Tuesday, August 6, 2013

Racistttt... Arghhhh!!!!

Assalamualaikum... Semakin nak hampir nak Syawal, semakin stress jiwa ni... Sapa tak stress??? Dah nak raya pun En.Suami pergi travelling jauh-jauh ke pedalaman... Boss dia ni bermasalah sikit dengan pekerja Islam dan bangsa yang tak sekutu dengan dia... Setiap kali perayaan Hari Raya, ada je masalah yang dia buat... Susah nak cuti lah, itu lah, ini lah...yang paling teruk, dia hantar perkerja yang nak sambut Hari Raya travelling ke pedalaman, GUNA KERETA SENDIRI, HOTEL BAYAR SENDIRI, MAKAN MINUM SENDIRI DAN SEMUANYA SENDIRI.... Boleh fikir tak??? Dah nak raya, dia sengaja buat hal seolah-olah kita ni tak perlu beli persiapan raya??? Dia ingat persiapan raya boleh beli dengan AIR LIUR dia ke????

300++km jauh dari rumah (Kuching-Saratok)... Kalau dengan kapal terbang tak kisah lah sangat... Tapi ni pakai darat, dah lah perjalanan jauh, guna kereta sendiri pulak tu, keadaan tayar pulak dah uzur dan tak boleh nak bawa laju... Bila dah tak boleh nak laju, lambat la nak sampai rumah... perjalanan dah dekat nak 7 ke 8 jam sebab En.Suami cuma berani bawa 70-80km/jam je... BILA BOSS SURUH PULANG???? Malam raya... MEMANG TAK BOLEH BLAHHHH dan saya rasa nak mengamuk dan lempang muka boss tu pakai KAKI saya ni... Habis??? Persiapan raya tak perlu buat ke??? Macam mana nak buat??? Duit belanja beratus-ratus semua habis untuk travelling, hotel, makan minum, bla~~bla~~bla~~ Huhuhu~~ Memang bengang la... Sekarang ni boleh ampun lagi sebab Si kecik belum keluar... Kalau dah ada anak, tak merasa berhari raya lah anak sebab takde duit nak beli persiapan raya... Huhhh~~~

Stress... En.Suami yang travelling, tapi saya yang stress... KENAPA??? Sebab saya sengaja ambil cuti dan ikut En.Suami travelling sekali... Yela, dah lah travelling di bulan puasa, buka puasa dan sahur suami sapa nak jaga??? Lagi pun saya sengaja ikut, supaya saya boleh berkeras dan suruh En.Suami balik awal dan tak payah nak ikut cakap BOSS gila dia tu... Susah sangat, berhenti kerja lagi senang... Cari je kerja tempat lain dan fokus apa yang En.Suami tengah buat sekarang ni... Huhh!!!


Tak boleh ke bertolak ansur??? Perkerja bangsa lain ada banyak lagi, kenapa mesti hantar perkerja Islam??? Saya berani kata diorang ni RACIST... Sebab, bila tiba perayaan diorang, diorang akan cuti seminggu sebelum perayaan dan datang kerja balik bila-bila diorang nak dan takde masalah dengan cuti... Tapi bila part kita nak cuti perayaan, macam-macam masalah dan tapisan yang dibuat sebelum luluskan cuti.... Tak makan NAJIS ke perangai macam tu???

Memang bengang dan hilang pahala puasa saya bila dah cakap busuk macam ni... Saya tak kira... Petang ni jugak saya dan En.Suami akan berangkat pulang ke Kuching... Huh!!!

Saya dari tadi dok tengok FB dan tengok je gambar abang dan adik-adik update gambar persiapan raya... Ada mengecat, ada kemas rumah, ada itu ada ini... Semuanya seronok dan enjoy dengan persiapan... KAMI??? Duduk depan komputer dan bertungkus lumus siapkan kerja... Kalau takde saya tolong kat pejabat, rasanya kerja En.Suami tak akan siap... Saya terpaksa jadi assistant dan kami bahagi-bahagi siapkan kerja semata-mata nak balik terus bila dah habis... 

Tapi, tiba-tiba BOSS sms En.Suami dan bagitau BALIK MALAM RAYA... Siapa yang tak menangis??? Sedih hati mengenangkan diri jauh dari keluarga dan tak merasa seronok membuat persiapan menjelang Raya... (T_T) Takpe, simpan je tangis tu dan lepaskan dalam toilet... Diorang tak kan faham apa kita rasa sebab diorang ni RACIST!!!

Apa yang saya risaukan??? Bila menjelang raya, kereta banyak berlumba-lumba nak balik cepat... Jalan kami ni bukan macam highway di KL... Sini banyak lori minyak, lori balak dan yang sewaktu dengannya... Bahaya sangat-sangat bila balik lewat macam ni... Kemalangan boleh jadi dimana-mana sebab semua orang nak cepat sampai dan tak hiraukan keselamatan lagi... Apa pun, doa je lah kami selamat sampai ke rumah... InsyaAllah~~~
 

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~