Monday, July 29, 2013

Anniversary... Hampa...

Assalamualaikum... Hari isnin jangan malas-malas yee... =) Saya baru je balik dari klinik dan Alhamdulillah Si Kecik sihat walafiat... (^_^)

Isteri mana yang tak hampa kalau hari penting dalam hidup dilupakan oleh orang tersayang... Kan?? Kan?? Kan?? Ulang tahun perkahwinan, tarikh kedua penting selepas hari lahir... 19 Julai 2013 dah lebih seminggu berlalu, tapi En.Suami macam buat bodoh dan takde buat apa pun untuk mengingati hari tu... Semalam, bangun je dari tidur saya dah rasa sebak dan kecik hati.. Ahad dah bertemu ahad... Takde apa-apa ke untuk saya??? Sedih nya... Menangis je pagi tu, tapi sembunyikan muka dalam selimut sebab tak nak En.Suami tengok... En.Suami ajak jalan pagi-pagi pun saya takde mood nak ikut... Selalunya hujung minggu, kalau takde buat apa dirumah, kami dah keluar jalan-jalan walaupun takde hala tuju dan jalan-jalan kosong je... Lebih-lebih lagi bulan puasa ni tak boleh nak duduk minum kedai kopi... huhuh~~~
En.suami tau saya takde mood, takpe lah... Dia keluar jugak sorang-sorang sebab nak lepaskan hajat yang dah diniatkan kat surau pejabat... Saya dok umah sorang-sorang tengok mak jahit baju... Sedihnya... Sayu rasa hati ni... (-_-) sob~~ sob~~

Sebenarnya...bukanlah sambutan ulang tahun yang diinginkan... Tapi, cuma nak tengok suami hargai kita je... Takde hadiah pun tak kisah...pegi makan KFC pun dah memadai untuk gembirakan hati isteri... Tapi...satu pun takde...

Sampai kat rumah tengah hari, En.Suami ajak berbuka kat KFC... (^_^) Barulah tersenyum dan seronok sikit... Ada lah jugak daripada takde langsung kan??? =) Sementara tunggu waktu berbuka, kami tengok wayang dulu kat GSC City One... Wolverine... Best sangat-sangat dan rugi siapa yang belum tonton lagi... (^_^) Iklan kejab... =P Tamat je cerita, bergegas ke KFC Sarawak Plaza sebab jam dah lewat dan En.Suami takut tempat duduk penuh... Ok lah!!!~~~ Dalam hati ni berleter, dah tau nak ajak berbuka di KFC, apasal tak booking awal??? Tak perlu lah nak kelam kabut macam ni... Dah lah perut saya ni berat dan berpuasa, nak diajak berlari lagi... Hampeh dan geram~~~ (-_-)
Sampai ke KFC, lagi sekali En.Suami buat bodoh... Berdiri je dan tak duduk padahal kerusi masih banyak kosong... Geramnyaaaa!!!~~~ Apasal nak tersengeh-sengeh lagi, perut saya dah mula sakit, kang kerusi penuh kan dah putih mata tak sempat berbuka... Ishhh~~~ Masa saya tengah panas tu, En.Suami tarik keluar dan berbaris depan kaunter Hartz Chicken Buffet... Owww~~~ Barulah faham, En.Suami nak buat surprise rupanya... Tersengih jadi kerang busuk kejab... Kurang dah pahala puasa... Hihihihi~~~ 

Hartz pun oklah walaupun tak berpeluang nak makan di hotel... =)
Ok laaa~~ Hartz pun ok lah walaupun tak dapat nak berbuka dihotel macam yang hati ni harapkan.... (^_^) Apalagi, saya tak duduk pun...tapi terus kecoh pergi ambik makanan dan susun penuh melonggok kat atas meja... Laparlah~~~ Malas dah nak sopan-sopan lagi... Janji makanan dah sedia, bila azan maghrib je saya nak terus makan... =P
Siap-siap makan saya pergi cuci tangan, dan....masa nak ambil tisu atas meja tu, blurr kejab... Hihihihi~~~ Apa tu????

Surprise ... (^_^) Senyummmmmm~~~~~ =P

Rasa happy sangat-sangat... Rupa-rupanya En.Suami nak buat surprise... Tapi surprise tu dah buat saya kecik hati sebab lama sangat tunggu.... =P Apapun terima kasih banyak-banyak... Walaupun tak dapat makan dihotel seperti yang diharapkan, tapi ni pun dah lebih dari cukup dan mengembirakan saya... En.Suami kata, ada 2 pilihan... Berbelanja ikut kemampuan... (^_^) Kalau nak makan dihotel boleh, tapi takkan dapat hadiah sebab makan dihotel mahal... Jadi, lebih baik makan tempat murah dan boleh bagi hadiah... Sekurang-kurangnya ada sesuatu yang boleh dipandang hari-hari sempena ulang tahun pertama... Thank you so much sayang...  (^_^) 

Tak kira mahal atau murah, yang penting ingat dan hargai hari tu... Mungkin anting-anting tu tak mahal dan tak mewah, tapi penghargaan daripada suami lebih penting dari segala-galanya... Tak ada apa yang diharapkan oleh seorang isteri daripada suaminya selain dihargai dan disayangi... 

Sebelum ni saya guna anting-anting plastik yang ada mutiara kecik je... Sebab saya tak boleh nak pakai selain dari emas dan plastik... Sekarang dah boleh selamat jalan dengan anting-anting plastik tu... Tapi tetap tak buang dan akan disimpan sebagai kenangan, sebab mutiara tu En.Suami beli kat tepi jalan Waterfront dengan harga RM15 sewaktu zaman bercinta dulu... hihihihi~~~~

Boleh simpan dijadikan kenangan... =)

Hidup ni ada pasang surutnya... Apa yang saya harapkan... Walaupun akan surut, tapi hati tak berubah dan kebahagiaan kekal selamanya... Amin... 

Take Care people... 

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~