^)

Take Care People... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~