Wednesday, January 30, 2013

Gigi Bongsu... Urrrhhhgggg~~~

Assalamualaikum... (^_^) 

Hari ni nak cakap pasal gigi bongsu... Heheheh~~~ Semua orang ke kena tumbuh gigi bongsu ni??? Saya sendiri tak pernah lagi dan harap-harap jangan tumbuh terus laaa. Tapi...En.Suami ada... 2 batang lagi tu, satu kanan dan satu kiri... Azab nak jaga orang sakit gigi ni... (-_-)

Syukur satu je tinggal, sebab yang sebelah kiri dah cabut pada  14 Julai 2012 lepas... Besar dan ngeri je saya tengok sebab doktor tu bagi suruh kami bawa balik... (-_-) Pastu tak tau mana letak, ingatkan nak simpan, tapi dah hilang sebab saiz yang comel sangat... Gigi tu dah besar, jadi bekas dan lubang yang ditinggalkan tu pun besar jugak... Macam dalam dalam gambar bawah ni... =P

GAMBAR INTERNET
BUKAN GAMBAR EN.SUAMI ye, saya ambil dalam internet... Kedudukan gigi tu tumbuh normal, jadi senang nak cabut walaupun besar... Teruk nak jaga orang lepas cabut gigi ni... Demam teruk sampai 2 minggu dan perkara bijak yang kami buat masa tu adalah cabut gigi masa dah 2 minggu lagi nak bersanding... Akibatnya, En.Suami bersanding dalam keadaan demam.... Ngeh3~~~~ Bijak~~~ Bijak~~~ Buat la lagi yerr... (^_^)

Gigi tu dah tak takde masalah lagi sekarang, dah dekat nak 7 bulan dicabut, cuma bekas lubang dicabut tu masih ada lagi sampai sekarang, cuma mengecil. Lama-lama akan tutup kot... Maybe... Tak pasti, tapi rupa memang macam dah nak tutup... (^_^)

Masalah sekarang, minggu depan En.Suami nak buat pembedahan gigi bongsu yang sebelah kanan pulak... Gigi tu bermasalah sebab tumbuh senget... Lepas buat X-ray, doktor kata kena buat pembedahan....

X-Ray gigi En.Suami
Apa yang doktor tu bagi tau :
  • Gigi tu tak perlu cabut, cuma gosok dan floss selalu untuk elak makanan sangkut
  • Tak digalakkkan cabut, sebab gigi tu tumbuh senget dan dah membesar
  • Bahaya di cabut sebab perlu melakukan pembedahan tulang dan berisiko gangguan saraf rasa
  • Kalau nak cabut jugak, ada kemungkinan hilang deria rasa sebelah kanan sebab bila gigi tu dibedah dan dicabut akan merosakkan saraf rasa mulut
Jadi??? En.Suami pun dah takut dan ragu-ragu... Lepas jumpa doktor 2 minggu lepas, tak confirm lagi jadual pembedahan... Tapi, disebabkan rasa sakit setiap kali makanan sangkut, terpaksa jugak la En.Suami beranikan diri untuk buat pembedahan cabut gigi tu...

4 Febuari 2013... Huhuhu~~~ Saya yang seram... Saya dah sedia ambil cuti 3 hari untuk jaga dia nanti... Kalau cabut yang tumbuh normal hari tu pun dah demam teruk 2 minggu, apatah lagi yang satu ni??? Semoga Allah memudahkan segalanya... Amin.... Doakan En.Suami selamat yer....

Take Care People...

Monday, January 28, 2013

Malas Bercakap itu BAIK

Diam orang  mukmin itu ibadah,
Ibadah tanpa perbuatan,
Ibadah rasa...
Ibadah ini tidak meletihkan,
kadang-kala lebih baik dari ibadah sunat yang hatinya didalam kelalaian...
Bagaimana diam itu menjadi ibadah??
Kadang-kala memikirkan dosanya,
Kadang-kala memikirkan apa kebaikan nak dibuat,
Kadang-kala memikirkan sapa hendak ditolong,
Kadang-kala memikirkan kebesaran Tuhan,
Atau...
Berdiam kerana tidak mahu bercakap yang bukan-bukan,
Takut melakukan kesalahan kalau bercakap,
Seperti mengumpat atau menyakiti hati orang,
Atau...
Diam untuk menghormati percakapan orang...
Kadang-kala...
Diam itu memikirkan dosa-dosa lalu,
Ataupun kecuaian dan kelalaian yang telah dibuat supaya bertaubat,
Ataupun mengingatkan ilmu pengetahuan yang dilupakan, 
Itulah yang dikatakan pepatah melayu...
"Diam-diam ubi berisi"
atau
"Diam-diam tong kosong"
atau
"Diam-diam tong berisi sampah penuh kotoran"


Orang yang pendiam itu lebih baik daripada orang yang suka berbicara yang tidak keruan. Baik perangai dan pendiam adalah sifat yang baik dan tidak susah mengerjakannya asalkan hati mahu melakukannya.
Nabi SAW bersabda: "Mahukah kamu aku khabarkan kepadamu, dengan semudah-mudah ibadat dan sesenang-senang atas tubuh,ialah diam dan baik perangai."(Riwayat Ibnu Abiddunya dari Shafwan bin Salim)
Jika tidak dapat berkata-kata yang baik lebih baik mendiamkan diri. Berkata baik itu hendaklah kepada semua orang.
Ketika Nabi SAW disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik,baginda menjawab: "Aku tidak diutuskan untuk (melemparkan) kutukan,tetapi sesungguhnya aku diutuskan sebagai (pembawa) rahmat." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW: 
"Seorang Mukmin bukanlah pengumpat, yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor." (Riwayat Bukhari)
"Barang siapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barang siapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya." (Riwayat Abu Naim)
Ada hikmah yang tersembunyi di sebalik 'diam' dan tak perlu bingung dilabel sebagai 'budak pendiam'. Jika ada orang menghina, bukan kita yang terhina tetapi orang itu menghina dirinya sendiri.

KENAPA BERDIAM DIRI???

