Thursday, July 11, 2013

Alhamdulillah Mampu... (^_^)

Assalamualaikum... Hari ni dah hari ke-2 puasa... Alhamdulillah semalam kami BERDUA mampu tamatkan puasa... Syukur sangat-sangat sebab si kecik kat dalam ni bagi kerjasama dan faham yang ibu dia nak cuba berpuasa... Pagi tu, En.Suami tak bagi saya berpuasa. Dia kesiankan si kecik kelaparan nanti... Saya kata cuba dulu, sebab saya tau amalan ibu mengandung dapat pahala berganda. Siapa yang tak nak pahala??? Semua orang berebut-rebut untuk dapatkan, betul tak?? (^_^) Apa rasanya bila puasa berdua macam ni???

Sahur, Jam 4 pagi
Saya makan lebih banyak dari biasa. Kalau biasa saya makan sepinggan, tapi sahur ni saya makan 2 pinggan untuk bekalan si kecik kat dalam perut. Selain tu, minum susu segelas, air masak segelas, kurma dan vitamin... Lepas sahur, tidurlah balik sebab jam masih awal lagi. Subuh nanti baru bangun dan gerak pergi kerja... (^_^)
Masuk kerja, Jam 7 hingga 11 pagi
Mantain kenyang... (^_^) Masih tak rasa apa-apa pun sebab dah makan cukup-cukup untuk bekalan si kecik. Cuma terasa tekak ni dah kering dan haus je. Mungkin sebab kerja dalam aircond buatkan tekak ni cepat terasa kering... Lebih kuat dugaan bila kawan-kawan yang di dalam pejabat ni seronok je makan dan saya cuma ambik bau je... Hehehe~~~ Dugaan... Besar pahala kalau bersabar tau... =)

**Perlu diperiksa, si kecik bergerak tak dalam perut... Kalau bergerak maksudnya normal. Tapi kalau tak, sebaik-baiknya perlu berbuka sebab si kecik lemah dan kekurangan nutrisi. Tapi, InsyaAllah kalau nak teruskan puasa, si kecik akan gerak balik selepas berbuka Maghrib nanti.
Tengah hari, Jam 12 hingga 2 petang
Badan masih terasa cergas dan saya keluar jalan-jalan dengan En.Suami pergi ke Shopping Mall baru di Kota Samarahan, 'The Summer'... (^_^) Lain sikit rasanya bila saya aktif dengan perut kosong. Saya tak boleh nak gerak laju dan perut terasa senak... Jadi, terpaksalah jalan perlahan-lahan dan terus balik bila dah puas tengok-tengok dalam mall..
Petang, Jam 2 hingga 5 petang
Barulah perut ni terasa lapar. Risau jugak jadinya... Nak berbuka ke tak??? Si kecik dah lapar ke sekarang??? Fikir-fikir dulu dan terus periksa pergerakan si kecik dalam perut... Alhamdulillah dia masih ada gerak sikit-sikit, maksudnya si kecik sihat lagi. Saya tak risau lagi dah sebab kerja tak berat dan banyak duduk je... Alhamdulillah, saya boleh teruskan puasa sampei ke maghrib.
Balik kerja, 5 hingga 6.50 petang
Dah petang rupanya... Yippi~~~~ (^_^) Tapi lapar dah hilang bila fikirkan kejab lagi nak berbuka... Apa lagi?? Singgah la jalan-jalan kat Bazaar Ramadhan tengok apa nak di beli... Wah!!!!~~~~ Nafsu hari pertama, macam-macam yang En.Suami nak beli dan saya percaya semua tu tak akan habis... Tengok je lah nanti... TAPI...saya biarkan je, bagi En.Suami tengok sendiri masa berbuka nanti dan jadikan pengajaran supaya kalau nak beli lagi kemudian En.Suami akan berfikir sikit... (^_^)
Nak larang pun tak sampai hati jugak. Kesian En.Suami dah bersusah payah puasa hari ni... lagi pun tahun ni baru tahun ke dua dia berpuasa... Jadi, bagi je lah peluang sikit... Heheheh~~~

Dong~~Dong~~Dong~~~ Azan pun berbunyi... 6.53 petang... Masuknya waktu maghrib bagi Negeri Sarawak, Zon 8, kawasan Kuching, bau, Lundu dan Sematan... Bila ada si kecik kat dalam, saya berbuka TAK macam biasa. Kalau ni tubuh saya sorang je, memang saya lantak terus minum air sejuk dan ABC biar hilang haus kat tekak ni.. Tapi, sekarang ni ada si kecik, saya tak nak bagi dia terkejut dengan makanan dan benda sejuk. Jadi, saya minum air suam segelas dengan 3 biji kurma... Biar turun dulu air dengan kurma tu dan saya duduk-duduk tengok En.Suami makan... Bila dah stabil rasa perut dan terasa si kecik gerak-gerak, barulah saya mula makan nasi...

BANYAKNYA saya makannnn~~~ lapar kottttt~~~~ Hahahhaha~~~ Eksyen je tadi sopan makan kurma dengan air suam... TAPI...lepas tu melantak macam apa ntah... Kihkihkih~~~~ Puas hati... (^_^) Alhamdulillah saya berjaya puasa... Mula-mula, ingatkan saya tak mampu sebab berkongsi tubuh. Tapi Allah tu Maha memahami kalau kita ikhlas nak buat... Syukur sangat-sangat... Kalau berterusan macam ni, InsyaAllah saya akan tamat sebulan... InsyaAllah... Amin~~~~ (^_^) Doakan kami yer... =)


Take Care & Salam Ramadhan People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~