Thursday, March 7, 2013

Lesen Memandu OKU... FINAL

Assalamualaikum.... AKHIRnyaaaa.... Berakhir jugak azab nak ambil Lesen Memandu OKU untuk abang En.Suami... Hampir 3 bulan jugak masa diambil untuk selesaikan semua sebab banyak skip kelas memandu... Skip???  Bila dah jauh sangat tu, kadang-kadang letih jugak rasanya nak ulang alik Kuching-Sematan/Sematan Kuching... Ditambah lagi dengan keadaan perut saya sekarang, jadi tak sabar En.Suami nak selesaikan cepat sebab dia dah tak boleh nak bawa saya ulang alik lagi. Nak ulang alik dia sorang memang dia dah tak berani lagi sejak terbiasa bertemankan saya di sebelah... Sampai dia boleh imagine ada hantu tumpang kat belakang kalau dia memandu balik ke Sematan sorang-sorang... Huhuhu~~~

Cikgu yang ajar abang EN.Suami memandu dah booking ujian Memandu JPJ pada pagi ni (07/03/2013) selepas selesai semua kelas memandu kereta dan motosikal minggu lepas. Saya tak pulak ikut sebab hari ni saya kerja...

PERINGATAN : Sewaktu Ujian Memandu JPJ, bawa sekali surat KEBENARAN UNTUK MENDAPATKAN LESEN MEMANDU. Macam mana nak dapatkan surat tu??? Baca balik yang entry yang saya tulis di >>> Lesen Memandu OKU... Part 2 <<<



Hari ni, En.Suami lupa nak bawa surat kebenaran tu, jadi hampir-hampir Ujian Memandu JPJ nak dibatalkan. Tapi syukur Allah memudahkan semuanya, En.Suami terangkan dan bincang baik-baik dengan pegawai JPJ dan Alhamdulillah dia benarkan jugak sebab surat tu memang ada, cuma lupa nak bawa.

Keputusannya??? Litar Motosikal LULUS, On The Road LULUS, Bukit LULUS, Parking LULUS, 3 Point Turning LULUS.... (^_^)

Kalau nak tau macam mana nak ambil Lesen Memandu OKU dari awal proses, Klik kat link di bawah ni...


Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~