Wednesday, July 17, 2013

365 Hari Sebagai Isteri... =)

Assalamualaikum... Pagi ni perut lapar, sebab sahur susu dan roti je pagi tadi... Harap-harap si kecik dalam perut ni kuat dan dapat bertahan. Amin... (^_^)

Semalam adalah hari yang gembira sangat-sangat, sebab dapat buat Surprise 1st Wedding Anniversary Dinner/Berbuka puasa untuk En.Suami... =) Surprise saya selalu menjadi kan?? Ni la yang syok... Hehhehe~~~ Actually, anniversary kami hari jumaat ni, 19 Julai 2013. Tapi saya buat awal sebab nak surprise dan tak nak bercanggah dengan plan En.Suami... Manalah tau En.Suami pun ada plan dia sendiri, jadi baik saya ambil jalan selamat dan buat awal... (^_^) TAPI...Rasanya En.Suami lagi awal buat kejutan... Sebab sewaktu kami honeymoon hari tu, En.Suami buat kejutan dalam tandas hotel... =) En.Suami sembunyikan hadiah Anniversary kat atas tandas... Terima Kasih sayang... (^_^) I Love it So Much... 
Bawah ni gambar Honeymoon hari tu... Tak banyak gambar, sebab selalu je lupa nak cas bateri phone, padahnya...tak dapat nak bergambar... =)


Bulan madu ke-2... (^_^)
Nak baca cerita ke tak??? Kalau tak nak, tak payah baca kat bawah ni, OK... =)
Semalam... En.Suami langsung tak tahu dengan apa yang saya buat. Selalunya kami balik kerja bersama dan saya akan tunggu En.Suami jemput dari pejabat. Tapi, semalam saya bagitahu yang saya tak sihat dan nak bawa kereta balik tengah hari berehat kat rumah. Padahal, saya tak balik pun dan terus ke tempat yang nak dituju sebab nak buat last minit booking untuk Ramadhan Buffet di Four Point Hotel dan beli last minit present untuk En.Suami sekali... Hehhehe~~~ Bulan puasa ni berbohong, dosa tak?? Bohong sunat sebab nak gembirakan hati orang, takpe kot... (^_^)
Tepat jam 5 petang, saya datang jemput En.Suami dari tempat kerja... Awal-awal lagi saya dah kata yang hari ni tak masak sebab penat ulang alik dan nak terus berbuka kat luar je. Jadi, jalan-jalan lah kat shopping kompleks sementara nak tunggu waktu berbuka. Jam dah tunjuk pukul 6 petang, perut En.Suami dah lapar dan nak pergi ke KFC tingkat bawah untuk booking tempat duduk sebelum semua meja penuh dengan orang berbuka puasa. TAPI, masa tu jugak saya kata si kecik dalam perut tak nak makan KFC dan nak keluar dari situ pergi ke tempat lain...
Nak atau tak, En.Suami terpaksa akur dan redah je jalan yang jem dengan kenderaan balik dari kerja dan perjalanan entah kemana... Last-last, barulah saya suruh En.Suami belok ke hotel... Macam biasa la muka yang blurr dan mungkin dah agak kerja bodoh yang saya selalu buat... Sebab kami memang selalu buat kejutan... Heheheh~~~ Masa tu barulah saya bagitau yang saya dah buat reservation untuk Anniversary Dinner kat Eatery Four Point, Senyum memanjang je En.Suami dan terus salin pakaian dalam kereta sebab saya dah bekalkan pakaian untuk bersalin... (^_^)
Cerita Tamat... (^_^) 
Happy bila kita dapat buat orang tersayang gembira... Saya nak En.Suami enjoy dan makan sepuas-puasnya Kambing Golek sebab En.Suami memang pencinta kambing... (^_^) Tapi, dah bergolek-golek kambing kat atas meja, tak banyak pun yang mampu dimakan... Heheheh~~~ Alhamdulillah...

Kalau ada sesiapa nak berbuka puasa kat sini, ni lah antara menu yang ada. Saya taklah sempat nak ambil semua gambar. Malu bila orang pandang-pandang... (^_^) TAPI MEMANG SEDAP DAN BERBALOI.... 


Ni menu yang kami suka... (^_^)
Set Bakso , Menu kampung, ulam-ulaman, umai... =)
Pencuci mulut dan sushi... =)
Feveret ni... =) Cakessssssss~~~~~ Yummy.....
Panjang je muncung En.Suami menikmati makanan... (^_^)
SAMBUNG lagi cerita... 
Masa tengah makan-makan, ada satu lagi surprise yang saya buat... En.Suami ingat kitorang cuma datang makan-makan je dan lepas tu balik.. Tapi ada lagi... Saya bagi signal kat waiter untuk hantar kek ke meja... En.Suami pun dah tak terkata dan terkejut... Alhamdulillah dia happy walaupun apa yang saya buat tak seberapa... Saya tahu En.Suami gembira sebab saya terbaca post ni kat FB... =)
Siap ada hadiah lagi tau... Comel pulak tu... Hadiah last minit sebab baru beli petang tadi dan tak tau nak bagi apa... Actually, hadiah sebenar saya dah bagi awal, sebab terkantoi dan En.Suami dah nampak... Apa hadiah tu??? Ada kat tangan En.Suami yang tengah makan... (^_^) Hadiah comel ni sekadar untuk memeriahkan suasana makan malam je... =)
356 hari saya menjadi isteri... (^_^)
Inilah Anniversary pertama kami dan saya cuba sebaik-baiknya untuk gembirakan hati orang tersayang.... WALAUPUN perkara macam ni sepatutnya SUAMI yang buat untuk ISTERI, tapi kita sebagai isteri tak salah buat sesuatu yang lain untuk memeriahkan rumah tangga kan??? InsyaAllah bahagia dunia dan akhirat.... Amin.... 

Lagi pun, sambutan ni awal 3 hari dari tarikh yang sepatutnya, sebab saya tak nak kacau actual date dan tak nak kacau plan En.Suami... Sekarang ni, kami masih berdua dan rezeki masih ada lebih. Jadi, bolehlah nak buat grand macam sekarang... Nanti, bila anak kami dah keluar, kewangan dah lain dan tak mampu dah nak buat macam ni lagi kot... Jadi, mungkin....sekali seumur hidup dapat jugak merasa Anniversary Dinner yang menarik... Tapi...jangan lupa, anak adalah pembawa rezeki... Jangan fikir bila ada anak, rezeki dan kewangan jadi berkurang... Allah dah atur segala-galanya untuk kita dan kita patut bersyukur... Apa-apapun...19 Julai 2013 nanti genablah 365 hari saya bergelar isteri dan doakan rumah tangga kami aman dan bahagia sampai bila-bila.... AMin.... =)


Cara nak buat hadiah simple tapi comel dan bermakna di hati... =)
Coklat Toblerone ni baru beli petang tadi... Saya pack, gam, lekat dan ikat cantik-cantik dengan riben... Lepas tu, jadi la hadiah yang comel... Kena kreatif jugak bila dah nak buat perkara last minit dan mencukupkan kewangan... hihihih~~~


Take Care People... (^_^)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~