Monday, January 7, 2013

Hari Lahir Terindah dan Terbaik

Assalamualaikum... Alhamdulillah... Hari ni dan 25 tahun 2 hari umur saya... Siapa yang tak impikan hari lahir yang bermakna dalam hidup...dan hari lahir tahun ni bermakna dan gembira sangat-sangat untuk saya bila bersama dengan Suami tersayang...

Hadiah yang En.Suami bagi tak pernah terlintas dalam fikiran yang saya akan memilikinya... Dari dulu dah saya idamkan sampai saya nak ambik yang mak punya... Walaupun dah lama inginkan, tapi tak mampu rasanya nak beli sendiri. Bila perlu nak buat sesuatu, saya akan balik ke rumah mak untuk pinjam sekejab... Alhamdulillah sekarang dah tak perlu sebab En.Suami dah belikan satu sebagai hadiah dan inilah hadiah yang paling bermakna untuk saya.

En.Suami tercinta...Terima Kasih... =)
Actually En.Suami nak jadikan hadiah ni surprise... Tapi apakan daya, dah berhari-hari dan berminggu-minggu dia cuba untuk cari dimana kedai SINGER, tapi tak jumpa. Bila dia google alamat, google bagi alamat entah kat mana dan tak ada pun kat situ. Memang susah nak cari, sebab kedai tu cuma ada 1 je... Saya yang memang dah lama tergila-gilakan mesin jahit ni of course tahu kat mana kedai dan En.Suami terpaksalah tanya kat saya mana nak beli sebab hari lahir saya dah dekat dan dia masih tak jumpa kat mana kedai... Hehheheheh~~~ 
Surprise dah terbongkar.... Walaupun dah terbongkar, tapi saya tetap rasa terkejut dan terharu giler sebab apa yang saya nak akhirnya tercapai jugak... Alhamdulillah....

5 Janurari... Sedih sebab sepanjang hari En.Suami sibuk dengan urusan lesen memandu abang dia dan sempat lagi pergi kerja walaupun hari sabtu... Dah rasa macam tak diperdulikan walaupun hari ni hari istimewa saya...
Tapi balik je penat-penat petang tu dia sendiri ajak saya ke kedai kek untuk pilih... Wakakakak~~~ Dah kali ke-2 surprise dia tak menjadi... (^_^) Walaupun dah tak surprise, tapi masa nak tulis atas kek, dia sendiri yang sibuk minta icing sebab nak tulis sendiri... Sweettt~~~ (^_^) Nak tengok tulisan dia??

Payah nak cakap bila en.Suami dah pegang Icing... Heheheh~~~ =)
Macam tulisan kanak-kanak tadika kan?? hehehe~~~ Dating-dating Birthday... Errmmm~~~ Tak perlu cerita lah kot... Simpan dan jadikan kenangan sendiri je... (^_^) Lepas jalan-jalan tu pergi makan kat tempat feveret saya, Steamboat D11... (^_^)

Precious moment... =)
Bila tengok gambar barulah saya perasan rupa-rupanya En.Suami lupa umur saya... 2012 dan 2013 umur saya masih sama... (^_^) Terima kasih kepada Suami tersayang sebab buatkan 5 Januari 2013 bermakna dan merealisasikan impian saya... =)

Posing jab dengan mesin jahit baru... Hehehhe~~~


Take Care People... (^_^)

2 comments:

izfanora said...

happy birthday dear.. bestnya dpt mesin jahit.. nak jugak !! waaa... tp tgn keras, xtau menjahit.. hihi..

psl berkemampuan tu dik, kt sini yg akak wat tue mmg benda common. tp budaya blogger skrg, nk photobooth r, candybuffet r, baju nk tempah kt tailor r.. tu yg xmampu.. bab kenduri, parent yg support. kak mmg xtau mende pun.. hihi..

Nurhayati Morshidi said...

kak...tangan keras xpe, cik abang boleh tolong lembutkan... heheheh~~~

betul kata akak, x perlu ikut trend sangat... Walaupun majlis kahwin sederhana, tapi kalau bijak mengatur akan jadi menarik jugak... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~