Friday, July 12, 2013

Meja a.k.a Tong Sampah

Assalamualaikum... Budak sekolah zaman sekarang memang menggugat keimanan guru kan??? Kalau yang baik tu, betul-betul baik. Tapi kalau dah nakal, memang betul-betul nakal dan tak nak belajar... Huhuhu~~~

Hidung ni dah gatal gara-gara nak bersihkan kerja yang diorang buat.. Rasa macam kerja tukang cuci pun ada jugak... Kalau tahu siapa punya kerja, memang saya nak suruh budak tu makan je semua sampah yang dia buat... Takde tanggungjawab langsung... Sabar je lah... Bulan puasa, tak baik nak cakap macam-macam... Huhuhu~~~

Nak tengok hasil kreativiti budak-budak ni??? Rasanya tak sampai setahun lagi meja dibaiki dan sebelum ni kosong je dalam tu. Tapi hari ni, bila tukang paip datang nak baiki kerosakan paip bawah meja, terkejut kami tengok benda yang diorang buat... Huhuhu~~~


Cukup sebuah meja untuk hasilkan 4 beg sampah... Huhuhu~~~ Belum lagi meja-meja lain... Hampehhh~~~ (-_-)


Sabarrrr je lah... Aduiyaaa~~~ (-_-)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~