Wednesday, January 30, 2013

Gigi Bongsu... Urrrhhhgggg~~~

Assalamualaikum... (^_^) 

Hari ni nak cakap pasal gigi bongsu... Heheheh~~~ Semua orang ke kena tumbuh gigi bongsu ni??? Saya sendiri tak pernah lagi dan harap-harap jangan tumbuh terus laaa. Tapi...En.Suami ada... 2 batang lagi tu, satu kanan dan satu kiri... Azab nak jaga orang sakit gigi ni... (-_-)

Syukur satu je tinggal, sebab yang sebelah kiri dah cabut pada  14 Julai 2012 lepas... Besar dan ngeri je saya tengok sebab doktor tu bagi suruh kami bawa balik... (-_-) Pastu tak tau mana letak, ingatkan nak simpan, tapi dah hilang sebab saiz yang comel sangat... Gigi tu dah besar, jadi bekas dan lubang yang ditinggalkan tu pun besar jugak... Macam dalam dalam gambar bawah ni... =P

GAMBAR INTERNET
BUKAN GAMBAR EN.SUAMI ye, saya ambil dalam internet... Kedudukan gigi tu tumbuh normal, jadi senang nak cabut walaupun besar... Teruk nak jaga orang lepas cabut gigi ni... Demam teruk sampai 2 minggu dan perkara bijak yang kami buat masa tu adalah cabut gigi masa dah 2 minggu lagi nak bersanding... Akibatnya, En.Suami bersanding dalam keadaan demam.... Ngeh3~~~~ Bijak~~~ Bijak~~~ Buat la lagi yerr... (^_^)

Gigi tu dah tak takde masalah lagi sekarang, dah dekat nak 7 bulan dicabut, cuma bekas lubang dicabut tu masih ada lagi sampai sekarang, cuma mengecil. Lama-lama akan tutup kot... Maybe... Tak pasti, tapi rupa memang macam dah nak tutup... (^_^)

Masalah sekarang, minggu depan En.Suami nak buat pembedahan gigi bongsu yang sebelah kanan pulak... Gigi tu bermasalah sebab tumbuh senget... Lepas buat X-ray, doktor kata kena buat pembedahan....

X-Ray gigi En.Suami
Apa yang doktor tu bagi tau :
  • Gigi tu tak perlu cabut, cuma gosok dan floss selalu untuk elak makanan sangkut
  • Tak digalakkkan cabut, sebab gigi tu tumbuh senget dan dah membesar
  • Bahaya di cabut sebab perlu melakukan pembedahan tulang dan berisiko gangguan saraf rasa
  • Kalau nak cabut jugak, ada kemungkinan hilang deria rasa sebelah kanan sebab bila gigi tu dibedah dan dicabut akan merosakkan saraf rasa mulut
Jadi??? En.Suami pun dah takut dan ragu-ragu... Lepas jumpa doktor 2 minggu lepas, tak confirm lagi jadual pembedahan... Tapi, disebabkan rasa sakit setiap kali makanan sangkut, terpaksa jugak la En.Suami beranikan diri untuk buat pembedahan cabut gigi tu...

4 Febuari 2013... Huhuhu~~~ Saya yang seram... Saya dah sedia ambil cuti 3 hari untuk jaga dia nanti... Kalau cabut yang tumbuh normal hari tu pun dah demam teruk 2 minggu, apatah lagi yang satu ni??? Semoga Allah memudahkan segalanya... Amin.... Doakan En.Suami selamat yer....

Take Care People...

4 comments:

izfanora said...

normal semua org tumbuh gigi bongsu. so far, alhamdulillah, za tmbuh sakit r jugak.. tp xder mslh sgt pun sbb gosok n floss.. :)

Nurhayati Morshidi said...

Akak cabut ke gigi tumbuh tu??? Doktor tu cakap bukan2 dan seram je bunyi, tu la yang buat jadi takut... =/ Tapi kalau akak dah cakap positif, x la risau sangat... =)

Anonymous said...

Eeee, mcm seram jew... Gg bongsu syu tgh tumbuh dkt sebelh knan n kiri.... Tpy yg knan nmpk bsr ck8, n gusi dh tebelah.. Tp tkot nk jmp dr gg.. Tkot kne operate :(

Nurhayati Morshidi said...

Baik awk bw jumpa doktor, untuk cek je yang gigi tu tak bermasalah... Kalau bermasalah, baik cabut sebab takut nanti boleh mendatangkan masalah lain pulak... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~