Thursday, April 11, 2013

Dah lama senyap... Surprise...

Assalamualaikum... Hari ni usia perut dah 3 bulan... Doakan semuanya baik-baik dan sihat je ok... (^_^) Dah lama menyepi sebab takde cerita yang nak di kongsi dan tak ada aktiviti sejak kebelakangan ni... En.Suami kata itu tak boleh ini tak boleh...alamatnya??? Sepi sikit la aktiviti... heheheh~~~

Walaubagaimanapun, kadang-kadang curi keluar dan memandu jugak diwaktu pejabat. Itu pun kalau En.Suami tinggalkan kereta untuk saya, sebab sekarang ni saya dah tak dibenarkan memandu lagi... Jarang dia nak tinggalkan kereta melainkan saya ada urusan sendiri dan dia betul-betul tak boleh nak hantar... Kalau tak??? Huhuhu~~~

Kalau nak diikutkan hati, memang nak berjalan je selalu, tengok wayang ke, window shopping ke, lepak-lepak ke... Tapi tak boleh, sebab sekarang cepat sangat letih dan sakit kaki... Kejab-kejab berjalan dah nak duduk dan rehat... Tak syok bila jalan-jalan asyik ada pit-stop je... (^_^) Tak pe, sabar... Nanti dah back to normal tak akan nampak muka saya dok rumah... =P

Kadang-kadang nak keluar sorang-sorang ada jugak tujuan... Nak carikan sesuatu untuk buat surprise Birthday dia, Wedding Anniversary dan Frienship Anniversary yang dah tak lama lagi... Tapi kalau dah bekepit je memanjang, macam mana nak cari benda yang dia tak nampak??? For sure la kantoi... Takpe, sebab saya ni bijak sikit... Sebab pernah buat surprise walaupun dia ada bersama dan menjadi kaw-kaw... heheheh~~~ Apa yang saya buat???

Sebelum surprise tu dibuat, pernah sekali masa jalan-jalan kat The Spring dia ternampak seluar jeans yang memang dia gila-gila berkenan. Tapi tak boleh nak beli dulu sebab keesokan harinya baru gaji keluar... Jadi terpaksalah ditunda keesokan hari... Esoknya, kami pergi lagi...tapi sebelum nak jenguk jeans tu, singgah makan dulu dan saya bagitau nak ke toilet... Masa nak ke toilet itu lah saya berlari sepantasnya untuk pergi beli terus jeans dan sorok dalam handbag... Nasib la handbag muat...hehhehe~~~ Lepas beli, buat bodoh dan datang balik kat En.Suami untuk makan... Lepas makan barulah kami nak pergi beli jeans yang dia nakkan sangat, tapi hampa sebab takde... (T_T)

Sepanjang hari dia sedih dan takde mood masa jalan-jalan... Kesian memanglah kesian, tapi dalam hati ni tergelak sebab benda tu ada dalam beg saya... Malam baru kami balik dan En.Suami terus solat, masa dia solat barulah saya keluarkan Jeans dan letak hias baik-baik atas katil... Lepas tu??? agak-agaklah sendiri... Berair mata jugak En.Suami sebab terkejut dan happy dapat seluar yang dia nak... (^_^)

Lepas ni nak fikir lagi, apa yang nak buat dibuat untuk Birthday dan Anniversary nanti. Nak buat sekali gus je sebab kebetulan tarikh tak jauh beza... (^_^) En.Suami dah beberapa kali nak buat surprise, tapi tak pernah nak menjadi sebab saya cepat baca fikiran dia... Hehehe~~~

Cuma sekali je yang menjadi pada 2 minggu lepas. Saya terkejut, gembira dan terharu bila En.Suami berikan set rantai emas untuk saya... Sebelum ni saya pernah terbaca "note" dalam phone En.Suami tulis "rantai emas untuk isteri"...tapi tak tau la bila baru nak dapat... Rupa-rupanya dah dapat pun... (^_^) Terima kasih sayang...

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~