Friday, December 20, 2013

Cholecystitis... Hidup Tanpa Hempedu

Assalamualaikum.... Hari ni dah hari ke 7 selepas buat pembedahan buang hempedu hari tu... Masih susah bergerak dan berjalan pun masih bengkok... Rasanya, sakit bedah keluarkan Areej dulu lebih sedap dari sekarang ni. Lepas beranak, hari ke 2 saya dah boleh gerak-gerak bebas dan tak berapa sakit dah. Tapi kali ni hari ke 7 pun masih payah nak gerak. Tak tau kenapa, padahal sama je perut ni kena bukak dan tutup semula. Huhuhu~~~

Cholecystitis... Itulah nama benda alah yang buatkan saya masuk ward 9 Disember 2013 lepas, sampai seminggu saya rindu dan tak boleh nak jumpa Areej. =( Sebenarnya sakit tu saya dah rasa lebih kurang 2 minggu sebelum tu, tapi saya simpan je sebab ingatkan perut meragam selepas beranak dan gastrik biasa je.

Tapi malam 9 Disember tu, sakit semakin teruk. Saya tak boleh nak bergerak dan tak boleh nak bernafas. Mak terus hantar saya ke ward kecemasan sebab dah cemas tengok keadaan saya yang dah teruk sangat-sangat. Dengan keadaan saya macam tu, doktor tak boleh nak buat andaian terus dan masukkan saya ke ward untuk pemeriksaan selanjutnya. Andaian awal mereka ialah hempedu saya bengkak selepas perut saya ditekan oleh doktor pakar bedah yang dipanggil untuk berjumpa dengan saya. Tapi saya disuruh untuk buat scanning perut untuk tengok apa masalah yang sebenarnya.

2 Hari kemudian, barulah saya melakukan scanning. Huhuh~~~ 2 hari?? Memanglah kalau dihospital kerajaan. Kena ambil masa untuk semua perkara. Bukanlah nak cakap lembab. Tapi faham-faham sendiri je lah. Bukan kita sorang je pesakit kat situ, tapi ramai. Semua benda kena buat ikut giliran. Kalau nak cepat, pergi lah keluarkan duit untuk hospital swasta. Huhu~~~ Selepas buat scanning, ye memang betul kata doktor yang hempedu saya dah kembang sebab ada sebiji buah ceri saiz 1cm menyumbat saluran keluar masuk hempedu dan buatkan hempedu saya membengkak. Hurmmm~~~


Sebiji je?? Itu pun dah buatkan saya jadi teruk macam tu? Padahal saya pernah dengar kes kawan abang yang hempedu dia ada 100++ biji buah ceri barulah betul-betul teruk. Jadi doktor explain, lain orang lain kesnya. Saya ni walaupun sebiji, tapi sebiji itulah yang dah sumbatkan saluran, sebab tulah jadi teruk. Kalau dibiarkan lama, hempedu saya akan terus membengkak dan memburuk. Jadi kesimpulannya, doktor suruh saya buat pembedahan untuk buang batu dan hempedu tu sekali. Huhuhu~~~ Tunggu lagi giliran seterusnya....

Penantian tu bukan nya seronok... Sejak dari hari pertama masuk ward, saya tak sentuh makanan langsung sebab disuruh berpuasa. Tangan dan urat-urat semua dah kembang sebab urat saya tolak antibiotik yang masuk... Padahnya, terpaksalah menanggung derita asyik cucuk dan cari urat baru setiap kali urat lama membengkak dan tolak antibiotik... Sedih.. Tapi tetap ceria sebab ada En.Suami yang temankan saya di hospital... =D Seminggu saya di hospital, seminggu jugaklah En.Suami tak makan dirumah. En.Suami akan tapau dan makan bersama saya dihospital walaupun saya ni berpuasa. Kesian En.Suami, takde selera makan dirumah sebab nak saya temankan... =D


13 Disember 2013, Jam 2.15 petang barulah giliran saya untuk buat pembedahan. Masa tu En.Suami takde disisi sebab masih belum kembali dari solat jumaat. Tapi saya tinggalkan SMS supaya dia cari saya kat bilik bedah kalau dia dah sampai hospital. SERAM??? Memang seram, sebab ni dah pembedahan kedua. Bekas jahit lama pun belum lagi betul-betul sembuh, dah nak kena bukak lagi... Hurmmm~~~
Jam 2.30 petang macam tu saya masuk bilik bedah, lebih kurang jam 4.30 petang barulah saya siap dan dihantar masuk balik ke ward. Masa diusung dalam mamai dan mabuk MORPHIN tu rasa tenang bila tengok En.Suami setia menunggu di pintu keluar walaupun dah lebih 2 jam...