Manusia berbicara setiap masa. Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepada manusia. Jika bicara tidak mengikut adabnya, manusia akan merana di dunia dan di akhirat. Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita tersiksa kekal abadi di dalam neraka Allah SWT.

Banyak diam tidak semestinya bodoh, banyak bicara tidak semestinya cerdik, kerana kecerdikan itu buah fikiran, orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang bodoh yang banyak bicara.

DIAM.... Sebagai ibadah tanpa bersusah payah, Perhiasan tanpa berhias, Kehebatan tanpa kerajaan, Benteng tanpa pagar, Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang, Istirahat bagi kedua malaikat pencatat amal, Menutupi segala aib.

Rasullulah bersabda mengenai kelebihan diam yang bermaksud: 
"Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam." (Riwayat Bukhari & Muslim)

Menasihati orang yang bersalah, tidak salah. Yang salah memikirkan kesalahan orang.
Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam. Jalan yang terbaik ialah diam kalau kita tidak dapat berbicara kearah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yang baik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.

Sumber: iluvislam.com

Saturday, January 26, 2013

Tempahan Biskut CNY??

Assalamualaikum... Hari Sabtu... KERJAAAA~~~ wuhuuu~~~ takde cuti laaa minggu ni...

TADAAAAA~~~ Nak tunjuk biskut nestum yang dah licin di makan oleh rakan pejabat.... (^_^)

Sampai licin tuuu~~~~ (^_^)
Sampai licin tinggal debu je... Diorang kata rasa macam biskut Famous Amos... Alhamdulillah... Apa lagi, bila ada sorang cikgu cina makan sebiji, dia kata sedap dan terus kata nak order 200 biji untuk tahun baru cina.... Huhuhu~~~ Order???? Mampus... Mana pernah saya jual biskut... Tak tau harga dan camne nak packing??? Cikgu tu order untuk 200 biji...

Saya dah terpinga-pinga dan tengok je muka kak Norlia, Kak Norlia bantai je sebut RM30 untuk 100 biji... Hurmmm~~~ Apa-apa je laa... Saya ON je... Nanti la saya kira betul-betul kos untuk biskut ni... Mungkin ni permulaan untuk saya bermula kot... InsyaAllah... dan... Alhamdulillah sebab Allah kurniakan saya sepasang tangan yang boleh buat apa-apa je... (^_^)

Order tu untuk 6 February 2013 nanti... Selamat membuat biskut untuk saya... =)


Nak tau cara buat??? Ni la saya share sebab cara nak buat senang sangat-sangat.. (^_^)

Bahan-Bahan :

250 Buttercup
1 cawan Brown Sugar
2 cawan Tepung jagung
1 cawan Tepung gandum
2 cawan Nestum **guna NESTUM nesvita HONEY lebih sedap**

Cara-cara :

Campur je semua bahan ikut suka sampai la dapat di bentuk.... Hehheeh~~~~ (^_^)


Bakar dalam oven selama 30 minit dan suhu 130 darjah celcius... sehingga warna biskut bertukar sedikit coklat, masak la tu... (^_^)


Simple je kan??? korang pun boleh buat.... Selamat mencuba... 

Take care people... (^_^)

Friday, January 25, 2013

Hujung Minggu (-_-)

Assalamualaikum.... Bila nak mengenangkan hujung minggu ni stress pulak rasanya... Tapi apa boleh buat... Huuuuu~~~

Esok kerja sebab ada sekolah ganti hari sabtu.... Half day je kot, hopefully... Kalau balik kerja sebelum tengah hari lagi baik, pastu kena gerak cepat balik ke Kampung (Sematan) sebab nak ambil abang ipar yang ada kelas memandu di Kuching jam 4.30petang esok... Hurmmmm~~~ Rutin hujung minggu yang buhsannnn kebelakangan ini~~~~ (-_-)

Takpe la hujung minggu buhsannn...sebab weekdays seronok... (^_^)v


Wednesday, January 23, 2013

MATI...Part 2

Hasil Penulisan dan ilham : ELDRINE ADDIN BIN AJUS

Sambungan dari cerita >>> MATI...Part 1 <<<


...Di saat jasad tidak lagi bernyawa...Roh Ashar didatangi dua malaikat yang sangat bengis dan amat mengerikan rupa parasnya. Roh Ashar menggigil ketakutan. Tiada tinggal sedikit pun lagi rasa berani yang ada pada roh Ashar. Dia diheret dengan kasar oleh kedua malaikat untuk dibawa ke suatu tempat yang amat gelap. Dalam perjalanan ke tempat gelap tersebut, salah seorang malaikat menyebat roh Ashar sehingga lengan dan kaki Ashar putus dan bersambung kembali. Kini Ashar mula menyedari akan kematiannya dan menyedari akan seksaan selepas mati yang bakal dialaminya. Roh Ashar menjerit-jerit meminta tolong, meraung-raung tanpa diperduli oleh malaikat tersebut. Kepala Ashar dipukul dengan 'belantan berduri' yang teramat tajam sekali sehingga dia nampak sendiri otaknya keluar berderai lalu bersambung kembali. Lidah Ashar ditarik sehingga terkeluar usus. Sungguh dasyat seksaan yang Ashar alami. Tiada tertahan roh Ashar melalui semua itu. Di sekeliling laluan Ashar ke tempat gelap itu, dia sempat melihat ramai roh manusia yang turut diseksa dengan dasyat sekali. Ada yang dibakar,dicurah dengan air panas, ada yang dikerumuni ular-ular berbisa dan sangat besar saiznya.

Sepanjang jalan Ashar merayu-rayu minta diampunkan dan dilepaskan namun tidak diperdulikan langsung. Roh Ashar menangis namun tiada lagi titisan air mata yang keluar. Kini hanyalah darah hitam sahaja yang keluar dari matanya. Ashar meronta-ronta kesakitan yang amat sangat akibat diseksa oleh malaikat yang sangat mengerikan itu. Mulut Ashar kini tidak lagi mampu mengeluarkan sepatah kata pun. Tangan, kaki, lidah berkata dengan sendirinya membicarakan tentang semua kejahatan yang telah dilakukan Ashar selama hidupnya di muka bumi. Tiba di suatu tempat yang terang bederang dan panas, Ashar merasa sungguh kehausan. Kalau dulu di bumi, air yang menjadi pelega kehausan. Kini, air seperti gunung berapi yang menjadi pengganti minuman kepada Ashar. Sungguh derita roh Ashar. Tiada lagi tempat untuk memohon keampunan dan keadilan.


