Friday, August 16, 2013

MOGTT... Vein Kecik... (T_T)

Assalamualaikum... Semalam ada buat appointment MOGTT (Modified Oral Glucose Tolerance Test) yang kedua... Kalau tak silap ujian tu untuk mengesan GDM (Diabetes melitus) semasa hamil ataupun kencing manis yang boleh menyebabkan bayi besar dan bermasalah sewaktu dilahirkan. **Tak pasti**

Ni adalah perkara yang paling saya tak suka sebab saya memang takut dengan jarum suntikan..Tak payah tunggu kena dekat diri, temankan mak pergi klinik ambik darah pun dah buat saya terduduk kat depan pintu dan rasa nak pitam... Ni fobia darah ke fobia jarum??? Darah kot... Huhuhu~~~ Macam mana nak bersalin kalau takut darah?? Nanti lagi banyak depan mata, silap-silap boleh pengsan... (-_-) InsyaAllah tak... =P

Melalut kejab... Cakap pasal MGOTT semalam, memang menyeksakan untuk saya... Sampai 4 5 kali jarum keluar masuk sebab darah tak nak keluar... Nurse kata vein saya kecik dan urat saya tak nampak dari kulit... Payah diorang nak cari urat darah... Kalau diorang kata tak nampak, saya tengok nampak je hijau-hijau kat luar kulit ni... Nampak je urat... tapi kenapa diorang kata takde??? Huhuhu~~~ Entah, saya bukan doktor... =P Nurse agak-agak saya ni jarang buat kerja rumah, sebab tu urat saya halus-halus dan tak nampak... Yeke??? Agak laaa.... Hihihi~~~

Padahnya... tangan saya ni jadi eksperimen... Cuba cucuk lengan kiri, tak dapat...cuba masuk lengan kanan pulak, pun masih darah tak nak keluar... Pastu nurse tukar jarum...tadi pakai jarum hijau, ni tukar je jarum biru pulak.. Nurse kata jarum biru kecik sikit dan kali ni try kat tangan pulak sebab kat lengan tak boleh nak keluarkan darah... Mula-mula try kat tangan kanan, kuit-kuit pun masih tak nak keluarkan darah... Last peluang untuk cuba, tukar ke tangan kiri, kuit-kuit sikit akhirnya darah pun keluar... Tu pun perlahan dan saya dah menangis sebab tahan sakit dari tadi... Sedih nya... Huhuhu~~~ Saya memang dah agak benda ni akan jadi, sebab memang setiap kali saya nak ambik darah akan jadi hal macam ni... Sedih...nurse tu siap gelak lagi sebab tengok saya menangis dan basah dengan peluh gara-gara takut... nasib baik tak pengsan... (T_T)


Sampai biru dan lebam tangan saya lepas ambik darah SEBELUM minum air gula... Lepas ambil darah berpuasa pagi tu, diorang suruh minum air gula segelas... 2 jam SELEPAS air gula barulah ambil darah untuk kali yang kedua... Bila nak kenangkan ambil lagi sekali tu memang dah rasa tak sanggup... Tapi terselamat, sebab kali kedua nurse kata ambik je kat tempat yang sama sebab kat situ dah ada ruang darah. Kalau try kat tempat lain, belum tentu jumpa dan menyakitkan saya je nanti... Takpelah, bagi je lah tempat yang dah lebam tu untuk ambil lagi sekali... Demi si kecik dalam perut ni, apa salahnya berkorban sakit sedikit... nanti nak keluarkan dia lebih sakit dari ni... Huhuhu~~~

Bila dah selesai, doktor buat check-up kat baby dan scan keadaan dia... Alhamdulillah si kecik sihat... Sekarang umur dia dah 30 minggu, dan beratnya 1.539kg... Si kecik pun dah pusing kepala kat bawah dan kaki dia letak kat rusuk kanan... (^_^) Hilang sakit bila dengar keadaan dia sihat dan sempurna.. RESULT MGOTT??? Nurse kata, keputusan keluar waktu petang... Kalau diorang tak call, maksudnya saya sihat... Kalau diorang call, maksudnya ada sesuatu yang tak kena dengan saya... dan ALHAMDULILLAH saya tunggu sampai petang dan takde apa-apa panggilan dari Klinik... Syukur...saya dan si kecik sihat walafiat...

Semoga kami dipermudahkan sampai ke hujungnya... Amin....

take care people... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~