Wednesday, August 14, 2013

Suka Suki dihari Raya... (^_^)

Assalamualaikum... Rasa masih sempat lagi kalau saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI untuk semua kawan-kawan yang beragama Islam... 

Best tak raya ni??? Rasanya tahun ni macam kurang sikit kalau nak dibandingkan dengan tahun-tahun lepas... Tak tau kenapa, tapi memang terasa kekurangan... Kalau tahun-tahun lepas banyak saudara mara yang buat rumah terbuka dan berkumpul ramai-ramai. Tapi tahun ni macam tak banyak dan bila dah tak ada rumah terbuka, kuranglah berkumpul sesama saudara mara...

Lagi satu yang buatkan raya tahun ni sunyi, keluarga saya beraya berpecah-pecah tempat... Rumah ibu bapa saya tak berhari raya dan sunyi je, sebab abang suruh mak dan bapak gunakan rumah extra dia untuk berhari raya... Jadi rumah yang dikampung sunyi je, tinggallah saya, suami dan keluarga abang yang dari Miri je.. Bila dah tak berkumpul sekeluarga, memang terasa bosan dan hilang kemeriahannya... Huhuhu~~~

Tema kami sekeluarga tahun ni??? Oren... (^_^) Ingatkan oren tak banyak sama dengan orang lain... Tapi, bila bukak rancangan TV di hari raya, rupanya banyak pulak artis yang pakai oren tahun ni.... Hihihi~~~

Gambar bersama En.Suami wajib tuuu~~ =P
Saya, adik-adik dan En.Suami... =D
Perkara yang biasa berlaku...kalau kami adik beradik bergambar di pagi raya, mesti mak akan tercicir... Sebab mak yang paling lambat bersiap pasal nak kemaskan lauk-lauk dan sediakan hidangan pagi... Hihihih~~~ Makan di rumah ala kadar je... Pastu pergi ke rumah nenek dikampung untuk makan sedap-sedap dan bersalaman mohon maaf dihari raya... Perkara biasa dipagi raya... (^_^)

Big Family sebelah bapak... Separuh belum sampai lagi... =)
Salam-salam lepas makan... =)
Kalau kat dalam gambar beramai-ramai kat atas tu, warna keluarga kami lebih menyerlah kan??? Oren... Hihihi~~~ Syok sendiri bila tengok warna baju cantik raya ni... Actually saya takde baju baru tahun ni... Masa nak tempah baju di awal tahun, saya tak tau nak buat fesyen apa. Saya tak pasti perut ni besar mana bila hari raya... Jadi plan nak beli baju atau jubah siap je bila dah dekat nak raya... Tapi, padahnya...pakaian siap berwarna oren yang sesuai untuk saiz perut saya langsung tak jumpa... Akhirnya saya tak ada baju raya untuk hari pertama... Apa lagi??? Jadi kreatif la sikit... Saya beli kain oren dan modified baju kraftan putih saya tahun lepas dan bagi riben kat pinggang... Hihihihi~~~ Tak pe lahhh... Janji ada oren sikit pun dah ok... (^_^)

Hari kedua OK sikit... Sebab saya jumpa jubah Grey walaupun Greynya hanya seciput untuk samakan dengan warna baju En.Suami... Tu pun kami cari sampai malam raya baru jumpa... Actually jubah grey dan oren banyak di jual, tapi semuanya sangkut bila part nak masuk ke perut saya ni... Maklumlah mak boyot ni ramping sikit dari orang biasa sampai baju tak muat... Hihihihi~~~
Hari Kedua Bersama suami... Grey... =)
Ada sikit kelabu tu pun dah ok jugak kan??? Hihihih~~~ Macam biasa, kalau hari di Sarawak tak sah kalau takde kek lapis pelbagai rupa dan rasa dan sedapppp bila kek tu adalah kek Cheese... (^_^)


Gambar raya yang saya upload ni semua dari camera phone je... Yang dalam camera lambat lagilah nak mintak dengan adik-adik... Takpe, yang penting adalah jugak sedikit kenangan berhari raya bersama keluarga... (^_^)

InsyaAllah Hari Raya tahun depan lebih meriah untuk kami berdua sebab kami dah bertiga tahun depan... InsyaAllah.... =)

Take Care People... =)

No comments:

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~