Monday, July 8, 2013

Fesyen Mengandung...Ramadhan 2013/1434H

Assalamualaikum... (^_^) Tak sabar rasanya nak tunggu malam.. Nak tengok pengunguman puasa sama ada esok atau lusa... Excited... Tapi pak cik yang selalu duduk kat kerusi besar tu dah takde... Dari kecik dah nampak Allahyarham Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah yang bagi tau bila raya dan puasa... Sekarang ni dah digantikan dengan orang baru...

Seronoknya nak puasa... Padahal tak tau lagi dapat puasa ke tak??? Tapi, hari ni dah buat eksperimen, minum susu je pagi tadi dan tak breakfast... Alhamdulillah dapat tahan dan tak lapar pun... InsyaAllah boleh berpuasa nanti kot, asalkan makan dan minum cukup-cukup masa sahur supaya insan kat dalam perut ni tak lapar... InsyaAllah....

En.Suami?? Mestilah dapat...mustahil tak... ni dah tahun kedua berpuasa... Tahun lepas pun kira tamat la jugak, kecuali sekali je terminum sebab betul-betul lupa... Kawan-kawan ajak lepak tengah hari, En.Suami pun ikut je lah sebab kawan-kawan lupa yang En.Suami dah Islam masa tu... Bila tengok member minum, En.Suami pun minum jugak.. Pastu... En.Suami jujur bagitau kat saya yang dia terlupa bulan puasa...
Tapi, walaupun tahun lepas pertama kali dalam hidup En.Suami berpuasa, En.Suami tak lembik dan tak mengeluh... Alhamdulillah...sebab dapat bertahan walaupun tak pernah buat... Mungkin sebab jantina jugak kot... Orang laki ni stamina lebih sikit, tak macam perempuan...dah biasa puasa pun lembik jugak... =P

Puasa dah mariiii~~~~ Raya pun akan mari~~~ (^_^) Baju raya??? Huuuu~~~ Sedehnya saya takde baju raya tahun ni... En.Suami dah ada 2 pasang... Peach dan Grey... Saya??? Kena beli jubah siap-siap sebab tak boleh nak buat baju dengan perut seksi macam ni.... Tapi...sapa kata perempuan mengandung tak dapat melaram??? Jubah moden dan berfesyen banyak ok!!! Kalau tak pun, beli je kain cantik-cantik 4 meter kat kedai, bungkus macam buat sari... DAHHH~~~ siap... =P


Nak raya macam ni pun OK... Perut yang besar tu boleh keluarkan sikit bagi berangin.... hehehheh~~~ =P


Take Care People... =D

2 comments:

Munnafendy said...

hamboiii lari lintang pukang la org tgk kalau kita raya pakai mcm ni dgn perut boyot!


masa sahur minum air byk2 ok? :)

Nurhayati Morshidi said...

Kalau omputeh pakai seksi je kan??? hehehhe~~~ Risau jugak bila kenangkan puasa ni, mampu ke tak nanti... Tapi harap2 semuanya dipermudahkan... InsyaAllah...

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~