Monday, July 15, 2013

Branxton Hick, Pengecutan Rahim, Ketegangan Perut

Assalamualaikum... Akhir-akhir ni perut selalu cramp dan mengeras... Lebih-lebih lagi masa berpuasa sekarang. Jadi, saya search google nak tau apa yang menyebabkan kekejangan ni dan adakah kekejangan ni bahaya atau tidak?? Ni jawapan yang saya dapat dan nak share dengan kawan-kawan lain yang sedang mengandung... =)

Branxton Hicks, BH (Pengecutan Rahim) - Merupakan ketegangan diperut yang selalu terjadi 2 hingga 3 kali dalam sejam dan lebih kerap berlaku bila jangka masa bersalin semakin hampir. Tetapi ada jugak contraction awal berlaku seawal 5 bulan akan menyebabkan kelahiran Pra-Matang.


Sebab-sebab HB ketika mengandung : 
  • Bayi bergerak aktif
  • Ibu terlalu aktif
  • Melakukan senaman atau membawa benda berat
  • Perut penuh
  • Mengurut perut
  • Semasa atau selepas hubungan seks
  • Dehidrasi atau kekurangan air
Cara menangani HB ketika mengandung :
  • Tukar aktiviti atau posisi tubuh 
  • Berehat lebih lama
  • Minum air secukupnya dan baring pada sebelah kiri badan. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan mengakibatkan HB
  • Buang air kecil jika perlu. Pundi kencing yang penuh akan menyebabkan HB
  • Amalkan teknik pernafasan yang betul. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidak selesaan

ADAKAH HB (KEKEJANGAN PERUT) BERBAHAYA KEPADA WANITA MENGANDUNG???


Bilakah HB menjadi bahaya dalam trimester pertama?

Biasanya tidak perlu dibimbangkan ketika awal kehamilan. Tatapi jika ia datang berserta simptom-simptom lain, anda mungkin perlu berjumpa doktor.

Keguguran awal
Malangnya keguguran awal biasa berlaku. Ia berlaku kerana bayi tidak berkembang dengan baik dan tanda-tanda keguguran awal adalah :

  1. Apakah yang dirasai? Kekejangan berserta pendarahan dan kesakitan di tengah-tengah bahagian bawah perut.
  2. Bila? Bila-bila masa sehingga minggu ke-12 kehamilan
  3. Apa yang perlu dilakukan? Baring atau duduk dengan kaki ditinggikan dan rehat sebaik mungkin. Jika berlaku pendarahan yang banyak, terus pergi ke hospital brdekatan.
Kehamilan luar rahim

Merupakan kehamilan yang berkembang di luar uterus (rahim). Kehamilan seperti ini tidak dapaty diselamatkan dan merupakan masalah yang serius. Tetapi hanya 1/100 berlaku kehamilan luar rahim dan tanda-tandanya adalah :
  1. Apakah yang dirasai? Kekejangan disertai dengan kesakitan yang biasanya bermula dari satu bahagian perut dan menular kabahagian satu lagi. Disertai juga dengan pendarahan berwarna gelab yang agak cair.
  2. Bila? Biasanya antara minggu ke-4 hingga ke-10 kehamilan
  3. Apa yang perlu dilakukan? Hubungi doktor serta merta. kehamilan luar rahim memerlukan rawatan segera.

Bilakah HB menjadi bahaya dalam trimester kedua?

Kejang perut yang tidak disertai simptom-simptom lain dalam trimester kedua tidak perlu dibimbangkan. Tetapi jika disertai pendarahan, ada kemungkinan kecil ia merupakan tanda keguguran lewat.
Keguguran lewat jarang berlaku dan lebih kurang 1/100 keguguran berlaku pada tahap ini, tanda-tandanya adalah :

  1. Apakah yang dirasai? Kekejangan disertai dengan pendarahan banyak
  2. Bila? Biasanya antara minggu ke-12 hingga ke-23 kehamilan
  3. Apa yang perlu dilakukan? Jika mengalami sedikit pendarahan atau rembesan, hubungi doktor untuk mendapatkan nasihat. Jika pendarahan teruk, pergi terus ke hospital berdekatan.

Bilakah HB menjadi bahaya dalam trimester ketiga?

Sampai ke trimester ketiga bermaksud hampir tiba ke punghujung kehamilan. Kejang perut bermakna tubuh telah bersedia untuk proses kelahiran. Perkara utama yang dibimbangkan adalah kelahiran bayi pra matang.
Jika merasakan sakit bersalin terlalu awal, ini tidak semestinya anda akan bersalin ketika itu. Kadang-kala, selagi air ketuban belum pecah, ia hanyalah sakit biasa dan tanda-tanda kelahiran bayi pramatang adalah :
  1. Apakah yang dirasai? Rasa sakit dibahagian pelvis atau bawah perut, sakit belakang, kejang perut, cirit-birit. Mungkin juga merasakan air ketuban mula pecah serta kontraksi yang sekata atau uterus menegang, tetapi biasanya tidak nenyakitkan.
  2. Bila? Biasanya antara minggu ke-23 hingga ke-37 kehamilan
  3. Apa yang perlu dilakukan? Hubungi doktor serta merta. Jika air ketubah telah pecah, terus pergi ke hospital.


JIKA kekejangan berlaku selepas minggu ke-37 kehamilan mungkin bermakna anda telah masuk ke peringkat awal kelahiran dan bukan lagi satu kebimbangan. Ini adalah salah satu cara tubuh bersedia untuk melahirkan. jika dapat mencari cara tersendiri untuk menangani ketidakselesaan sekarnag, ia akan membantu kita pada peringkat kehamilan nanti.

Sumber : Alam Hamil dan Blog

Take Care People... =)

2 comments:

adda syuhada said...

sy igt dulu sy pun pernah jdi cmni...tp alhamdulillah semua ok jer...

Nurhayati Morshidi said...

Yela kak.. saya ni first time.. Lagi2lah time puasa ni, semua kawan bagi maklumat auta dan merisaukan... Diorang kata baby berpusing2 kat dalam sebab perut masuk angin bila kita puasa... Ngeri jugak bila dgr, jadi, baca cari maklumat yg betul dr dengar berita tahyul camtu... =))

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~