Wednesday, May 8, 2013

Buat Telur Penyu Masin

Assalamualaikum.... Suka makan telur penyu masin ke tak??? Ada yang tak suka sebab rasa tak sesuai... Tapi, kalau saya, ok je... Tak tolak... Hehehhe~~~ Dah 2 cara yang saya cuba untuk buat telur penyu masin...

Cara pertama, rendam telur penyu tu kat dalam air garam pekat semalaman macam dalam gambar kat bawah... Gambar ni saya dapatkan dari internet, sebab masa saya buat hari tu lupa nak ambik gambar... Tapi cara memang sama... =)


Cara kedua, tabur garam kat atas telur macam kat bawah ni...

1. Cuci telur sampai bersih dan kering, susun dalam bekas plastik yang boleh tutup
2. Cekungkan kat bahagian tengah telur, dan tabur garam kat bahagian cekung tersebut
3. Biarkan semalaman, keesokan harinya semua garam tu akan cair dan telur akan menjadi lebih kecut.
**Kalau tengok kat dasar bekas akan ada air yang berlebihan sebab air dalam telur telah dikeluarkan oleh garam tadi.
4. Selepas semalaman, telur dan boleh direbus untuk di makan...

**Kalau cara orang tua lama dulu, cucuk satu lubang saiz jarum kat tempat tabur garam. Tapi kalau difikirkan logik, nanti air garam masuk dalam telur dan rasanya terlebih masin dan tak sedap...


Jadi, kasimpulan nya... Cara mana yang lebih sedap??? Saya lebih suka cara tabur garam sebab telur rasa lebih lemak dan kurang masin...
Kalau rendam seperti cara pertama, kena ingat yang kulit telur penyu nipis je dan senang nak serap apa-apa dari luar. Jadi bila direndam terus nanti rasa telur bertukar menjadi rasa garam sebab masin yang tak terkawal jika direndam seluruhnya...  Dah tu, kenalah buat kerja 2 kali dan rendam balik telur tu kat dalam air kosong semalaman untuk kurangkan masin..
Dah tau macam mana???? Try lah buat.... Sooooo.... Sedapppppp~~~~ (^_^) Seronok makan waktu-waktu mengidam macam ni... =)

2 comments:

Teena Tna said...

X pernah mkn telur penyu..
Btw, nice to see your blog, i'm just started in blogging, please visit mine too. :)

insanbiasabiasa.blogspot.com

Nurhayati Morshidi said...

Telur penyu sedappp... (^_^)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~