Wednesday, March 13, 2013

Pelanduk Bunting...Bunting Pelanduk

Assalamualaikum... Seperti biasa... Pagi-pagi perut akan lapar dan mencari makanan, tapi terlalu awal nak ke kantin sebab takut pulak makanan belum disediakan lagi... Lapar hari ni membuak-buak sebab bercampur baur dengan kerisauan... Jadi carilah kakak ipar saya yang dah ada 3 anak iaitu anak saudara saya dan dia beranak pun agak rapat... kira pengalaman dia lebih sikit kot... Hehehhehe~~~

Actually, masalah saya ni merisaukan saya dan En.Suami sebab pagi tadi masa nak mandi pagi ternampak 3 ke 4 tompok darah cair keluar... Saya mengandung dah 2 bulan, tapi kenapa ada darah??? Period ke??? Huukkk~~~ Sedih melanda di awal pagi sebab ni dah kali kedua terjadi. Kali pertama tu pada 2 hari lepas, waktu pagi jugak....

TAK CEK DI KLINIK???? 

Sewaktu pertama kali bleeding tu, En.Suami dah temankan saya pergi ke Klinik Ibu dan Anak tempat saya mendaftar, tapi masa nak bagi kad di kaunter tu jururawat tanya apa masalah sebab temujanji seterusnya lambat lagi, 21 Mac 2013 nanti. Saya ceritalah apa masalah, DAN jururawat tu bagitau tu perkara biasa. Kalau darah banyak baru datang balik... MACAM TU JE??? Tak sempat jumpa doktor dan tak cek pun. Tak tau ke si Ibu ni risau??? Takpe la, dengan rasa hampa dan blurr, saya dan En.Suami pun balik ke tempat kerja...

HARI NI???

Terjadi lagi perkara yang sama kat saya, dan En.Suami sendiri yang nampak darah tu dan membuatkan dia berdouble-double risau sampai nak pakai baju kerja pun dah tak tau... Hari ni rasanya nak pergi terus ke Klinik swasta tempat saya mengesahkan kehamilan dulu. Nak pergi ke Klinik kerajaan takde hasil sebab diorang tak akan periksa pun... Huuu~~~~

TAPI...Sebelum tu, saya tanya dulu pendapat kakak ipar saya yang dikira banyak pengalaman mengandung ni... Dia tanya itu ini begitu begini... Ada sakit perut??? Darah banyak tak??? Bla bla bla... Pastu dia kata tu BUNTING PELANDUK kot... Hehehhe~~~ Saya yang blurr pun cari dalam google apa benda alah Bunting Pelanduk ni sebab tak nak banyak tanyak dalam mesej... (^_^) Saya tak jumpa maksud specific, tapi banyak yang huraikan Bunting Pelanduk ni jenis bunting yang keluar period sikit-sikit.... Betul ke???

Takpe lah, untuk puaskan hati, kena jugak lah pergi ke klinik kejab lagi... Tuan empunya badan kena pastikan betul-betul dan tak boleh lah nak main teka-teki je...yang kita bawa tu nyawa, nyawa tak boleh main teka-teki...

So, lepas ni En.Suami datang dan bawa saya ke Klinik dan kami mengharapkan jawapan yang baik-baik je dari doktor... Risau sangat-sangat.... Huhuhu~~~

Take Care People...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~