Di suatu saat, kelihatan seorang malaikat yang berjubah putih turun dari satu tempat yang tinggi dan penuh dengan cahaya. Begitu elok rupa parasnya sehingga menyebarkan kesejukan pada tempat Ashar berdiri. Malaikat itu tampaknya seperti sedang membuat rondaan malah memberi kenikmatan sementara kepada roh-roh yang baru diambil dari kubur. Lalu malaikat itu bersuara dalam bahasa yang tidak ditafsir namun hanya boleh difahami selepas kematian yang membawa maksud, "Rasakan balasan kamu yang ingkar pada Allah!"," Kini kamu semua tidak lagi sempat untuk bertaubat!". Mendengar semua itu,roh  Ashar semakin meronta-ronta lalu mencuri pandangan malaikat tersebut lantas malaikat tersebut menghampirinya seraya berkata, "Dosa apakah yang telah membawamu ke tempat ini?" Ashar tidak mampu berkata-kata mendengar persoalan itu namun hanya dibalas dengan rontaan yang tiada berdaya. Lalu malaikat tersebut dengan izin Allah memberikan peluang kepada Ashar untuk berbicara. Dengan peluang yang ada, Ashar rebah melutut sambil menangis air mata hitam seraya berkata, "Aku sangat menyesal...aku sangat menyesal...sewaktu hidupku, aku telah banyak melakukan kesalahan sehingga aku terlupa akan adanya hari ini...ampuni dosa-dosaku...berilah aku peluang sekali lagi"... Setelah mendengar semua itu, malaikat tersebut pun berlalu pergi membiarkan semua yang ada termasuk Ashar. Secara serta-merta mulut Ashar terkunci dan badan menjadi kaku.

Dengan tiba-tiba juga Ashar merasakan kesejukan yang teramat sangat sehingga menyebabkannya menggigil. Terdengar lagi suatu bisikan di telinga Ashar yang berbunyi "Bangun anak ku sayang...bangun nak. Jam sudah akhir". Dengan rasa terkejut Ashar lalu terbangun dari tidurnya dalam keadaan yang berpeluh-peluh. "Aduh...aku bermimpi rupanya!.". Ibu tersentak melihat kelakuan Ashar yang terkejut bangun dari tidurnya. Tidak pernah ibunya melihat keadaan Ashar sebegitu. Ashar melihat ibunya yang tersenyum padanya lalu memeluk dengan erat sehingga menangis yang amat sangat sambil memberitahukan ibunya, "Ampunkan Ashar bu...ampunkan Ashar...".

Dari hari itu, Ashar yang tidak pernah solat kini menjadi orang yang sangat alim dan selalu bersolat. Dia kini telah jauh berubah menjadi seorang anak yang amat mentaati orang tuanya. Melalui mimpi itu, kini Ashar telah menjadi teladan kepada semua penduduk kampung dengan menyebarkan mimpinya itu kepada semua penduduk. Semakin ramai juga kawan-kawan Ashar yang telah insaf.

Nah, inilah dia sedikit cerita dari saya yang saya mahu kongsikan bersama. Semua ini adalah ilham daripada Allah kepada saya. Saya akui bahawa saya dulu adalah seorang yang sangat daif, sesat dan sering kali melakukan dosa. Namun setelah saya berjumpa dengan seseorang yang diutuskan Allah kepada saya yang kini juga telah menjadi isteri tercinta saya, menjadikan saya seorang insan yang benar-benar mengenal Allah dan mengikuti agama yang benar. 

Maafkan saya sekiranya ada salah dan silap dalam penulisan saya ini. Sesungguhnya yang tidak baik itu adalah dari diri saya sendiri manakala yang baik itu adalah daripada Allah S.W.T.

Akhir kata, semoga semua yang membaca penulisan saya yang tidak seberapa ini mendapat rahmat dan hidayah daripadaNya. Assalamualaikum.....

Tuesday, January 22, 2013

Amin...

Alangkah bahagia rasa di hatiku,
Walaupun kau tahu diriku tidak sempurna.

Namun kau terima aku seadanya,
Kau menyayangiku sepenuh nyawa,
Kau mencintaiku seteguh hatimu.

Dengarkanlah suara cinta dari hatiku,

Aku bersyukur dengan keikhlasan cintamu,
Kau serahkan cintamu hanya untukku,
Akan aku hadirkan namamu dalam doaku,
Kerana aku mencintaimu sepenuh jiwaku.

Suamiku,

Terima kasih atas satu cinta ini,
Akan kusimpulkan dengan kasih dan sayang,
Berjanji dengan kesetiaan dan kejujuran,

Namun perjalanan cinta ini ada dugaannya,
Semoga mendapat keredhaan dan rahmat daripadaNya.

Amin....


Monday, January 21, 2013

MATI...Part 1

Hasil Penulisan dan ilham : ELDRINE ADDIN BIN AJUS
 
Saat ini hujan turun dengan lebatnya tanpa menghiraukan akan keadaan muka bumi yang semakin tenggelam. Tanpa teragak-agak curahan dan limpahannya. Begitulah juga dengan 'ajal' yang mana datangnya tanpa diundang dengan pelbagai cara. Tidak dapat diundurkan atau dicepatkan walau sesaat pun.

Persoalannya di sini, apakah kita semua sudah bersedia untuk menghadapi hari 'itu' ??. Apakah kita sudah menyediakan segala 'kelengkapan dan bekal' kita untuk menempuh hari itu?? Ramai yang masih tidak sedar akan kehadiran ajal ini. Namun bagi orang yang benar-benar bertakwa dan beriman sepenuh keimanannya kepada Allah, maka semua ini akan ditunjukkan kepadanya serta dipermudahkan baginya menghadapi hari itu.

Di sini saya ingin berkongsi kepada anda semua mengenai kisah seorang remaja yang telah mati dan dihidupkan kembali. Remaja ini mengakui bahawa dirinya pernah dimasukkan ke dalam neraka dan melihat bagaimana Malaikat Israil menarik nyawa seorang pembunuh.


