Monday, June 17, 2013

Rezeki Halal...Tak Payah Malu...

Assalamualaikum... Pagi ni ada semun sikit nak turun kerja dan bangun pagi sebab hujung minggu agak letih... Dah tau pregnant, sibuk jugak nak buat itu ini... Pastu cakap letih... (^_^) Apa boleh buat kalau dah tak dapat nak duduk diam... Tubuh sendiri, jadi kita sendiri la yang akan rasa takat mana tubuh kita larat, kalau dah tak dapat tu rehat je lah... =)

Tadaaa... Posing jab kat kawasan yang cantik ni... Nak tau kat mana??? Seluas-luas padang kat dalam gambar ni ada sebahagian dari ladang Tembikai dan Honeydew milik kakak kepada En.Suami... Bukan En.Suami yang punya yerr... Tumpang gambar jab... (^_^)


Nak tau rahsia ambik gambar cun macam ni??? ((mcm la cun sangat pun~~~)) Kena bagun jam 6.30pagi, pergi minum pagi kat pekan dan terus ke kebun dalam keadaan belum mandi pagi... =P Kalau sanggup, buatlah... (^_^)

Nampak semak samun jerr??? Mana buahnya??? Adaaaa... Menyorok kat dalam disebalik semak tu... nampak tak??? Dalam gambar kat bawah ni... Kalau tengok macam tu je memang tak nampak, kena selak daun-daun tu sikit baru nampak buah yang nyorok kat bawah... Comel nyaaaa~~~ (^_^)



Minggu ni kira buah tuaian terakhir dan tak berapa nak elok sangat dah isinya... Jadi, saya dan En.Suami pergi lah ke kebun untuk ambil dan bawa balik... Kalau tuaian yang awal-awal tu kami tak kacau, sebab tu untuk jualan dan eksport... Yang hujung-hujung macam ni boleh la nak kacau sikit-sikit untuk berseronok dan bermain dihujung minggu... Actually saya tak pernah tengok pokok tembikai dan honeydew...selalunya makan yang dah siap dipetik je... Comel je bila masih sangkut kan pokok... (^_^)



Kawasan ladang tembikai ni jenis tanah berpasir, sebab kampung En.Suami terletak di kawasan pantai... Jadi senang sikit nak ambik buah dan tak kotor... Seronok bila boleh petik sendiri macam ni... Saya nak petik, tapi tak boleh sebab perut ni dah membesar dan payah saya nak mencangkung untuk petik buah... Berdiri kat sisi ambil gambar pun jadilah... Hheheheh~~~~ (^_^)

Nak tau rahsia tak??? Petang tu, dalam perjalanan dari kampung En.Suami nak balik ke Kuching, saya dan En.suami singgah ke kawasan pasar (Taman Malihah, kuching) dan jual buah ni kat kawasan letak kereta... Seronok sangat-sangat... (^_^) Kalau orang lain, mungkin malu buat kerja macam ni kot... Tapi bagi saya, selagi rezeki yang kami dapat tu dengan cara yang halal, kami bangga. Kalau rezeki haram barulah perlu malu.... (^_^) .... Kereta yang mula-mula penuh dan sarat dengan buah tu akhirnya kosong dalam masa 2 jam dan adalah jugak rezeki dalam 3 angka... (^_^) ... tinggal  lebih kurang 4 biji je untuk di bawa balik ke rumah.... Kihkihkih~~~ Minggu depan ada lagi operasi macam ni kot selagi tuaian belum habis... Hehehe~~ Ok laaa... tu je cerita setakat ni... =)

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~