Wednesday, January 23, 2013

MATI...Part 2

Hasil Penulisan dan ilham : ELDRINE ADDIN BIN AJUS

Sambungan dari cerita >>> MATI...Part 1 <<<


...Di saat jasad tidak lagi bernyawa...Roh Ashar didatangi dua malaikat yang sangat bengis dan amat mengerikan rupa parasnya. Roh Ashar menggigil ketakutan. Tiada tinggal sedikit pun lagi rasa berani yang ada pada roh Ashar. Dia diheret dengan kasar oleh kedua malaikat untuk dibawa ke suatu tempat yang amat gelap. Dalam perjalanan ke tempat gelap tersebut, salah seorang malaikat menyebat roh Ashar sehingga lengan dan kaki Ashar putus dan bersambung kembali. Kini Ashar mula menyedari akan kematiannya dan menyedari akan seksaan selepas mati yang bakal dialaminya. Roh Ashar menjerit-jerit meminta tolong, meraung-raung tanpa diperduli oleh malaikat tersebut. Kepala Ashar dipukul dengan 'belantan berduri' yang teramat tajam sekali sehingga dia nampak sendiri otaknya keluar berderai lalu bersambung kembali. Lidah Ashar ditarik sehingga terkeluar usus. Sungguh dasyat seksaan yang Ashar alami. Tiada tertahan roh Ashar melalui semua itu. Di sekeliling laluan Ashar ke tempat gelap itu, dia sempat melihat ramai roh manusia yang turut diseksa dengan dasyat sekali. Ada yang dibakar,dicurah dengan air panas, ada yang dikerumuni ular-ular berbisa dan sangat besar saiznya.

Sepanjang jalan Ashar merayu-rayu minta diampunkan dan dilepaskan namun tidak diperdulikan langsung. Roh Ashar menangis namun tiada lagi titisan air mata yang keluar. Kini hanyalah darah hitam sahaja yang keluar dari matanya. Ashar meronta-ronta kesakitan yang amat sangat akibat diseksa oleh malaikat yang sangat mengerikan itu. Mulut Ashar kini tidak lagi mampu mengeluarkan sepatah kata pun. Tangan, kaki, lidah berkata dengan sendirinya membicarakan tentang semua kejahatan yang telah dilakukan Ashar selama hidupnya di muka bumi. Tiba di suatu tempat yang terang bederang dan panas, Ashar merasa sungguh kehausan. Kalau dulu di bumi, air yang menjadi pelega kehausan. Kini, air seperti gunung berapi yang menjadi pengganti minuman kepada Ashar. Sungguh derita roh Ashar. Tiada lagi tempat untuk memohon keampunan dan keadilan.


Di suatu saat, kelihatan seorang malaikat yang berjubah putih turun dari satu tempat yang tinggi dan penuh dengan cahaya. Begitu elok rupa parasnya sehingga menyebarkan kesejukan pada tempat Ashar berdiri. Malaikat itu tampaknya seperti sedang membuat rondaan malah memberi kenikmatan sementara kepada roh-roh yang baru diambil dari kubur. Lalu malaikat itu bersuara dalam bahasa yang tidak ditafsir namun hanya boleh difahami selepas kematian yang membawa maksud, "Rasakan balasan kamu yang ingkar pada Allah!"," Kini kamu semua tidak lagi sempat untuk bertaubat!". Mendengar semua itu,roh  Ashar semakin meronta-ronta lalu mencuri pandangan malaikat tersebut lantas malaikat tersebut menghampirinya seraya berkata, "Dosa apakah yang telah membawamu ke tempat ini?" Ashar tidak mampu berkata-kata mendengar persoalan itu namun hanya dibalas dengan rontaan yang tiada berdaya. Lalu malaikat tersebut dengan izin Allah memberikan peluang kepada Ashar untuk berbicara. Dengan peluang yang ada, Ashar rebah melutut sambil menangis air mata hitam seraya berkata, "Aku sangat menyesal...aku sangat menyesal...sewaktu hidupku, aku telah banyak melakukan kesalahan sehingga aku terlupa akan adanya hari ini...ampuni dosa-dosaku...berilah aku peluang sekali lagi"... Setelah mendengar semua itu, malaikat tersebut pun berlalu pergi membiarkan semua yang ada termasuk Ashar. Secara serta-merta mulut Ashar terkunci dan badan menjadi kaku.

Dengan tiba-tiba juga Ashar merasakan kesejukan yang teramat sangat sehingga menyebabkannya menggigil. Terdengar lagi suatu bisikan di telinga Ashar yang berbunyi "Bangun anak ku sayang...bangun nak. Jam sudah akhir". Dengan rasa terkejut Ashar lalu terbangun dari tidurnya dalam keadaan yang berpeluh-peluh. "Aduh...aku bermimpi rupanya!.". Ibu tersentak melihat kelakuan Ashar yang terkejut bangun dari tidurnya. Tidak pernah ibunya melihat keadaan Ashar sebegitu. Ashar melihat ibunya yang tersenyum padanya lalu memeluk dengan erat sehingga menangis yang amat sangat sambil memberitahukan ibunya, "Ampunkan Ashar bu...ampunkan Ashar...".

Dari hari itu, Ashar yang tidak pernah solat kini menjadi orang yang sangat alim dan selalu bersolat. Dia kini telah jauh berubah menjadi seorang anak yang amat mentaati orang tuanya. Melalui mimpi itu, kini Ashar telah menjadi teladan kepada semua penduduk kampung dengan menyebarkan mimpinya itu kepada semua penduduk. Semakin ramai juga kawan-kawan Ashar yang telah insaf.

Nah, inilah dia sedikit cerita dari saya yang saya mahu kongsikan bersama. Semua ini adalah ilham daripada Allah kepada saya. Saya akui bahawa saya dulu adalah seorang yang sangat daif, sesat dan sering kali melakukan dosa. Namun setelah saya berjumpa dengan seseorang yang diutuskan Allah kepada saya yang kini juga telah menjadi isteri tercinta saya, menjadikan saya seorang insan yang benar-benar mengenal Allah dan mengikuti agama yang benar. 

Maafkan saya sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan saya ini. Sesungguhnya yang tidak baik itu adalah dari diri saya sendiri manakala yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T.

Akhir kata, semoga semua yang membaca penulisan saya yang tidak seberapa ini mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya. Assalamualaikum.....

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~