Awalnya remaja ini yang bernama Ashar (bukan nama sebenar) sering kali melakukan kesalahan-kesalahan besar seperti mencuri, merompak, memeras ugut serta cubaan membunuh seorang wanita pekerja kedai emas. Remaja ini juga selalu bercakap besar dan tidak mempercayai akan wujudnya Allah walaupun dia sebenarnya lahir dalam keluarga islam. Dari kecil, remaja ini selalu ingkar akan nasihat orang tuanya. Malahan orang tuanya turut menjadi tempat untuk melepaskan marah dengan memukul kepala ibunya sehingga berdarah. Ada kala, ibunya dipukul sehingga tidak sedarkan diri akibat pendarahan teruk. Kini ibunya sudah tiada dan bapanya pula yang menjadi mangsa kekejamnya. Tiada lagi perasaan belas kasihan dalam hati remaja ini. Hatinya kini telah bertukar menjadi 'batu'.

Pada suatu ketika, Ashar menunggang motosikal dengan laju sekali dengan tujuan untuk pergi ke pasar untuk merompak kedai emas. Dia membawa sebilah parang bersamanya yang disembunyikan di dalam baju. Dalam perjalanan Ashar sempat berkata dalam hatinya, "Hari ini aku akan kaya! Aku akan dapat apa yang aku mahu!!!..Tak ada Tuhan yang akan menghalang aku!!!". Sungguh bisa sekali kata-kata yang terbuku di hati remaja ini. Sungguh dia tidak akan menyedari akan murka Allah.

Tanpa disedari, hari itu juga telah menjadi hari dan detik yang terakhir Ashar di dalam kehidupannya di dunia yang fana ini. Dengan sekelip mata motosikal yang ditunggang Ashar tiba-tiba hilang kawalan lalu rebah menghempap lebuh raya yang panas terik. Akibat daripada hempasan yang sangat kuat, kepala Ashar pecah dan otaknya bertaburan dia atas jalan raya. Badannya pula habis terhakis akibat seretan pada permukaan kasar tar jalan. Parang yang dibawanya tadi turut tetusuk pada tubuhnya sehingga membelah bahagian badannya kepada dua bahagian. Kemalangan yang dialami Ashar teramatlah mengerikan sekali. Ramai yang menyaksikan kejadian kemalangan tersebut pada waktu itu. Tubuh Ashar tidak dapat diselamatkan sepenuhnya akibat pecah dan bertaburan ke sana sini malahan darah juga membasahi jalan.

Di saat jasad tidak lagi bernyawa...roh Ashar didatangi dua malaikat yang sangat bengis dan amat mengerikan rupa parasnya. Roh Ashar menggigil ketakutan.
 ...BERSAMBUNG.... >>> MATI...Part 2

Mengintai Tulisan En.Suami

Ketika ini, En.Suami sedang menulis satu Entry di dalam blog yang sama... Blog saya... Tentang ajal dan belum lagi saya baca... Ajal??? Jujur...saya belum pernah fikir lagi tentang ajal...

Cukup ke amalan saya??
Sempurna ke amalan saya?? 
Taat kah saya??

Kadang-kala...apa yang Dia fikir dan tulis memberi kesedaran pada diri saya... Alhamdulillah... Walaupun baru mendalami Islam, namun apa yang ada dalam hati dia melebihi apa yang ada pada saya...


Lesen Memandu OKU... Part 3

Assalamualaikum.. Ni entry terakhir tentang cara nak buat lesen memandu OKU, sambungan daripada Entry...
 Langkah-langkah terakhir senang je...
Kalau baca dari Entry Part 2, last sekali kena carikan translator untuk Table Test JPJ pada 3 Januari 2013 kan??? Yup...kami akhirnya berjaya dapatkan translator, iaitu Suami saya sendiri yang jadi translator untuk abang dia sewaktu table test hari tu... Actually tak boleh gunakan keluarga, tapi keadaan terdesak dan jabatan kebajikan pun tak boleh nak tolong. Jadi kami mintak jasa baik pihak JPJ untuk pertimbangkan keadaan tersebut. Alhamdulillah kami dapat kebenaran dari pegawai atasan untuk benarkan En.Suami jadi translator...

Selepas mendapatkan kebenaran translator dan booking tarikh ujian, kad biru pun diberikan untuk dibawa pada hari table test.... Lebih kurang macam ni ka rupanya... Saya lupa nak ambil gambar, so ambil dari internet je lah... =)


Alhamdulillah jugak sebab sekali table test je dah lulus. Jadi tak perlu lah nak repeat beberapa kali... Selesai je table test ni, procedure lain dah sama seperti kita yang normal ni ambil lesen...
SETERUSNYA : Bengkel kereta 6 jam, Bengkel motosikal 6 jam dan KELUARLAH LESEN "L"... (^_^)


Lesen "L" ni kami baru dapat semalam sebab baru mula kelas belajar memandu dengan Cikgu Mas Halffie... Lega sikit dah hati ni bila lesen L dah keluar... =)

Azab jugak rasanya sebab setiap kali nak datang kelas, kena ulang alik datang dari Sematan-Kuching, Kuching-Sematan....  Takpe, inilah dugaan untuk orang yang bersabar....

