Monday, June 10, 2013

Sakit-Sakit... =(

Assalamualaikum... Akhirnya... Hari ni ada jugak masa nak update entry walaupun tak berapa nak sihat...

Lepas cuti Gawai hari tu saya mula sakit-sakit... Perut dah jadi senak dan tegang sebab batuk dan bersin yang keterlaluan... Kalau nak difikirkan, kenapa boleh sakit?? Mungkin sebab overdose makan buah-buahan yang panas dan sejuk kot... Huhuhu~~~ Makan buah pun boleh sakit yeeee... (-_-)

Sakit sebab banyak makan buah??? Yupppp.... Jarang nak dengar sakit bila makan buah, sebab buah ni kaya dengan vitamin. Tapi kalau dah makan dengan berlebihan, apa-apa makanan pun boleh jadi racun... So, beringat-ingatlah sebelum terkena... =)

Sepanjang cuti 6 hari lepas saya melayan makan buah-buahan je. Buah Tembikai dan Honeydew... Sedap tau makan buah fresh dan ditanam sendiri...Saya belah jadi 2 dan makan pakai sudu duduk depan TV.... (^_^) ...Kat kampung boleh lah makan banyak-banyak macam tu sebab keluarga En.Suami ada kebun buah sendiri... Bila dah banyak buah, apa lagi??? Jom la duduk tepi jalan  jual buah, nak tolong mak mertua kononnya... Hehhehehe~~~ Lokasi , di Pekan Sematan... =)

Nak ajar yang kat dalam perut ni supaya jangan malu duduk tepi jalan cari rezeki... =)
Malu ke jadi penjaja buah??? Tak perlu nak malu kot...sebab yang penting rezeki tu halal.  En.Suami dan mak mertua saya pun ada sekali. Seronok tau bila tengok orang ramai datang beli. Lebih-lebih lagi bila diorang suruh pilih, saya senyum jadi kerang busuk je sebab tak tau macam mana nak pilih... Tau makan je... Kihkihkih~~~~

Hari ni dah seminggu lebih sakit... Alhamdulillah dah nak sembuh... Nak makan ubat tak boleh, sebab ada nyawa lain kat dalam perut ni, harapkan banyak minum air masak je untuk bagi sembuh sendiri... Apa-apa pun, inilah dugaan yang kena ditempuh masa-masa mengandung... Bersyukur jugak saya sakit macam ni je dan takde merasa simptom-simptom teruk macam orang lain.... (^_^)

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~