Friday, February 1, 2013

1st Time...Tahun Baru Cina...

Assalamualaikum.... (^_^)

Hidup bercampur dalam pelbagai budaya, bangsa dan agama memang seronok dan lain dari yang lain... Perkara yang tak semua orang akan merasa dan saya rasa itulah keistimewaan bagi saya...

Kalau sebelum ni banyak bangsa lain yang kata Melayu ni sombong, penggeli dan pelbagai, mungkin lepas ni tak lagi kot... Sebab saya sedaya upaya nak tunjukkan pada mereka yang bangsa Melayu ni bagus dan bukan seburuk yang mereka jangkakan...


Kenapa ada persepsi begitu??? Secara rambang, kita atau saya sendiri boleh lihat kalau di suatu tempat, kampung dan kawasan... cuba lihat golongan Pencuri, Peragut atau Samseng... Jika ada yang ditangkap oleh Polis, boleh dikatakan terdiri dari bangsa Melayu... Bukan nak burukkan bangsa sendiri, tapi ini  adalah apa yang saya sendiri nampak, telah berlaku disekeliling saya dan berlaku juga di tempat lain melalui apa yang diceritakan... Mungkin di tempat kamu, lain pulak ceritanya dan tak sama....

Selain tu, kalau yang heboh pasal pegi clubbing dan lain-lain, bangsa melayu jugak yang suka nak expose... Jarang saya tengok bangsa Cina ke, Iban ke atau apa-apa bangsa bukan Islam nak update benda-benda macam ni... Diorang akan senyap dan layan sendiri je...kalau ada pun yang expose tu jarang nak nampak...

JADI... Sebab itu lah bangsa Melayu dan Islam di anggap tak senonoh dimata mereka... Tapi pandangan tu akan serta merta berubah bila salah seorang dari ahli keluarga mereka memeluk agama Islam dan mempraktikkan keindahan adab hidup Islam dalam kehidupan seharian... Alhamdulillah...

Sepanjang En.Suami memeluk Islam, perkara tu dah banyak mengubah pandangan orang kampung dia tentang Islam dan bangsa Melayu... Kadang-kala, saya memasak didapur pun diorang sibuk perhatikan sebab diorang ingat perempuan melayu ni sombong dan cerewet... Masa jumpa di hari perayaan, ada jugak jiran tetangga yang bertanya...

  • Saya ni ok ke?? 
  • Tak geli ke duduk di kampung?? 
  • Boleh ke duduk di kampung yang dikelilingi hutan dan takde hiburan?? 
  • Boleh ke makan makanan kampung yang tak standard?? 
  • Selesa ke duduk rumah kampung yang banyak nyamuk??
  • Tak geli ke kongsi pinggan??
  • Boleh ke masuk kebun??

...Banyak lagi dan semua benda tu jadi persoalan sebab mereka ingatkan orang Melayu ni Sombong dan Penggeli... Saya layan je lah kerenah diorang ni, lagipun seronok jugak sebab tak pernah ada orang nak ambik tahu banyak sangat macam tu... (^_^)


10 Februari 2013 ni dah Tahun Baru Cina... Kalau Hari Raya, Gawai Dayak dan Krismas tu semua dah merasa, tapi Tahun Baru Cina (CNY) ni belum pernah lagi dan ni adalah pertama kali... Saya tak tau la macam mana diorang sambut CNY... Pernah tengok dari TV je... Mak mertua saya Cina dan bapak mertua saya Bidayuh... Jadi, semua perayaan la kami ada sekarang ni kecuali Deepavali...yang tu tunggu lah saya ada ipar atau besan berbangsa India... Hehhehe~~~

Tu je kot nak bising-bising di awal pagi... Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~