Tinggal beberapa langkah je lagi... Selesai kelas 8 jam ni, bolehlah booking Ujian Memandu JPJ dan dapat pulak Lesen "P"... Tak sabar rasanya nak tunggu semuanya selesai.... (^_^)

Take Care People... =)

Permainan Rasa Sayang

Assalamualaikum.... Pagi yang mengantuk tahap gaban sebab pukul 4 pagi dah berangkat dari Sematan untuk ke tempat kerja yang terletak di Kuching... Apasal balik di awal pagi camtu??? Nanti la cerita dalam Entry "Lesen OKU Part 3".... (^_^)

Actually nak share satu permainan yang Suami Isteri boleh main di dapur untuk eratkan kasih sayang sambil bermain.... (^_^) Saya dapat idea pun sebab dah takde idea nak masak apa untuk makan petang. Hari-hari masak, sampai tekak rasa dah bosan nak makan benda yang sama... So, apa salahnya sesekali buat benda lain dan masak bersama-sama... (^_^)

Permainan??? Senang je... Kita sediakan bahan dan fikir apa makanan simple yang kita nak makan pada petang tu... Sediakan bahan siap-siap dan tunggu En.Suami pulang dari kerja... Tak kisah la dia penat ke tidak, tapi kalau dah di ajak bermain di dapur, tentu nak punya.... Hehehhe~~~ Menu kami petang ni Burger Tower... (^_^)


Bahan dan cara nak buat simple je... Sekadar nak bermain sambil boleh isikan perut untuk makan malam... En.Suami akan buatkan burger untuk saya dan saya akan buat burger untuk En.Suami... Buatlah dengan sepenuh kasih saya supaya burger tu sedap walaupun bahan simple dan tak sehebat bahan-bahan di kedai... (^_^)

Seronok bila duduk je depan pintu dapur sambil tengok dan kutuk En.Suami yang sedang masak... Hehe~~ Asyik kita yang perempuan je yang masak petang-petang. Jadi sesekali tengok En.Suami balik kerja terus masak ke dapur pun seronok jugak.... (^_^)

Tadaaaa~~~ Satu dah siap... Ni burger yang En.Suami buat.... Nyum3~~~ Berselera tak tengok burger ni??? Tak sabar nak makan... (^_^)

Special dari En.Suami... =)
Lapar dah perut bila tengok burger yang En.Suami buat... Bila giliran saya yang buat, burger dah tak jadi burger... Hheheheh~~~ Actually saya tak pandai nak buat burger macam kat kedai tu... Jadi hasil nya??? Heheheheh~~~

Ni saya buat... =)
Buruk pulak rupa yang saya buat... Tapi bila dah gigit nampak berseri je kan????  Hehheheh~~~ (^_^) Jangan kutuk tau sebab rasanya super sedapppp.... Kata En.Suami lah.... Double beef, sosej dan telur... Nyum~~~

Walaupun malam tu cuma makan burger je...tapi kenyang sesangat sampai En.Suami tak boleh nak habiskan sebijik... Memanglah kenyang kalau isi kat dalam letak macam-macam... (^_^) last but not least.... Nak tunjuk display sebelum dimakan...

TADAAAAA~~~~ (^_^)


Selamat menjamu selera dan bermain... (^_^)

Saturday, January 19, 2013

Tamat...Selesai...The End....

Semalam... 18 Januari 2013... 5.45petang... Berakhir sudah satu cerita panjang yang diolah selama 27 tahun... Doakan semuanya baik-baik je... Segalanya telah dirancang oleh Allah dan ada rahmat dan kebaikan atas semua yang berlaku... Amin...


Friday, January 18, 2013

Cerita En.Suami Part 1

Assalamualaikum... Tengah hari ni saya nak berkongsi cerita yang ditulis sendiri oleh En.Suami.. En.Suami memang banyak idea bercerita dan sayalah yang menjadi pendengar dan pembaca setia... Bed time story dia pun best walaupun merapu dan tak masuk akal... (^_^)


Walaupun cerita ni biasa, tapi pengajaran buat kita di hari jumaat ini... Kalau ayatnya berbunyi agak pelik, maaf sebab cerita ini ditulis sewaktu En.Suami belum lagi memeluk agama Islam... Saya tak nak menukar atau edit isi yang ada dalam cerita ni. Kalau saya edit dah tak asli lagi la kandungannya.... (^_^)


