Thursday, February 21, 2013

Al-Fatihah

...Assalamualaikum... Dah lama rasanya tak update blog, gara-gara masa penuh sangat-sangat sampai takde ruang masa untuk online... Masa penuh??? Yup... Sebab sekarang ada buat kerja part time... (^_^)

Utusan Sarawak

Semalam... 18 Februari 2013... Bangun pagi-pagi dah dikejutkan dengan satu SMS dari sepupu saya bahawa Mak Cik saya, iaitu kakak sulung kepada Bapak saya telah pun meninggal dunia. Arwah mak cik meninggal disebabkan Kanser Otak. Rasanya ni macam penyakit keturunan keluarga sebelah bapak, sebab arwah Pak Cik dulu pun meninggal sebab Kanser Otak jugak.

Arwah mak cik meninggal dunia lebih kurang jam 1 pagi semalam dan dikebumikan pada waktu tengah hari tu jugak. Semoga Arwah Aminah Fatimah Binti Junaidi ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah.

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~