Monday, February 4, 2013

Ujian...

Assalamualaikum...



Sekarang ni saya berada kat luar pintu bilik bedah Klinik Pakar, Hospital Umum Sarawak. Sementara menunggu En.Suami yang berada kat dalam, saya subscribe Digi Internet supaya tak risau sangat menunggu.

Hampir 2 jam berlalu, tapi masih tak selesai jugak. Bila dah kebas rasa punggung ni duduk, jenguk lh kat cermin di pintu dan nampak bertimbun kapas berdarah ditepi katil En.Suami. Boleh nampak tubuh dia je baring, muka dihalang oleh doktor yang banyak dikeliling... Risau... :-(

Walaupun cuma pembedahan untuk buang gigi geraham bongsu je, rasa risau tu tetap ada. Gigi tu dah bertahun tumbuh, tapi baru sekarang En.Suami nk cabut. Akar dan saraf dah banyak, dan doktor kata akan ada masalah lain kalau gigi tu di cabut. huhu...

Tapi, Memandangkan gigi tu amat mengganggu, terpaksa jugak la beranikan diri untuk buat pembedahan buang gigi tu... Harap-harap, masalah yang doktor bagi tau tu takde dan segalanya selesai dengan mudah. Doa je lah banyak-banyak... InsyaAllah dipermudahkan semuanya. Amin...


Published with Blogger-droid v2.0.10

2 comments:

izfanora said...

semoga baik2 saja ye.. :)

Nurhayati Morshidi said...

Trima Kasih kak... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~