Monday, June 24, 2013

Sepakan Dan Pukulan

Assalamualaikum... (^_^) Senyum dulu sebelum nak mulakan entry... Masa ni boleh senyum lagi sebab jerebu kat Sarawak masih dalam keadaan terkawal... IPU setakat ni masih <100 dan kami baru je dilanda hujan... Alhamdulillah... Harap-haraplah IPU tak akan naik dan keadaan kembali baik macam biasa... InsyaAllah...

Kena sepak dan kena pukul... Happy nya... Senyum sorang-sorang je... Kena hempuk pun happy jugak??? Memang dah tak betul... Ngeee~~~

Memanglah happy kalau yang buat tu adalah baby kat dalam perut... (^_^) Dia nak bagitau kat kita pasal kewujudan dia kat dalam... Kalau dia tak bagi signal camtu, dia takut kita lupa kat dia pulak... Alahai~~~ Macam mana boleh lupa kalau dah tak sabar-sabar nak tengok dalam 3 bulan je lagi... =) InsyaAllah... kalau takde apa-apa halangan...

Semalam...Nak dijadikan cerita... Saya dan En.Suami kemas-kemas bilik tidur dan tukar keadaan posisi bilik... Kenapa nak tukar??? Sebab posisi yang kami susun sebelum ni buatkan keadaan bilik jadi sempit dan payah nak mengemas... Jadi, lepas solat asar semalam, saya bagi tau nak pusingkan katil dan susun kat sudut lain??? Sebab punggung asyik sangkut je kat hujung katil masa solat... Semakin besar badan ni, makin sempit pulak rasa bilik...
**Sebenarnya bapak saya dah buatkan bilik besar untuk kami, tapi kami tak pandai nak susun perabot, sebab tu jadi sempit... Heheheh~~~

Actually, dari awal masa pindah kat bilik tu lagi saya nak buat susunan yang saya nakkan sekarang. Tapi masa tu ingat tak nak tidur kaki menghadap ke kiblat. TAPI...sebenarnya takde pun kena arah kiblat... Arah kiblat mehala lebih ke kanan dari arah kaki kami tidur... Jadi, takde lah rasa tidur macam mayat, kaki letak kat kiblat...

Jadi, bila part nak angkat katil bagi pusing ke arah lain, saya kesian pulak kat En.Suami. Macam nak patah je pinggang dia angkat dan sorong katil sorang-sorang. Saya bila dah kesian, saya tolonglah angkat sekali. Dengan perut macam ni sibuk jugak nak tolong angkat katil. En.Suami payah nak larang sebab saya ni degil... Huhuhu~~~ Bila dah lepas angkat tu, ok je..tak rasa apa pun... Jadi, tolong lah lagi susun itu susun ini... Tup-tup perut tiba-tiba rasa sakit dan senak-senak... Jeng-jeng-jeng... Dah takut dah...padan muka sebab degil jugak nak buat kerja sampai penat... Jadi, saya terus stop dan baring je... Kesian tengok En.Suami tengah kemas bilik sorang-sorang...sapu lantai, lap debu kat perabot dan mop lantai sampai la bilik betul-betul nampak bersih dan luas sangat-sangat dengan susunan baru... Saya pulak?? Cuma baring je tengok, dah tak boleh nak tolong sebab perut rasa semacam dah...


MASA baring-baring layan sakit, saya pegang-pegang dan usap-usap perut bagi hilangkan sakit... TERKEJUTNYA saya bila rasa tapak tangan saya macam kena tepuk dari dalam... Betul ke ni??? Letak lagi dan kali ni tangan saya tak bergerak sebab saya nak rasa betul-betul... TUP!! kena tepuk lagi... Sah!!! Memang sah baby yang kat dalam ni respon dan gerak-gerak... Mungkin sebab dia penat jugak kot... (^_^) Saya terus panggil En.Suami nak suruh rasa jugak... Memang betul, En.Suami pun rasa kena tepuk 2 kali... Itulah KALI PERTAMA saya dapat rasakan gerakan dia dari luar selepas 22 minggu 3 hari usia dia... Alhamdulillah....

Sebelum ni memang dah ada gerak-gerak, tapi tak boleh nak rasa dari luar. Gerakan pertama saya rasakan pada 8 Mei 2013 lepas, sewaktu usia dia 15 minggu 4 hari... Tapi masa tu belum kerap dan saya cuma dapat rasa seminggu sekali je... Makin lama makin kerap dan sekarang saya dah boleh rasa dengan sentuhan kat perut... Gembiranya rasa... Semoga dia sihat membesar kat dalam dan Allah memudahkan segala urusan kami kemudian hari... AMin.... (^_^)


2 comments:

Nurmikalthum binti Julai said...

wah, sik sabar rasa mok tgk baby ktk kak. bila due nya??

Nurhayati Morshidi said...

Lamak gk deng... bulan 10 lak... =) InsyaAllah mun dah keluar lak ada ktk tgk gmbarnya lam FB... heheheh~~~

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~