Friday, January 18, 2013

Cerita En.Suami Part 1

Assalamualaikum... Tengah hari ni saya nak berkongsi cerita yang ditulis sendiri oleh En.Suami.. En.Suami memang banyak idea bercerita dan sayalah yang menjadi pendengar dan pembaca setia... Bed time story dia pun best walaupun merapu dan tak masuk akal... (^_^)


Walaupun cerita ni biasa, tapi pengajaran buat kita di hari jumaat ini... Kalau ayatnya berbunyi agak pelik, maaf sebab cerita ini ditulis sewaktu En.Suami belum lagi memeluk agama Islam... Saya tak nak menukar atau edit isi yang ada dalam cerita ni. Kalau saya edit dah tak asli lagi la kandungannya.... (^_^)


MARI kita renungkan satu kisah yang berkisar tentang seorang remaja yang sering kali berhubung dengan kekasihnya melalui handphone yang merentasi percintaan jarak jauh dan apakah yang terjadi selepas itu....
Awalnya, remaja lelaki ini atau lebih dikenali sebagai Andy telah berkenalan dengan salah seorang gadis yang bernama Lydia yang tinggal amat jauh. Boleh dikatakan jauh antara dua benua iaitu Malaysia dan Korea. Mula perkenalan mereka adalah melalui internet (chating) dan akhirnya bertukar-tukar nombor telefon. Dari situ bermulalah bibit-bibit cinta mereka. Mereka juga selalu berhubungan antara satu dengan yang lain melalui hp...’siang tidak lagi terang dan malam tidak lagi gelap’. Semuanya terasa indah dan terasa  ‘bagai dunia aku yang punya’. Saban hari kedua-dua pasangan lelaki dan gadis ini sering kali berhubungan melalui hp sampaikan tidak menghiraukan apa pun dari segi wang ringgit, kesihatan, makan dan tidur. Andy sanggup berhabis duit semata-mata untuk membeli reload card hanya  untuk berhubungan dengan Lydia yang berjuta batu jauhnya. Ke mana pun Andy pergi, hp tetap turut bersamanya walaupun semasa pergi ke tandas. 
Hakikatnya..tanpa pengetahuan Andy, Lydia juga telah mempersendakan cintanya dengan bermain kayu tiga, berasmara dengan ramai lagi  jejaka-jejaka lain seperti mana yang dikatakan sebagai ‘kecurangan’. Namun semua itu tidak dketahui oleh Andy kerana dia telah termakan kata-kata manis dan telah ditipu oleh Lydia sampaikan dia percaya segala apa pun yang diperkatakan olehnya.
Suatu hari berlaku satu kejadian yang benar-benar telah melukakan hati  Andy. Lydia tersalah  hantar message yang berbunyi “i love you John”, dan john itu bukanlah diri Andy tetapi lelaki lain. Dari hari itu Andy menjadi tidak tentu arah dan ingin saja menamatkan riwayat hidupnya. Kesesalan dan kebodohan serta kelukaan yang amat mendalam. Dengan pemikiran yang amat singkat, Andy mencuba untuk membunuh diri dengan membuang dirinya dari atas bangunan yang sangat tinggi.
Di saat Andy berdiri di penjuru bangunan dengan niat ingin terjun, tiba –tiba kedengaran satu suara berbisik di telinganya seperti satu petanda dan warkah dari Tuhan yang berbunyi “Janganlah engkau mencubai Tuhan Allahmu!”...dan dalam masa yang sama, Andy benar-benar tersentak dengan suara dan kata-kata yang berngiang di telinganya itu sehinggakan dia rebah berlutut dan mengalirkan air mata tanda kesesalan yang teramat dalam.  Perkara ini terjadi seperti ada satu urapan yang tercurah ke atas Andy. Dia tersedar dari perbuatannya dan tindakannya yang bodoh itu lalu dia menangis sepuas-puasnya...