Lepas pembedahan tu, sakit memang tak terkata. Saya tak bayangkan kesakitan macam tu sebab pembedahan beranak tak sakit dan saya tak perlu inject OVERDOSE morphin kat tubuh untuk tahan sakit. Sakit kali ni??? Allah je tahu sampai saya menangis tahan sakit bila jururawat kejutkan saya selepas pembedahan dan hilang kesan ubat bius. Jururawat pesan, kalau sakit sangat baru tekan suis hijau, nanti ubat tahan sakit masuk automatik. Tapi saya dah menahan sakit tak terkata dan saya tekan suis ubat tu semahu-mahunya. Padahnya, saya mabuk dan pengsan sampai tertidur. Keesokan harinya saya bangun barulah doktor tanya, kenapa tekan suis banyak sangat. Awak tau tak awak overdose?? Saya senyum je sebab puas hati tak rasa sakit.... Bila saya baca kat tepi mesin tu baru lah tahu rupa-rupanya tu suis untuk inject MORPHIN untuk tahan sakit selepas pembedahan... Hihihi~~~ Macam tu rupanya rasa mabuk dadah. Seronok jugak... Hahhahahah~~~ Tapi bukanlah pure dadah, dah bercampur dan dijadikan ubat.... =P


Saya betul-betu kagum dan sayang sangat-sangat kat En.Suami... Bersungguh-sungguh En.Suami menjaga saya sepanjang 2 hari saya tak boleh bergerak selepas pembedahan. Faham-faham je lah macam mana rasanya menjaga orang sakit yang tak boleh bangun untuk ke tandas. Memang payah dan saya kesian kat En.Suami. En.Suami betul-betul kepenatan dan nampak di raut wajahnya penat walaupun dia tersenyum dan buat macam takde apa-apa. Alhamdulillah hari kedua selepas pembedahan, saya dibenarkan balik dan berehat di rumah, sebab pendarahan dah berhenti dan hos yang disambung kat perut pun dah boleh dicabut.

Apa yang berlaku kat saya kali ni memang tak dijangka. Tapi, walau apa pun yang terjadi, ada hikmahnya. Saya bersyukur sebab saya masih diberi peluang untuk bernafas dibumi Allah dan bersama Suami melihat anak kami membesar... Alhamdulillah... Doakan saya cepat sihat ya....

Take Care People...

9 comments:

Nurul Ainee said...

Sedih mk baca..btw, hope ktk cepat semhuh dear..take good care...ur baby need you more..be strong... (^_^)

Nour Adieb said...

syafakillah, moga dpt bersabar :)

Nurhayati Morshidi said...

TQ Nurul Ainee... Kesian baby kmk, bila kmk dah keluar hospital, nangis jak nya mintak mbak. tp kmk xpat nak mbak sebab gk sakit... huhuhu~~~

Nour Adieb.. Terima kasih banyak... =D

izfanora said...

Tabah dgn ujian Dia..semoga cpt smbuh dear..

Angah Rock said...

Sbb tu la tkut nk operate...lps abis bius tu yg wt xtahan...skrg ni sy mnum air apple je...xsnggup nk operate hehe

Angah Rock said...

Sbb tu la tkut nk operate...lps abis bius tu yg wt xtahan...skrg ni sy mnum air apple je...xsnggup nk operate hehe

Nurhayati Morshidi said...

Angah rock... Kalau nasib baik, batu tu blh keluar sendiri kata doktor... tp kalau x, blh jadi makin teruk smpai najis berdarah mcm jadi kat kawan sy dulu... ikut nasib masing2... semoga cepat sembuh... mudah2an x perlu operate, sakit ooo... x sanggup nk fikir benda tu...

Unknown said...

salam berapa ye kos rawatan yg dikenakan di hospital ye..

Hani Hadif said...
This comment has been removed by the author.

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~