Sunday, December 8, 2013

Lasagna White & Meat Sauce

Assalamualaikum... Petang ni saya masak Lasagna untuk makan petang sebab satu hari tak makan nasik... Resipi yang simple dan sedapppp...

lembik sedap makan panas-panas... =)

Ini adalah resipi untuk acuan saiz 9x9 inci

Bahan A (Sos Daging) :

1 kg Daging cincang
2 biji Bawang besar
4 biji Tomato
1 tin Cendawan butang
1 botol Sos Prego Traditional
Serbuk lada hitam dan perasa

Bahan B (Sos Putih) :

1/2 Buttercup 250g
5 sudu Tepung gandum dilarutkan dengan sedikit air
250g Tatura cheese
1 tin susu cair
300ml air
Serbuk lada hitam dan perasa

Bahan-bahan Melapis dan Topping :

Instant Lasagna San Remo
Cheddar Cheese

BAHAN A & BAHAN B


Cara-cara memasak SOS

Bahan A (Sos daging) :

1. Tumiskan bawang besar hingga lembik
2. Masukkan cendawan dan tomato dan masak hingga tomato lembik
3. Masukkan daging dan sos prego
4. Gunakan botol prego yang dah kosong, isikan air sampai penuh dan masukkan kedalam periuk untuk menambah kuah.
5. Tambahkan bahan perasa dan masak lebih kurang 10 minit sihingga daging masak. JANGAN sampai air kuah kering

Bahan B (Sos Putih) :

1. Panaskan butter dan masakkan larutan tepung lebih kurang 5 minit dengan api kecil
2. Masukkan susu cair, keju tatura dan air
3. Masakkan sehingga hilang semua ketulan dan agak-agak pekat dan tidak terlalu cair

Cara-cara memasak LASAGNA

1. Gunakan acuan saiz 9x9, susunkan kepingan lasagna kering pada dasar acuan sebagai LAPISAN PERTAMA
2. Tuangkan sos daging diatas kepingan Lasagna sebagai LAPISAN KEDUA
3. Tuangkan sos putih diatas sos daging tadi sebagai LAPISAN KETIGA
4. Ulang sekali lagi dengan kepingan lasagna sekiranya masih ada lebihan bahan.
5. Akhir sekali, parutkan Keju Cheddar diatas lapisan sos terakhir untuk dijadikan topping.
6. Biarkan acuan yang telah dilapis selama 1 jam sebelum dibakar selama 40minit dengan suhu 180degree (kepanasan atas dan bawah)

**Biarkan 1 jam sebelum dibakar supaya kepingan Lasagna kembang
**Kepingan Lasagna tidak perlu direndam kerana kepingan lasagna kering akan menyerap air dari sos


Selamat menjamu selera.... En.Suami dan Areej dah rasmi dulu sebelum saya. Dah tulis resipi ni barulah saya makan... Tak sabar-sabar nak kongsi resipi Lasagna ni sebab sedap sangat... Hihihi~~~ =)


Take Care People... (^_^)

4 comments:

adda syuhada said...

nampak sedap lasagna ni...dh lama xmakan....

Nurhayati Morshidi said...

memang sedap dan chezzy.... (^_^) cuma leceh sikit nak buat sebab ada 2 sos kena masak. tapi bila dah siap...Perghhh~~~ memang puas hati makan... =D

Anonymous said...

salam..nang kepingan lasagna ya lembut terus ka after 1 jam d biar ngn sosnya?kmk polah dolok x menjadi..wlpun kmk dh rendam lasagna ya ngn aik panas..huhu

Nurhayati Morshidi said...

Salam, owk. Nya akan lembut bila di biar sejam. Lapiskan masa sos ya msh panas2, jgn tggu sejuk. Lepas tandah sejam baruk bakar. X perlu rendam dgn air panas. Mun tandah lembut dgn sos baruk tepung ya nyaman sebab nya serap flavor dr sos ya. :))

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~