Friday, May 3, 2013

Aura PRU13...

PRU13... Dah terasa sibuknya sebab buat pertama kalinya saya sukarela nak jadi Kerani Penyemak Daftar Pemilih (KPDP) P.195, Ahad ni 5 Mei 2013... (^_^)

Suasana PRU di Sarawak tak sehebat kat Semenanjung... Kat sarawak ni cool je, takde gaduh-gaduh dan hal sana-sini... Cuma saya dah 2 kali ternampak pihak polis turunkan poster besar Parti yang dipasang kat tepi jalan... Tak tau la pulak kenapa, tak sempat nak tanya sebab polis tengah sibuk buat kerja... Hehehhe~~~

Tadaaaa~~~~

Sibuk je nak show off baju, topi dan pass yang baru je dapat untuk bertugas pada Ahad ni.... hehhehehe~~~ Jangan jeles tau... Jom kita ramai-ramai pergi mengundi, tunaikan kewajipan kita pada negara... Chewahhhh~~~~ (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~