Tuesday, July 2, 2013

Suntikan ATT...

Assalamualaikum... Hari ni takde mood sebab tangan masih sakit dan lenguh lagi lepas kena cucuk semalam... Semalam dapat suntikan dos pertama ATT (Anti Tetanus Toxoid). Kalau tak silap, suntikan ni akan diberikan bila usia kandungan dah 5 bulan dan keatas dan dibuat 2 kali. Lepas bulan ni, bulan depan akan kena lagi sekali... 

Huhhh~~~ Stress bila fikir ada satu lagi suntikan bulan depan... Sakit semalam pun masih terasa lagi sampai lenguh seluruh tangan kiri ni.. Nak pegang benda pun susah. Nasib baiklah saya tak memandu. Kalau memandu, rasanya tangan ni tak larat dah sebab lenguh dan sengal-sengal... TAPI...berita baiknya, saya tak demam... =)

Actually, saya memang tak suka jarum...dari kecik lagi... Minggu lepas cucuk hujung jari cek darah pun saya dah menangis... (-_-) Hampehhhh~~~




PERLUKAH SUNTIKAN ATT (Anti Tetanus Toxoid) a.k.a SUNTIKAN KANCING GIGI????
- Tetanus adalah jangkitan kuman yang boleh mengakibatkan maut disebabkan oleh racun yang dikenali sebagai Clostridium tetani. Jadi suntikan anti-tetanus ni untuk mengurangkan kebarangkalian terkena jangkitan kuman tersebut. 
- Kuman ni boleh masuk melalui luka. Luka untuk wanita hamil ialah jika bersalin normal, akan ada luka pada faraj (luka episiotomy).
- Dulu-dulu hospital tak banyak. Kebanyakan wanita yang bersalin hanya bersalin di klinik, disambut oleh bidan tradisional. Peralatan yang digunakan dikhuatiri tidak bersih. Jadi WHO & Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan suntikan tetanus pada ibu hamil - mencegah kadar kematian bayi dan ibu.
- Vaksin ini melindungi ibu dan bayi yang bakal dilahirkan. Antibodi yang dibentuk dalam badan akan dihantarkan pada bayi untuk melindunginya sehingga beberapa bulan selepas dilahirkan. Juga mengelakkan kelahiran bayi pramatang.
- Kehamilan pertama: Dua suntikan diberi. Suntikan pertama pada awal kehamilan, suntikan kedua selepas sebulan atau dua bulan selepas dos pertama.
- Kehamilan kedua: Jika jarak kehamilan kurang dua tahun dari kehamilan pertama, satu suntikan booster dos akan diberikan.
- Suntikan tetanus sudah menjadi tidak relevan sekarang kerana sudah banyak hospital dibina. Peralatan yang digunakan juga bersih dan dibasmi kuman.
- Suntikan ini juga boleh mendatangkan effect seperti demam dan adakalanya allergy. Sebab tulah ramai gynaecologist di hospital tidak memberikan suntikan ini.
- Tetapi hospital kerajaan masih mengamalkannya untuk mengurangkan risiko, jika ibu hamil itu tinggal di kawasan pedalaman.


Pendapat Dr Zubaidi pulak :
Saya sendiri tidak menegah jika ibu yang hamil itu menolak suntikan ini jika yakin akan melahirkan bayi di hospital dan sanggup menanggung risiko. Tetapi manalah tahu tanpa dirancang, seorang ibu boleh melahirkan anak di dalam kereta, di lif bangunan dan sebagainya. Jangkitan kuman boleh berlaku. Jadi lebih elok saja menerima suntikan itu lagi pula ia diberikan secara percuma di klinik kerajaan.


Jadi...Sebaik-baiknya... Ambil je lah suntikan tu sebelum apa-apa jadi kemudian hari... Lebih baik mencegah daripada mengubati... Kan?? Kan?? Kan??? (^_^)


Take Care... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~