Tuesday, July 23, 2013

Kenapa sakit sangat???

Assalamualaikum... Beberapa minggu ni rasa sakit kat bahagian punggung sebelah kanan semakin menjadi-jadi... Rasa macam urat kaki menegang, sampai nak jalan pun tak boleh dan sakit amat sangat...

Semalam, lepas balik dari kerja tetiba urat rasa macam tersimpul dan tak boleh nak gerakkan kaki kanan. Sampai menangis saya menahan sakit dan terpaksa En.Suami tolong papahkan dan baring... Semuanya jadi serba salah dan sakit...sebab kalau dah berdiri, tak boleh nak duduk...kalau dah duduk, tak boleh nak bangun...kalau dah berjalan tak boleh nak melangkah... Huhuhu~~~

Sekarang ni pun jalan macam orang tempang, sebab nak tahan sakit tu dan paksa diri bergerak. Yela, dah nama pun pergi kerja, takkan nak duduk je sampai 8 jam dengan alasan sakit punggung... (-_-) Saya tak tau apa punca sakit ni. Saya ada tanya kat mak, mak kata memang normal sebab kadang-kadang bila perut membesar, segala urat-urat kat dalam badan tertarik sekali... Yeke???

Malam tadi, sebelum tidur En.Suami tolong urutkan kaki sebelah kanan dengan minyak TYT. Dari betis sampai punggung kanan, Alhamdulillah bangun pagi dah tak sakit dan boleh berjalan macam orang normal... Tapi bila dah tengah hari, mula balik urat rasa tersimpul... Betul-betul sakit dan payah nak gerak... Perlu ke pergi berurut cara kampung??? Orang kata masa mengandung tak boleh nak urut-urut sangat... Ada dalam 2 bulan lebih je lagi... harap-harap dapat bertahan demi si kecik dalam perut ni...


Tadi... Bila dah cukup jam, saya naik ke pejabat untuk thumbprint. Walaupun tak boleh nak gerak, tapi usahakan jugak walaupun perlahan. Masa tengah berpaut di tepi tangga untuk bantu kaki naik tu, terserempak pulak dengan bos yang nak balik jugak. Dia pandang je saya bergerak dan tak tanya apa-apa langsung. Dalam hati ni harap Boa tanya.... "KENAPA???" Sebab saya nak jawab...
"Bos, boleh tak kalau saya tak thumbprint masuk dan balik kerja?? Sebab saya tak larat nak naik tangga.." 
Tapi dia tak tanya apa-apa la pulak... Hihihi~~~ Niat tu tak betul, sebab tu tak menjadi... =P

Take Care people... 

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~