Monday, January 21, 2013

MATI...Part 1

Hasil Penulisan dan ilham : ELDRINE ADDIN BIN AJUS
 
Saat ini hujan turun dengan lebatnya tanpa menghiraukan akan keadaan muka bumi yang semakin tenggelam. Tanpa teragak-agak curahan dan limpahannya. Begitulah juga dengan 'ajal' yang mana datangnya tanpa diundang dengan pelbagai cara. Tidak dapat diundurkan atau dicepatkan walau sesaat pun.

Persoalannya di sini, apakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapi hari 'itu' ??. Apakah kita sudah menyediakan segala 'kelengkapan dan bekal' kita untuk menempuh hari itu?? Ramai yang masih tidak sedar akan kehadiran ajal ini. Namun bagi orang yang benar-benar bertakwa dan beriman sepenuh keimanannya kepada Allah, maka semua ini akan ditunjukkan kepadanya serta dipermudahkan baginya menghadapi hari itu.

Di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai kisah seorang remaja yang telah mati dan dihidupkan kembali. Remaja ini mengakui bahawa dirinya pernah dimasukkan ke dalam neraka dan melihat bagaimana Malaikat Israil menarik nyawa seorang pembunuh.


Awalnya remaja ini yang bernama Ashar (bukan nama sebenar) sering kali melakukan kesalahan-kesalahan besar seperti mencuri, merompak, memeras ugut serta cubaan membunuh seorang wanita pekerja kedai emas. Remaja ini juga selalu bercakap besar dan tidak mempercayai akan wujudnya Allah walaupun dia sebenarnya lahir dalam keluarga islam. Dari kecil, remaja ini selalu ingkar akan nasihat orang tuanya. Malahan orang tuanya turut menjadi tempat untuk melepaskan marah dengan memukul kepala ibunya sehingga berdarah. Ada kala, ibunya dipukul sehingga tidak sedarkan diri akibat pendarahan teruk. Kini ibunya sudah tiada dan bapanya pula yang menjadi mangsa kekejamnya. Tiada lagi perasaan belas kasihan dalam hati remaja ini. Hatinya kini telah bertukar menjadi 'batu'.

Pada suatu ketika, Ashar menunggang motosikal dengan laju sekali dengan tujuan untuk pergi ke pasar untuk merompak kedai emas. Dia membawa sebilah parang bersamanya yang disembunyikan di dalam baju. Dalam perjalanan Ashar sempat berkata dalam hatinya, "Hari ini aku akan kaya! Aku akan dapat apa yang aku mahu!!!..Tak ada Tuhan yang akan menghalang aku!!!". Sungguh bisa sekali kata-kata yang terbuku di hati remaja ini. Sungguh dia tidak akan menyedari akan murka Allah.

Tanpa disedari, hari itu juga telah menjadi hari dan detik yang terakhir Ashar di dalam kehidupannya di dunia yang fana ini. Dengan sekelip mata motosikal yang ditunggang Ashar tiba-tiba hilang kawalan lalu rebah menghempap lebuh raya yang panas terik. Akibat daripada hempasan yang sangat kuat, kepala Ashar pecah dan otaknya bertaburan dia atas jalan raya. Badannya pula habis terhakis akibat seretan pada permukaan kasar tar jalan. Parang yang dibawanya tadi turut tetusuk pada tubuhnya sehingga membelah bahagian badannya kepada dua bahagian. Kemalangan yang dialami Ashar teramatlah mengerikan sekali. Ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan tersebut pada waktu itu. Tubuh Ashar tidak dapat diselamatkan sepenuhnya akibat pecah dan bertaburan ke sana sini malahan darah juga membasahi jalan.

Di saat jasad tidak lagi bernyawa...roh Ashar didatangi dua malaikat yang sangat bengis dan amat mengerikan rupa parasnya. Roh Ashar menggigil ketakutan.
 ...BERSAMBUNG.... >>> MATI...Part 2

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~