Saturday, July 27, 2013

Budget dan Barang-barang New Born???

Assalamualaikum... Pagi semalam terbaca soalan kat FB tanya pasal brapa bajet untuk beli keperluan bayi baru lahir... Nak kata perlu bajet pun susah, sebab barang-barang keperluan semua mahal dan kena beli jugak walaupun sebenarnya macam tak perlu... Rahsia nak jimat??? Baca habis sampai bawah... Hihihi~~~ (^_^)

En.Suami sukakan kanak-kanak, jadi dia yang terlebih excited dari saya. Semangat mengemas... (^_^)

Hampir semua keperluan dah lengkap dibeli dan disediakan. Sebelum nak pergi beli, saya dah senaraikan dulu apa yang saya nak... Panjang berjela jugak lah senarainya... Ada beberapa barang yang kita kena beli lebih dari satu sebab perlu cuci dan tunggu kering. Contohnya baju, tuala, sapu tangan, sarung tangan, barut, lampin kain dan botol. Ni saya tolong jawabkan soalan... (^_^)

Barang-barang Bayi :
Bantal dan tilam kecil (Jimat sebab saya jahit sendiri)
Beg pakaian bayi (untuk yang selalu balik kampung macam saya)
Beg susuan
Baju baby
Sarung tangan dan kaki
Barut bayi
Topi
Selimut
Tuala
Sapu tangan
Alas lampin
Lampin kain
Lampin pakai buang
Barang mandian dan bedak
Minyak telon, kayu putih, yuyee, vicks, minyak gamat
Krim ruam (Saya pakai Drapolene sebab dah biasa dan berkesan)
Bakul minyak dan bedak
Baby wipes
Basin
Getah basin
Plastik lapik tilam lepas mandi
Botol susu dan puting
Alatan cuci botol
Rak botol (supaya botol selepas dicuci bersih dan tak tercemar)
Buaian
Barang-barang ibu :
Maternity pad
Breast pad
Breast feeding bra
Stokin panjang
Barut ibu
Rempah selepas bersalin
Bantal duduk (bantal bulat berlubang di tengah)
Breast pump
Barang-barang mahal dan boleh beli kemudian :
Almari berlaci plastik (sediakan tempat khas untuk baju dan barang-barang bayi lebih mudah)
Stroller
Kerusi bayi dalam kereta
Katil
Barang-barang ni kebanyakkan saya dah mula beli sejak kandungan saya 5 bulan lagi... Kami beli sikit-sikit setiap bulan... Kalau nak beli sekali gus memang botak kepala sebab barang-barang ada yang mahal dan ada jugak yang murah... Rasanya semua dah hampir lengkap dibeli dan takde apa lagi yang nak dicari. Sekarang ni kandungan dah 7 bulan, memang sengaja kami beli semuanya awal, sebab makin hari dah makin tak larat nak berjalan lama... Jadi bila semua dah lengkap, lega rasa hati... =)


Kat atas tu semua resit-resit pembelian keperluan yang saya simpan. Jumlah semuanya lebih kurang RM1200 lebih je... Belum lagi termasuk stroller, kerusi bayi dalam kereta dan katil... Itu mungkin bulan depan kot, sebab bulan ni nak belanja untuk raya dulu.... Hihihi~~~ Lagi pun beberapa item tu agak mahal, jadi tak boleh nak beli lagi... (^_^)

**RAHSIA NAK BERJIMAT... Korang agak-agak banyak tak kawan-kawan dan saudara mara yang akan datang bagi hadiah atau hamper kat baby korang nanti??? Kalau anak sulung biasanya ramai kan??? Kalau korang rasa banyak, benda-benda yang gerenti ada dalam hamper tu tak perlu lah korang beli. Contohnya barang-barang mandian, beli je yang starter pack kecik. Sebab nanti, barang dalam hamper korang takkan terabis nak pakai semua tu... Hihihihi~~~
Lagipun saya dan En.Suami ni kepala gila-gila sikit. Kami siap bagitau kat kawan rapat apa yang kami nak dia bawa bila anak kami dah lahir nanti... Heheheh~~~

Take Care people... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~