Tuesday, July 16, 2013

Jangan Sebut Kalau Tak Tau Fakta

Assalamualaikum... Pagi ni nak share sikit benda yang jadi dalam 3 minggu lepas... Baru hari ni ingat bila dapat berita gembira yang kawan saya dah selamat melahirkan bayi seberat 2.63kg, 7 Ramadhan, Jam 4.24pagi tadi... Syukur Alhamdulillah... (^_^)

Nak dijadikan cerita... 3 minggu lepas, saya jalan-jalan dengan En.Suami cari jubah lycra. Jalan punya jalan, akhirnya kami jumpa jugak satu butik yang menjual semua jenis pakaian lycra termasuklah jubah, skirt, peplum, dress dan baju monyet (Coverall)... Lepas pilih-pilih dan tengok-tengok, last sekali saya tersangkut dengan satu je jubah warna mustard... 

Actually nak pilih lagi pakaian lain, TAPI...hati ni dah SAKIT dan RISAU bila pondan pemilik kedai tu kata orang mengandung tak baik pakai baju monyet lycra jenis seluar. SEBAB, BOLEH MENYEBABKAN BAYI DALAM PERUT LEMAS DAN SESAK NAFAS... Huhuhu~~~ Berderau darah saya dibuatnya dan air muka saya terus berubah... Memandangkan tak nak tunjuk muka marah depan orang, saya bayar jubah tu dan terus blah... CEHHHH~~~ dah marah, tapi beli jugak kan??? Hehhehe~~~ Rugi pulak kalau tak ambik, mana lagi nak jumpa kalau tak beli kat situ... (^_^)

Memang sepanjang jalan hati saya jadi tak keruan dan terfikir-fikir... Bayi lemas sebab pakai baju getah??? HABIS TU YANG SAYA PERGI BERENANG PAGI TADI DAN HARI-HARI SEBELUMNYA???? Lagi lah teruk... Perut terus masuk ke dalam air... (T_T) Memamg jahat lah mulut budak tu, lain kali kalau nak cakap, berlapik la sikit mulut... Otak ibu mengandung ni sensitif bila orang bagi tau benda yang ada kaitan dengan kandungan.... Tapi Alhamdulillah otak saya masih waras dan cepat-cepat online cari fakta yang betul... Huhuhu~~



Jadi, kat sini saya nak kongsi fakta yang betul kat ibu-ibu mengandung supaya tak jadi bodoh macam saya dan risau tak tentu pasal... (^_^)

MITOS : 
1. Pakaian Getah dan Ketat Menyebabkan Bayi Lemas
2. Berenang Menyebabkan Bayi Lemas dan Jangkitan Vagina

FAKTA :
1. Pakaian getah dan ketat TIDAK MENYEBABKAN LEMAS
  • Pakaian getah membuatkan ibu berpeluh dan tidak selesa. Adalah digalakan memakai pakaian kain lembut atau kapas bagi memudahkan penyerapan peluh
  • Pakaian ketat (Jeans, pakaian dalam) menyebabkan gangguan aliran darah tanpa mengira jantina dan usia, akan tetapi menjadi lebih teruk ketika hamil. Pada awal kehamilan, saluran darah wanita berkembang sebagai persediaan peningkatan isi padu darah bagi plasenta dan bayi. Jadi ini akan menyebabkan ibu merasa kebas dan mengalami simptom aliran darah rendah.
2. Mandi berendam BOLEH MENENANGKAN ibu hamil.
  • Walaubagaimanapun, suhu air tidak lebih dari 38 Degree Celsius, kerana suhu yang terlalu tinggi akan memberi kesan kepada janin terutamanya di awal kehamilan.
INFO LAIN TENTANG MANFAAT BERENANG BAGI IBU HAMIL :

Berenang akan membaiki kitaran darah, menguatkan otot dan membina ketahanan diri. Berenang akan membuatkan kita berasa hampir tidak mempunyai berat dan mustahil untuk mencederakan diri jika dibandingkan dengan sukan-sukan lain.
Jika mengandung dalam keadaan cergas dan bertenaga, berenanglah sekurang-kurangnya 20 minit sekiranya kelapangan. Berenang pada waktu pagi boleh menghilangkan 'morning sickness' dan memberi tenaga sepanjang hari. Air akan menyokong sendi dan ligamen semasa bersenam bagi mengelakkan kecederaan serta melindungi diri dan tubuh daripada kepanasan yang terlampau. Pada trimester ketiga, mungkin kita boleh menambah senaman-senaman lain yang dikendalikan oleh pengajar-pengajar bertauliah. Lakukan senaman-senaman lembut dan perlahan bagi melatih otot dan memudahkan proses bersalin. (^_^)

SUMBER : Baby Center, etc.


No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~