MARI kita renungkan satu kisah yang berkisar tentang seorang remaja yang sering kali berhubung dengan kekasihnya melalui handphone yang merentasi percintaan jarak jauh dan apakah yang terjadi selepas itu....
Awalnya, remaja lelaki ini atau lebih dikenali sebagai Andy telah berkenalan dengan salah seorang gadis yang bernama Lydia yang tinggal amat jauh. Boleh dikatakan jauh antara dua benua iaitu Malaysia dan Korea. Mula perkenalan mereka adalah melalui internet (chating) dan akhirnya bertukar-tukar nombor telefon. Dari situ bermulalah bibit-bibit cinta mereka. Mereka juga selalu berhubungan antara satu dengan yang lain melalui hp...’siang tidak lagi terang dan malam tidak lagi gelap’. Semuanya terasa indah dan terasa  ‘bagai dunia aku yang punya’. Saban hari kedua-dua pasangan lelaki dan gadis ini sering kali berhubungan melalui hp sampaikan tidak menghiraukan apa pun dari segi wang ringgit, kesihatan, makan dan tidur. Andy sanggup berhabis duit semata-mata untuk membeli reload card hanya  untuk berhubungan dengan Lydia yang berjuta batu jauhnya. Ke mana pun Andy pergi, hp tetap turut bersamanya walaupun semasa pergi ke tandas. 
Hakikatnya..tanpa pengetahuan Andy, Lydia juga telah mempersendakan cintanya dengan bermain kayu tiga, berasmara dengan ramai lagi  jejaka-jejaka lain seperti mana yang dikatakan sebagai ‘kecurangan’. Namun semua itu tidak dketahui oleh Andy kerana dia telah termakan kata-kata manis dan telah ditipu oleh Lydia sampaikan dia percaya segala apa pun yang diperkatakan olehnya.
Suatu hari berlaku satu kejadian yang benar-benar telah melukakan hati  Andy. Lydia tersalah  hantar message yang berbunyi “i love you John”, dan john itu bukanlah diri Andy tetapi lelaki lain. Dari hari itu Andy menjadi tidak tentu arah dan ingin saja menamatkan riwayat hidupnya. Kesesalan dan kebodohan serta kelukaan yang amat mendalam. Dengan pemikiran yang amat singkat, Andy mencuba untuk membunuh diri dengan membuang dirinya dari atas bangunan yang sangat tinggi.
Di saat Andy berdiri di penjuru bangunan dengan niat ingin terjun, tiba –tiba kedengaran satu suara berbisik di telinganya seperti satu petanda dan warkah dari Tuhan yang berbunyi “Janganlah engkau mencubai Tuhan Allahmu!”...dan dalam masa yang sama, Andy benar-benar tersentak dengan suara dan kata-kata yang berngiang di telinganya itu sehinggakan dia rebah berlutut dan mengalirkan air mata tanda kesesalan yang teramat dalam.  Perkara ini terjadi seperti ada satu urapan yang tercurah ke atas Andy. Dia tersedar dari perbuatannya dan tindakannya yang bodoh itu lalu dia menangis sepuas-puasnya...
Dan  dari saat itu, Andy menghancurkan hp miliknya sambil berkata “nyah enkau dari hidupku!!”..hp yang selama ini menjadi alat penghubungnya yang juga telah menghancurkan hidupnya telah pun ditukarkan menjadi alkitab. Dia sering kali membaca alkitab, dan mendalami ilmu-ilmu keagamaan serta mempraktikannya selalu. Hari demi hari Andy tidak pernah meninggalkan sembayang. Dia kini hidup seperti ‘anggur yang berbuah lebat dan buahnya amat baik sekali’..’ranting-ranting yang telah  buruk habis ditebang, sebaliknya ranting baru yang lebih segar tumbuh’ malah semua keinginannya kini tercapai dan dia merasakan bahagia yang tidak ternilai harganya dengan hadirnya Tuhan dalam hidupnya. Dia juga telah meninggalkan semuanya yang pernah cuba menjatuhkannya ke dalam lembah dosa.  Kini, apa jua yang dilakukannya dan di mana pun dia serta dengan sapa pun dia berada, Tuhan tetap  yang terutama di hatinya kerana dengan hanya mendahulukan Tuhan, dia beroleh jalan yang terang dan hidup yang kekal.
Andy  juga mulai terfikir kenapakah selama ini dia tidak pernah ingat akan Tuhan sebaliknya dia alpa dengan kemewahan dunia. Apakah yang telah dia perolehi selama ini dengan berbuat begitu?? Tiada apa!..sebaliknya perkara tidak baik yang hanya melukakan hatinya sendiri yang dia peroleh.
Nah...telah kita dengar di sini apa yang telah berlaku dan jelaslah  juga bahawa harta dunia tidak bisa membuatkan kita bahagia untuk selamanya kerana harta dunia adalah fana semata-mata dan tidak kekal seperti ‘Kasih Tuhan’.
Kasih Tuhan adalah kasih yang sempurna dan kekal selama-lamanya. Tidak ada sedikit pun cacat cela. Kasih Tuhan juga tidak pernah meninggalkan atau ‘curang’ pada kita malah kasihnya sentiasa memberi kedamaian dalam hidup kita. Kasihnya juga sentiasa mencukupkan kita melebihi kasih yang ada di dunia. Tidak seperti yang telah berlaku pada lelaki itu tadi di mana si gadis telah berlaku curang terhadapnya dengan bermain kayu tiga tanpa disedari. Tetapi Tuhan tidak pernah curang! DIA adalah sahabat yang setia. DIA  juga adalah terang yang menerangi setiap kita. Cuma hanya kita sahaja yang kekadang tidak menyedari akan adanya Kasih Tuhan...
“Bagi  yang mengalami nasib seperti ini, mari dengarkan aku berkata kepadamu...Jangan bersedih. Selagi masih ada peluang bertaubat, maka bertaubatlah sebelum terlambat”. “Jgn jadikan hp harta kesanyanganmu...tetapi tukarlah semua itu dengan ‘doa’ dan hikmah serta didikan...kerana dengan beroleh hikmat kita mendapat didikan...dengan adanya didikan hidup kita terpelihara serta berjalan pada laluan yang benar. Dengan itu, “takut akan Tuhan juga adalah permulaan pengetahuan untuk kita beroleh hikmat dan apa pun yang baik lantas menjadikan kita melakukan segala sesuatu yang baik mengikut jalannya Tuhan....Dahulukan Tuhanmu, maka semuanya akan ditambahkan kepadamu. Maka, dari situlah kita akan beroleh kebahagian yang kekal”.
”Sekarang anda pilihlah jalan mana yang harus anda tentukan kerana keputusan di tangan anda”...”Ampunilah hambamu ini ya Tuhan sekiranya ada tersilap kata dalam penulisan ini. Tanpa urapanMU semua ini tidak akan bisa berhasil. Terpujilah namaMU ya Tuhan. Tuhan merahmati anda semua yang membacakan penulisan ini. AMEN”.

Thursday, January 17, 2013

Forest Header

Bila bosan dan dah ada PC sendiri, inilah jadinya... Mulakan balik hobi edit gambar... Ehem ehem... Pandai ke???? Walaupun tak berapa pandai nak bermain dengan Adobe Photoshop, tapi nak jugak try sebab suka tengok gambar-gambar yang orang lain edit guna photoshop...
 
Inilah hasilnya...dapatlah tukar header baru untuk blog... (^_^)

Bagaimana rupa gambar asal sebelum jadi macam ni??? Di campurkan dengan latar belakang hutan yang saya ambil dari internet...


Pastu.... Campurkan gambar 1 dan 2... Jadilah 3.... Siappppp~~~ (^_^)


Take Care People... =)

Murahkan Rezeki... Amin...

Assalamualaikum... Pagi ni En.Suami ada exam JKR, J29... Semoga semuanya dipermudahkan... Masa hantar En.Suami tadi dah risau, rezeki dia ke kali ni??? Mudah-mudahan.... Doakan rezeki En.Suami murah tahun 2013 ni... Amin...

Exam tu bunyinya macam susah... Pagi ni mula pukul 9, ada 2 kertas objektif. Petang nanti pukul 2 sambung balik kertas Subjektif dan kertas Esei BM dan BI... 

Apa agaknya khabar exam tu sekarang... Hurmmm~~~ Dengar cerita dari yang pernah duduk exam tu, 3 bulan selepas exam barulah dipanggil interview. Itu pun kalau lulus masa exam... Amin~~ Amin~~ Amin~~ Doakan yang baik-baik yer...

All The Best my Dear... Doa Isteri sentiasa bersama kamu... 


Take Care people... =)

Friday, January 11, 2013

Jubah Peplum..???

