Saturday, June 22, 2013

Boleh Berpuasa Kalau Mengandung???

Assalamualaikum... Ramadhan hampir tiba tak lama lagi, lebih kurang dalam 2 minggu je... Mesti rasa bersemangat bila fikirkan Hari Raya Aidilfitri pun hampir jugak tiba kan??? Ehem3~~~ Puasa belum lagi mula, tak payahlah nak fikir Hari Raya dulu... =P 

Puasa dah ganti ke??? Perempuan of course la tak pernah nak cukup, tapi lelaki?? Tak mungkin tak cukup jugak kot... Tahun ni jugaklah kali kedua En.Suami melakukan ibadah puasa... InsyaAllah tahun ni pun En.Suami boleh tamat kot... Amin... Doakan je lah dan bagi semangat kat dia walaupun kadang-kadang tu jadi lembik sebab susah nak tahan bila malas nak bangun sahur... Hehehhe~~~ 

Saya pulak apa cerita??? Dapat tak saya berpuasa tahun ni??? Kalau dah masuk bulan Ramadhan, usia kandungan saya dah 6 bulan lebih... Mampu ke tahan??? Kalau saya sendiri mungkin mampu. Tapi nyawa lain yang kat dalam ni perlukan makanankan?? 

Kalau nak tahu bagaimana, tanyalah kepada orang yang betul-betul tahu tentang ni... Macam mana nak puasa ketika mengandung??? Macam mana nak ganti kalau tak boleh puasa?? Macam mana itu dan ini~~~~ Saya buka artikel yang ditulis Oleh Dr.Zubaidah dan saya nak share apa yang saya dapat... 


TANDA-TANDA DAN CIRI-CIRI WANITA YANG TIDAK DIGALAKKKAN UNTUK BERPUASA : 
1. Rasa pening, lemah, pitam atau penat walaupun telah berehat selama 30-1jam. 
2. Rasa loya atau muntah sehingga terpaksa makan ubat. 
3. Rasa terlalu haus, warna air kencing berubah keruh dan baunya sangat hancing yang menandakan wanita itu dehidrasi. 
4. Jika umur kandungan 20minggu, bilangan pergerakan bayi kurang dari 10 pergerakan. Kebiasaannya bayi akan bergerak selepas ibunya makan kerana bayi sedang menerima nutrisi yang dibekalkan. kekurangan pergerakan menunjukkan bayi itu kekurangan nutrisi dan dalam keadaan bahaya. Tapi, adakalanya, pergerakan akan dirasa semula selepas berbuka puasa. 
5. Rasa sakit memulas seperti hendak melahirkan anak. Ini menunjukkan tanda kelahiran pra-matang dan dapat dielakkan jika nutrien yang cukup dibekalkan kepada bayi. 
6. Wanita tersebut kekurangan berat badan atau tidak bertambah berat badan. Menandakan tenaga dan nutrien yang disimpan tubuh semakin berkurangan. 
7. Mengalami sakit kepala atau demam yang mana harus memakan ubat bagi menyembuhkan penyakit

TANDA-TANDA DAN CIRI-CIRI WANITA HAMIL YANG TIDAK BOLEH BERPUASA :
1.  Diabetis melitus
2. Penyakit buah piunggang
3. Penyakit hati yang tidak berfungsi
4. Astma yang kuat
5. Tekanan darah tinggi yang tidak terkawal
6. Kehamilan kembar
7. Mempunyai risiko kelahiran Pra-matang
8. Masalah lain yang berkaitan kehamilan yang serius

Saya tak pasti lagi kalau saya berpuasa macam mana... Tapi sekarang pun dapat rasa kalau tengah hari En.Suami lambat ambik bawa makan, perut saya akan jadi sakit sangat-sangat dan mula mengeras sebab lapar... Tapi InsyaAllah bulan puasa nanti lain. Ramadhan bulan rahmat, benda yang kita tak boleh pada hari biasa akan jadi boleh bila di bulan Ramadhan... Percayalah... InsyaAllah, semoga dipermudahkan semuanya... Banyak lagi Tentang puasa bagi wanita mengandung... Nanti saya nak cari lagi untuk maklumat sendiri... InsyaAllah kalau ada masa... (^_^)

Take Care People... =) 

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~