Dan  dari saat itu, Andy menghancurkan hp miliknya sambil berkata “nyah enkau dari hidupku!!”..hp yang selama ini menjadi alat penghubungnya yang juga telah menghancurkan hidupnya telah pun ditukarkan menjadi alkitab. Dia sering kali membaca alkitab, dan mendalami ilmu-ilmu keagamaan serta mempraktikannya selalu. Hari demi hari Andy tidak pernah meninggalkan sembayang. Dia kini hidup seperti ‘anggur yang berbuah lebat dan buahnya amat baik sekali’..’ranting-ranting yang telah  buruk habis ditebang, sebaliknya ranting baru yang lebih segar tumbuh’ malah semua keinginannya kini tercapai dan dia merasakan bahagia yang tidak ternilai harganya dengan hadirnya Tuhan dalam hidupnya. Dia juga telah meninggalkan semuanya yang pernah cuba menjatuhkannya ke dalam lembah dosa.  Kini, apa jua yang dilakukannya dan di mana pun dia serta dengan sapa pun dia berada, Tuhan tetap  yang terutama di hatinya kerana dengan hanya mendahulukan Tuhan, dia beroleh jalan yang terang dan hidup yang kekal.
Andy  juga mulai terfikir kenapakah selama ini dia tidak pernah ingat akan Tuhan sebaliknya dia alpa dengan kemewahan dunia. Apakah yang telah dia perolehi selama ini dengan berbuat begitu?? Tiada apa!..sebaliknya perkara tidak baik yang hanya melukakan hatinya sendiri yang dia peroleh.
Nah...telah kita dengar di sini apa yang telah berlaku dan jelaslah  juga bahawa harta dunia tidak bisa membuatkan kita bahagia untuk selamanya kerana harta dunia adalah fana semata-mata dan tidak kekal seperti ‘Kasih Tuhan’.
Kasih Tuhan adalah kasih yang sempurna dan kekal selama-lamanya. Tidak ada sedikit pun cacat cela. Kasih Tuhan juga tidak pernah meninggalkan atau ‘curang’ pada kita malah kasihnya sentiasa memberi kedamaian dalam hidup kita. Kasihnya juga sentiasa mencukupkan kita melebihi kasih yang ada di dunia. Tidak seperti yang telah berlaku pada lelaki itu tadi di mana si gadis telah berlaku curang terhadapnya dengan bermain kayu tiga tanpa disedari. Tetapi Tuhan tidak pernah curang! DIA adalah sahabat yang setia. DIA  juga adalah terang yang menerangi setiap kita. Cuma hanya kita sahaja yang kekadang tidak menyedari akan adanya Kasih Tuhan...
“Bagi  yang mengalami nasib seperti ini, mari dengarkan aku berkata kepadamu...Jangan bersedih. Selagi masih ada peluang bertaubat, maka bertaubatlah sebelum terlambat”. “Jgn jadikan hp harta kesanyanganmu...tetapi tukarlah semua itu dengan ‘doa’ dan hikmah serta didikan...kerana dengan beroleh hikmat kita mendapat didikan...dengan adanya didikan hidup kita terpelihara serta berjalan pada laluan yang benar. Dengan itu, “takut akan Tuhan juga adalah permulaan pengetahuan untuk kita beroleh hikmat dan apa pun yang baik lantas menjadikan kita melakukan segala sesuatu yang baik mengikut jalannya Tuhan....Dahulukan Tuhanmu, maka semuanya akan ditambahkan kepadamu. Maka, dari situlah kita akan beroleh kebahagian yang kekal”.
”Sekarang anda pilihlah jalan mana yang harus anda tentukan kerana keputusan di tangan anda”...”Ampunilah hambamu ini ya Tuhan sekiranya ada tersilap kata dalam penulisan ini. Tanpa urapanMU semua ini tidak akan bisa berhasil. Terpujilah namaMU ya Tuhan. Tuhan merahmati anda semua yang membacakan penulisan ini. AMEN”.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~