Assalamualaikum... Pagi ni ke tempat kerja buat kali pertamanya saya pakai baju buatan sendiri... Selalunya baju-baju saya hantar kat tailor je... Tapi memandangkan sewaktu Hari Lahir lepas En.Suami hadiahkan saya sebuah mesin jahit dan dia nak saya menjahit. Tengok kat >>SINI<< . Jadi apa salahnya saya try jahit baju sendiri untuk kurangkan kos tailor tu...

Alhamdulillah... Baju yang saya buat menjadi dan En.Suami sendiri tak sangka isteri dia ni memang terang hati belajar dari You Tube je... Ngeeeee~~~ (^_^) Sampai kat pejabat, Kak Norlia namakan baju saya ni Jubah Peplum... Ok kot nama tu... Ok je lah... =)

Kat mana saya belajar menjahit??? Korang boleh tengok Link kat sini dan banyak lagi pakaian lain yang dia boleh ajar... 


Untuk yang tahu asas menjahit tetapi tak tau nak jahit baju macam saya ni, boleh la belajar dari youtube atau tutorial video tadi. Tutorial yang dia ajar ringkas dan mudah untuk kita ikut. Kalau nak pergi kelas menjahit mahal kot... Kopek poket En.Suami nak bayar nanti... (^_^)


Jadi...as a result.... Tadaaaaa~~~~ (^_^) My Jubah Peplum... Hehehe~~~


Pertama kali saya buat baju sendiri dan menjadi walaupun banyak kali bukak jahitan, potong dan jahit balik... Hehhehe~~~ Kalau nak tahu, bahagian dalam tu saya tak buat jahitan sisi, saya cuma bakar pakai lilin je untuk hilangkan bulu kain... Hahahahhaha~~~ Kerja nak ringkas, macam tu laa... Kena kreatif sikit.... =P

Actually saya nak buat jubah, tapi nampak besar pulak nanti, jadi tukar sikit dan buat labuh kat bawah... Lepas ni nak try buat design lain pulak... InsyaAllah kalau pandai... (^_^)

Tuesday, January 8, 2013

My Mr. Hair Man

Mainan tahun 2013 ni ada pelik sikit... Hari tu nampak kat FB cousin dia main mr.Hair Man ni, nampak macam menarik dan pelik je. Sebab tu la nak jugak main tanam-tanam ni... (^_^)

Nasib baik la harganya murah dan jual kat kedai 100% je... (^_^) RM4.90 je sekor benda ni... Nak tengok progress benda pelik ni??

Day 0 (Baru dibeli, keluarkan dari kotak, rendam 30minit dan letak balik dalam pasu)


 Day 3 (Baru mula tumbuh pucuk)


Day 4 (Pucuk dah keluar rumput hijau)


Day 6 (Rambut dah tumbuh tapi tak sekata sebab benih yang ditabur tak sekata)


Day 9 (Rambut mr.Hair Man dah panjang dan sekata laaa....)


Lepas ni boleh la bawa mr.Hair Man pergi sallon untuk gunting rambut... Hehheheheh~~~~ (^_^)

Take care people... =)

Monday, January 7, 2013

Hari Lahir Terindah dan Terbaik

Assalamualaikum... Alhamdulillah... Hari ni dan 25 tahun 2 hari umur saya... Siapa yang tak impikan hari lahir yang bermakna dalam hidup...dan hari lahir tahun ni bermakna dan gembira sangat-sangat untuk saya bila bersama dengan Suami tersayang...

Hadiah yang En.Suami bagi tak pernah terlintas dalam fikiran yang saya akan memilikinya... Dari dulu dah saya idamkan sampai saya nak ambik yang mak punya... Walaupun dah lama inginkan, tapi tak mampu rasanya nak beli sendiri. Bila perlu nak buat sesuatu, saya akan balik ke rumah mak untuk pinjam sekejab... Alhamdulillah sekarang dah tak perlu sebab En.Suami dah belikan satu sebagai hadiah dan inilah hadiah yang paling bermakna untuk saya.

En.Suami tercinta...Terima Kasih... =)
Actually En.Suami nak jadikan hadiah ni surprise... Tapi apakan daya, dah berhari-hari dan berminggu-minggu dia cuba untuk cari dimana kedai SINGER, tapi tak jumpa. Bila dia google alamat, google bagi alamat entah kat mana dan tak ada pun kat situ. Memang susah nak cari, sebab kedai tu cuma ada 1 je... Saya yang memang dah lama tergila-gilakan mesin jahit ni of course tahu kat mana kedai dan En.Suami terpaksalah tanya kat saya mana nak beli sebab hari lahir saya dah dekat dan dia masih tak jumpa kat mana kedai... Hehheheheh~~~ 
Surprise dah terbongkar.... Walaupun dah terbongkar, tapi saya tetap rasa terkejut dan terharu giler sebab apa yang saya nak akhirnya tercapai jugak... Alhamdulillah....

5 Janurari... Sedih sebab sepanjang hari En.Suami sibuk dengan urusan lesen memandu abang dia dan sempat lagi pergi kerja walaupun hari sabtu... Dah rasa macam tak diperdulikan walaupun hari ni hari istimewa saya...
Tapi balik je penat-penat petang tu dia sendiri ajak saya ke kedai kek untuk pilih... Wakakakak~~~ Dah kali ke-2 surprise dia tak menjadi... (^_^) Walaupun dah tak surprise, tapi masa nak tulis atas kek, dia sendiri yang sibuk minta icing sebab nak tulis sendiri... Sweettt~~~ (^_^) Nak tengok tulisan dia??

