Tuesday, March 26, 2013

Bye Bye Si Putih....

Semalam, Si Putih Myvi (QAL1151) saya dah dijual... (^_^) Sedih ke??? Tak pun... Hihi~~~ Kalau ada yang terserempak No.Plat tu kat luar nanti, tu dah bukan kereta saya OK... (^_^)

Saja nak jual sebab takde rasa keperluan untuk saya dan En.Suami simpan 2 biji kereta... Lagipun kami pergi kerja bersama, sejak dah kahwin ni saya dah malas nak memandu... Rasanya dah berbulan saya tak memandu kot di sebabkan malas dan ada En.Suami yang rajin bawa saya ke sana sini... Myvi saya pun kadang-kadang berminggu berperap di rumah dan enjin akan rosak kalau lama sangat tak dihidupkan...

Kalau ada 2 biji kereta jadi membazir duit. Sebab pakai cuma sebuah, tapi bila nak servis nanti kena servis 2 buah (ada org lain pinjam Myvi tu), roadtax pun kena renew untuk 2 buah... Takde faedah pun rasanya dan membazir sangat-sangat... Cukuplah kereta En.Suami sorang...

Ada jugak orang kata untuk jangka masa panjang dan beranak pinak nanti perlukan 2 buah kereta sebab kena ulang alik ambil anak dan perkara kecemasan lain... Tapi tak perlu kot...sebab orang lain dapat je hidup bertahun-tahun dan beranak pinak dengan sebuah kereta... KALAUlah satu hari nanti betul-betul perlukan 2 buah, barulah beli lagi sebuah... Buat masa sekarang memang rasa tak perlu dan membazir...

Dengan gembiranya saya lepaskan Myvi saya semalam, rasa lengang je depan rumah sebab dah takde yang menyemak parking tak bergerak depan tu... heheheh~~~ (^_^)

Tinggal kenangan Si Putih yang pernah parking dan bawa saya ke tempat kerja... (^_^)


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~