Tuesday, May 7, 2013

Titut Nak Buah Delima

Assalamualaikum... Kalau mengandung, tentu dah biasa nak mintak itu nak mintak ini...yang kesiannya nanti kalau benda tu payah sangat nak jumpa... Sebaik-baiknya kalau dah tahu payah nak jumpa, si bakal ibu jangan lah tersebut-sebut supaya tak kempunan jadinya... Kenapa tetiba nak makan sesuatu yang jarang??? Saya pun tak pasti, mungkin disebabkan hormon yang buatkan tubuh jadi tak stabil dan menyebabkan lidah rasa nak itu nak ini... Mungkin lah...

Saya pulak??? Nasib baik apa yang saya nak tu senang nak dapatkan, jadi tak risau la nak sebut kat En.Suami sebab dia senang nak cari... (^_^) Senang tu agak senanglah, tapi 2 bulan jugak jenuh menunggu nak dapat... Heheheh~~~

Dah lama saya nak makan buah delima dan buah gajus... Sampaikan bulan lepas En.Suami belikan saya Pokok Delima Bonsai yang memang dah berbuah, cuma nak tunggu buah masak je... Tapi tunggu punya tunggu, tak jugak masak-masak... Asyik bunga je tumbuh baru...


Lama sangat nak tunggu buah tu masak, dah tak boleh nak tunggu lagi. Jadi, En.Suami dapatkan buah tu semalam masa balik dari kerja... Sebenarnya, hari-hari kami lalu dan nampak pokok delima tanam kat depan rumah seorang Mak Cik Cina. Dari buah tu kecik dan mentah, sampai la buah tu masak kami perhatikan... Sehingga lah semalam, saya tengok buah tu dah berwarna separuh merah dan separuh kuning, jadi saya tanya la kat En.Suami, "Dah boleh makan ke kalau warna macam tu?"... Hehhhehe~~~ Pantun la tu nak mintak ambilkan...


Macam melambai-lambai je buah tu panggil kita kan??? Jadi En.Suami pun patah balik dan cuba ketuk rumah mana tau tuan rumah nak jualkan sebijik... (^_^) Kalau tak cuba, tak tahu... Kalau itu rezeki kita, dapatlah sebijik... =) Tapi, Alhamdulillah.... Baik hati betul Mak Cik Cina tu... Bila En.Suami bagitau yang saya mengandung ingin nak makan buah Delima, Mak Cik Cina tu terus suruh ambik dan tak payah nak bayar-bayar... Syukur... (^_^)

Gelagat mintak buah.... =)
Nasib baik pokok tu renek dan senang nak capai... Geli hati, seronok dan terharu bila En.Suami dapatkan buah ni untuk saya... Balik rumah malam tu terus makan sambil tengok TV... Masammmmm, sebab belum masak sangat... Hehheheh~~~~ =P

Buah Delima muda... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~