Payah nak cakap bila en.Suami dah pegang Icing... Heheheh~~~ =)
Macam tulisan kanak-kanak tadika kan?? hehehe~~~ Dating-dating Birthday... Errmmm~~~ Tak perlu cerita lah kot... Simpan dan jadikan kenangan sendiri je... (^_^) Lepas jalan-jalan tu pergi makan kat tempat feveret saya, Steamboat D11... (^_^)

Precious moment... =)
Bila tengok gambar barulah saya perasan rupa-rupanya En.Suami lupa umur saya... 2012 dan 2013 umur saya masih sama... (^_^) Terima kasih kepada Suami tersayang sebab buatkan 5 Januari 2013 bermakna dan merealisasikan impian saya... =)

Posing jab dengan mesin jahit baru... Hehehhe~~~


Take Care People... (^_^)

Friday, January 4, 2013

Last Entry 2012.... Krismas dan Hutan (Kebun)

Assalamualaikum.... Dah 2013 rupanya...sampai tak sempat saya nak masukkan entry terakhir 2012 pasal cuti Krismas hari tu... (^_^) Sebelum nak cerita, kena aturkan niat dulu. Kami bercuti bukan untuk menyambut krismas, tapi dengan niat untuk berkumpul bersama keluarga En.Suami. Sebab masa cuti perayaan je semua ahli keluarga yang jauh-jauh datang berkumpul dirumah... (^_^)

Perayaan Krismas ni tak semeriah Gawai. Musim gawai hari tu lebih meriah dan happening. Tak tahu kenapa, mungkin sebab diorang lebih mengutamakan Gawai kot... Kalau bab perayaan di kampung, memang saya yang terover excited... Bukan excited nak celebrate, tapi tak sabar-sabar nak jenguk buah yang saya tunggu-tunggu kat dalam kebun... Ngeeee~~~~ (^_^) Balik kampung kali ni saya bawa anak saudara, nak diorang ni merasa macam mana berada di kampung sebab kami sendiri tak ada kampung. Kalau ada pun, kampung yang di tengah bandar... Takde maknanya.... =)

24 Disember 2012 (Sehari sebelum krismas)

Saya dan En.Suami dah berada dikampung awal, jadi pagi 24 Disember tu saya dan En.Suami berangkat balik ke Kuching untuk ambil lauk yang dimasak oleh mak. Kenapa ambil lauk jauh-jauh??? Sebab faham-faham je la lauk rasmi diorang sewaktu perayaan. Diorang pun hormati kami sebagai Islam jadi mereka makan, masak dan semuanya berasingan. Yang halal masak didalam rumah dan yang tak halal masak di luar rumah. Kami makan pun berasingan, siap sediakan lauk lain untuk kami, syukur ada keluarga yang memahami. Beginilah suasana dikampung... Seronok... (^_^)

Masa makan Khas... =)
Mereka dengan aktiviti mereka, kami dengan aktiviti kami. Saya dan En.Suami sibuk sediakan makanan kami sendiri bersama-sama anak saudara... Lepas selesai dirumah, kami masuk ke kebun untuk cari buah-buahan... (^_^)

Kutip buah Rambutan dan Nangka.. =)
Pokok Tampoi dan Pokok Cempedak
Macam-macam jenis buah boleh dapat kalau rajin nak cari dan 2 buah kat atas tu adalah feveret saya... Buah Tampoi dan Cempedak. Tampoi tu dalam bahasa Sarawak, kalau nama melayu nya saya tak tau... Ngeee~~~ (^_^)

Perkara macam ni lah yang membuatkan saya seronok sangat bila balik ke kampung. Tak tahu kenapa, tapi saya memang suka main dalam hutan. Bila dalam hutan, otak rasa tenang dan seronok je... Gambar kat atas tu abang En.Suami panjat pokok untuk ambil buah. Kitorang yang kat bawah ni jadi tukang sambut je... (^_^)

Selain cari buah, ada sungai jernih kat tepi kebun. Saya tak terjun sebab air sejuk. Saya cuma pantau anak-anak saudara saya je. Nak tinggalkan terus pun boleh sebab air mengalir tenang dan cetek...

Sedapnya kalau terjun... =)
Kalau dah masuk ke kebun...memang ada satu benda khas yang En.Suami akan buat untuk saya... (^_^) Carikan saya buah koko... Tak tahu kenapa, tapi saya memang suka sangat dengan koko. Selalunya koko senang nak cari kat tepi sungai, tapi kali ni semuanya mentah dan ada yang busuk. Jadi kena jalan jauh sikit untuk cari yang baik dan kebetulan jumpa yang sebijik ni tinggi di atas pokok yang tua... Apa boleh buat, demi isteri tersayang, En.Suami panjat dan jolok-jolok untuk ambil buah tu. Saya yang jenuh menunggu dan akhirnya jatuh jugak... (^_^) Nyum3~~~ Sedap...

En.Suami ambil Koko... =)
Main tu main jugak... Kalau dah senja tu kena lah pulang, tak baik main dalam hutan waktu senja. Kalau nak main lagi, sambung la dirumah... (^_^)

25 Disember 2012 (Hari Krismas)

Krismas disambut macam perayaan biasa jugak. Tak semeriah gawai... Selain makan-makan dan berziarah, diorang pun buat lemang macam hari raya... (^_^)

Masa memasak lemang... 
Walaupun saya dan En.Suami je yang beragama Islam, tapi takde masalah untuk saya bertudung dan datang ziarah ke rumah saudara dalam keadaan bertudung. Mereka semua memahami dan hormati agama lain... =) Ini lah hasilnya selepas siap... Sedap dan lembut sama macam lemang melayu... =)

Home made Lemang... =)
Rasanya dah cukup panjang Entry ni kot, sampai saya pun takde idea lagi nak buat isi... (^_^) Itu je lah sebagai penutup 2012... Selamat menyambut tahun baru 2013... (^_^)

Take Care People... =)

Istighfar

ISTIGHFAR, kalimah yang sangat pendek, memiliki makna yang sangat dalam, sangat indah dalam hidup kita dan memiliki 2 makna.

1. Setiap kali kita mengucap Astagfirullahal'adzim, bererti kita memohon ampun dan maaf daripada Allah, minta ditutupkan aib kita. Semakin kerap kita beristighfar, semakin bersihlah kita dari dosa, kesalahan dan keaiban. Sebab itu Allah menyukai hamba yang beristighfar, kerana tak satu pun antara kita yang bersih dari dosa. Maka beristighfarlah agar Allah mengampuni dosa, kesalahan dan menutupi aib kita.

2. Setiap kali beristighfar, bererti kita brsungguh2 mohon daripada Allah agar memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk dan menjadikan akhlaq kita mulia.

Wallahualam~~~